BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Thursday, April 28

mengubat luka di hati

Hati yang sudah terluka amat payah untuk sembuh semula… 

Tiada ubat yang dapat merawatnya, carilah dimana2 pasti tidak akan berjumpa...

Pergilah ke klinik… pergilah ke hospital, pasti hampa jua... 

Ubat yang dicari pasti tidak akan ditemui, walau sampai ke hujung dunia...

Seperti juga luka atau cedera di badan, tahap kesakitan luka di hati juga berbeza.. Cedera di hati kadang2 kurang menyakitkan, ada masa pulak amat menyiksakan. Semuanya bergantung kepada apa yang telah menyebabkan kesakitan itu. Boleh jadi kerana terlanjur bahasa, tersilap pilih perkataan atau mungkin kerana tersilap perbuatan. 

Luka di hati kerana kata2 dan perbuatan ada masa mudah dimaafkan Namun kadangkala boleh jadi dendam yang tidak berkesudahan… Dan sesungguhnya tidak dapat dinafikan, Cedera di hati kerana cinta lah yang paling parah dan amat menyiksakan… Kerana cinta dikhianati atau juga kerana cinta yang tidak lagi dihargai.. Kesakitannya bagai sembilu menghiris hati.. 

Cuma yang pasti, walau sebagaimana parah luka di hati, Tiada siapa yang akan ketahui kecuali kalau ingin dikongsi dengan teman2 sejati kerana sesungguhnya merekalah yang lebih mengerti.. Hanya masa sebenarnya yang dapat merawat luka… Dengan berlalunya masa, luka semakin sembuh tapi parutnya tetap ada… Kerana parut itu, kelukaan yang sudah jadi sejarah tidak mungkin dapat dilupa.

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...