BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Thursday, July 26

sambungan dari ENTRI INI
 
[6]Kes Rogol dan Bunuh Nurul Huda Abdul Ghani
Nurul Huda Abdul Ghani ialah seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang ditemui dalam keadaan bogel dalam pondok kawalan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad di Tanjung Kupang, Johor pada tahun 2004. Basikalnya ditemui di luar pndok tersebut. Dia dipercayai telah dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki, termasuk seorang pengawal keselamatan.


Pengawal keselamatan berumur 46 tahun yang bertugas di pencawang itu, Mohd Abbas Danus Baksan ditahan selepas bergelut dengan polis kerana enggan membuka pintu pagar pencawang dan sebaliknya menyerang polis yang cuba memasuki kawasan itu.

Nurul Huda ialah anak bongsu Ketua UMNO Cawangan Kampung Pekajang, Ghani Juni yang bekerja sebagai pembantu am rendah di sekolah tempat anaknya belajar. Ghani mempunyai sembilan anak.
Kejadian dikatakan berlaku setelah Nurul Huda keluar untuk membeli barang di kedai runcit berhampiran, manakala pondok tersebut terletak hanya 100 meter dari rumahnya dan Nurul Huda perlu melalui kawasan pencawang tersebut untuk ke kedai runcit yang terletak 500 meter dari rumahnya.


Bagaimanapun, pada tahun 2008 Mohd Abbas telah terlepas dari hukuman mati kerana semua keterangan keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak menunjukkan yang kesalahan itu dilakukan sepenuhnya oleh Mohd Abbas setelah dia mengemukakan rayuan kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Johor kerana membunuh Nurul Huda.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan oleh Mahkamah Sesyen Johor Baharu pada 26 Jan 2004, selepas dia mengaku bersalah merogol budak perempuan itu.
Peguam yang mewakili Mohd Abbas, Jagdish Kaur, berhujah terdapat orang ketiga terlibat dalam kes itu dan Mohd Abbas dalam keteranganya berkata dirinya dan dua lelaki lain bernama Suyaimi Mohd Zin dan “Jojo” merogol budak perempuan itu.

Katanya pertuduhan asal di Mahkamah Majistret, menyatakan Mohd Abbas melakukan kesalahan itu bersama-sama dua lagi lelaki tetapi selepas kes itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, hanya nama Mohd Abbas disebut.

Katanya (Jagdish) hakikat yang Suyaimi atau mana-mana orang lain tidak didakwa bersama-sama dengan Mohd Abbas menunjukkan yang pendakwaan tidak mempunyai bukti terhadap mereka.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria berhujah berdasarkan keterangan, jelas menunjukkan Mohd Abbas telah membunuh Nurul Huda kerana hanya dia seorang yang bekerja di pondok pengawal itu dan keengganannya membenarkan polis dan abang Nurul Huda masuk ke pondok itu untuk menyiasat menunjukkan yang dia menyembunyikan sesuatu.

Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata terdapat banyak lompang dalam kes pendakwaan dan penyiasatan pihak pendakwaan juga tidak lengkap.
“Adalah menjadi tanggungjawab pendakwaan untuk membuktikan pembunuhan itu. Tugas pihak pembelaan ialah untuk menimbulkan keraguan,” katanya.

Mahkamah, bagaimanapun, mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Baharu bagi kesalahan merogol budak prempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah. Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana pada masa itu berumur 52 tahun.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



[7] Kes Bunuh Warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu
Shaariibuugiin Altantuyaa atau Altantuya Shaariibuu, seorang warga Mongolia, adalah mangsa bunuh yang sama ada dibunuh menggunakan bahan letupan C-4 atau dibunuh dahulu kemudian mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan C-4 pada 18 Oktober 2006 di sebuah kawasan tinggal di Shah Alam.


Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati kepada dua orang tertuduh, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar pada 9 April 2009 yang didapati bersalah membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari.

Pelbagai kontroversi terpaut dengan kes ini, contohnya dalam satu kenyataan bersumpah semasa perbicaraan tentang kes hasutan pada Jun 2008, seorang penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin berkata yang melalui “sumber yang boleh dipercayai”, Datin Seri Rosmah Mansor kononnya adalah salah seorang individu yang berada di tempat kejadian jenayah semasa Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Dua orang individu yang turut disebut dalam kenyataan bersumpah tersebut, pasangan suami isteri Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan telah memfailkan saman fitnah kepada Raja Petra. Aziz meminta Raja Petra memohon maaf untuk diterbitkan di laman sesawang dan akhbar, serta kenyataan bersumpah tersebut dipadamkan dari blog beliau serta ganti rugi bernilai RM 1 juta. Kaunsel Raja Petra kemudiannya mendakwa artikel bertajuk ‘Let’s send the Altantuya murderers to hell’ pada 25 April 2008 dimuat naik ke laman blognya tanpa keizinan dan pengetahuan Raja Petra.

Raja Petra seolah-olah menjauhkan diri dari kenyataan bersumpahnya dalam satu temuramah televisyen selepas itu, mendakwa yang tuduhannya yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dengan pembunuhan Altantuya adalah informasi berulang yang diberikan padanya oleh pihak pembangkang dan bukannya informasi yang diketahuinya sebagai benar.

Kes bunuh Altantuya kini juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa Perancis.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



[8] Kes Bunuh Nurin Jazlin
Nurin Jazlin Jazimin merupakan anak kedua pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman daripada 3 orang adik beradik. Beliau merupakan pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, Setapak, Kuala Lumpur. Beliau dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Pelbagai usaha dilakukan melalui media dan orang ramai termasuklah Polis Diraja Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan (BBK) untuk mengesan Nurin yang dipercayai diculik.

 

Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayat tanpa pakaian dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.

Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya.

Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering” selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali.

Jenazah Nurin Jazlin dituntut dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan itu. Akhirnya beliau disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang selepas solat Jumaat pada 20 September 2007 di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak. Ibubapa beliau beserta tiga adik-beradik Nurin Jazlin tidak dapat menahan tangisan mereka ketika jenazah itu diturunkan ke liang lahad.


Kes ini masih dibuka, tiada pendakwaan dilakukan kerana petunjuk yang sangat sedikit. Terdapat satu rakaman kamera litar tertutup di tempat mayat dijumpai yang menunjukkan seorang lelaki yang menaiki motor meletakkan beg berisi mayat Nurin, tetapi ia terlalu kabur. Namun perbuatan jenayah ini disyaki dilakukan oleh penjenayah yang beroperasi dari van putih, dan besar kemungkinan terdapat lebih dari seorang penjenayah yang terlibat.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



[9] Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya
Berita kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, mula tersebar di laman sosial Twitter semasa pertengahan bulan Ramadhan 2010. Pada 12 Sep 2010, Polis Diraja Malaysia mengesahkan Datuk Sosilawati dan tiga orang yang mengiringinya ke Banting, Selangor untuk satu urusan pembelian tanah telah mati dibunuh. Menurut Utusan, keempat-empat mayat dan salah satu daripadanya mayat Datuk Sosilawati ditemui di pantai Morib. Kesemua mereka dibunuh kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

 

Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut ialah di mana suspek membuang abu mayat selepas dibakar di ladang ternakan ayam (Ladang Gadong, Tanjung Sepat) tersebut dan pasukan penyelam Polis Marin manjalankan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lelaki lain. Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat.

Jam tangan mewah milik Sosilawati yang diambil salah seorang penjenayah sebagai ‘kenang-kenangan’ selepas mangsa dibunuh menjadi petunjuk paling penting berhubung kes tersebut.


Kes ini masih dalam perbicaraan dengan empat orang suspek sudah mengaku bersalah manakala empat suspek lagi temasuk suspek perancang utama, bekas peguam N. Padmanabhan masih dibicarakan kerana tidak mengaku bersalah.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



[10] Kes Bunuh Nurul Nadirah @ Dirang
Nurul Nadirah @ Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas oleh ibunya, Roselyn Alan, 25. Roselyn memberikan RM 4 kepada Dirang untuk membeli telur ayam dan dua bungkus mi segera di kedai runcit yang terletak di tingkat bawah blok di sebelah rumahnya. Rumah mereka terletak di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor.


Berikutan kehilangan Dirang, gerakan mencari beliau dilaksanakan selama beberapa hari oleh pihak berkuasa dan penduduk tempatan. Kehilangan Dirang juga mendapat liputan meluas pihak media.
Pada 8 Mac 2012, mayat kanak-kanak yang rentung telah dijumpai di sebuah kawasan tanaman kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, 20 KM dari Flat Seri Delima. Pada 12 Mac 2012, mayat rentung itu disahkan oleh pihak polis sebagai Dirang melalui ujian DNA.


Bapa kandung Dirang, Handri Yongot, 35 pada mulanya disyaki sebagai suspek, tetapi kemudiannya dibebaskan dari tuduhan dan dihantar ke Filipina, dari mana dia datang sebelum memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.

Seramai tiga orang suspek termasuk seorang wanita direman untuk siasatan kes pembunuhan Dirang.
Bagaimanapun, pada 27 Mac 2012, Muidin Maidin, 24, jiran Roselyn, telah didakwa melakukan perbuatan kejam itu terhadap Dirang di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lepas.

Lelaki bermisai nipis itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati di tali gantung jika disabitkan kesalahan.


*pause*


Kesimpulan dari 10 kes tergempar yang berlaku tuh, aku boleh cakap yang hampir kesemua mangsa adalah dari golongan kaum hawa. Yakni, kaum yang dianggap lemah dan perlu dilindungi oleh kaum Adam. Tapi apa jadi? Bukan dilindungi malah dibunuh dan diperlakukan dengan kejam, zalim seolah-olah mereka tiada hati dan perasaan...

Memang bodoh la manusia yang tergamak merogol dan membunuh nih. Apa yang depa dapat bila buat benda nih? Apa depa ingat nyawa manusia nih boleh ditukar ganti ke? "Kau bunuh si polan nih aku bayar kau RM  juta-juta" Agaknya mungkin sebab rasuah di kalangan manusia menuntut seseorang itu berkehendak melakukan sesuatu jenayah. 

Mungkin jugak kes cemburu, skandal, dan yang pasti kes tak boleh kawal nafsu! Asal tengok pempuan atau budak comel sikit dah tak boleh tahann. Ayoooo. Susah la manusia jenis nih. Kekadang muka macam penyagak [maaf kepada sesiapa yang terasa] tapi hati baikkkkkkkkkkk punya [gaya dafi], kekadang tuh pulak muka kemain suci macam imam muda [maaf kepada sesiapa yang terasa] tapi perangai nauzubillah minzalikkk, jahat sebarisss dengan ketua malaun...

Kalau korang ingat ada satu kes culik budak yang masihh belum terjawab sehingga sekarang. Kes culik Adik Sharlinie...Di Mana Sharlinie? Kalau korang nak tahu kes adik sharlinie klik SINI...




al-fatihah untuk semua...

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...