BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Friday, December 23

memandangkan sekarang nih musim orang kahwin, musim orang bertunang. so, entri kali nih khas aku taip pasal 'Batasan Dalam Tempoh Pertunangan'. kira siapa yang dah bertunang (termasuk diri aku) mahupun yang akan bertunang tu info nih sangatlah berguna untuk kita semua ikut. jangan risau la, info yang aku bagi nih semua baik baik taw. bukan ajaran dari ayahpin yakni ibupin mahupon dari upinipin. muehehehe tetapi aku copycat dari majalah NUR edisi JUN2011 jek...

  • pertama - ada atau tidak ada komitmen semasa tempoh pertunangan? jawapannya ada TETAPI amat sedikit. lelaki tidak wajib memberikan nafkah. wanita pula tidak wajib taat setia dan minta izin ke mana-mana daripada tunanganya. (untuk point pertama nih aku rasa ramai je yang langgar. time bercinta pon depa dah mintak izin bagai dari pakwe kalau nak kemana-mana. mungkin bagi sesetengah couple tuh depa nak sentiasa tahu ke mana awek dan pakwek depa pergi dan dengan sapa pasangan depa tuh keluar.) *nasib la aku jenis tak kisah kemana & dengan sapa tunang aku pergi janji dia tahu batas dia sebagai tunangan orang

  • kedua - lelaki tidak wajib menyediakan rumah dan wanita pula tidak wajib mengemas rumah tersebut untuk tunangnya. jika putus tunang, tidak ada 'edah' dan tidak juga pelu untuk pulangkan kembali hadiah pertunangan kecuali mahar untuk perkahwinan yang kadang-kadang diberikan awal. (untuk point nih, aku tak rasa ada tunang yang dah berlagak sebagai seorang surirumah tunang depa. siap jadi tukang kemas rumah tunang. kalau ada pon mungkin dalam novel je kot. muehehehe. kalau sesekali masak untuk tunang tak ada hal kot kan? ermmmm)

  • ketiga - anda harus kuatkan iman semasa tempoh pertunangan. sekiranya ingin berbicara boleh kalau ada sebabnya dan dengan adab-adabnya. ada orang tengah seperti adanya ahli keluarganya sekali. begitu juga berutus 'sms' atau e-mail. dating tidak sama sekali. keluar makan sama-sama juga tidak sama sekali. (pehhhh, point nih aku rasa macam tak logik dek akal dah dengan peredaran zaman sekarang. ada lagi ke orang bertunang yang tiap kali nak kuar dating akan bawak orang tengah? adoiiiiii, sms dengan emailpon nak kena ada orang tengah ker? orang depan ke orang belakang ke boleh tak? ekekeke)

  • keempat - komitmen yang perlu diberikan adalah wanita perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu putus secara rasmi. (point nih aku tersangat setuju. dah bertunang for sure la kena setia dekat tunang kita. jangan sesekali curang wokehhh. tapi kalau jodoh tak panjang tuh boleh la buka hati terima orang lain pulak. biasalah, Allah akan ketemukan kita dengan orang yang salah terlebih dahulu kerana Dia ingin berikan seseorang yang lebih berharga untuk kita. ecece. betul la kan?)

  • kelima - seorang wanita pada tunangnya adalah orang asing. kalau wanita berjumpa ayah lelaki tersebut dalam tempoh pertunangan masih belum boleh mencium tangan ayahnya sebab ayah lelaki itu pun masih lagi orang asing. ( kalau kita salam dan cium tanda hormat sebagai bapak tunang kita boleh dak? gerrr)

sebagai hiasan semata duatigamata..kehkehkeh :)



itulah dia sejibik-sejibik ayat yang aku salin dari majalah NUR tuh. yang mana baik tuh sama-samalah kita ikut untuk kebaikkan diri kita. semoga setiap perhubungan yang terjalin itu berada dibawah rahmat Allah.




0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...