BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Thursday, March 31

malu itu perisai orang beriman :)
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda, 
"Terdapat 99 bahagian tarikan wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadith Riwayat Bauhaqi)
Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita kerana mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk wanita. Tetapi kalau tidak malu? Pedulikan apa orang kata, orang tengok, tak kisah kalau laki yang kacau atau usik, bahkan mereka merasa senang, seronok apabila dalam keadaan sebegitu.
Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari, Rasullulah s.a.w telah bersabda, "Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu." Ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu ini adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji.

Tetapi, kebanyakkan wanita hari ini sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Ini maknanya, kuranglah iman di dada mereka. Jelas, mereka tak takut kepada Allah, tak gerun pada Neraka, tak cintakan syurga Allah. Langsung tak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka nanti. Apabila kurang iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Lihatlah sekeliling. Huraikannya sendiri.

Wanita sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, tetapi, menjadi serendah-rendahnya sebab sifat malu tak berfungsi sepenuhnya. Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Akan terhindarlah gejala buruk yang selalu menimpa kaum wanita. 

Dari filem Aku Masih Dara :-
"Seorang wanita mempunyai 9 darjah keaiban iaitu malu. Bila kesemuanya darjah keaiban itu hilang dalam diri seorang wanita maka rosaklah akhlaknya. Berlakunya maksiat dan perzinaan dan itu semua adalah dosa-dosa besar. Bila adanya dosa-dosa besar, susah untuk kita mendapat ketenangan dalam diri. Sementara lelaki pula mempunyai 1 darjah keaiban. Sebab itulah lelaki ini suka mendesak, merayu, menzalimi wanita dan mempergunakan wanita"
 
Bagaimanakah manusia sesat dari Manhaj Islamiyah? Mereka tak faham asas kaedah untuk memahami Quran dan Sunnah. Berpegang kepada Quran dan Sunnah pun tak cukup untuk kembali kepada Islam yang asal kecuali dengan kaedah kefahaman Quran dan Sunnah seperti yang difahami dan diamal oleh Rasulullah, Sahabat dan para Ummah Salafus Soleh. Mereka dijamin Salafnya oleh Allah dan Rasulullah s.a.w. Namun berapakah yang ikut?

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...