BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Thursday, June 14





Kalau di kampung-kampung, kita biasa akan melihat buah kelapa akan bertunaskan pokoknya sendiri. Tetapi perkara ini tidak berlaku kepada penduduk di Kampung Peracak, Ogan Komering Ulu (OKU) Timur di Sumatera Selatan. Ini kerana mereka semua terkejut apabila menemui sebiji buah kelapa ditumbuhi pokok pisang. Pokok pisang setinggi kira-kira 80 sentimeter yang tumbuh pada buah kelapa itu ditemui oleh Muhamad Edi, 52, warga RT 02, kampung Peracak, mukim Bungamayang.

Dia menemui buah kelapa pelik itu ketika sedang menanam jagung di ladang rakannya, Komar, dua minggu lalu. Menurut Edi, sebelum dia menemui buah kelapa itu, dia terhidu bau bunga melati.

“Ekoran bau bunga itu sangat kuat, saya dan Komar berusaha mencarinya tetapi sebaliknya menemui buah kelapa ini,” katanya kepada Sripoku.com. Edi berkata, buah kelapa bertunas pokok pisang itu ditemui di atas timbunan kulit kelapa di tempat pengupasan kelapa.

Kejadian seperti ini sememangnya amat jarang sekali kita dengar. Akan tetapi kisah-kisah pelik yang berkaitan dengan pokok pisang banyak juga yang ktia dengar. Semua ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.


SUMBER

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...