BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, March 20


 


1. Kuat amalan agamanya
Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan...



 


2. Akhlaknya baik.
Seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia...



3. Tegas mempertahankan maruahnya. 
Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya...



4. Amanah.
Ia boleh dikata sebagai kepercayaan, pertaruhan, kesetiaan, lurus, dan sebagainya yakni sesuatu yang diserahkan kepada seseorang untuk disimpan, dijaga dan dipelihara, samada berupa harta, rahsia atau selainnya. Dalam konteks ini, apa yang dimaksudkan adalah tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan yang dimiliki samada untuk diri sendiri ataupun untuk orang lain...



5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. 
Tidak membelanjakan wang atau hartanya sesuka hati tanpa kawalan serta tahu membelanjakan wang dengan bijaksana demi masa depan...



6. Menjaga mata.
Tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap an tidak memandang benda yang tidak sepatutnya dilihat samada sengaja atau disengajakan. Kan malu tu sebahagian daripada iman?...



7. Pergaulan yang terbatas.
Tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian...



8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik
Ini adalah satu cara yang agak unik kerana kebiasaannya jika kita ingin merisik serta menilai seseorang, sebaiknya kita hendaklah melihat dia ketika bersama dengan rakan-rakannya dan bukannya ketika dia berseorangan. pembawaan dirinya akan terserlah ketika dia berada di zon selesanya tersendiri dan kita dapat menyimpulkan bagaimana karektor dirinya yang sebenar. jika rakan pergaulannya itu baik, maka baiklah orangnya insya-Allah dan jika sebaliknya nazubillah...



9. Bertanggungjawab. 
Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya...



10. Wajah yang tenang.
Tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan...








footnote: Renung-renungkan...apakah diri ini punya kesemua ciri diatas? separuh?? suku??? tepuk dada, tanyalah hati ye!

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...