BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Saturday, January 7


membawa diri ke Melaka Bandar Bersejarah untuk kali ini dengan tujuan menghadirkan diri bagi pembentangan hasil kerja selepas praktikal. kekeke. datang sini sebagai menghabiskan detik-detik bergelar PELAJAR. lepas ni kalo datang mungkin sebagai pelancong pulak.. **pelancong ke pelencong**  hehehe

semalam sampai Melaka Sentral **orang sini depa panggil MC** dah petang. lepas Cik LYA & Incik Zul datang ambik kami terus antar beg aku balik umah. lepas tuh kuar makan dekat belakang Maybank.**perut aku lapar dah tak hingat** lepas makan+borak-borak aku dengan senang hati ajak depa g jalan Jonker Walk pulak...


rupa pintu masuk utama JW



macam Gerbang Malam la rupanya...

hahh, dah tengok rupa JW? kat situ banyak jual barang cenderahati. memang sesuai sangat untuk depa yang datang Melaka pastuh nak cari cenderahati untuk family ke kawan-kawan ke semua sesuai. kira JW nih macam Gerbang Malam dekat Ipoh tuh. tapi JW ni lagi best kot...hehe

aku ajak depa datang sini semalam ada motif taw. nak beli sandal. wedges yang aku pakai tuh tak sesuai untuk buat pakai harian. sayang kottttt. nih semua gara-gara malas nak bawak banyak barang. hentam bawak wedges untuk pizen nanti jek. hambikk kau kan dah sakit kaki+tak sesuai nak buat pakai g kedai..hehehe. tak pela. kes tuh pon dah selamat diselesaikan dengan beli sandal yang  berharga soploh hinggit je. **nak kena jimat duit sepanjang duduk sini T_T**

dah habis cerita. tepuk tangan. nanti sambung potpet lagi. nak makan biskut cicah milo pulak..hehehe 



Thursday, January 5


"kalau ada rezeki tak kemana" pepatah tuh sangat tidak sesuai dengan situasi aku sekarang nih. sebab tadi aku GAGAL untuk ujian pemeriksaan fizikal & kecergasan. okey. aku story kisah interview aku dekat balai bomba ipoh tadi dari awal sampai habis taw! jangan baca separuh pulak ye :)

aku sampai depan balai tuh tepat 8.00am. sampai je terus aku cuak. mak aiii awat depa semua pakai baju sukan siap. aku je kot yang sopan ayu dengan baju kurung..wuaawuaaa T__T **segan siotttt**

dengan buat muka cool & comel aku daftar diri dulu. apa-apahal belakang kira. gagaga. dah siap daftar aku tukar baju sukan pulak. dah siap semua aku dengan budak-budak lain dengar penerangan dari penguasa bomba tuh. **boleh tahan kehenseman dia**. tettttttt. dah dengar tuh aku kena isi borang & check maklumat semua betul ke tidak. semua dah setel. 

budak-budak lelaki kena check BMI semua dulu. dalam 30 orang je budak lelaki yang interview tadi. pempuan pulak 3 orang je termasuk aku. first, timbang berat (48kg). nasib baik lepas. sebab berat minimum 46kg. lepas tuh ukur tinggi (154cm) nasib cukup-cukup makan. minimum tinggi 153cm. bila berat+tinggi lepas paras minimum BIM otomatik akan ok. hehe. **part nih pon dah ramai yang tak lepas**

sapa-sapa yang lepas BMI tuh kena beratur untuk check mata. sorang-sorang kena tengok atas sambil depa suluh mata dengan torchlight kicik. dah lepas tuh tunggu pulak giliran untuk baca huruf-huruf yang secoet je dok tertampal dekat dinding tuh. nasib lepas.





dah setel bab tuh depa check pulak kot-kot kita nih ada juling itik ke juling ayam ke. depa gerakkan pen sebatang mata kita je yang kena ikut arah pen tuh gerak. yang tuh pun aku lepas. kira aku nih tak juling la ye!

dah lepas tuh kena baca tulisan dalam buku. ala macam kita nak ambik ujian komputer masa ambik lesen je. motif ujian tuh nak tengok kita nih buta warna ke tak. itu pon aku lepas. pehhhh. lega. masa stage ni budak lelaki tinggal 8 orang je dari 30 orang tadi. pempuan maintain 3 orang jugak :)




untuk ujian seterusnya yang pempuan masuk dalam bilik. lelaki depan-depan padang kawad tuh jugak depa check. FINE. masuk bilik sorang-sorang. nasib aku orang last. sempat jugak aku tanya dekat budak yang 1st tuh. terkejut jugak aku dengar. kena bukak baju wehhh. mak aiii. malu sioooot. tak pe. be profesional. lepas depa dah check dari kepala turun ke bawah tuh. tup-tup ada ayat yang buat aku give-up. wuaaawuaaa. depa cakap tulang bahu aku panjang! tak lepas untuk masuk bomba :( dengar je ayat tuh aku pon cakap "saya tak berpeluang untuk ujian seterusnya la nih ye?". depa cakap YE!. cooolllll syikin cooolllll. thinks positive. maybe bomba nih bukan rezeki aku. tak pela. bila aku fail kat situ otomatik depa pon stop situ jugak. **mungkin tulang tuh timbul sebab aku kurus kot**

aku keluar dengan muka mungkin muka lima sen kot. depa tak dan nak tanya apa-apa pon aku dah cakap awal-awal "saya tak lepas sebab tulang bahu panjang" :( **macam mana rupa tulang bahu panjang tuh?**

lepas say gud luck kat depa dua orang tuh aku pon balikkkk. tipu kalo aku cakap aku tak sedih. sedikit sebanyak aku sedih jugak sebab tak sempat nak buat ujian panjat tali semua tuh. apa yang aku training dekat bomba taiping tuh tak sempat aku nak apply tadi :(





untuk diri sendiri: mungkin rezeki aku dekat tempat lain :) kena makan banyak2 bagi tenggelam tulang bahu. hahaha

Monday, January 2

haiii. bertemu lagi kita di entri kali ini. ecece dah macam gaya pengacara NONANONI da..heheee. entri kali ni just nak share dengan pembaca semua pasal training yang aku buat dekat balai bomba taiping jek. kan aku ada tulis entri pasal training tuh semalam. belum baca lagi? tak pe tak pe aku tak marah. itu pun kalau angpa klik ENTRI NI la..huhuhuuuu

ok. dalam pukul 7.00am aku dah get ready nak jogging. dah siap pakai baju sukan bagai dah. tunggu punya tunggu punya tunggu tunggu punya tunggu punya tunggu tunggu punya tunggu punya tunggu kawan aku tuh, dalam 7.30am baru siap *konon nak gerak kul 7 la :( 

dalam kul 8.00am sampai dekat taman tasik taiping (TTT). time tuh pun ramai lagi manusia-manusia dok jogging kat situ. aku ingat dah lambat dah. lepas dapat seround pusing TTT tuh. decide nak ke bomba pulak. takut gerak lambat karang balik pun lambat jugak. dalam 9.30am dah pusing-pusing keliling balai bomba tuh. tak tahu nak masuk pintu mana. rasa semua pintu tulis emergency. kang redah masuk pintu tuh kang tak pasal kena halau.

masuk second round pusing balai tuh sampai pakcik-pakcik bomba tuh siap lambai limbai bagai baru ler terhegeh-hegeh masuk. tuh pun terjengok-jengok. hahahaaaa. kelakar pulak rasa :p

dah pot-pet pot-pet dengan pakcik-pakcik kat situ pasal tujuan datang sini depa tak cakap banyak terus bawak aku masuk gim. depa suruh aku excercise dulu. *padahal aku baru lepas jogging. nak kena excercise lagi ke? tak pela. aku pun excercise la naik beskal yang tak bergerak-gerak tuh dulu. kayuh punya kayuh sampai 20min lebih kurang 25km/h pakcik tuh cakap "ok. dah. kamu ada kederat nih". 

lepas tuh dia suruh aku bina otot tangan dengan bahu. pehhhhh. (lepas nih naik muscle la lengan aku) untuk latihan tuh aku just start dengan angkat berat yang 4.5kg tuh je. campur kiri kanan jadi la 9kg. pehhhhh kena buat lima round. satu round dalam 24kali kena angkat. makk aiii. boleh tercabut tangan den nih. dah buat dalam 2 round tuh aku stop. berani stop sebab encik yang suruh aku buat tuh dia keluar ganti dengan orang lain. aku pun ngelat la. hahahahahahaha *gelak jahat  

dengan encik yang baru tuh dia sporting. tukar dari berat 4.5kg ke 2.5kg je. hahahaha. lagi aku suka. dah buat kejap tuh. stop lagi. terus angkat berat yang 20kg. beria aku ingat berat. sekali angkat aku dah boleh bayangkan untuk 46kg nanti aku boleh buat.

bila aku yakin angkat berat aku lepas aku takut pulak dekat panjat tali sebab depa kat situ cakap mostly orang yang datang buat ujian (merujuk kepada pemohon wanita) nih akan sangkut salah satuh. kalau panjat tali lepas angkat berat mesti tak lepas. kalau angkat berat lepas tali mesti tak lepas. ayoyoyoyoooo. mintak-mintak la aku nanti semua aku lepas & lulus (ayat nak sedapkan hati)

dah warm up semua dah. aku pon balik. depa suruh datang petang pulak tapi aku dah surrender. penat siot. tangan aku lenguh. nasib balik member aku yang bawak motor. sampai umah aku terus debommmmmm *tido.

esok pepagi nak turun sana lagi. nak panjat tali & angkat berat untuk pagi. petang buat tegakkan tangga dan naikturun tangga..heheee

wish me luck k :) lubiuuuuu :p


Sunday, January 1

...hati bdebar hamboiiii, hahahaha. hati berdebar bukan sebab panahan cinta ok. tapi dapdipdup sebab khamis nih nak kena attend ujian dekat ipoh. adoiii. bermacam-macam rasa sekarang nig. eksaited ada, cuak ada, takut pun ada. banyak takut dari cool :(

untuk hilangkan bermacam-macam rasa tuh dah prektis sikit-sikit untuk ujian tuh. jogging untuk kekalkan stamina dah pon aku mula buat kemarin. esok pepagi nak jogging lagi.  kalo kemarin aku jogging dekat sawah padi dekat kampung aku jek, esok aku nak terbang jauh sikit. jogging dekat taman tasik taiping. hambik kauuu. jauh kot. dalam 20minit naik motor dari umah aku ke sana. 

aku pilih tempat tuh pun sebab ada niat lain (bukan nak curang ok) tapi nak melencong terus ke balai bomba taiping. dengar cerita kita boleh mintak tolong depa tunjukkan & kita boleh cuba buat ujian-ujian tuh dulu.  latihan FREE jek dekat situ. kihkikhikih. kira aku pergi ujian kat ipoh tuh nanti tak ada la badan-badan aku nih terkejut beruk sangat nak buat ujian-ujian tuh nanti kan. kot-kot esok depa bagitaw teknik-teknik yang boleh kita lepas ujian tuh sapa tahu kan? heheee. peluang tuh :p

so, angpa doakan untuk aku kejayaan aku. apa-apa nanti aku hupdate kat blog sesampah aku nih ye!



makasih sebab sudi singgah & baca entri nih. lubiuuu lah :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...