BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, June 5



Weekend yang lepas aku habiskan dengan join camping dekat Pulau Kapas dengan kengkawan aku. Ekceli aku tersesat join dengan ahli group latepackers. Memula macam tak nak join tapi bila dah asikk di ajak je pahtu pulak kengkawan yang lain dah setuju [selepas kena kelentong] aku pun okey jela. Kira aku orang last bagi persetujuan bila pikir kesejukan angin pantai memalam.


Aku ada buat entri pasal ni dalam entri Lain-Di-Rancang-Lain-Yang-Jadi. Nak story pasal perjalanan malam tuh pulakkk.


Lepas maghrib tuh [1/6/2012] aku dengan liza naikk bas rapid ke sec19 untuk ke mid valley [dari sec8]. Kena tukar bas pulak dekat sec2 tuh untuk ke stesen komuter sec19. Mak aiii, sepanjang tempat aku transit tuh aku dok sibukk menanya dekat orang macam mana nak pergi Stesen komuter tuh. Kalau naikk motor aku tahu la pergi sendiri. Kalau kena naikk public transport ni aku kureng sikit. Akibat tidak malu bertanya untuk elak sesat jalan akhirnya aku sampai ke tempat dituju dalam pukul lapan doplohh. Dapat je tren terus rasa nak lelap. Dapat la jugak lelap sekejap. 



Sempat lagi aku lelapkan mata dalam tren tuh....


Lepas 30min cenggitu dalam tren sampai la tempat yang dituju iaitu MidValley. Kena tunggu sorang lagi kawan dari Seremban. Kecian gila dekat dia. Dari Melaka-Seremban-MidValley. Memang tak terkejar dia. Sampaikan dia cakap naikk tension sebab asik dok call and mesej Tanya da sampai mana. Kihkihkih. Nasib aku call sekali jek Tanya dia da dekat mana. Kihkihkih. Dalam pukul 11 macam tuh baru dia sampai.
 Korang bayangkan duajam aku dengan kawan aku tuh kena menapak dan melepak dekat mid sementara tunggu dia. Mula-mula okey la sebab dapat jalan dekat mid tuh kejap. Dah seround pusing tak sanggup dah nak teruskan sebab beg yang berat menghalang untuk terus maju ke depan. Pusing balikk then lepak dekat eskelator yang nak naikk ke mid tuh. Siap duduk bersila dekat situ. Orang lain yang lalu situ mesti pelikss tengok kami. Dah macam peminta sedekah jekk. Choiii la :P


Jadi peminta sedekah sekejap dekat laluan ke Mid tuh.



*pause*



Tak mau cakap banyak dah. Korang layan jela gambar. Biar gambar yang menceritakan segalannya. Ececece :P 



Singgah sebentar di RNR Temerloh. Hilangkan lenguh-lenguh badan...




Eksaited kemain dapat naik boat nak ke Pulau Kapas. Mula naik muka hepi, Dah nak turun lutut gigil dan kepala pening. HaHaHa




Snorkeling aktiviti yang paling menyeronokkan. Tiga jam. Macam-macam ikan jumpa dalam laut tu. Indah ciptaan Tuhan...




Gaya seorang jurukamera cabukkkk...




Memasing lapar sebab dah lama berendam dalam air. Orang kebulur tengah melantak :P




Sempat lagi Peace tuh :)




Gud Bye Pulau Kapas...




Berjalan di Masjid Kristal..'Bulan dan Bintang menjadikan saksi'..ecece :P



Cabaran aku bagi 5/10. 
Kepuasan aku bagi 7/10.

Nak yang lebih mencabar lagi dari nih...




Kak Keen: Weekend nih nak naikk Cemerong pulak..HeHe

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...