BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Wednesday, January 19

5star--Bingkisan  dari Cinta Untukmu

Kata Sang Pujangga

aku sendiri sukar mengerti
mengapa jantung ini berdedar bagaikan mahu gugur ke bumi
aku sendiri tidak memahami
mengapa terasa sepi dunia ini apabila kau jauh dari sisi
tersentak diriku apabila hati ini belajar mengenal erti cemburu.

aku kelu sendiri, memikirkan keanehan yang menimpa diri
seakan akan aku melayang di udara
ohh..indahnya perasaan ini, membuatkan aku sentiasa ingin tersenyum selalu.

kupandang wajahnya yang tidak seindah ratu cantik Malaysia
jauh sekali ratu cantik dunia
kulihat senyumannya yang tidak semanis Nora Danish
kulihat kerdipan matanya yang tidak selincah Ekin...
Opss itu isteri Mawi.

aku kelu sendiri, kaku bagaikan lumpuh seluruh badan
ohh.. di manakah keindahan wanita ini
aku tidak percaya bahawa aku boleh mencintai wanita ini
tidak ada apa apa keistimewaan padanya untuk kubanggakan
sekelumit pun tidak ada ciri wanita idamanku.

lalu, aku memilih untuk meninggalkannya, menjauhinya
aku memilih melukai hatinya
melukai perasaannya. aku memaksa diri untuk mengasarinya
aku terpaksa melakukanya demi membuang perasaan ini
demi membunuh cinta ini, dan menamatkan rasa sayang ini.

namun, sukarnya membuang rasa rindu
kosongnya jiwa ini tanpamu di sisi wahai gadisku
aku mahu mengetepikan segalanya
aku mahu kau menjadi permaisuriku wahai gadisku.

namun malangnya kau kini dikebas musuhku
peritnya hati ini menyedari rupanya tiada cinta darimu
untukku.

namun egoku tidak akan menyerah kalah...
kau akanku miliki
tidak akan pernah membenarkan kesukaanku dirampas
orang
sekalipun kau menangis air mata darah untuk kembali kepada kekasihmu
tidak akan aku lemah terhadap air matamu itu...
kerana kini baru kusedari,
kaulah wanita yang sangat cantik dalam hidupku selain 
nenekku
wahai gadisku, akulah sang punjangga yang tak pernah lelah.

*********************************************


Bicara Sang Gadis

sering kau mengganggu ketenteramanku
sehinggakan sudah tidak ada ruang untukku melarikan 
diri lagi.

aku dijadikan bahan gurau senda olehmu
aku dijadikan mangsa untuk kau menghiburkan hatimu
dan aku dijadikan bahan uji kajimu bagi melampiaskan
segala kenakalanmu yang tidak ubah seperti Shinchan
letih diriku melayan karenahmu yang tidak jemu-
jemu mengusikku 
sehinggakan alam kanak-kanak meninggalkan kita 
kau masih juga dengan kenakalan yang tidak sudah-sudah

sungguh, tidak dapat aku membohongi diriku lagi
betapa kehadiranmu amat bermakna dalam kehidupanku
tanpa kusedari, aku telah terlalu biasa dengan adanya
dirimu.

bila kau tiada walau seketika, alamku terasa sepi
kensunyian membaluti sekeping hati
aku memberanikan diriku untuk mengatakan inilah
kasih sayang dalam sebuah persahabatan.

benarkah perasaan untuk sahabat? aku sendiri keliru
wahai pujanggaku, adakah perasaan ini adalah cinta?

kutatap wajahmu di kala dirimu terleka
rambutmu kulihat kusut masai bagaikan penagih dadah 
yang tegar
kulihat matamu yang kuyu dikala kau berbicara
kau seumpama apek jual sayur yang tidak cukup tidur
aku renung bibirmu yang lincah berkata-kata,
aku mendapati senyumanmu umpama bapak ayam yang
mencari mangsa 
aku mencuri-curi melihat penampilanmu yang selekeh,
kau tidak ubah seperti penyanyi rock jalanan
menyedari hakikat itu, terasa inginku memanjat bangunan
A famosa lalu terjun kebawah
biarlah aku tenggelam ke dalam dasar tanah yang dalam
lagi kelam
mungkin itu adalah lebih baik dari mencintaimu.

namun, kau kini telah pergi meninggalkan aku tanpa dapat 
aku menghalang
terasa bagaikan melayang nyawaku ini daripada jasad
mengharungi hari tanpamu. hari hari yang kulalui terasa asing sekali
lalu jadilah aku gadis yang mencintai kenangan.

setelah kau kutemui, kau telah berubah
aku bagaikan tidak percaya melihat betapa kacaknya dirimu
kau menjadi rebutan para jelitawan
sedangkan aku tidak kau pandang walau sebelah mata
kau telah menjadi kaya-raya
kerana rupa, kerana kekayaan, kau telah menjadi lelaki yang cukup asing bagiku.
kau membuatkan aku merindui pujanggaku yang sering kali
menghiburkan hatiku.

ohh... betapa aku benar-benar mahu kau seperti dahulu
pujanggaku, kembalilah seperti suatu masa dahulu.. kerana 
gadis ini amat merinduimu.

p/s: pd kakinovel tu, try la bce novel ni..mmg best..


0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...