BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, March 18

Assalamualaikum semua :)
 
dah lama sangat aih tinggal blog nii. dah tak tahu nak update pasal apa. memandangkan sekarang aku dalam katagori 'Mak Buyung' maka dengan ini, entri kali nih update pasal aku dan kandungan aku jelahh ye. ekekeke
 
 
minggu ni dah 30 minggu 4 hari my baby ada dalam tummy. perasaan bakal ibu yang tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. nak-nak pulak time baby dok guek (gerak) dalam perut. terasi geli pon ada jugak. risau pon ada jugak. mahu tak risau kot la dia dok guek aktif sangat terbelit tali pusat ke apa tak ke naya. tapi mintak-mintak benda tuh semua jauh dari jauh la...
 
pagi tadi aku pergi checkup. bila dah  masuk trimester ketiga ni maka setiap dua minggu sekali wajib ler menghadirkan diri untuk dicheckupkan. sekarang aku checkup dekat klinik kesihatan Penaga. sekangkang kera je dari umah my mertua. Kihkih. kira kentut pon boleh dengar. apatah lagi boleh bau...
 
bp aku ok. hb aku pon ok. yang tak ok sebab memula aku checkup (sebab transfer dari Klinik Kesihatan Pulau Indah, Klang ke Klinik Kesihatan Penaga) aku ada buat ujian darah untuk sahkan aku bebas dari talasemia yang berpunca dari permulaan hb aku yang sangat low 9.1..dari hasil ujian darah depa takut aku ni ada Delta Beta Thalasemia. Hadoiiiiiiiii. aku sendiri pening nak tau apa tuh DBT.. so, pagi tadi depa mintak aku wat ujian darah lagi sekali untuk DNA test. Result kena tunggu sebulan baru keluar. Hope aku bukan penghidap ataupon pembawa itu jenis penyakit. Doa-doakan ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...