BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, August 23




hai readers sume !


da lamaaa nau aku xupdate blog. simptom M sedang melanda diri aku sekarang. M nak g keje, M nak buat thesis. owhh M nyahh kau dari hidup ak. huhuhu.

so, entry kali ini ak just nak share ngn angpa sikit sikit perjalanan hidup ak minggu lepas. xbanyak pon nak bcerita tapi boleh la kalo takat nak update entry ni..gerrr

sekarang bulan Ramadhan kan? perkara wajib tiap bulan mulia ni mesti la aktiviti mengunjungi bazaar ramadhan. *solat tarawih jangan buat buat lupa pulak !. samada bazaar y menjual makanan ato pon bazaar y menjual pakaian. wargghhhh. tiap kali g sana mesti ad TERbekenan so TERbeli la. ni yang ak pantang kalo da TER2 bagai ni.. TERbeli brooch juntai2 konon nak pakai raya nanti. *padahal brooch juntai2 tu da ad dalam 7pcs da. TERbeli buah pulasan. *xpela makanan boleh d maafkan lagi. dan TERmacam2 lagi la. nasib la TERbeli y murah murah je. kalo TERbeli baju y TERharga RM100++ camno?

mentang mentang la bazaar senawang tu dua kangkang kera je dari umah, bukan main rajin ak kuar cuci mata situ ehh. hehe. bukan selalu pon. kalo tahun lepas dekat melaka tahun ni dekat senawang pulak. tahun depan x tahu lagi. hehe. banyak banyak bazaar y ak da sampai kt senawang ni la y paliinnnnng meriah mak ngah ! xpcaya ? angpa mai sendiri sini tengok ! baru angpa taw meriah ke x ! kt melaka pon xsemeriah macam kat sini taw :)



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



last week jugak ada sorang student practical kat sini menamatkan latihan dia. jeles ak tengok dia. da habes belajar. xlama lagi dia da nak konvo. umur 22 dia da ad degree ! ak sangat jeles dengan afa. 

sempena meraikan penghabisan dia practical kami ajak la dia bbuka bsama sama. ala, budak budak pempuan je yang join. y bujangan enam orang dan x bujangan sorang je. mak budak ! ehehehe


apa motif kak suria snap gambar gambar ni pon ak xtahu. da depa suruh action ak pon ap lagi. pantang nampak kamera cepat je control cun..gerrr


aksi bebas la kononnye ! dan ad orang tu cakap action sy mcm orang poyo ! damn ! nasib action je mcam poyo tapi kenyataan sy tidak poyo !

gambar gambar kt atas tu ehsan dari kak suria idayu. dia y sukarela snap gambar gambar kami. ad jugak la kenangan dengan si Afa...

gambar gambar kat bawah ni time kami g bbuka sama sama. plan awal nak g makan dekat burger ijan tapi xbukak pulak malam tu. terus lajak pergi kat kedai nasi ayam kak lina. kedai ni dekat dengan stadium paroi. dekat je dua tiga kangkang kera je..hehehe


dekat kedai makan LETAK LETAK HABES. nasi ayam dia not bad la !



kak suria idayu. nama seindah rupa. wahh. ak tetap pgil dia akak even dia muda dari ak...sori ye kak suria :p sy nak perasan muda kejap !


semua licin *pinggan dan cawan ak la. siap ak paw air si liza lagi..gerrr !

so, tu jela ak nak tunjuk dan merepek ! bosan kan blog ak ! hehe

ops ! lupa pulak. minggu ni semua orang last keje kan sebab minggu depan da start cuti, uols jgn marah aii last keje ari khamis ni. malam tu aii da naik bas nak balik kampung. malam tu jugak aii nak bbuka dengan member aii Cheq Anna . aii da tau nak ajak dia bbuka kt mana. tp xleh gtaw dia lagi. biar surpriseee !!!





notakaki: *dah dua ari berturut turut aku beli patin gulai tempoyak ! sedap ! xpuas makan. ni ngidam nak makan ketam masak lomak cili api pulak !


Wednesday, August 17



Thursday, August 11

BERPUASA tetapi tidak menunaikan solat. Mereka sanggup berlapar dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat. Ada yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika Ramadan. 

Kita bimbang nanti puasa dan sedekah tidak bermanfaat kepadanya kerana solat tiang agama. Ada juga kalangan kita menyuruh anak berpuasa tetapi membiarkan mereka tidak solat.

Tidak menjaga batas agama seperti pergaulan lelaki dan wanita serta menutup aurat. Lelaki masih berseluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan ada wanitanya pula tidak bertudung malah memakai baju tidur kelawar semasa mencari juadah.

Ada juga wanita tidak berpuasa kerana uzur syarie (haid dan nifas) pula tidak menghormati Ramadan kerana berani makan di khalayak tanpa segan silu. 

Menghabiskan masa menonton televisyen, video cakera padat (VCD), sedangkan hari dan malam yang datang setahun sekali itu patut digunakan bagi memperbaiki amalan serta mengingati kesalahan lalu. 

Sepatutnya pada bulan ini kita gandakan bacaan al-Quran, cuba menghafal beberapa surah pendek dan sentiasa pasangkan niat berkhidmat kepada insan lebih memerlukan. 

Membazir ketika berbuka puasa disebabkan nafsu membeli tinggi. Semua hendak dibeli tetapi apabila tiba masa berbuka, makanan yang dibeli tidak dihabiskan. Membiarkan anak bermain mercun sehingga mengganggu jemaah yang menunaikan solat tarawih di masjid atau surau berdekatan. Sebaiknya galakkan anak solat tarawih dan tilawah al-Quran bersama. 

Hanya puasa makan dan minum, tetapi tidak menjaga pancaindera seperti mata, lidah dan telinga ketika berpuasa. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum.” 

Tidak mahu bersahur mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasulullah yang bersabda maksudnya: “Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” 

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” 

Semoga kita dapat memperbaiki puasa kali ini dan menjadikannya lebih baik dari tahun lalu.




Wednesday, August 10



hai readers!!!!

gempak x title entry kali ni? gagagaga

sbelum entry ni d tulis ak bz dok bdating dengan incik G. hehe. biasa la incik G ni jela y setia mnemani ak time ak sibuk nak cari apa apa pon. baik gambar, ke lirik lagu ke apa apa jela. kali ni incik G membantu ak mcari design manik untuk ak jahit dekat baju ak. raya kan da dekat, ak nak bagi nafas baru dekat baju lama ak. huhu. almaklomla raya tahun ni xad baju raya so, tpaksa la ak tarik baju lama untuk nak bagi nampak baru. bijak x? gagagaga. ak carik design y simple simple je. senang dan cepat nak jahit :)

dalam dok cari design manik tu tnampak la pulak baju baju y kena ngn taste ak. yela taste ak untuk majlis besar besaran nanti. 

contoh majlis besar besaran? 

yela macam E-day ak nanti ke, nikah n sanding punya majlis..hehe. entah bila la majlis majlis tu nak blangsung. berangan da lebih nih. arghh. peduli apa ak, dari angan angan la ak akan usahakan untuk jadikan kenyataan :) ~wink wink





silalah lihat baju y telah menjadi pilihan hatiku...gagagaga

baju elyana y sangggggaaatt cantik. kaler dye pon mmg kaler peberet aku..gerrr...

baju sariyanti ni pon sannntttiiiiik jgk. tapi aku kalo dapat baju cenggini kt labuci tu ak nak letak kaler lain. turquois, merah ato peach kaler..baru mantop ngn tema ak nanti..gerrr.da ad tema ke????

inipon sangattt cantik oke. cam besa, tang manik tu kaler biar lain. kaler ttp nak kaler turquois, merah ato pon peach..ermmm


yang ni palingggggg aku tpikat...

yang ni pon pakai time nikah pon cantik jugak..


gambar pon da tengok kan, so, readers doa doakan lah moga dapat jodoh cepat...aminnnnnnn


picture credit to incik Google :p




notakaki; makkkkkk nak kawen >,<

Tuesday, August 2

haiii readers!!!!


tika masa entry ini d tulis, aku tengah mnunggu masa dan saat untuk bersiap. bsiap ke mana? bsiap ke BUTIK FIRST LADY hehehe. nak g carik baju raya. semangat kan? posa baru masuk hari kedua da semangat nak carik baju. aku ni nak carik awal awal sebab bajet dah dapat so xnak la simpan lama lama. karang da tpakai mana aku nak cekau duit untuk baju pulak. lagi pon beli awal awal ni senang nak dapat size. size kecik kecik comey macam aku ni selalu sangat habes stok. so, xnak la jadik macam tahun lepas. baju da ad yang berkenan size pulak da habes :( kali ni Ramadhan yang kedua terus nak g beli. baju kali ni nak carik baju kurung moden putih. waaaa...mesti cantik kalo aku pakai kan? kahkahkah....

okeh la. nak tempek bedak kt muka kejap. nak tutup apa apa y patut kt muka ni....



notakaki; bajet untuk beli tudung xad da tapi tudung y da bkenan tu da jumpa..nganganganga. nak sugarbaby la camni :)

Friday, July 29

hi readers!!!

pada saat entry ini ditaip khusus dan khas untuk follower blog ini, jam d laptop kesayangan ak ni munjukkan jam da pon pukul 4.24pm. (time office hour lg ni) tggal bapa jam lg sebelom ak nak naik bas balik kg :) moga pjalanan ak malam ni selamat semuanya..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


ak just nak ucapkan Selamat Berpuasa Dan Selamat Ponteng Puasa Bersahur kpd seluruh muslimin dan muslimat.......




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx






xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx






xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx





notakaki: jangan lupa niat puasa pulak :)


Saturday, July 23

hai readers!


entry kali ni pendek je. aku just nak cakap y aku baru je jadi follower yang ke35 untuk BLOG ni.

y best tu pulak. blogger ni pon follower ak y ke35 jgk..hehehe. 

saya dengan ini ingin mgucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada pemilik blog bkenaan. hehe. semoga kita akan terus kekal berbloging ye !!!

sesaje selitkan gambar ni. kasi meriah dengan kaler merahbiru MAKNGAH :)



notakaki; ak berblogging ni bukan untuk cari riburibuan follower pon. just nak jadikan belog ni satu tempat untuk luahanrasahati aje...:)




Friday, July 22


hii readers :)

actually, entry ni da gilaaaaa lama ak nak buat. tapi macam mana boleh lupaa aku pon xtahu. tengah syok2 godek pesbuk depa ni aku ni baru aku teringat.....

entry kali ni pasal depa punya "E-Day". ad TIGA majlis E-Day y ak nak share. satu majlis pada duapuluhlimajun duaribusebelas dan y lagi satu depa punya majlis pada hari y sama iaitu pada sembilanjulai duaribusebelas...hehe

y sorang ni, aku kenal time kami tingkatanTIGA. time g tuisyen samasama dulu...hehe. orang tepenggggg je...

y dua orang ni pulak aku kenal time sekolah kat uitm bandaraya melaka. dah hampir tigatahun jugak la aku kenal depa dua ni. sorang housemate ak dan sorang lagi classmate ak merangkap rakan lepaking dekat mamak subaidah...gegege. duadua ni orang johorrrrrrr....:)

ketigatiga majlis depa ni ak xdapat attend sebab jauhhhhhhhhhhh sgt nak g  huhu. insyaAllah depa kawen nanti kalo depa jemput ak sampai la......

ni gambar depa y aku curikkkk dari pesbuk depa....bibah, sopea, enol ak ambik gambar hampa tawwww...


classmate ak aka rakan lepaking kt mamak..,,bibah dan tunang, N


sopea...housemate ak...

p/s: SILA ABAIKAN Y dSENSORkan ITU....


Enol & Tunang, Lin...

okeh!!! tu jela nak tunjuk...........






notakaki; sila doakan agar e-day ak pon xlama lagi.....
*mode: kaki silang, tangan letak kat dahi...--->memikirkan nasib :(



Wednesday, July 20


haiii readers...


malam ni terasa nakkkk sangat sangat meluahkan rasa hati yang dok bercampur aduk dalam hati nih..ayoyo..bila pikirkan balik rasa cam nak bom je orang orang y menyerabutkan kepalaotak aku ni yang sememangnya serabut. macam kes altantuya tu. amik kau. hancur bkecai. tapi nasib kau baik sebab negara ni ada undang undang. kalo xad da sekian lama aku buat. 

aku tahu la hati aku ni senang bsimpati kat orang. pantang orang buat baik aku pon judge depa pon baik jugak. padahal depa tu belom tentu berniat baik. geram betol la. ni belom sentuh bab hati dan perasaan lagi. 

senang senang je kan kau datang dan pergi dari hidup aku. kau datang time kau ada krisis dengan kau punya bakal isteri ke gurlpren ke apa je la. time kau bahagia kau da tak hingat dunia. dunia pon kau x hingat AKU LAGI LA kau nak hingat. APA BARANG NAK HINGAT KAT AKU KAN? yela, kau asik hingat kekasih y belom tentu jadi isteri kau y belom tentu jadi ibu kepada anak anak kau kan?

aku tahu orang y aku maksudkan ni selalu baca blog aku dalam diam. 

untuk ASM.....
kalo betol awak cari saya time awak ada krisis dengan CPP tolong hentikan ok. awak boleh cari saya anytime even time awak dengan si dia tengah berbahagia. saya xkisah. tu mnunjukkan yang awak ikhlas nak berkawan dengan saya. bukan macam sekarang. mcam macam saya pikir bila awak kembali mencari saya bila awak ada problem dengan dia. selesaikan masalah awak dengan dia sehabis mungkin. setiap perkara setiap masalah ada jalan penyelesaian dia. untuk kesekian kalinya, saya tak nak diri ini terasa seperti dipermainkan. walaupon saya da biasa dengan keadaan ini. sy pernah nak cakap face to face sal ni dengan awak tapi sy belom ada kekuatan. kemunculan semula awak pon buat sy tkedu. untuk awak, sorry k sebab jadikan kes ni sebagai entry belog sy....


benci benci benci dengan permainan duniawi ni...huhuhu. sy nak "superman" y boleh selamatkan saya dalam apa jua keadaan.  

anybody berminat to be my superman????


cuba kau letak AKU kat tempat KAU. agak kau rasa bahagia ke??? pikir guna akal dan pikiran...


notakaki: malas nak letak la. lu letak la sendiri :(



Friday, July 15

sumber dari pesbuk



Anak kepada rakan saya telah hilang tengahari semalam dihadapan Sek. Keb Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat pagi tadi tetapi masih gagal.

Lapuran polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik. Butir2 terakhir adik Najmi adalah seperti berikut:



Nama : Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)

Tinggi : lebih kurang 110cm

Pakaian: Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.

Lain2: Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.





MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN MINTA SAMA-SAMA KITA SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA HATI UNTUK MENGHANTAR KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA.



Sekiranya rakan2 mempunyai maklumat atau ternampak kanak2 ini, boleh hubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 0196387252 (Salleh).



Mohon disebarkan.






notakaki; moga adik najmi di temui dengan kadar segera dalam keadaan y sihat. lets pray for him...  



Thursday, July 14



hi readers...

da lama jgk aku xupdate belog aku nih. last entry aku, aku merepek merapun meraban kat belog aku PASAL NI.....

sekarang da masuk minggu kedua taw aku memprektikalkan diri aku dekat kdrm...

duaminggu ni jgk la aku asik dok belek personal file pekerja. adoiya smpai naik muak aku weh....

duaminggu jugak la aku duduk seremban...

duaminggu jugak la duduk berek polis.....cittttt. masuk minggu kedua ni aku da xsedap hati dok keluar masuk umah ni. tup2 semalam member aku datang gtaw sal hal ni...

binibini POLIS yang nak pencen kt sini suka sangat nak ambil berat tinggi orang lain. depa ni xsenang kot tengok aku yang comel ni dok keluar masuk g kerja. dok lalu depan laki depa yang TAK HENSEM macam Aaron Aziz tu. 

apsal la orang melayu sekarang ni xboleh tengok orang yang sebangsa dan seagama dengan depa hidup senang. padahal aku duduk sini xpernah pulak aku kacau tok laki depa. takut sangat kot aku ni ngorat tok laki dia tu. kalo hensem tu boleh la aku pikir dua tiga kali sebelum ngorat an? jadi sugar dady aku..ermmm...


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


blanjutannya kes makcik2 tu malam kejadian tu aku jadi sewel la kejap. kesan dari sewel tu aku tido lewat. padahal esok tu nak keje. kbiasaan aku akan tido pukul duabelas cenggitu la. da xboleh tido aku nak membaca. nak membaca novel tapi xad sekor pon novel aku kat sini. sume aku angkut simpan kt kampung. novel xdapat aku cari belogbelog y slalu update....

nak djadikan cerita pulak malam tu ada blogger yang buat entry yang pada aku agak menarik menolak pasal nombor ni...123456.<---klik link ni. wajib baca taw :p

blogger y aku dok perasan entry dia pendek coet tapi agak menarik..ekekeke

time aku bukak belog dia nak tengok total pageview, time tu pon da pukul satu lebih mcam tula. so, ak tengok macam ada peluang je dia nak capai target tu. da makin hampir je tuhh....

aku tunggu punya tunggu punya tunggu sambil melayan pesbuk, novel on9 bagai. time nombor da dekat tu aku pulak  TEReksaited. hehehehe. detik 1.39am dapat la nombor yang si ady tu nak. ap lagi nombor cantik tu aku save lerrr.

nak save tu pon ad cerita jugak taw. sebenarnya sebelum ni puas aku godekgodek macam mana depa boleh save page cenggitu. explore punya explore punya explore punya explore punya explore smpai mata da naikturun pedih akhirnya aku da tahuuuu....<--keciankan aku, orang lain da tahu berzaman, aku baru tahu je malam semalam...hikhikhikhik

pastu aku post la kt wall incik blogger tu. xku sangka pulak blogger tu terharu. dia terharu aku tersyahdu. huahuahua. angpa nak tahu dia siap buat entry sebab hargai apa yang aku buat. angpa xcaya? cer BACA NI.


tengs blogger Ady :) hadiah x ada ke? hehehehe




nota kaki; orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa. orang benci aku pedula hapa!!!!!!!! peace yo!

Monday, July 4

hai readers!!!

arghhh..penat!!!ecece.action je lebih ni. almaklom la ari ni baru start practical. 1st day y quite 'bored' bagi aku dan budak yang baru masuk. 

ni semua gara gara opis aku (da boleh cakap opis sebab da masuk daftar tadi. ekekeke) ini hari ada event. Majlis Perhimpunan Setia Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010. Ketua Pengarah Kastam Malaysia yang datang tadi untuk myempurnakan majlis. Ketua Kastam negeri negeri lain pon datang jugak tadi. xsilap salah aku Ketua Kastam Negeri Melaka, Penang KOT. x alert sgt td sb mengantuk...hehehehe

sampai sampai pagi tadi terus naik tingkat 3. tunggu depan kaunter pertanyaan tu hampir 30min KOT. lepas tu PUAN KASTAM Suraya bawak kami masuk jumpa INCIK KASTAM Nordin Bin Baki..huahuahua. dengar dia citer sikit sikit pasal kastam ni. pastu dia tengok jam da pukul 0830 am terus dia suruh kami semua turun ke Dewan. dia suruh kami join rehearsal untuk majlis tadi tu..

ehem!!! ehem..kami semua yang memang da cun dan ensem ni melangkah  masuk ke dewan dengan langkah yang makin cun dan ensem..agagagaga. HUIYOOOO...abang abang kastam yang x berapa nak ensem dan y terlebih ensem ada kt kerusi belakang woooo..cepat!!!cuci mata cepat..hahaha...tetiba aku tersedar aikkk..aku nampak incik incik tu ramai macam bawah umur lagi..huahuahuahua. cane aku nak ngorat ni....:( * mood down.......boooooooo

rehearsal setel dlm pkul 1030 gitu la. da setel tu terus naik bilik. aku da dapat bilik taw. kompiter sedebok sekor. weiiii, ak dok aim dapat skrin LCD tu. tp moniter y besar 14inch tu yang den dapek..ayoooo.masuk je terus dapat keje.budak baru nak belajar memang akan tunjuk rajin. macam AKU :) ekekeke. akak tu suruh aku susun fail dalam laci besi tu. pahtu dia suruh taip sekali kt word yang dia da buat. aku buat tanpa banyak songeh..taippppppppppppp aje keje aku tadi..sedar sedar da dekat pukul 12.40. akak tu suruh aku keluar lunch. dia pon da nak keluar balik umah jugak...

aku nak keluar makan ngan member baru aku tadi tengok depa sombong. arghhh..ko sombong aku peduli hape. Ada Aku Kesah? gagaga. aku mesej housemate aku cakap nak join sama. so, lunch la aku bersama sama Lizawati Yahya Ariff, Shahida Mansor dan rakan rakannya yang lain. depa g naik keta. aku merempit..wewwiiiiitt..awek baju kurung moden biru rempit wei...hahahaha

lepas lunch sampai opis dalam kul 1.45. aku terus menonong masuk Dewan. aku sorang sorang je taw. xad kawan di sisi. its oke for me. bila sorang ni lagi senang kita nak berdikari. depan dewan tu da ramai pengawai dan anggota dok lepak..ayoyoyo. aku da lambat ke? ishhh. jam belom kul 2. ehem!ehem! dengan langkah kanan dan diiringi bacaan

aku dengan degupan jantung pisang dupdapdupdap ni tolak pintu la dengan ayu dan sopan persis gaya Lisa Surihani. <--- hahaha. jangan jeles. aku nak perasan sekejapan ye :p 

MAK oiiii..incik incik ngn cik cik kastam lagi ramai dari rehearsal tadi la... control ayu syikin....pelishhhhhh...hahaha...

nebes punya hal mata aku ni dok nampak kerusi kosong. terus duduk dah xpandang sapa sapa pon. dalam dewan tadi depa bagi benda ni....

dapat cekelet..sayang pulak nak mamam ni. simpan wat koleksi la..hehehe

duduk dalam dewan sampai habes. dalam kul 4.30 habes. mengantuk tu jangan cakap la. tahan je mata. kalo event uitm y anjur jangan harap aku nak celik mata luas luas cam tadi.. kerohhhhh kerohhhhh lagi beshhh wooooo....

keluar dewan depa buat jamuan makan. ada sate, bihun sup, soto, nasi segala bagai makanan. tapi perut aku kecik aku xmakan. aku minum je. tunggu jam pukul 5 terus cabuk balik..

nak balik pulak ada kisahnye...

elok aku sampai post guard ni, ada la incik incik kastam 3 orang ni dok jaga laluan tahan motor aku. skema punya orang aku ni aku pon berhenti la. da bhenti tu macam macam soklan depa tanya. bukan soklan matematik bukan soklan sejarah ye.. soklan soklan gaya orang nak mengorat... huahuahua....mak aiikkk gatal betol depa ni....:p 

so, esok akan menjadi hari ke dua aku berpraktikal di sana...apa jadi pulak esok ye :) tu jela untuk entry kali ni...

sekian..dadaaaaaaaaaa..SEKIAN. salam SATU Malaysia Salam SATU Kastam..ececece



nota kaki; esok nak pakai baju mana ehhh..???

Thursday, June 30

hai readers :)

esok aku nak gerak g seremban kejap. nak g ambik motor cabuk aku dekat ktm seremban. senin lepas aku pos dari kg. lor, aku kan nak pektikal senin nanti. nak g opis nek motor cabuk kaku la nanti. 

ptg td aku tepon kaunter ktmb seremban tanya pasal motor aku. da sampai ke belom. nasib la abang kaunter tu cakap "motor cik syikin da sampai ye. cik syikin da boleh datang ambik.'' adus!! abg kaunter, awat abg kaunter cakap sopan sgt dengan sy? kan sy da xcited giler giler nak jmpa abg kaunter! ops! xcited nak g ambik motor cabuk la.....:p ngehngehngeh

lepas aku ckap dengan abg kaunter ktmb tu aku tepon pulak bakal opis aku. yolah, aku nak remind depa pasal aku masuk opis senin ni. nanti kalo aku xremind buatnya depa cakap ''eh, awat datang ari ni. bukan awak mula bulan 8 nanti ke?'' ambik ang. buatnya dialoq aku td betol2 depa pkai time aku masuk nanti x ke haru biru kelabu aku nanti. nak selamat baik gtaw depa awal awal. masa tepon tadi pon abg kaunter jgk y jawab :)))

so, pasal pektikal da setel. just nak g ambik motor je.

bmulanya minggu depan aku akan menetap d Senawang pulak. akan jadi orang negori 9 la lepas ni...hehehe

ok la. gud nite bebeh..tadaaaaaaaaaaa :)



nota kaki; harap harap dapat jumpa INCIK Z y kacak kt sana....:p. aminnnnnnnnnn. w/pon incik z xkenal pon sapa anakabah86 ni........ohokohok


Wednesday, June 29

hai readers :)

pagi tadi aku da dapat barang baik punya. hehe. 1st time aku beli product online taw. betol betol aku search gugel pasal benda alah ni. nak tahu kebenaran sal barang ni la. kebanyakkan semua positive respond taw! apa lagi kalo aku xcuba try and test kat diri aku mmg aku xkan taw keberkesanannya. aku order product ni dari Eazy Wellness <-- cer angpa klik link tu. 

servis mmg cepat. cepat angpa bank in duit cepat la angpa dapat barang. hehe. depa post kt aku ari senin selasa da dapat. ak bank in duit ari sabtu ptg, mlm aku anto slip bayaran sbagai bukti bayaran y aku da buat. tup tup tadi da smpai. aku dok rasa ari rabu baru sampai. 

ni la barang baik aku merepek tadi tuuuu. nak tengok apa jadi dengan jerawat aku lepas aku makan benda alah ni. berani naik ato da lari...erm....

jap lagi sebelum aku tido aku nak mam VCO softgel. bangun pagi besok aku nak mam colagen pulak. muka aku jenis y bminyak, bjerawat y x hingat dunia dan kesan parut jerawat pon byk kt muka aku ni. ambik kau, complete package dowh. hahaha. rambut aku skg pon makin gugur. ikut kata product ni masalah rambut gugur pon boleh setel. wokeh, aku nak tengok boleh setel ke tidak. erm....

kalo angpa nak tahu product ni bkesan ke x tggu la aku update kat sini nanti. dalam seminggu dua lagi aku cita pasal pkembangan aku ngn product ni eh. nanti aku siap masukkan gambar aku sebelum dan selepas aku gunakan product ni. tungggggggggguuuu :)



nota kaki; xsabar nak tengok hasil :)

Monday, June 27

hai readers :)

aku baru sampai shah alam tadi. balik kg cuti ari minggu lepas. ingat balik dapat makan doyan puas puas. tapi kesian, doyan abah aku xada sangat pon. dapat makan bapa ulas je. tadi sebelum balik sempat lagi makan dua ulas. nyam2.

aku balik kali ni, aku tgk umah aku ada perubahan. abah aku tgh tukar bumbung umah. ermm...setelah sekian lama kayu dan zink tbiar dekat belakang umah tu akhirnya telah selamat dgunakan.





da mcam kena ribut aje aku ngengoknye

kalo kt atas bocor umah bawah pon tkena tempiasnya. almaklom la umah papan

umah tanpa bumbung. kau penah ke dduk dalam umah y xdo bumbung cenggini? hehehe

bila hujan mcam ni la...

hambik kau, luar dalam berselerak. hahahahaha

da ada bumbung suku. pkembangan setakat tengahari tadi...27Jun2011

raya tahun ni beraya beraya dengan bumbung umah y baru la. hoooyyyeaaahhh. cadang nak tukar cat tapi dah x sempat. masing masing da nak belaja. adushhh. baru plan nak cat umah jgk. baru best. bumbung baru cat umah pon baru :)

SEKIAN :)


nota kaki: asal abah ak renovate umah je mesti depa cakap "paksu tahir nak dapat menantu baru ler tu". alangkah indahnya dunia jika itu y berlaku..lalalalalalala


Thursday, June 23

hai readers...:)

entry sebelum ni ak ad jnji nak masukkan gambar gambar tok ak. kalo ampa xcaya cer KLIK DI SINI. hah, ini kali ak nak story mory plak pasal tok ak. kalo y dulu sempena hari bapa ak cerita sal mr.abah ak kan entry sal tok ak bukan sempena hari nenek. ops! nenek tu ak pgil tok kalo ampa nak tau ka..hehe


mr.abah ak dengan abang2 dan kakak dia. y putih melepak pakai bedak tu tok aku..hehehe

ni je adik beradik abah aku y tinggal....

ni mak teh ak. kakak mr. abah ak.....

ni  pak ngah harun. abang mr.abah ak...

sebelum ak start, ak nak gtaw nama tok ak dulu. nama dalam IC dia 'Jebun Binti Jahaya'. mcam nama tok akdapat nama tu ak xtahu la pulak. xdan ak nak tanya. tok ak pon bukannya sihat sgt loni. umur tok ak skg 94tahun. alhamdulillah, pjg umur tok ak kn? tu ikut dalam IC. tp ramai dok cakap umur tok ak da lebih daripada tu. xtahu la lebih setahun ke lebih dua tiga empat tahun dari umur dalam IC dia.

tok ak skg da xbapa sihat da. bjalan semua da xboleh. makan minum berak kencing dia semua kt tempat tido. berak kencing semua dalam pampers. dlm bilik dia abah ak buat siap siap jamban dekat dgn tmpat tido dia. y tukang mandikan dan bersihkan berak. kencing dia abah ak, adik ak si mastura dan kadang kadang kalo ak ato pon kak ina ak y balik kami la y mandikan dia. geli? erm... geli ato x mmg kena buat jgk. da jadi tanggungjawab kami sbagai anak cucu dia. skg tok ak cuma dia boleh mengesot  je.

masa ak blik kg 2mggu time cuti sekolah dulu tok ak mmg melampau merepek. suka marah anak cucu cicit semua. bising sikit dia tengking. tahu jela budak budak kecik bukan reti dengar cakap. makin kita marah makin depa bising.

satu je nak bg tok ak diam kalo dia bising. cakap je "tok, jgn dok bising sgt, nti harimau keluar cari orang y dok potpet potpet." kalo hari tok ak makan saman dia diam la kalo kami cakap mcm tu. kalo hari mood dia lintang pukang kita pulak y kena tengking. siap kena perli lg kalo kami murah rezeki aritu. haha. 

kalo pikir pikir balik dengan keadaan tok ak ni. kami skeluarga confius. kadang kadang nyanyuk kadang kadang dia igt. time ak blik tu semua anak cucu dia xigt. y dia igt 'INA' je. ina ni kakak ak. dolu dolu kakak ak sorang ni mmg suka teman tok ak tido umah dia time dia sihat dulu. kiranya kak ina ak ni cucu kesayangan tok ak la....

tok ak makan mmg kuat. badan x mcm org umur 94. berisi semacam je. bab makan ni bagi la apa apa pon semua dia bedal. hehe.

kadang kadang tu tok ak ni suka merapu meraban. dia suka cakap sorang sorang. kadang kadang cara dia sembang tu mcm dia sembang 'berdua'. hehe. ak ngn adik beradik ak y lain da lali sgt dah kalo dengar dia bsembang sorang sorang. tapi y kelakarnya ad anak cucu dia sendiri takut nak dtg sb tgk sb hal ni. betol ke x tok ak mmg bsembang dgn makhluk lain tu ak xpasti. tp xmustahil kot sb orang dolu dolu depa mmg pakai bela benda benda halus ni. y arwah cher ak tu dgr cerita da buang habis da. betol ke x tu hanya Tuhan saja y tahu. 

baru baru ni anak mak teh ak g berubat dekat Darul Syifa. alang alang da g tu depa bukak cerita sal tok ak. ustaz tu dok kata benda hat dok kaco tok ak ni saka keturunan nenek moyang. wallahu'alam. saka dekat tok ak ni dia bukan jenis y tonjolkan rupa paras y menawan dia tu. tapi dia jenis y mlaga lagakan keluarga. betol ke x tu xtahu nak cakap. tapi kan, tok ak ni dia xboleh tgk lgsg muka mak ak. kira mak ak ni menantu dia la. kalo dia nampak je mesti dia ludah. tuih tuih. ludah atas lantai bilik dia sambil dok maki maki mak ak. sobsob kecian kt mak ak kalo ampa tgk. kalo mak ak masak dia lgsg xmakan. dia ckp mak ak letak racun nak bagi dia mati. pdahal mak ak masak ikhls bg mother in law dia makan. tapi kalo tok ak tnya sapa masak, orang y antae nasi akan cakap la adik ak ke y masak, ak ke y masak. xpela la. dia makan la. janji bukan mak ak y masak. PELIK kan???

so, kami skeluarga bcadang nk bwk tok ak ni bjumpa dgn ustaz kt Darul Syifa ni raya haji nti. sekurang kurangnya beban tok ak bkurang. kalo betol tok ak ni d dampingi oleh saka nenek moyang mcm dalam cerita dampaing malam tu mmg kami nak lepaskan saka ni. berubat cara Islam. xsalah kan? lagi baik jmpa ustaz y berubat cara Islam dari jumpa segala bagai bomoh pawang kejadah semua ni. mghabiskan boras duit je..

blik mggu ni ak nak cari 'beliung' dan 'tombak'. ni semua barang pusaka arwah cher ak. barang barang besi ni ustaz tu ckp y akan d gunakan utk buang saka ni. ak kena blik cari diam diam sb mr.abah ak ni dia xpercaya pasal saka semua ni. ak pon xpcaya jgk tapi ak bikhtiar jela. slagi x usaha kita x tahu benda tu betol ato x...

so, itu jela ak nak cerita. ini semua bukan rekaan utk tatapan anda tapi ini semua adalah kebenaran utk renungan anda semua.. wahwah..da boleh wat tagline ni..hehehe



p/s: ampa doakan tok ak sihat ye. kali ni ak balik mintak mintak dia kenal ak....:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...