BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, July 16



1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada. Hal ini akan membuat si HP pening & mual..

2. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawa b & sanggup menikahinya..

3. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda juga..

4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..

5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP anda..

6. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..

7. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi harga dirinya..

8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan menjimatkan kredit HP anda..

9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin nyawa anda juga turut melayang).

10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk / lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang belakang..

dah habis baca mesti n_____n macam ni kan :D

#tigapuluhsatu #diaterimanikahnya

Friday, July 12

aku bo bo bo bo bosangggggggggggggg ! semenjak dua menjak opis aku tak boleh nak berFB nih rasa bosang pulok . haigooo ! bakpe la depa block FB pulok . nak datang kerja pong dah malas . ecehhh . memasal kau jadikan FB sebagai alasan ye !


jangan lepas nih blogspot ponggg depa nak block jugak . lagiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkk laaaaaaaaaaaaaa aku bosang . aku nih suka buat kerja sambil cuci mata BW blog orang :) kekadang tuh sambil layan Running Man  !


tu je pong nak update ! daaaaaa . Salam Jumaat semua :)



#tigapuluhlima #diaterimanikahnya

Thursday, July 11

Semalam aku pergi jusco bukit tinggi dengan tujuan untuk cdm kepada beberapa orang yang aku berhutang :D

Haiii , sedang elok melangkah masuk pintu jusco tuh dahh dengar lagu raya . Hailahhhhh , awal kemain depa pasang . Padahal puasa baru sehari itu pun belum masuk waktu berbuka . Macam macam ragam orang . Masa dah dekat dekat nak masuk waktu berbuka tuh aku pong beratur la dekat chat time . Hanya sekadar beli ais sudehhh . Basahkan tekak . Minum sambil berjalan weh .<--jangan ikut tabiat ini .

Sampai dekat depan kedai satu barang rm5 tuh ada seorang untie tu cakap ‘selamat berbuka puasa’ . Pehhhh . Tertoleh jugak aku dekat untie tuh senyum n__n sambil cakap ‘thanks untie’ . Baikkan untie tu :p
Sebut pasal puasa ni . Untuk tahun 2013 ataupun dalam calendar hijrah 1434h aku berkesempatan berpuasa dia klang . Dah kerja sini kan kena la menghadap tempat bekerja sekarang .

Kalau dulu tahun 2009 & 2010 aku berada di melaka (belajar) aku sempat sambut ramadhan dekat sana selama 2 tahun. Bazaar ramadhan yang aku akan berkunjung adalah taman cempaka . Wow ! Sangat crowded . Kepada sang gadis yang masih single kalau nak cari bakal sang suami pergilah berkunjung pong boleh kat sana ! Kehkehkeh

Tahun 2011 pulak aku jalani praktikal di senawang . Berkesempatan untuk merasa suasana bulan ramadhan di senawang pulak . Pongg best jugak sebab bazaar dia hujung taman dekat area umah sewa aku . Yang lagi best dekat dataran senawang tuh ada bazaar yang jual memacam tuh . Boleh kata tiap malam minggu aku turun sana . kehkeh . 

Tapi kadang kadang tu terbabas jugak selang dua hari sekali akan jenjalan dekat dataran tuh . Meriah wa cakap lu . Kain baju pasang yang siap tuh jangan cakap la . Kemain banyak . Tudung , tshirt segala makcik pakcik nenek semua ada . Tinggal duit ja dekat depa (tokei kedai) semua boleh dapat .

Untuk tahun 2012 pulak aku dah start kerja dekat shah alam . Maka dengan rasminya aku berpuasa pulak la dekat shah alam . Sebenarnya dolu dolu pong dah pernah berpuasa dekat shah alam . Taka da yang baru pong . Kalau dekat shah alam selalu turun bazaar ramadhan dekat seksyen 7 tu . Dekat sana pong kalau nak cari bakal suami pong boleh . 

Aku sekadar cuci mata jela . Almaklum la . Time tu dolu bergelar tunangan orang . Mata hati semua kena jaga . Kalau tidak nak la jugak tangkap sorang dua . Kihkihkih

Maka untuk tahun ini dengan rasminya aku berpuasa di bumi pulau indah pelabuhan klang . Indah la sangat . Tercerokkk je tempat ni . Tapi malam malam dekat sini bertukar jadi new york city . Kau hado ? Hehehe

Untuk tahun depan tak pasti samada masih di pulau indah yang indah ini atau sudah berpindah ke tempat lain . Ke penangkah ? Sama sama nantikan .

Kepada semua pembaca blog ak ni mereka yang beragama Islam Selamat Menyambut Ramadhan 1434H .


JOm sama sama nyanyi lagu raya ! Eh !

Hohoholaaaaa . cakk ! update entri lagi hari nih :P

Kalau sebelum nih aku dok pot pet pot pet pasal cenderahati untuk tetamu nanti , entri kali nih aku nak kongsi dan bertukar tukar pendapat tentang pemakaian tudung masa nikah nanti .

Umumnya hari ini (feeling baca bulletin kejap :P) terlalu banyak dan terlampau melimpah ruah fesyen  dan gaya tudung yang boleh di gayakan . nak simple ke nak semak ke semua dah ada gaya dan fesyen sendiri .

contoh:




tudung ber'awning'




Ok . dari gaya gaya tudung di atas yang paling aku akan elakkan pakai masa nikah nanti jenis awning . sebab ?

gambar di bawah akan menceritakan . . .


































sorry kepada pemilik-pemilik gambar 0___0









*debushhhhh*








aku nak suami aku cium dahi aku bukan cium tudung aku :p




macam irma hasmie nih aku sangat berkenan :)

Cara pemilihan tuh terpulang dekat individu tu lah kan . bagi aku sekarang ni aku dah ada 4 gaya yang mungkin aku pakai masa nikah nanti . ketiga tiga gaya tadi tuh aku jarang sekali cuba .


sebab ?


sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb aku layan bawal je . mana la aku layan selendang segala ni . bagi aku leceh la nak belit belit bagai tuh . tetapi untuk hari bahagian aku nanti aku tak kisah la pakai selendang liitan maut sekali pun . asalkan aku Nampak cantik . semua perantin nak depa Nampak cantikkan ? termasuklah aku .








gambar di atas berjaya mencuri perhatian aku .

Bila dah ada gaya nak pulak aku cari mentor untuk aku praktikkan cara pemakaian tu nanti . sebelum nak pakai kena la sediakan selendang or tudung tu dulu kan ? nasib kau baikk jumpa la fesyen tudung yang kau nak tuh . kalau tak jumpa masakk la kau nak tempeh antor dekat tailor . ye dak ?

Kesimpulannya , ada ke tailor yang boleh jahit seperti yang kita inginkan . ada sesiapa tahu tak tailor yang boleh buat serba serbi . demand pulak akakkk ye !

Oh ya ! tema nikah aku nanti hitam putih . Asalnya nak buat veil warna hitam pakai selendang putih tapi bila dah try acu dekat badan sekali tengok dah macam 'sister' dekat paderi . terus tak jadi nak buat veil hitam .

tukar buat veil off white selendang hitam . owwwhhh . mesti somel . kihkih . Sang jejaka pakai baju off white dengan songket hitam bersulam benang emas dan songkok hitam . si gadis (aku ler tuh) pulak pakai baju kurung moden off white (simple lace and beading DIY) selendang warna hitam dan veil warna putih . konon nak cari kelainan laaa . wait and see jelaaa jadi ke idakkk kelainan tu ... ermmmm

Wednesday, July 10

Alhamdulillah , semalam aku dah siapkan duaratus batang bunga telur untuk majlis aku nanti . perhhh , kaku jugakk jari tangan aku duk memintal dawai-dawai tu . sabor jela . nak buat sendiri sangatkan ! ambikkk kau . rasakan kekerasan kematuan jari tangan kau !

masa sampai part nak melilit bunga untuk kuntuman yang ke duaratus tuh berdebor dan eksaited tak hingat . akhirnya dah siap sudah hamparan bunga pahar crepe paper aku tuh . 

tapi ! tapi ! tapi ! dan tapi yang aku pelik macam mana bunga tuh terlebih sedangkan aku rasa aku dah kira cukup - cukup dah . semua aku dah bajet untuk duaratus batang . bila riben dah habis aku tengok bunganye tuuhh banyak lagi . ermmm. tak apalah . nanti aku dah siapkan bunga telur untuk BAKAL MIL aku sambung siapkan untuk lebihan bunga kuning aku tuh . sayang laaaaaaaaaaaaaa pulokkk  nak biarkan macam tu . baik aku habiskan je. tapi berkemungkinan bunga yang lebih tuh riben dia akan bercampur sebab aku nak habiskan lebihan riben-riben yang sediaada dalam simpanan aku . hahaha . mix colour laaa

lepas siap bunga telur nih nanti aku dah boleh start fokus untuk jahit manik dekat baju nikah seterusnya aku boleh DIY veil pulak . dah siap bunga telur ni tak sabar pulakk aku nak jahit manikk . weeee . tak sabaq nak taweeeeennnnnnnnnn dahhhhhhh -_________-'














Tadaaaaaa..sekebun bunga ditaman....:)



Jappppp . nak perkenalkan pulak fridge magnet , kad kahwin dan bunting yang super cute bagi aku :p

tapi aku just tempekk gambor jela . detail dia nanti aku merepek dalam entri lain bila aku rajin ye :D



rajinkan jari skroll smpai jumpa . kihkihkih





*








*








*







*









*









*








*








*







*






kad kahwin poskad sudah....

cover depan je dulu k....






*







*







*








*








*








*








*







*







*






tadaaaaa..hehehehe








*








*









*








*








*








*








*








*








*









 Dalam versi hitam putih dulu ye semua :)

#tigapuluhenam #diaterimanikahnya

Monday, July 8

✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu ツ


✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi ツ


✔ GELANG → Tanda mesra ツ

✔ KALUNG → Ikatan cinta yang perlu perhatian ツ


✔ SORBAN → Tanda penghargaan dan penghormatan ツ


✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/ prihatin ツ

✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu ツ

✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi ツ

✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta ツ

✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan ツ

✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur ツ

✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang ツ

✔ COKLAT → Semanis cintamu ツ

✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan ツ

✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat ツ

✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) ツ

#Tetapi hadiah yang paling di nantikan oleh setiap perempuan adalah...








x








x








x








x









x








x









x








x











x










x










x









x










x









x













x








MENIKAHINYA → Tandanya dia serius dan betul-betul ikhlas mencintai kamu...


#tigapuluhsembilan #diaterimanikahnya 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...