BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, July 17


Petikan nih aku dapat dari kawan fb aku. dia tagkan untuk aku. Banyak info yang aku dapat dari hadis nih. Aku rasa tak salah kalau benda baikk cenggini aku share dengan kawan-kawan yang lain. Ingat mengingati itu lebih baikkan?


Panjang memang panjang. Sesuai la dengan kepadatan info dalam petikan tuh. Tak rugi pun kalau korang luangkan masa sedetik cuma. Bak kata kawan aku tuh TAK RUGI MELUANGKAN MASA MEMBACA HADIS YANG MENGGETARKAN JIWA. Menggetarkan jiwa? Yurp. Aku akui getaran saat membaca hadis nih. Wallahualam :)



*pause*

 
 
 
( Petikan dr Kitab Bidayatul Hidayah)
 
Imam Abdullah bin Al Mubarak R.A telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorg lelaki, Khalid bin Maadan yang pernah berkata kepada Muaz;
 
“ wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah S.A.W..
 
Berkata rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata; Aku mendengar Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepadaku:
 
“Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan member manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharakannya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan  Tuhan pada hari kiamat nanti.
 
Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah S.W.T telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum Ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut.
 
Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:
 
“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah mnyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas”
 
Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak. Malaikat itu Berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mgerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan amalan mengumpat orang, sehingga mereka sampai ke langit yg kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:
 
“berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”
 
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu melintasi langit yang pertama dan kedua sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga itu:
 
“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. akulah malaikat takbur. allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. orng itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai."
 
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip kelip. baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah.  Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit yang keempat itu:
 
“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. akulah malaikat ujub.Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. orang itu beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya"
 
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu yang ke lima seolah olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) kerumah suaminya; maksudnya berseri seri. lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima:
 
“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkuknya. Akulah malaikat hasad. Ia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan bberamal seperti amalannya.  ia hasud akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat ia juga mencela mereka..Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku"
 
Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalanya sehingga  ke pintu yang ke enam lalu berkata malaikat penjaga langit yang ke enam:
 
“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak berbelas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia meras gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku"
 
Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (bunyi zikir) seperti lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga langit yang ketujuh:
 
“ Berhentilah kamu  dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutuplah ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir ( mencari sebutan supaya disebut sebut oleh orang). Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut sebut di kalangan ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak"
 
Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amalan itu ialah sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam dan banyak berzikir. Amaln hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat berhenti di hadapa Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:
 
" Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mgetahui denagn segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu"
 
lalu para malaikat tadi berkata:
 
"Keatasnya laknatMu dan juga laknat kami" lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan isinya.
 
Mendengar sabda Rasulullah S.A.W ini lalu Muaz menangis seraya berkata: "Engkau adalah Rasulullah S.A.W sedangkan aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera.
 

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...