BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, March 10


Assalamualaikum WBT

Sekarang diri dalam dilemma. Dilemma seorang surirumah tangga yang sangattttttttt perlukan kerja untuk dapatkan duit bulanan untuk bayar HUTANG PTPTN pinjaman semasa diploma dengan degree. Sampai ke sudahh belum dapat kerja. Permohonan dahh bertimbunn hantar. 

http://www.stdirectoryedu.com/uploads/images/PTPTN-Loans-the-great-divide-412x550.jpg

Pernah sekali tu aku buat macam niii. 

Fotostat segala sijil-sijil yang berkaitan dan comb-binding, disertakan sekali resume yang terbaru. 

Plastic depan belakang gitewwww. 

Surat permohonan jawatan kosong tidak dilupakan untuk setiap set. Print sekeping dah 50sen dekat situ. 35 keping dahhh rm17.50. 35set aku buat. Dengan setiap set modal lebih kurang RM6++ tidak termasuk setem dah sampul. Korang kira la sendiri berapa yang dikhaskan untuk permohonan secara gempur tu. 

Modal laki aku keluarkan…berhabis dahulu katanya. 

Pejam sebelah mata tengok dia bayar…

Setakat entri ni ditulis HANYA 2 dari 35 agensi yang aku hantar permohonan jawatan kosong tu bagi respon. Itu pon katanya tiada kekosongan. Jadilaaa…tahu jugak perkembangan dari diam seribu bahasa…susahh nak dapat kerja sekarang. Nak kata memilih tidakkk, bukan sibukk cari jawatan eksekutif je, bawahan pon aku belasahhh. Tapi belum sangkut lagi… sedihhh sangat bila pikir-pikir balikk. Menangis seorang diri tika tiada siapa disisi..hanya Hafiy Hafizal je yang menemani…

Bila tengok trending zaman sekarang business online makin menjadi. Terasa jugak nak buat dropship ni. Modal tak perlu tapiii mampu ke? Kang seminggu dua je aktif pahtu diam.. ermmm…
 
http://unclezuan.com/wp-content/uploads/2014/11/buat-duit-online.jpg

 Jadi agen or stokis modal kena besar.. dalam kepala dok ada dua tiga jenis barang dahh. Tapi bila tengok modal nak jadi agen ni besaqq jugak mana nak cekau. Laki aku? Akan berbincang dengan dia kemudian…

Mintak-mintak rezeki aku nak dapat kerja dipermudahkan… kalau tak ada hutang tak kerja pon tak apa dahhh… hidup dengan apa yang ada je…

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...