BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, June 11




Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?



2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)



3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)



4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)



5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.



6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Friday, June 8



miss Z berceloteh

Blogger eiraamier tag aku. SO, tak ada kerja nak buat join je segmen nih :)

Detik 1.18pm bilangan followers aku HANYA 122 orang jekk >,<


KOrang memenuhi syarat tak untuk join segmen nih? Kalau syarat dah memenuhi jom la join sama. KOrang   TEKAN SINI nih untuk maklumat lanjut ye :)

Tag: WanieHalil


Beg tangan merupakan satu keperluan penting bagi setiap wanita. Ia bukan sahaja digunakan untuk mengisi barang, tetapi turut dijadikan aksesori untuk digayakan setiap masa. Disamping itu, terdapat pelbagai jenis beg tangan wanita yang berada di pasaran, sama ada dari jenis clutch, satchel, hobo, dan sebagainya. Kesemuanya mempunyai pelbagai bentuk dan fungsi serta peminatnya yang tersendiri.

Dalam pemilihan dan penggayaan beg tangan, ia terselit rahsia disebalik peribadi seseorang itu sendiri. Contohnya seperti penggayaan beg tangan yang terdiri dari jenis clutch, ia menggambarkan bahawa wanita tersebut memiliki keyakinan dan kepercayaan diri yang kuat dalam menjalani kehidupan sehariannya. Disamping itu, ia juga menggambarkan bahawa wanita ini dapat menjadi seorang kawan yang baik kepada sesiapa sahaja dan merupakan seorang kawan yang setia menemani tidak kira disaat susah mahupun senang.


 

Beg jenis clutch ini merupakan sejenis beg tangan kecil yang lebih merupai seperti purse ataupun wallet. Kebiasaanya ia tiada tali atau sebarang pemegang, maka ia selalunya dipegang dalam tangan ataupun dikepit dibawah ketiak. Selain itu, beg jenis ini tidak boleh    mengisi barang yang terlalu banyak atau barang yang terlalu besar. Maka, kebiasaanya wanita menggayakan beg jenis clutch ini untuk menghadiri majlis-majlis tertentu sahaja.

Selain clutch, antara jenis beg tangan lain yang sering wanita gayakan adalah beg dari jenis satchel. Satchel merupakan beg tangan jenis kecil, yang biasanya mempunyai tali galas yang panjang. Biasanya wanita yang menggayakan beg tangan jenis satchel ini merupakan wanita yang berperwatakan lemah lembut dan bersopan santun. Namun begitu, wanita jenis ini merupakan seorang yang amat tegas dan tekun dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.


 

Disamping itu, wanita yang menggayakan beg tangan jenis satchel ini juga merupakan seorang yang peramah serta melayan orang-orang di sekelilingnya dengan baik dan amat disenangi oleh semua pihak. Selain itu, wanita dari kategori beg ini juga mempunyai impian yang besar dan akan sentiasa berusaha untuk berjaya mencapai impiannya, serta seorang yang suka menggembara bagi menimba pengalaman-pengalaman baru.

Beg tangan yang bersaiz besar atau lebih dikenali sebagai jenis hobo, turut digayakan oleh wanita. Lazimnya, beg tangan jenis ini mempunyai dua jenis tali, dimana ia boleh digayakan dengan dua cara. Sama ada di galas dengan menggunakan tali panjang, ataupun di galas dengan menggunakan tali pendek. Beg tangan jenis ini boleh mengisi barang yang banyak  dan sangat sesuai bagi mereka yang sering melakukam aktiviti luar.


 

Selalunya wanita yang menggayakan beg tangan jenis hobo ini, merupakan seorang yang aktif, suka meneroka perkara-perkara baru serta mempunyai banyak minat dalam apa jua perkara. Sebenarnya perkataan ‘Hobo’ itu sendiri dalam bahasa inggeris turut membawa maksud suka merantau ataupun suka akan cabaran. Disamping itu, wanita dari kategori beg hobo ini juga merupakan seorang yang agak bijak serta sering memiliki idea-idea yang bernas dalam sesuatu perkara. Namun begitu wanita dari kategori ini turut mempunyai kelemahan, iaitu mereka sering kurang fokus dalam apa jua perkara yang dilakukannya serta seorang yang cepat berputus asa, apabila sesuatu yang diusahakannya menemui kegagalan.

Berikut merupakan beberapa jenis beg tangan yang sering digayakan oleh wanita dan setiap satunya mempunyai keperibadian yang tersendiri. Ini menunjukkan bahawa wanita merupkan seorang yang berketerampilan dalam apa jua situasi serta bijak dalam menggayakan fesyen dalam kehidupan seharian. Dengan ini, diharapkan ia dapat memberikan ilham untuk wanita, dalam pemilihan beg tangan di masa hadapan.


SUMBER


Tadi FacebookWalking terjumpa Reseller Tudung Fareeda. Sesaja ushar album gambar preloved dia. Tetiba nampak satu tudung tuh yang menangkap mata aku. Erkkk. Tanpa rasa was-was terus je aku komen suruh pm harga dia. Bila owner dia da pm apa lagi semangat kemain nak order. Tapi takut tak kena dengan muka pulak. Terus mintak bantuan Abang Google. lepas dapat bantuan dari cik abang yakin dengan diri nak beli. Harga pun ok.



Cantikk tak? Merah lagi sebab aku suka merah. Bila pakai warna merah kenyakinan tuh lagi tinggi :) Korang try la ushar-ushar FB dia nih :)



** Khusus utk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online **

Alhamdullilah, semalam dapat duduk sebilik dengan seorang aktivis keselamatan Capt. Bala Supramaniam. Kalau anda pernah tgk video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jgn ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.





Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.


Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihar didalam Metro atau KOSMO. Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri. 

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara. Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.


1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag. Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist adan dngan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patutu delete sahaja !

** Nampak paranoid, tapi kalau korang tgk sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yg expose maklumat peribadi.


SUMBER

Thursday, June 7


Pernah kita terleka seketika, apabila kita sering melupakan orang yang sering bersama kita susah dan senang, dan pada saat itu kita tidak menghargai dirinya.. Mungkin akibat sedikit kesilapannya, kita telah melupakan segala keseronokkan bersamanya.. Pernahkah?  Hayati bait-bait kata ini..
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU….
MENGASIHIMU….dan
MENCINTAIMU….
 
 

 
 
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
 
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
 
 
 

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA!


SUMBER



Perempuan…
Apabila menyayangi seseorang,
Dia sentiasa setia dan tidak curang terhadap pasangannya,
Dia sedia memaafkan kesilapan pasangannya.

Perempuan…
Apabila hatinya terluka,
Dia masih menangis seorang diri tanpa teman,
Namun dia tetap tabah apabila dikecewakan,
Dan bangun semula untuk teruskan hidupnya,


Perempuan…
Memang lembut dan cepat terusik,
Mudah terguris dengan sikap atau percakapan seseorang,
Mungkin wajahnya nampak tenang dengan senyuman di bibir,
Tapi dalam hatinya siapa tahu?

Perempuan…
Meskipun hatinya mudah tersentuh,
Dia tetap akan bangkit semula,
Kerana dia tahu,
Dirinya harus tabah menghadapi sebarang dugaan mendatang.


Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi

Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung.

keturunan-mahsuri

Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas.

Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan.

Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.

Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.
Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.
Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.

Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.

Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.
Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.

Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.
Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

Pemegang Ijazah Komunikasi Ramkamseng Universiti Bangkok akan memenuhi impiannya menjadi wartawan walaupun setelah bergelar isteri. – Utusan

Jom baca Sedikit Sejarah Sumpahan Mahsuri

Wednesday, June 6



lelaki soleh


Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Jagalah cintaku padanya
Agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya terpaut padaMu
Agar tidak terjatuh dalam jurang

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dariMu

Ya Allah
Sesungguhnya aku bermohon padaMu
Untuk selalu mencintaiMu
Ya Allah… Kau jagalah pintu hati ku dari dicemari cinta manusia yg tidak halal bagiku ^_^

ya allah aku telah jatuh cinta
Amin..


Dalam 12.40 tadi sempat derma darah dekat foyer faculty accountancy. Ala, kawasan sebelahan pejabat pos tuh. Hahh, dekat area situ la.. Dimaklumkan dari semalam lagi program blood donation ni ada tapi aku baru tahu tadi. Petang semalam dah nampak dah van Pusat Darah Negara. Terfikir jugak mungkin ada dekat mana-mana la kot. Tup-tup tadi ada sorang tuh ajak join. Apa lagi cepat aje setuju….


Sempat snap kejap time naik office ambik i/c. Doktor hensem tuh cakap kalau dulu derma dekat Melaka atau memana negeri, nak derma dekat negeri lain untuk pertama kali kena ada ic. Depa nak buat pengesahan apa ntah. Naikk la pulak aku ambikk ic. Nasib tingkat 4 jekk. Kalau tak esokk jela aku turun balikk untuk derma darah.



Kawan aku yang sorang tuh lagi awal derma tapi darah dia lambat kena pam. Aku tak sampai 5min nurse tuh cakap. Aku rajin mulut tanya sebab belah kanan dan depan aku depa lagi awal derma tup-tup bekas darah aku yang lagi cepat penuhh. HeHeHe. Petanda tekanan darah stabil tuh :)




Macam biasa darah yang diambil hanyalah 350ml jekk. Banyak nih lahhhh. Sikit je kan? Bila dalam plastik nampak macam merah maroon jekk. I like Merah :P




Sibuk mengepam darah. Pam tanpa henti dengan pusing-pusingkan gelung paip tuh. Suka hati je aku pusing-pusingkan. orang lain aku tengok depa gengam pastu lepas. Ulang sampai lebam. Tapi aku tukar ikut sedap tangan aku jek.. HeHeHe




Bila wayar darah dah di potong dan jarum besar tuh dicabut kena la tampal dengan kapas kejap. nak bagi darah berhenti. Kali keempat derma seingat aku sekali je aku tengok saat-saat jarum besar tuh dicucuk ke salur darah. Lepas tuh aku dah tak tengokk. Tapi tadi kalau ada kengkawan dekat tepi aku tengokk je. Ada kekuatan sikit bila ada orang disamping. Ecece ayat...




Lepas nihh berazam dalam setahun nak derma tiga atau empat kali. Kenapa ehh, orang cakap kalau kita derma darah badan kita akan naikk. Tapi aku tengokk badan aku tak naik-naikk pun. Selera makan pun tak berkobar-kobar pun. Mentaliti orang kita agaknya. Mungkin sebab tuh la ramai yang belum sedar kepentingan derma darah kepada pusat darah negara. Berapa banyak nyawa kita boleh selamatkan hanya dengan kita menjadi penderma darah...




Lepas kapas dicabut dan darah dah berhenti, tampal la pulak plaster setepekkk dekat situ. Rehat kejap atas kerusi tuh hilangkan pening-pening lalat terus turun.  Masa nak turun tuh nurse cakap "pergi makan dekat belakang. Aku assume, ada roti plus air kotakk je. Tup-tup.....





Sepanjang aku derma ni lah kali pertama banyak kot makan yang depa bagi. Rezeki untuk lunch. Tak payah gadoh-gadoh nak beratur dekat cafe untuk beli makanan. 


Kepada korang-korang semua yang berniat nak derma darah tapi masih was-was korang jangan risau, badan korang takkan naikk seperti yang dimomokkan. Malahan aku rasa badan aku makin ringan dan bertenaga. SO, Selamat Menderma Korang :))  



Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”
tapi dari itu kita belajar bagaimana sakitnya rasa dibohongi
dan tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan, iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.




Tahukah anda apa makna WALL?

Yup. . Ia bermakna DINDING. Lalu kenapa dengan dinding?

Saya lanjutkan. .

Siapakah yang membuat FB? Mark Zuckerberg seorang berbangsa YAHUDI. 


Apa kaitannya WALL & YAHUDI? Kaitan keduanya sangat erat.



DINDING RATAPAN.

Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. 

Itulah tujuan mereka membuat FB.

Dan tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah diFB daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada solat dan zikir kepada ALLAH SWT.

Hati-hatilah sahabat, bisa-bisa kita nanti menjadi ''Tassyabuh (meniru atau mencontohi)'' atau menyerupai kaum lain (Yahudi). 

Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya."

Oleh kerana itu, jangan jadikan WALL FB sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikanlah ia sebagai tempat membagi ilmu dan nasihat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. 

Walaupun hanya kepada 1 orang. Jadikan Wall FB sebagai media untuk menyebarkan dakwah. Jika anda belum percaya silahkan buka Google dan Search: ''Wailing Wall Of Israel''.


Mari kita renungkan.


'' Sungguh kalian akan mengikuti langkah2 orang2 sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Bahkan seandainya mereka masuk lubang  biawakpun niscaya kalian ikut masuk pula kedalamnya. Para sahabat bertanya:'Siapakan mereka itu Ya Rasulullah?'. Beliau menjawab:'' Ahli Kitab (Nasrani & Yahudi). ! Siapa lagi kalau bukan mereka? " [HR. Imam Bukhari]


Jadi postkanlah kata-kata hikmah/nasihat/ayat Al-Quran, Hadits,Ulama terdahulu tentang agama Islam. Gunakan peluang Yahudi/Nasrani yang akan merusak umat Islam dengan membangunkan agama Islam melalui platform mereka.

Ini ilmu baru. Yuk kita amalkan dan dishare keteman yang lain. Mari kita jalani kehidupan ini dengam ilmu dan iman. Semoga Allah Ridho...(disadur dari fb: Pendidikan Quran Habiburahman)


Bermanfaat??
klik butang shared ye



Photo: Tahukah anda apa makna WALL?

Yup. . Ia bermakna DINDING. Lalu kenapa dengan dinding?

Saya lanjutkan. .

Siapakah yang membuat FB? Mark Zuckerberg seorang berbangsa YAHUDI. Apa kaitannya WALL

& YAHUDI? Kaitan keduanya sangat erat.


DINDING RATAPAN.


Didinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka,meluahkan harapan,ratapan dan segalanya. 

Itulah tujuan mereka membuat FB.

Dan tanpa kita sadari, kita lebih banyak mengadu masalah diFB daripada mengadu kepada 

ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada shalat dan dzikir kepada ALLAH SWT.

Hati-hatilah sahabat, bisa-bisa kita nanti menjadi ''Tassyabuh'' atau menyerupai kaum lain 

(Yahudi). Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia 

termasuk dalam golongannya."

Oleh karena itu, jangan jadikan WALL FB sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi 

jadikanlah ia sebagai tempat membagi ilmu dan nasehat kebaikan kepada umat Nabi 

Muhammad SAW. Walaupun hanya kepada 1 orang.

Jadikan Wall FB sebagai media untuk menyebarkan dakwah.

Jika anda belum percaya silahkan buka Google dan Search:'' Wailing Wall Of Israel ''.


Mari kita renungkan.


'' Sungguh kalian akan mengikuti langkah2 orang2 sebelum kalian

sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Bahkan seandainya mereka masuk lubang 

biawakpun niscaya kalian ikut masuk pula kedalamnya. Para sahabat bertanya:'Siapakan 

mereka itu Ya Rasulullah?'. Beliau menjawab:'' Ahli Kitab (Nasrani & Yahudi). ! Siapa lagi kalau 

bukan mereka? " [HR. Imam Bukhari]


Jadi postkanlah kata2 hikmah/nasehat/ayat Al-Quran, Hadits,Ulama terdahulu tentang agama 

Islam.


Gunakan peluang Yahudi/Nasrani yang akan merusak umat Islam dengan membangunkan agama 

Islam melalui platform mereka.

Ini ilmu baru. Yuk kita amalkan dan dishare keteman yang lain.

Mari kita jalani kehidupan ini dengam ilmu dan iman.

Semoga Allah Ridho....
(disadur dari fb: Pendidikan Quran Habiburahman)

Bermanfaat??
klik butang shared ye

InsyaAllah jika niat kita baik, hasilnya pun juga akan baik ^_^
COPY&PASTE


InsyaAllah jika niat kita baik, hasilnya pun juga akan baik ^_^
COPY&PASTE

Tuesday, June 5





Cara elak akaun facebook dihack oleh orang yang tak bertanggungjawab.

1. Pakai password yang mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. 
Cth : p@sss229%6...

2. Tukar password akaun sekurang-kurangnya 3 bulan sekali…

3. Jika online kat cc atau latpop/pc kawan install ccleaner dan tickkan "save password" pada bahagian clear dan jangan tekan remember me atau remember password…

4. Jangan lupa logout jika online kat cc atau pc/laptop kawan…

5. Jangan gatal tangan nak tekan link-link yang terlalu menarik perhatian. Cth : cam dapat bayaran, gambar artis bogel dan sebagainya…

6. Jangan daftar mana-mana laman web yang perlu anda isi butiran peribadi korang seperti password, email dan tidak terbukti kesahihan laman web tersebut kecuali laman web tu memang terbukti kesahihannya…

7. Elakkan guna email yang diberikan pada umum untuk alamat email facebook. Seeloknya buat 2 email dan jangan beri email akaun facebook pada org yang tak dikenali…

8. Sila verify email dan nombor telefon anda pada akaun setting untuk tingkatkan lagi security…

Sekian....



Weekend yang lepas aku habiskan dengan join camping dekat Pulau Kapas dengan kengkawan aku. Ekceli aku tersesat join dengan ahli group latepackers. Memula macam tak nak join tapi bila dah asikk di ajak je pahtu pulak kengkawan yang lain dah setuju [selepas kena kelentong] aku pun okey jela. Kira aku orang last bagi persetujuan bila pikir kesejukan angin pantai memalam.


Aku ada buat entri pasal ni dalam entri Lain-Di-Rancang-Lain-Yang-Jadi. Nak story pasal perjalanan malam tuh pulakkk.


Lepas maghrib tuh [1/6/2012] aku dengan liza naikk bas rapid ke sec19 untuk ke mid valley [dari sec8]. Kena tukar bas pulak dekat sec2 tuh untuk ke stesen komuter sec19. Mak aiii, sepanjang tempat aku transit tuh aku dok sibukk menanya dekat orang macam mana nak pergi Stesen komuter tuh. Kalau naikk motor aku tahu la pergi sendiri. Kalau kena naikk public transport ni aku kureng sikit. Akibat tidak malu bertanya untuk elak sesat jalan akhirnya aku sampai ke tempat dituju dalam pukul lapan doplohh. Dapat je tren terus rasa nak lelap. Dapat la jugak lelap sekejap. 



Sempat lagi aku lelapkan mata dalam tren tuh....


Lepas 30min cenggitu dalam tren sampai la tempat yang dituju iaitu MidValley. Kena tunggu sorang lagi kawan dari Seremban. Kecian gila dekat dia. Dari Melaka-Seremban-MidValley. Memang tak terkejar dia. Sampaikan dia cakap naikk tension sebab asik dok call and mesej Tanya da sampai mana. Kihkihkih. Nasib aku call sekali jek Tanya dia da dekat mana. Kihkihkih. Dalam pukul 11 macam tuh baru dia sampai.
 Korang bayangkan duajam aku dengan kawan aku tuh kena menapak dan melepak dekat mid sementara tunggu dia. Mula-mula okey la sebab dapat jalan dekat mid tuh kejap. Dah seround pusing tak sanggup dah nak teruskan sebab beg yang berat menghalang untuk terus maju ke depan. Pusing balikk then lepak dekat eskelator yang nak naikk ke mid tuh. Siap duduk bersila dekat situ. Orang lain yang lalu situ mesti pelikss tengok kami. Dah macam peminta sedekah jekk. Choiii la :P


Jadi peminta sedekah sekejap dekat laluan ke Mid tuh.



*pause*



Tak mau cakap banyak dah. Korang layan jela gambar. Biar gambar yang menceritakan segalannya. Ececece :P 



Singgah sebentar di RNR Temerloh. Hilangkan lenguh-lenguh badan...




Eksaited kemain dapat naik boat nak ke Pulau Kapas. Mula naik muka hepi, Dah nak turun lutut gigil dan kepala pening. HaHaHa




Snorkeling aktiviti yang paling menyeronokkan. Tiga jam. Macam-macam ikan jumpa dalam laut tu. Indah ciptaan Tuhan...




Gaya seorang jurukamera cabukkkk...




Memasing lapar sebab dah lama berendam dalam air. Orang kebulur tengah melantak :P




Sempat lagi Peace tuh :)




Gud Bye Pulau Kapas...




Berjalan di Masjid Kristal..'Bulan dan Bintang menjadikan saksi'..ecece :P



Cabaran aku bagi 5/10. 
Kepuasan aku bagi 7/10.

Nak yang lebih mencabar lagi dari nih...




Kak Keen: Weekend nih nak naikk Cemerong pulak..HeHe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...