BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Friday, February 18

Andai aku ingin terbang aku ingin terbang seperti helang,
Kerana helang terbang jarang megipaskan sayapnya,

Andai aku ingin keberanian aku ingin berani seperti gagak dirimba,
Kerana gagak dirimba berani menempuh kehidupan di hutan,

Andai aku ingin kegembiraan aku ingin gembira seperti pipit,
Kerana pipit sentiasa terbang dengan gembira tidak pernah fikir tentang lain²,

Andai aku ingin megah aku ingin megah seperti merak,
Kerana merak sentiasa bermegah dengan badannya yang cantik

Andai aku ingin rajin aku ingin rajin seperti tempua,
Kerana burung tempua rajin membina tempat tinggalnya

Andai aku ingin setia aku ingin setia seperti bangau,
Kerana bangau sentiasa terbang bersama rakan²nya

Tapi apa yang aku tahu aku tidak mampu menjadi seperti burung-burung ini
Kerana aku diciptakan allah s.w.t sempurna dan teristimewa dibumi ini sebagai khalifah

Andai aku punya pilihan aku ingin meminta kepada Allah s.w.t supaya jangan wujud satu perasaan didalam hidup aku,

Aku memberikan apa yang mereka perlukan,bukan apa yang mereka inginkan.

aku mesti percaya dan yakin pada diri bahawa Allah telah memberi aku apa yang aku perlukan dan apa yang aku inginkan antara nyata ataupun tidak...

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...