BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Friday, November 30

Untuk lebih dan lebihhhhhhh jelas, klik gambar!

Surat sempoi kepada Pegawai.. Hahahaha

Salam Jumaat semua. Memandang hari baikkk ni, aku akan buat entri baik baik je walaupun aku ni bukan baikk sangattttttttt pun. Bukan entri lucah atau 18SX seangkatan denganya..-___-

OK! Sebenarnya aku tengah mengsibukkkan diri aku dengan mengDIY bunga pahar tempahan dari kawan office. Niat untuk mengDIY jambangan bunga untuk kawan aku konvo selasa nanti pun tengah berkobar kobar jugak ni... Nak beli rose segar dekat booth memang mencekik darah. So, memandangkan aku dahh ada segala keperluan untuk menghasilkan giant paper rose flower ni senangggggggggg la sikit kan? Selalu kalau handmade ni lebih dihargai dan ada nilai sentimental tersendiri kan? kan? kan?

Hanya mengGoogle tutorial dia jekkk. Barang barang semua dahh ada, cuma nak start buat je belum ada masa. Mungkin weekend ni baru start buat. Tadi cadang nak buat time rehat panjang tengahari ni, tapi novel on9 asyikk dokk melambai limbai je. Cancel terus nak buat dekat office ni. hehehe. Kena tunggu balikk umah nanti jelaaaaaaaaaaaaa....n___n

giant paper roses! love the gray dresses too
Cantikkkan? Membayangkan bunga tuh warna merah makngahhh. perghhhhhhhhh.  mesti  lagiiiiiiii  berseri =p

Jom terjah tutorial giant paper rose flower nih sama sama. 


Nanti dah siap giant paper rose flower versi aku punya, nanti aku buat entri pasal ni dekat blog aku ok! *ada ke orang nak membaca?*   

Nak selit jugak gambar kawan aku konvo dengan hasil tangan aku yang tak seberapa tuh. hehehehe =p

Thursday, November 29

Kenapa Spender Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak?

Nak tau tak kenapa spender lelaki dijual dalm kotak tapi yang perempuan dijual secara gantung atau longgok? hehe.. Jom tengok karya kreatif admin blog loveydoveydoo.com kat bawah nih..

Apabila perempuan memilih seluar dalam.... 






Apabila lelaki memilih seluar dalam...





Amacam? Setuju tak dengan karya kreatif admin blog loveydoveydoo.com nihhhh? n__________n

Bila tempahan bunga telur dah nak siap *walaupun untuk sepupu aku belum start langsung* rasa hati nak membaca novelsssssss kian membuak buak. Kena tahankan gian nak membaca ni... 

Kalau dekat office sekarang nihh asikk dok layan novel on9 je bila ada masa terluang. Balikk rumah sentuh tempahan bunga yang dahh aku terima sejak sekian lama… Eh, semalam dahh hantar 100pcs bunga pahar

Dalam list aku sekarang ni ada novelsssss yang akan aku dapatkan nanti. Samada tunggu gaji ataupun tunggu dapat duit dari tempahan bunga tuh!! Huaaaaaaaaaarggghhhhhhh eksaiteddd nak membaca novels yang berjaya memancing jiwa aku untuk membelinya! 

Mungkin aku akan dapatkan 2 naskah dulu... Nak beli sedebokkkkk semua memang tak mampuuuu la weiiii. Hujung bulan kena rebus novel la gamaknyaaaaaa……

Dalam list nak dapatkan novelsssss ni….


1. Bila Hati Kata Sayang


2. Pabila Cinta Memanggilku


3. I Love You Stupid!


4. Rindu Dalam Sepi


5. Siapa Orang Gajiku?


6. Kau Pemilik Hati


Aku Bukan Untukmu - NO REPRINT
7. Aku Bukan Untukmu

Berdasarkan dari testimoni pembaca lain novel novel nihhh sangat  laa ohsemmm dan romantikkkk gitu =p Dan aku sendiri mengaku sebab aku dahhh baca novel tuh separuh dahhh. Bila baca on9 nihh memang separuh jela korang dapat baca. Nak tahu ending kena beli sendiri novel tuh. Baikkk punya taktik nak tarik pembeli. Huhuu.



Sindrom join GA dahh makin menular dalam diri aku sekarang ni. Hari nihh nakk join GA oleh blogger ni...

 Ada hadiah pulakkk tuhhh! Nak tahu klik SINI. Ehhh! Jom lahhh join sama GA ni. Kot kot la rejeki nak menang hadiah yang di tawarkan?...-___-'


Kalau menang kira jubah nih koleksi pertama aku la nanti. *ada hati nak menang, choiiiii*

Wednesday, November 28

Tuesday, November 27

Musim cuti sekolah sekarang ni ada je jemputan kenduri kahwin sini sana kan? Opkos masa pergi kenduri kita akan eksaited nak tengok pengantin. Lawa ke comel ke hudoh ke. Semua berkaitan dengan pengantin mesti nak ambikk tahuu. Pengantin lawa puji, pengantin tak lawa keji…lumrahhhh =p

Bila dah cerita pasal pengantin nih mesti dahh sinonim dengan inai. Aku pun suka inai sebab jari akan nampakk meriah dengan warna merah. Wow! Mengancam wehh! Dannnnnnnnnn, ada info mengatakan inai mampu menbangkitkan nafsu suami. Betul ke? Patut la pengantin dokkk tempekkk inai meriah kemainnnn. Ada makna…..:D

Ok! Tadi review beberapa design inai ukir yang menjadi trend pengantin zaman sekarang. 

Eh, ada orang kata inai ukir nih haram? Betul ke? Hah! Korang silappppp. Menurut e-fatwa *silalah baca sampai habissss*

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah...

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang...

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan…




So, jangan ragu ragu untuk ukir inai dijari anda pada hari bersejarah nanti. Design harus menepati citarasa anda!!!!!

Dari hasil review aku dekat Google tadi, aku teberkenan dengan design yang aku lampirkan di bawah niii. Cantik dan simple kan?









Akan aku pilih untuk ukirkan di jariku masa jadi pengapit nanti. Uishhhh, eksaited nak lukis inai nih =p


Tipu kalau aku cakap aku tak cemburu dengan kebahagian orang lain yang bakal mendirikan rumahtangga dengan tunang atau boypren masing masing. Walaupun aku pernah bergelar tunangan orang sedikit sebanyak aku ada menyimpan harapan untuk kekalkan hubungan itu hingga selamanya. Tapiiiiiii aku hanya merancang Tuhan yang menentukan…

So, dari awal pertunangan aku dulu aku dah start mengfollow B2B dari serata pelosokk negeri. Motifff? Nak tahu perkembangan dan berkongsi idea untuk majlis bersejarah nanti. Nak buat macam mana title aku untuk group B2B hanya separuh jalan jekkkkkk…

Ok! Stop it!!!!!!!!!!!!!!

Tujuan entri nih aku just nak kongsikan keseronokkan yang aku nampak pada B2B yang lain yang dah jadi mantan B2B sebab depa dahh kahwin…

Aku follow depa dari preparation depa untuk bertunang, selepas depa jadi tunangan orang dah sehingga depa sibukkkkkkkkkk dokkk prepare untuk hari bahagia yang akan tiba. Dari part gaduh dengan tunang, DIY bunga pahar, design kad jemputan, baju sanding, pelamin segala pasal perkahwinan yang depa semua yang dekat blogg aku akan jengahhh. Sikit sebanyak aku pun eksaited macam aku je yang akan kahwin........=p

Dari title boypren-girlpren sampai tunangan dan sekarang dah bergelar suami-isteri aku tak lupa untuk jengahh blog depa tuh. Kepada mantan B2B yang bakal menjadi ibu/mummy/mama/mak aku ucapkan Tahniah!!! Semoga kebahagiaan menjadi milik korang selama….


Yang sebenarnya aku btulis entri ni selepas aku baca blog adik angkat aku si NORA yang mengesahkan dia dah pregnant….TAHNIAH NORA dan EJAM…

Masuk masuk office bukak email then bukak blog. Fb? Dah lama tinggalllllll. Sebab? Bosannnnnn weh!!!

Bukak dashboard tertarik dengan entri dari mama. Terus klik entri mama then terus cari link untuk check rank blog aku nihh....

Kalau mama dapat 2/10 dahh kira bagussss, aku nih dapat 0/10. Hahahahaha. Tersangat tidak tersenarai top 10. Top 10 ke??? Muahahaha


Monday, November 26

SETIAP manusia mempunyai keinginan memiliki kereta, keluarga dan rumah sendiri apabila bekerja kelak. Rumah atau tempat berteduh merupakan keperluan utama dalam kehidupan. Namun, dengan kos sara hidup yang saban hari kian meningkat, adakah memiliki kediaman sendiri hanya sekadar menjadi impian?

Ini ekoran kenyataan membimbangkan dengan skala harga rumah yang terpaksa dihadapi oleh semua rakyat Malaysia pada 2020 apabila pendapatan rakyat Malaysia mesti mencapai RM12,000 sebulan untuk memiliki hanya sebuah rumah teres.

Tidakkah ini amat menakutkan untuk ditempuhi oleh golongan yang baru menapak dalam pekerjaan atau generasi akan datang? Atau mungkin tatkala negara sudah di ambang negara maju, mata kita akan melihat longgokan penempatan di kaki lima jalan atau hanya di bawah jambatan dek kerana tidak mampu mempunyai kediaman sendiri.

Tambahan pula, kenaikan harga barangan keperluan yang menyebabkan wang semakin hilang nilainya. RM50 hanya sekelip mata habis dibelanjakan waima dengan hanya membeli rencah dan bahan-bahan untuk dibuat hidangan makan tengah hari sahaja.

Bayangkan bagaimana golongan berpendapatan rendah dan sederhana terpaksa mencatu gaji bulanan untuk meneruskan hidup, lebih-lebih lagi di era yang segalanya perlu dibayar dengan wang.

Namun isu kenaikan harga segala barang ini jika ditulis hingga kiamat pun tiada sudahnya, terus-menerus menuding jari pada sesetengah pihak sehingga berbuih mulut pun masih tiada nokhtahnya. Mengapa tidak di tuding jari di muka sendiri? Bukan menempelak sikap sesetengah pihak, tetapi jika dinilai gaji bulanan hanya cukup makan, namun berbelanja seperti mereka manusia paling kaya di dunia.

Anak-anak pula ditabur dengan segala kemewahan, dari permintaan telefon pintar, komputer tablet, pakaian berjenama, dan segalanya wajib tercanggih. Tidak kurang juga pelajar di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta, wang pinjaman dijadikan tiket berbelanja sakan mengalahkan ahli perniagaan lagaknya, hujungnya mi segera menjadi santapan harian dek kekeringan wang.

Jika senario perbelanjaan rakyat Malaysia berterusan begini, tidak keterlaluan dikatakan impian untuk memiliki rumah sendiri akan hanya menjadi angan-angan. Dihitung secara kasar, ada logiknya rakyat harus mempunyai pendapatan RM12,000 sebulan untuk membeli sebuah rumah waima rumah teres pada 2020. Pada masa kini sahaja harga rumah di Malaysia sudah mencecah nilai jutaan ringgit, inikan pula di zaman maju 2020.


Senario kenaikan harga rumah untuk lima tahun kebelakangan ini, bukan sahaja setakat berlegar di kawasan Lembah Klang malah sudah mula berjangkit di sekitar Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan di sekitar Semenyih. Contohnya, beberapa lokasi harga rumah teres baru di Semenyih dengan keluasan 24×70 kaki (7×21 meter) kini sudah mencecah harga RM460,000. Harga rumah bersaiz 22×70 kaki pula sudah mencapai RM510,000.

Harga rumah di Rawang untuk keluasan rumah 20×65 kaki dijual pada harga sekitar RM288,000. Dan harga rumah di Sungai Buloh bermain-main pada harga RM398,000 untuk keluasan 22×75 kaki.

Senarai ini tidak termasuk lagi jenis rumah seperti Kondominium One Menerung di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit. Sementara, sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000. Tidakkah ini amat memeritkan?

Jawapannya, tidak lain tidak bukan, mula berjimat dan menabung sedikit demi sedikit. Bukankah lama-lama akan menjadi bukit? Bercakap memang mudah berbanding mengamalkannya, tetapi jika dibajai dengan kesabaran, hasilnya pasti lumayan.

Kepada pelajar, jangan sia-siakan peluang belajar dengan tekun bagi mendapatkan kelas pertama demi menjadikan pinjaman bertukar kepada biasiswa. Kepada yang tidak mampu mendapatkan kelas pertama, belajarlah untuk berjimat mudah-mudahan dengan baki pinjaman masih di simpanan dapat meringankan beban untuk pembayaran kelak.

Bagi mereka yang sudah mula bekerja, janganlah terburu-buru membeli kereta, jika masih mempunyai pilihan, gunakan kemudahan kenderaan awam seperti LRT, Monorail, Bas Rapid dan sebagainya. Dahulukan membeli aset seperti rumah dijadikan agenda utama di dalam hidup, kenderaan menjadi impian kedua. Jangan lupa, langsaikan dahulu bayaran balik hutang pinjaman anda.

Peranan ibu bapa pula, didik anak-anak berbelanja dengan berhemah, juga amalkan sikap suka menabung demi masa hadapan. Untuk lebih jimat, wujudkan walau sedikit ruang untuk menanam sendiri jenis sayuran yang sering digunakan untuk masakan, misalnya daun kunyit, cili, sawi, serai dan sebagainya. Hasilnya bukan sahaja jimat malah menyihatkan tubuh badan dengan dapat mengurangkan bahan-bahan kimia yang selalunya digunakan ke atas bahan mentah yang terdapat di pasaran kini.

Penjimatan kos air dan elektrik juga perlu diambil kira. Hadkan penggunaan keduanya dengan sentiasa memastikan penggunaan air dengan kadar yang perlu sahaja, dan sentiasa pastikan tutup suis-suis elektrik yang tidak digunakan.

Kesimpulannya, kita tidak akan dapat menyekat kenaikan harga setiap inci benda yang semakin meningkat saban waktu, berhenti menuding jari. Setiap permasalahan ada penyelesaiannya.

SUMBER


..............................................


Terbaca ulasan yang membuatkan aku terpikir sejenak. Kesilapan biasa graduan baru....Jom baca SINI. Dekat SINI pun ada jugak!

Rasanya lebih baik beli umah yang mahal dari beli kereta yang mahal... Walaupun kereta tue nampak gah, tapi ia ada susut nilai, yearly insurans yang tinggi, risiko rosak dan dirosakkan, minyak, monthly maintenance etc... Kalau beli rumah mahal pun, akhirnya jadik milik kita sepenuhnya, susut nilai kurang, lebih selesa dan berpuluh-puluh tahun boleh duduk kat situ kan?

"When you're happy, you enjoy the music. But when you're sad, you understand the lyrics." - Frank Ocean

Friday, November 23

Seram! Kisah Banglo Lama Di Taiping | Mendiami rumah banglo pada zaman dahulu dianggap paling kaya di daerah tersebut. Biarpun banglo itu tidak semoden hari ini, tetapi ia lambang kemegahan pada ketika itu. Namun banyak peninggalan rumah banglo lama pada hari ini yang ditinggal usang. Antaranya sebuah rumah banglo lama yang terletak di Taiping. Ia dikatakan berhantu dan suasana di kawasan tersebut amat menyeramkan sehingga ada yang terlihat lembaga di situ.

Kisah ni berlaku di rumah banglo makcik aku kat taiping sekitar tahun 1990an…nama umah makcik aku ni ‘Sangkuriang Villa’. Makcik aku ni ada anak laki (sepupu aku) yang boleh nampak benda-benda aneh..kira sixsenth la.

Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu & jin masa tinggal kat umah tu. Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak selalulah mcm dulu. Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah.

Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah asrama kem askar Taiping tu. Kalo dok kat area umah ni, bila time azan maghrib atau azan subuh je msti dengar bunyi anjing menyalak sayup2 je kt sekitar umah tu..bila kuar tengok takde pun kelibat anjing kat area situ..memang menyeramkan…

Setiap cuti sekolah hujung tahun je aku ngan family selalu datang umah diorang bermalam..so sepupu aku ni mula la bukak cerita…

Dari kecik dia boleh nampak & berkawan dengan jin, dia siap makan,minum & bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bestnye cuma dia je yang nampak tapi orang lain tak nampak. Pernah kitoran suruh dia lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam citer casper… makcik aku ni pada mulanya takut jugak tengok keadaan anak dia ni…

Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan seseorang kat buaian depan umah dia..bila makcik aku keluar tengok, takde orang lain cuma sepupu aku je kat situ..terus makcik aku tarik masuk dalam umah. Masa sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu tengah lambai kat dia. Bila dia pandang balik benda tu dah takde..

Pernah terjadi masa aku dengan family datang tido kat umah dia. Family pakcik aku yang lain pun datang bermalam jugak..So petang tu hujan renyai2, kitorang dengan sepupu yang lain tak boleh kuar umah & just main nyorok2 kat tingkat atas umah dia. Siap main baling2 bantal dan yang bestnye kitorang main baling-baling 1 teddy bear ni sampai tercabut mata dia sebelah. Alih2 tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah…

Pastu masa dekat maghrib tu pulak ade sekor kelawar hitam masuk umah dia. Kitorang pun halau la kelawar tu keluar. Ntah macamana sepupu aku ni pulak tersilap pukul klawar tu dengan penyapu sampai mati… then malam tu kitorang tido berhimpit2 kat tingkat atas tu..masing2 dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu takut datang kacau kitorang..

Tengah malam tu…sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tido tepi sekali..masa tu dlm gelap..dia rasa ade orang mendengus kat sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Bila dia bukak mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil tengah pandang dia macam orang tengah marah.

Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu & kejut sepupu2 aku yang lain. Kitorang semua bangun..pastu dalam dok kecoh2 tu…tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka2.. kitorang pun tanya la kot2 dia kena apa2 masa tido. Ntah dia cakap takde plak. Sedar2 je dah ade calar tu.

Sepupu aku ni citer la lagi yang adik bongsu dia masa tu umo dalam lingkungan 4 – 5 tahun selalu menangis bila tengah malam.. tiap2 malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan & nampak sesuatu. Ada ustaz yang dok area situ bagitau, kat atas bumbung umah dia ni ade puntianak bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yg bersambung dengan dahan pokok ketapang tu.

Ni sepupu aku citer aper yang dia mimpi..dlm mimpi tu,dia tgh bermain sebelah umah dia..masa tgh bermain tu dia terpandang satu lembaga besar & tinggi berwarna hitam berdiri betul2 sebelah pokok ketapang blakang rumah dia tu.. lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok ketapang tu. Ketika lembaga yg menakutkan tu cuba lalu sbelah pokok ketapang tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah.

Keesokannya, biler sepupu aku ni sedar dari tidonyer, dia try lah gi tengok kat belakang umah.. mmg betul2 dia nampak dahan pokok ketapang tu patah sama cam dlm mimpi dia… Aper lagi terkejut la sepupu aku ni…

Malam ke-2 pulak.

Masa spupu aku ni tengah sedap tido kat bilik dia, tiba-tiba dia terjaga tapi dalam keadaan mamai… Dia nampak ader 2 orang datang dekat katil dia. Sorang tu lelaki, dan sorang lagi pompuan berpakaian seperti pembesar zaman kesultanan melayu dulu2, datang ke arah spupu aku yg tengah mamai ni dan laki tu bagitahu yang dia minta maaf kat sepupu aku coz semalam ada penghulu/org2nya lalu kat belakang umah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok ketapang tu.. Beberapa ketika kemudian spupu aku ni terjaga & dia terbau wangi seluruh bilik tido dia tu.

Keesokannya sepupu aku ni citer la kat mak dia aper yg dia alami mlm tadi.. so mak dia ckp kemungkinan org tu adalah org bunian yg tinggal kat blakang umah dia tu…

Mungkin itu cuma dugaan, tapi kebanyakan orang memang suka menduga-duga,kan?


SUMBER

Anda masih mencari kerja?
Inginkan wang saku bulanan?


Kepada mereka mereka yang masih belum mendapat pekerjaan yang diinginkan. Anda yang layak dan berminat untuk mengisi masa terluang dan terbuang dengan menjadi pembantu penyelidik [RA] di Accounting Research Institute (ARI), UiTM Shah Alam, anda di alu alukan untuk datang terus atau menghubungi pejabat ARI di Level 4 [03-5544 4845] atau Level 12 [03-5544 4925] di Menara Sultan Abdul Aziz Shah [Menara SAAS], UiTM Shah Alam untuk mengisi borang...

Anda juga boleh download terus dari link SINI lepas tuh hantar je kepada kami di level 4 ataupun level 12...

Syarat untuk menjadi pembantu penyelidik adalah: 

  • Mempunyai pengetahuan dalam Statistical Package for the Social Sciences [SPSS]
  • Berkelulusan Diploma Accounting, Degree Accounting or Master Accounting AMAT digalakkan memohon!!!
  • Kelulusan dalam bidang lain turut dipertimbangkan....

Bayaran dibuat berdasarkan kelulusan/kelayakan pemohon...
  • Diploma RM 1,000.00/sebulan
  • Degree RM 1,200.00/sebulan
  • Master RM 1,500.00/sebulan
Tak salah kalau jadi RA sementara menantikan kerja yang lebih baikk kan? Jangan lah memilih kerja dan gaji sangat!!! Janji duit bulan bulan masuk dannnnnnnnn [lepaslah untuk diri sendiri] masa yang terluang tuh dah terisi dengan melakukan kerja kerja penyelidikan. Boleh la korang feeling feeling jadi penyelidik sekejap n__________n"...


Kepada bakal bakal graduan Konvokesyen UiTM ke 77, aku ucapkan TAHNIAH dan SYABAS kerana Berjaya mendapatkan apa yang diimpikan! Bukan syarikat urus air Selangor tuh ye!!! Kepada mereka mereka yang dah berjaya menggenggam segulung sijil, segulung diploma, segulung ijazah, segulung master teruskan perjuangan untuk dapatkan segulung PhD pulakkkk. Tapiiiiiiiiiiii,PHD  perasaan-hasad-dengki tuh mintakkk dijauhkan ye!!!



Konvokesyen UiTM ke 76 aku naikk pentas tapiiiiiiiiiii kali ni tengok kawan kawan naikk pentas jelaaaa =p Bila agaknya dapat naik pentas lagi ehhhh? OHmaiiiii, dalam wishlist tuhhhhhh nak sambung lagikkkkkkkkkkk. Gerrrrrrrrrrrrr!!!

Thursday, November 22


Semalam ada join segmen bloglist nih. aku temasuk dalam kumpulan 4. Waaaaaaaaaaaaaa, dahh macam kumpulan masa zaman zaman sekolah dolu dolu pulakk…Kannn?????????

Dari hasil bloglist tuh terhasilah 9 kumpulan bloglist tuh. Jumlah peserta 85 orang dan aku tersenarai di tempat ke.........


... Muahaha. Ramaikan. Nak kenal blogger blogger lain? Jom terjah SINI.

Kepada ahli kumpulan 4 yang terdiri daripada jelitawan jelitawan dan rupawan di bawah, aku dahh follow mereka semua...

Luangkan sedikit masa untuk terjah dan follow mereka jommmmmmmmmmmm!

  1. http://mujadafewa.blogspot.com/
  2. http://mawarmialah92.blogspot.com/
  3. http://aliyeeaheart.blogspot.com/
  4. http://marqiscareno.blogspot.com/
  5. http://beautyshinju.blogspot.com/
  6. http://silentremedy.blogspot.com/
  7. http://lelakiini89.blogspot.com/
  8. http://bulatitucomell.blogspot.com/
  9. http://mimbarhatiku.blogspot.com/


Lepas ni inggal nak BW blogger dari kumpulan lain je. Kena tunggu masa sesuai sikit je..

Jom pakat pakat BW ramai ramai jommmm….

Wednesday, November 21



JOOMMMMM join segmen ni. Aku tiap tiap hari wajib berkunjung ke blog ni. Sebab apa? Sebabbb blog nih tiap tiap hari akan update dengan entri baru. Hah! Yang mana kerap update kerap laa aku berkunjung….

Sempena ulangtahun kelahiran blog itu kali pertama, maka tuanya telah mengadakan satu segmen pencarian bloglist. Hadiah? Nak tahu kena la join dulu...

Kepada owner blog, Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama. Semoga akan terus berblog hingga ulangtahun yang seterus terusssssssssssssssssssnya!

terus menderma....


Phewwww! Seminggu tak berupdate blog ni. Bukan malas tapi tak dakk idea wehh. Tak tahu nak merepek pasal apa. Seminggu bantak BW je. Tapiiiiiiiiii hari ni dah update satu entri. 

Perasan tak URL blog aku? Rileksss, korang masih bersama owner blog lama lagi cuma URL je dah bertukar...

Hehehe. Aku just nak inform aku dahh tukar URL blog aku...

Kepada mereka dan mereka yang notice dengan URL lama aku syabas dan tahniah aku ucapkan Kepada mereka dan mereka yang tak notice, FYI, URL lama aku adalah www.anakabah86.blogspot.com yang terbaru www.aiisyikiin.blogspot.com

Motipp aku tukar URL? Biarlah rahsia! Chewahhhhhh. 

Wednesday, November 14

Dalam entri akan-datang aku ada tulis pasal ‘awan pelangi’ dan aku ada janji nak upload gambar gambar yang aku sempat snap kan? Hari nih aku memunaikan janji aku. Janji untuk kongsi detik kereta yang aku naiki bergesel dengan trailer panjang dekat Highway Karak tuh aku KIV dulu ehhh. Malas nak menaip…bolehhh???

Awan yang aku namakan 'awan pelangi' sesedap rasa nih aku ternampak dan terlihat masa dalam perjalanan balikkk dari Kuala Terengganu ke Shah Alam. Tak salahsilap aku 'awan pelangi' nih aku nampak masa dekat kawasan Kemaman. Yurpppp, keyakinan aku adalah 99.9% area Kemaman. Don’t ask me which part in Kemaman okey. Aku sekeh karang!!! Hihihi

Masa tengok 'awan pelangi' nih macam macam dalam kepala otak aku dok pikir dan dalam masa yang sama aku rasa diri aku kerdil sangat. Menggagumi kekuasaan Maha Pencipta. Subhanallah!!! Tuhan Maha Pencipta...

Aku rasa pelikk tersangat bila dapat tengok awan cenggitu. Bagi ahli sains itu perkara biasa tapi bagi aku itu perkara yang luar biasa. Banyak negative dari positive dalam kepala aku.  Antaranya, adakah UFO nak mendarat dekat Malaysia nih?  Adakah tahi bintang nak jatuh dekat Malaysia? Adakah berlakunya pencemaran awan tika itu? Dah nak kiamat ke???? Gerun wehhhhhh!!!!!!!!!!! Pehhh kepala otak aku asikkk dok pikir negative je…agak lama 'awan pelangi' tuh kelihatan. Tak salahsilap aku dalam 30 minit jugakkkk la….

Jom usha gambar tuh….


















Masa masuk kerja hari isnin tu cepat cepat aku google pasal awan pelangi ni. dan menurut ahli optik Les Cowley mengatakan "fenomena yang lebih dikenal sebagai awan pelangi api ini sebenarnya bernama lingkar horizon (circumhorizon arc). Selain itu, lingkaran ini sebenarnya bukan pelangi dan tak ada hubungannya dengan api. Yang terjadi sebenarnya adalah, awan Cumulus menguap dan mendorong lapisan udara lembab di atasnya untuk membentuk topi awan. Titik air yang ada didalamnya pun menghasilkan warna-warna,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...