I Penghuni Tegar I
Wednesday, April 22
Labels: 100thousands of love, Craft, Handmade, Manik Bongsai, Wordless Wednesday
Wednesday, April 8
| abam sado & hafiy sado...ekeke |
| bangun tido terus bawak datang sini..ekeke. ambikk mood gamaknya tu |
| haippp!!! ambik gambaq kami saipa? hihiii |
| hafiy takut-takut kena air...ai bapakk, anak tak tgk camera pon you yg posing pulak. pon boleh! |
| kaki hafiy masih mengelak untuk sentuh air..hihiii |
| mandi sambil bawak bekal. nak menyelam sambil mam biskut katanya :) |
| yeyeahhh!!! hafiy dah berani dahh sikit. |
| seronok pulak budak nih kena kambus kaki dia... |
| lihat suamiku...sado kan? hahahaa |
| sayam hafiy... |
| lepas berenang haruslahh makan |
Labels: 100thousands of love, aiifamily, hafiyhafizal, holiday
Tuesday, March 17
Labels: 100thousands of love, hafiyhafizal
Tuesday, March 10
Sekarang diri dalam dilemma. Dilemma seorang surirumah tangga yang sangattttttttt perlukan kerja untuk dapatkan duit bulanan untuk bayar HUTANG PTPTN pinjaman semasa diploma dengan degree. Sampai ke sudahh belum dapat kerja. Permohonan dahh bertimbunn hantar.
Setakat entri ni ditulis HANYA 2 dari 35 agensi yang aku hantar permohonan jawatan kosong tu bagi respon. Itu pon katanya tiada kekosongan. Jadilaaa…tahu jugak perkembangan dari diam seribu bahasa…susahh nak dapat kerja sekarang. Nak kata memilih tidakkk, bukan sibukk cari jawatan eksekutif je, bawahan pon aku belasahhh. Tapi belum sangkut lagi… sedihhh sangat bila pikir-pikir balikk. Menangis seorang diri tika tiada siapa disisi..hanya Hafiy Hafizal je yang menemani…
Bila tengok trending zaman sekarang business online makin menjadi. Terasa jugak nak buat dropship ni. Modal tak perlu tapiii mampu ke? Kang seminggu dua je aktif pahtu diam.. ermmm…
Mintak-mintak rezeki aku nak dapat kerja dipermudahkan… kalau tak ada hutang tak kerja pon tak apa dahhh… hidup dengan apa yang ada je…
Labels: 100thousands of love
Saturday, February 28
Asal nak taip je si hafiy tu dokk menolakk tangan. Sebab tangan ibu dia lindung lampu dok lip lap lip lap. Seronok dia tengok lampu. Hadoiiii. Dapat bukakk kejap je kalau hafiy tak tido.
Permohonan kerja dah berlambakk aku hantar tapi setakat ni baru satu syarikat respond. Itupon katanya tiada jawatan kosong buat masa ini. Phewwww T__T
Sekarang nihh bila umur dahh hujung 20an dahh tak memilihh dahh jawatan apa. Kerani pon tak apa. Asal ada kerja ada monthly income cukup, dapat tolong suami, dapat bayar ptptn, dapat hulur duit dekat makabah pond ah kira ok.
Bila nakk dapat kerja nihh???????????????????
Anyone nak cari pekerja sila la drop komen ye. Manalah tahu rezeki dating lepas post entri ni..hukhukhuk
Labels: 100thousands of love
Wednesday, October 1


Opss!!!!!!!! Terbabas dari tajuk entri...
![]() |
| Raha & arwah Sairul Shaiful... |
![]() |
| Kenangan arwah |
Labels: 100thousands of love
Sunday, September 28
Assalamualaikum WBT...
woittttt. dah bersarang blogspot aku nih. lamaaaa sanggatttt tak update entri. asal bukak blogspot jadi stalker ja. kikiki... bizi dengan anak wehhhh. tok laki dokk jauh tak la bizi dengan dia. lau tidak bizi dengan anak bizi dengan tok laki sekali. ecehhhhh.
update kali nih just nak share gambar pengarang jantung buah hati aku ja. dahh nak masuk lima bulan dahhh ponnnnggg...
![]() |
| ini budak demam sebab jangkit dari makkk dia..sorry sayang :) |
sekarang ni hafiy pon suka sangat ketawa. suka kebam bibir bawah dia. budak nih kalau naik dukung kemain seronok asyik nak bersembang ja. agaknya dia seronok kita dukung dia gamaknya ye!
stop!!!!!!!!!!!
dah tengok anak aku kan? comel tak? hihi. next time kalau aku rajin aku update lagi ye. pasal anak aku lagi boleh???
Labels: 100thousands of love, mohamadhafiy
Friday, April 11
Labels: 100thousands of love
Thursday, April 10

Set bersalin Nona Roguy ini mengandungi:
2.Akar Herbanika (10 Paket) - Untuk kegunaan dalaman
3.Herbanika Barut Krim (60 gm) - Untuk kegunaan luar
4.Uncang Cuci Herbanika (10 Paket) - Untuk kegunaan luar
5.Herbanika Lulur (100 gm) - Untuk kegunaan luar
6.Minyak Herbanika (100 ml) - Untuk kegunaan luar
Khasiat
•Menyegarkan fungsi rahim
•Mengeluarkan susu yang segar
•menambahkan daya tenaga semasa pantang
•Mengimbangkan kembali sistem badan
•Memperbaiki perjalanan darah
•Meringankan dan mengencangkan badan
•Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin meroyan, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil
•Memelihara kesihatan dan kecantikan
Bersalin Pembedahan
Dosej Kapsul
• Untuk kelawasan biasa harian (3-5 biji sebelum sarapan)
Dosej Paket
• Untuk kelawasan biasa harian (1-2 pkt herbanika rempah bersalin - sebelum sarapan)
Sepanjang tempoh berpantang
• Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis normal - amalkan 2-3 tablet phytonatal 1 x sehari bermula hari ke 4 atau seminggu selepas melahirkan dan diteruskan pengambilannya sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika
Akar Herbanika - Untuk Diminum
Khasiat
•Menyegarkan urat saraf
Khasiat Bagi lelaki
•Untuk penyuburan benih dan menghindarkan angin pasang
Bersalin secara pembedahan
Cara mengamal dan menggunakan semasa dalam tempoh berpantang:
Amalan Minggu Pertama
•Minum 3-5 mug Akar Herbanika setiap hari
•Membantu melembut dan mengencangkan kembali kulit perut
Cara kegunaan
•Sangat mujarab digunakan untuk urut
Perhatian
•Guna Minyak Herbanika sebelum menggunakan Herbanika Ramping Perut
Bagi yang bersalin secara pembedahan.
•Selama sebulan:
Penjagaan harian peribadi:
Herba Pembersih harian tubuh:
•Semasa menjalani tempoh berpantang 30-40 hari - membantu memberikan kesegaran pada tubuh, gunakan Barra Gel sebagai pembersih bahagian kulit tubuh dan juga dikawasan payudara, lakukan gosokan lembut
Pemeliharaan payudara:•Urut kebahagian sekitar payudara dengan Minyak Herbanika dan picit perlahan-lahan bahagian puting untuk mengalakkan lagi pengeluaran susu
Khasiat
•Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim
Cara penggunaan
•Diamalkan bermula hari ke 4-40
Untuk kegunaan luar
•Khasiat untuk ibu-ibu yang perutnya membesar selepas bersalin
Serbuk Herbanika Barut
Khasiat
•Mengecutkan rahim, mengelaurkan darah nifas dan kotoran dari rahim
Cara penggunaan
•1-2 sudu besar Herbanika barut di masak dengan 4 sudu besar Asam Jawa di dalam periuk tanah, masukkan air secukupnya
Perhatian
•Bagi bersalin secara pembedahan gunakan Herbanika Ramping Perut selepas 1 bulan bersalin
Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan selepas bersalin, membantu mengawal berbagai penyakit, penyakit kulit yang berair, kering, berkuping, berdarah dan bernanah. Mempercepatkan kesembuhan bagi luka berkudis, luka pembedahan, luka dan kudis penyakit kencing manis dan infeksi di bahagian sulit (lelaki / perempuan)
Cara penggunaan•Ambil 1/2 pkt Herbanika Uncang Cuci campur : liter air panas mendidih
•Membantu menegangkan payudara yang kendur
Cara penggunaan
•Selepas mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut
Labels: 100thousands of love
Tuesday, April 8
| sekadar hiasan |
Kali nih checkup agak lama. Mungkin sebab ini hari ramai orang sebab time kena checkup kul 9 pagi. Sebelum ni kul 8. Cepat je dapat jumpa misi. Jumpa doctor macam biasa la kena tunggu lama sikit. Sikit jela ye !
2minggu lepas checkup tak check hb pun sbb awal bulan tiga tu dah check. Bacaan 11.8. Kira ok la. Masih dalam graf normal jika nak dibandingkan dengan memula dulu 9.1. Kan jauh bebenor bezanya tu. Bacaan hari ni? Cer teka. Cer teka. Ekeke
Untuk bacaan hb hari ni alhamdulillah mencacak naik jadi 13. Iye. Aku tak memain tak tipu. Berdosa tipu tau. Aku sendiri tak percaya dari 11.8 naik 13 untuk tempoh kirakira sebulan.
Ambik supplement? Ubat klinik?
Ubat klinik macam biasalah obimin, iron, vita-c dengan b complex. Iron tu tiap pagi ler ak ambik. Bangun pagi terus telan yang tu sebijik. Ubat lain tu kekadang tu terskip terus seharian. Kekadang rajin baru ambik walaupun dah petang. Kalau malam tu tak rajin ler pulak nak ambik :D
Pendapat dan firasat aku la kan. Hb aku makin hari makin cantik bacaan berkemungkinan sebab aku duk minum air zamzam setiap hari. Boleh kata dalam sehari tu dalam 3 gelas aku minum. Minum pulak bukan seteguk dua. Berteguk-teguk. Kira macam minum air kosong. Lepas tu pulak ak duk minum susu campur dengan madu lebah asli. Kurma dalam 2-3 biji sehari. Kalau ada stok kismis ak balun kismis dalam 7-14 biji. Masa telan semua tu dalam hati selawat dan niat yang baikbaik.
Supplement? Ada jugak ambik shaklee. Vita-c, b complex, vitalea. Memula dulu makan tak ada kesan sangat dekat aku. Mungkin tak berapa nak serasi kot. Now, kekadang je (seminggu sekali) aku ambik suppliment dari shaklee.
Ohya! Sebelum nih memula sekali ak naikkan hb dari 9.1 ke 9.8 dengan minum liquid chlorophyll plus dari cosway. Memang ada kesan la minum benda alah tuh. Tapi ak tak teruskan sangat pon sebab malas nak membancuh plus rasa dia macam minum air rumput tanpa gula. Gerrrr.
Kalau dulu tiap kali checkup risau dengan hb now aku dah boleh senyum ^__^
Kepada mummy2 yang terbaca entri nih kalau korang pon ada masalah hb rendah try makan dan minum apa yang aku cakap tadi. Kot-kot berkesan jugak dengan korang. Tak salah mencubakan? Untuk kesihatan dan keselamatan baby dalam kandungan jugak untuk ibu mengandung. Ecece. Nasihat dari orang yang berpengelaman hb serendah 9.1 hingga mencanak naik ke bacaan 13....alhamdulillah ....
Labels: 100thousands of love
Tuesday, April 1
pejam celik pejam celik dah masuk bulan 4. harini 1 april 2014 bersamaan 1 jamadilakhir 1435H. tak lama lagi masuk bulan 5. gerrrr. bulan 5 aka my due date for my 1st child :)
semoga selamat semuanya. akceli aku tak tahu nak update pasal apa walaupun sekarang nih masa aku banyak sangat terluang untuk mengupdate blog nih. almaklum la dah jadi surirumah tangga sepenuh masa mahu tak melimpah ruah masa untuk berehat. ekeke
ohya! untuk makluman pembaca entri ini, pada Jumaat lepas (28 Mac 2014) aku baru sahaja kehilangan seorang nenek (belah abah aku). arwah menghembuskan nafasnya pada jam 3.10pagi di pagi Jumaat yang mulia. alhamdulillah, arwah pergi dihari yang mulia. arwah pergi tika usia 97 tahun (ikut IC ler) kalau nak kata umur sebenar dah lebih 100tahun dah. kini, abah aku dahh jadi anak yatim. tiada mak tiada bapak! akceli, arwah nenek aku tuh duduk dengan abah aku. maklumlah, abah aku anak bongsu dan rumah yang abah aku duduki sekarang ni (rumah aku membesar) dikira rumah pusaka la walaupun hanya sebaris dinding asal je yang tinggal. yang lain tu semua dah ditukar baru (renovate kata omputih)
tiap kali balik kampung mesti akan dengar bebelan dah leteran dari mulut nenek aku. lepas nihh agak terasa sunyi la bila dah tak ada orang nak potpet potpet. errrmmmmm T__T
akhir kata (habis modal) semoga arwah nenek aku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. nama nenek aku JEBUN binti jahaya. klasik kan?
Labels: 100thousands of love
Tuesday, March 18
Labels: 100thousands of love
Thursday, January 2
InsyaAllah, perancangan Allah adalah yang terbaik buat umatNya...
Labels: 100thousands of love










