assalamualaikum WBT...
pejam celik pejam celik dah masuk bulan 4. harini 1 april 2014 bersamaan 1 jamadilakhir 1435H. tak lama lagi masuk bulan 5. gerrrr. bulan 5 aka my due date for my 1st child :)
semoga selamat semuanya. akceli aku tak tahu nak update pasal apa walaupun sekarang nih masa aku banyak sangat terluang untuk mengupdate blog nih. almaklum la dah jadi surirumah tangga sepenuh masa mahu tak melimpah ruah masa untuk berehat. ekeke
ohya! untuk makluman pembaca entri ini, pada Jumaat lepas (28 Mac 2014) aku baru sahaja kehilangan seorang nenek (belah abah aku). arwah menghembuskan nafasnya pada jam 3.10pagi di pagi Jumaat yang mulia. alhamdulillah, arwah pergi dihari yang mulia. arwah pergi tika usia 97 tahun (ikut IC ler) kalau nak kata umur sebenar dah lebih 100tahun dah. kini, abah aku dahh jadi anak yatim. tiada mak tiada bapak! akceli, arwah nenek aku tuh duduk dengan abah aku. maklumlah, abah aku anak bongsu dan rumah yang abah aku duduki sekarang ni (rumah aku membesar) dikira rumah pusaka la walaupun hanya sebaris dinding asal je yang tinggal. yang lain tu semua dah ditukar baru (renovate kata omputih)
tiap kali balik kampung mesti akan dengar bebelan dah leteran dari mulut nenek aku. lepas nihh agak terasa sunyi la bila dah tak ada orang nak potpet potpet. errrmmmmm T__T
akhir kata (habis modal) semoga arwah nenek aku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. nama nenek aku JEBUN binti jahaya. klasik kan?