BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, May 15




Ambik kesempatan update blog. Kali nih nak kongsi info pasal perkahwinan. Jaman sekarang nih kebanyakkan pasangan kahwin atas pilihan sendiri. Senang cakap depa kahwin atas dasar suka sama suka. Yang dah bercinta bertahun tuh berakhir dengan perkahwinan tuh bersyukur la. Bertemu jodoh jugak dengan pakwe-makwe memasing. Mesti bahagia hidup dengan orang sayang diri kita kan?? 



Ekceli jangan terkejut jugak kalau aku cakap jaman sekarang motippppp utama kahwin pun dah banyak sebab. Sebab makwe-pakwe cantikk-kachak macam Fahrin Ahmad, cantik macam Scha bini Awal. Macam-macam lagi la sebab nak kahwin. Yang mana kahwin sebab cinta tuh moga ditetapkan rasa cinta tuh sehingga ke akhir hayat sampai pakwe-makwe tuh tua kerepokk pun masihh cinta lagi..n___n




*pause*




Kalau korang baca yang bawah nih korang kahwin ataupon nak kahwin atas sebab apa??? Cer pikirrrr...


...indahnya aturan Allah swt...


 Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumah tangga merudum dan MUFLIS.

 Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

 Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

 Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

 Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

 Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Namun,

 Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.





Kak Keen: Jom kemas barang nak balikk dah :)

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...