BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Thursday, May 19

tadi dalam inbox fb ak, member ak ad btanya kabarkan tentang pakwe ak. haha. angpa baca la sampai habes entry ni ye. 

about an hour ago 
Mizs Bis

 
akak ikinnnnnn....
akk ikin dh ad pkwe??ehehe...
  
46 minutes ago 
Mizs Nrsyikin 

pakwe? pakwe mmg ramai adik oiii. tp y special punye pakwe belom ad. nape? adik es nk tolong carikan ke????? hehehe
41 minutes ago 
Mizs Bis 

ehehe...
mcm nak kenal kan kak syikin dgn someone...
tp dia keje wiring..tp dia ada wat bisnes smpingn, sewa bajak(jcb)... umur dia kalo x silap dlm 30+...tp muka nampak mude..ehehe....

about an hour ago
Mizs Nrsyikin
huhu. alamak. segannye sy. sy main2 jela es. huhu. es kenal ke dengan org tu?


tettttttttt..sekian dan itu sahaja  yang ak boleh expose kt sini. al-maklum la sesawang macam gini sapa sape pon boleh baca kan. agak keterlaluan la pulak kalo ak expose semua. tapi kalo hanya separuh orang je yang dapat baca pon ak tetap x akan expose semua butir butir kejadian kt blog ni. nak cari publisiti murahan ke kak? <--femes sangat ke ang ni sampai keluar publisiti segala bagai ni? hahahahaha
untu pengetahuan angpa semua nama Mizs Bis dalam dialog di atas hanya rekaan semata mata. kalo angpa try search dekat muka buku smpai hembusan nafas terakhir ang pon xkan d jumpai oleh kamu nama itu. tapi lain la kalo orang y tlibat tu bminat nak tukar nama ak jamin la baru angpa akan jumpa. hikhik
mahu tapi malu ( *,* ) 

lepas ni ak nak ambik pendekatan 'Tak kenal maka tak cinta'. hahahaha. memang sesuai untuk situasi ak sekarang....



 ***********************************************


angpa pernah atau suka baca novel x? kalo angpa kaki baca novel angpa x akan miss pasal gelombang novel novel Melayu telah di adaptasikan dalam bentuk drama. xkisah la dalam bentuk filem atau telefilem. mulai 9 mei 2011 aritu, drama baru yang Nora Elena telah pon selamat di ke udarakan di Slot Akasia TV3. 

apa kaitan drama ni dengan novel pulak kan? 

untuk pengetahuan angpa semua, drama Nora Elena ini adalah adaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha. kenai dak dengan penulis ni? angpa mungkin kenai tapi kak meen ni mana kenai angpa. jangan kata angpa, ak hat suka baca novel ni pon belum tentu dia kenai...

pelakon drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi. kalo angpa nak tahu lebih detail esok angpa tunggu la depan tv. time tu nti angpa komen la sendiri best ke x best ye.

heroin dan hero drama Nora Elena

kalo angpa alert dengan rancangan dejat tv tu mesti angpa perasan ni drama Nora Elena ni bukan y pertama di adaptasi dari novel melayu. sebelum ni pon dah ad dah. angpa xpercaya? sat na....
 

kalo novel hat atas ni ak rasa semua orang pernah tengok filem Lagenda Budak Setan (LBS). asal cerita tu pon adaptasi dari novel jugak. pelakon dalam LBS ni sapa lagi kalo bukan hero mata sepet. Farid Kamil as hero and Jue Aziz as a heroin. i like both u know...hehe


seterusnya, filem dari novel ni dalam suntingan lagi x silap ak. dalam filem pon depa kekalkan tajuk novel ni jugak. cerita ombak rindu ni best jugak. tp untuk sambungan novel ni ak xbape gemor. entah la atas sebab ap tapi mungkin sebab y pertama best lagi kot. untuk filem ni hero dia Aaron Aziz. amboi, laku bebenor Aaron ni ye. apa apa pon he deserve it rite? heroin pulak Maya Karin. oleh sebab watak Izzah dalam novel tu seorang gadis bertudung, semesti dan seharusnya Maya pon akan pakai tudung. siyes weh, manis je Maya pakai tudung. ak suka tengok Maya pakai tudung. kalo orang lain tengok x lawa suka hati angpa la....

selain dari novel novel yang kat atas tu, yang bawak semua ni pon. semua ni oke akan turut keluar sebagai telefilem. wahhh, kiranya penulisan orang melayu memang semakin di pandang tinggi...

lepas ni angpa jangan pandang sebelah mata dekat orang yang suka baca novel walaupon angpa ada dua belah mata. baca novel ni bukan jiwang tapi penghayatan tu lebih sikit kalo dalam bentuk drama...







untuk 7 telefilem dan filem yang belum keluar lagi sama sama kita nantikan oke. kita tunggu dan lihat je sapa hero dan heroin dalam cerita ni semua. mintak mintak hero dan heroin semua yang bagus bagus. kadang kadang hero dan heroin ni pon boleh pengaruh ak untuk setia dengan drama atau filem. ak ras angpa pon macam tu jugakkan....

kesemua telefilem ini akan di tayangkan di astro warna dan citra...

Wednesday, May 18

Ungu: Dirimu Satu

 

I will always love you kekasihku
Dalam hidupku hanya dirimu satu
I will always need you cintaku
Selamanya takkan pernah terganti

Ku mau menjadi yang terakhir untukmu
Ku mau menjadi mimpi indahmu

Cintai aku dengan hatimu
Seperti aku mencintaimu
Sayangi aku dengan kasihmu
Seperti aku menyayangimu

I will be the last for you
And you will be the last for me

I will always love you kekasihku
Dalam hidupku hanya dirimu satu

Ku mau menjadi yang terakhir untukmu
Ku mau menjadi mimpi indahmu

Cintai aku dengan hatimu
Seperti aku mencintaimu
Sayangi aku dengan kasihmu
Seperti aku menyayangimu

I will be the last for you
And you will be the last for me
And i will be the last for you
And you will be the last for me

Sunday, May 15

ding dong...amboi lama bebenor ak update blog ak ni. kali ni ak nak share cerita dengan readers baru-baru ni ak melalui saat yang meruntum jiwa dan raga ak. tak nk taw sebab musabab dia x?

ceritanya bbunyi begini, one day tu ak tengah on9 fb, ak tnampak dekat news feed gambar profile picture seorang makhluk tuhan yang paling seksi ni menjadikan dada ak bdenyut dengan lebih kencang. SEBAB PROFILE PIC DIA TU GAMBAR DIA NIKAH.

hari bahagia dia :(

y menjadikan ak sedih korang nk taw sebab ap?

sebab dia 1st love ak y susah ak nk lupakan...huahuahuahuahuahua. tp y pelik bin ajaibnya air mata ak xkeluar tp hati ak betol betol sedih. rasa cinta mungkin da xad tapi rasa sayang tu mungkin ad sebab tu ak sedih tp air mata x keluar. kira ak ni kuat jugak la. dia nikah enam haribulan lima aritu. majlis kenduri akan berlangsung pada bulan sebelas hujung tahun ni. dia ada ajak ak. tp kemungkinan besar ak tidak akan melihat dia bsanding. xsanggup ak.

walau apapun En Mohammad Shafarin, sy doakan semoga awak akan terus kekal bahagia bersama isteri tercinta awak hingga ke hujung nyawa. apa pon y terjadi hidup mesti diteruskan..chayok chayok syikin. lupakan dia bukakan pintu hati untuk orang lain oke!!!!


 ***********************************************


td tu cerita sedih bagi ak, sekarang ak nk cerita satu dua kisah pulak. sekarang ak stay dekat umah kakak sulung ak dekat shah alam. ak bukan duduk kt umah dia goyang kaki ke goyang badan atau y sewaktu dengannya. tugas ak dekat umah akak ak ni adalah menjadi pengasuh kepada anak anak buah ak. bukan free taw tp perkhidmatan y berbayar. 

kisah y ak nk cerita ni, 1st day ak jaga ak bangun awal la sebab nk siapkan anak buah ak mandi then breakfast before ke sekolah. lepas anak buah ak y sorang tu ke sekolah dalam pukul 7.30 -7.40 pagi tu ak kena jaga si kecik pulak. budak sorang ni xboleh tengok mama ngn abah dia g keje depan mata mesti dia nak ikut. nak pujuk dia senang je. bawak naik motor je. haha. nak mengasuh budak budak ni kita kena taw cara nk pujuk budak kecik baru kita boleh jadi pengasuh y disegani..hahahaha. y penting korang xboleh bkasar dengan budak budak kecik. tp kalo budak y da besar tu kalo berlembut dia xdengar kadang kadang kita kena garang sikit. baru dia takut then baru dia dengar cakap.

masa ak pujuk si kecik y bernama Adib Asyraf Jazmi ni, ak bawak dia naik motor tengok "akk akk". apa benda alah "akk akk" ni? hahaha. kalo korang nak tahu, "akk akk" ni ayam. haha. 
"akk akk" aka ayam..hehehe

sesuai la "akk akk" ni dia refer kepada ayam sebab dia dengar bunyi ayam bkokok kt kampung dulu terus dia panggil ayam "akk akk"...hahaha. bijak anak buah ak ni. 

rentetan daripada ak bawa adib tgk "akk akk" dekat sebuah rumah jiran ni. ak baru tahu penghuni rumah hujung sekali tu ad seorang anak teruna. sebab dia ad keluar jog dalam pukul 8.00 pagi time ak duduk depan umah dia dengan anak buah ak. dia keluar siap senyum lagi. manis je senyuman dia. rambut pon kusut masai lagi. sah sah dia belum mandi terus keluar jog. rambut pon nampak kering je. hahaha. sempat aje ak tilik mamat ni. well, ak story ni x bmakna ak da jatuh hati kt mamat tu. 

macam ni lah senyum tu :) manis kan?????

lepas ni ad peluang lagi ke ak ternampak dia???? erm...lepas ni kena kerap kali g tgk "akk akk" la...hahahaha

Sunday, May 1

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah…perasaanya sama seperti perasaan kita…ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan.

kaitan ????
CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.

Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...