I Penghuni Tegar I
Friday, September 28
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
- Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
- 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,
- Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
- Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
- Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
- Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
- Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
- Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
- Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
- Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
- Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
- Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
- Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
- Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
- Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
- Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
- Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
- Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
- Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
- Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
bersyukur lah kerana dipilih manjadi seorang wanita
Labels: 100thousands of love
Thursday, September 27
Zaman sekarang dahh ramai golongan artis yang dulunya tak bertudung tapiii laniii dah bertudung. Makin comel pulak tengok depa bertudung. Memang tak dinafikan ada sesetengah tuh bertudung sekejap sekejap jekk. Siapa dia? Lu pikir lahhh sendiri.
Dalam banyak banyak artis bertudung yang paling aku berkenan dan terkenan adalah Rita Rudaini [RR]. Walaupun dia dalam kategori bertudung sekali sekala [betul ke?] aku tetap nampak dia cun dan melecun. Muka dia nampak manis je bila bertudung. Dan kebanyakan yang aku nampak, tudung RR nih semua sepesenn je. Tapi tetap cantikk.
Gaya dia pakai pun tak adalahh buat gaya lilitan maut kekdahnya. Hanya bawal je. Sangat aku berkenan sebab aku pun jenis yang suka pakai bawal. Tak mau la lilit bagai nih. Terbelit je rasa. Simple lagiiii senang :)
Jom layan gambar RR bertudung....
Cantikkan???
Labels: 100thousands of love
Wednesday, September 26
Tuesday, September 25
Minggu nih datang kerja untuk hunnymoon je gamaknya. Almaklum laaaaaaaaa tukang bagii kerja ada conference dekat Sabah. Seminggu pulak tuh :P Memang syokkk la. Kerja yang di wasiatkan ada yang dah disiapkan dan ada yang kena KIV dulu. Sebab KIV? Biarlahh rahsia...Ecece
Dikesempatan ini aku telah menggodek sehabis baikkkk untuk create singnature baru plus aku tukar sikit sikit template blog aku. Yang aku kekalkan adalah elemen merah putih dah kuning. Nampak sama? Alaaaaaaa, aku tukar type font je kot...hehe. Elemen kekemasan tuhh tetap aku titikberatkan. Still kemas lagi kan? Cuma tangggg font tuhh tak sure okey ke takk. Boleh baca ke takk. Ermmm. Tak apa. Masa masihh panjang lagi untuk godek blog ni esok hari. kihkihkih
Apa planning untuk besokk kalau gaya kerja goyang kaki je macam hari nih? Nak buat bunga telur dekat opiss nih? Macam malas nak menangkut barang bawak maii sini. Kalau naikk tayar empat okey jugakk, ini naikk tayar dua. Memang kena pikir banyak kali laa. Tak dan nak pikir banyak kali pun aku dahhh tahu jawapan aku apa. Tetap tak bawak :)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sedang elokk perut lapar tup tup naikk notification dekat fb gambar tiga huruf tuhhh :(
Huarggghhhhh. Cepat cepat ambik purse kira duit. Homaiiiii. Tak boleh belanja sesuka hati. Gaji paling awal lagi dua minggu. Sabar. KIV makan MCD. Tunggu balikk rumahh makan nasi. Perut pun menurut perintahhh. Now, memandangkan jam dah hampir pukul 5.00 [jam tangan aku dah sharp dah ponggg] terpaksa laaaaa aku hentikan aktiviti aku dekat blog ni. Jumpa lagi lain kali di lain entri :)
Kay Baiiiiiiiii.....
Perasan tak tajuk tuhh tak ada kaitan dengan isi kandungan. Masa nak taip tajuk tuh aku tengah nyanyi lagu tuh. Otomatikk aku taipp. Tindak balas kimia kot. Hahaha. Pangggg kena sedasss dengan cegu sains [nasib aku bukan aliran sains]
Labels: 100thousands of love
Monday, September 24

Labels: 100thousands of love

Labels: 100thousands of love

Labels: 100thousands of love
Friday, September 14

Labels: 100thousands of love

Labels: 100thousands of love
Thursday, September 13

Labels: 100thousands of love
Wednesday, September 12

Labels: 100thousands of love
Monday, September 10

Labels: 100thousands of love
Sunday, September 9

Labels: 100thousands of love
Friday, September 7

Labels: 100thousands of love



