BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Thursday, December 29

memandangkan aku baru dapat panggilan untuk hadiri ujian untuk satu jawatan dalam sektor kerajaan, aku dengan serajinnya telah mencari info serba banyak untuk membantu aku time ujian tuh nanti. banyak jugak istilah yang aku tak tahu. mungkin aku tahu tapi buat-buat tak tahu. atopon aku tahu tapi depa guna istilah lain boleh jadi jugak aku memang betol-betol tak tahu. ahahahahaaaa. pilih la yang mana angpa suka naaa :p

puas jugak mintak tolong MrGoogle tadi. kira kalau MrGoogle ni lelaki dan dia jugak manusia mahunya aku ajak dia kuar dating kejap. kengkonon untuk balas budi sebab tolong cari info yang aku nak kena tahu. tak adala aku jakun sangat nanti kan? tapi kalo MrGoogle sebenarnya MissGoogle memang aku ucap terima kasih jela. nak ajak dating tuh tak kot. hehehe **unsur bias disitu**

mengikut dalam surat yang aku print dari spa.gov tuh ada empat ujian yang pemohon kena lalui **itu pon kalo    ujian yang sebelum-sebelum ni anda lepas.** kalau anda tak lepas jangan harap lerr depa nak bagi cuba. kalau nak try jugak balik umah buat sendiri. hahahahaaaa...

antara ujian yang menanti pemohon adalahhh.......jengjengjengggggggggggggggg


*




*




*




*




*




*




*




*




*




*





4x10meter (lari ulang alik)
lelaki - 11 saat
wanita - 13 saat




bangun tubi dalam masa 2 min
lelaki - 30kali
wanita 28kali




larian 2.4km
lelaki - 14min
wanita - 17min




lompat jauh berdiri
lelaki - 215cm
wanita - 162cm



yang gambar-gambar tuh termasuk dalam list yang aku kena buat nanti. gambar yang akan menyusul nanti ujian dekat tempat lain kot! entah la. layan jela ehh...



Angkat berat
46 kilogram bagi wanita,
54 kilogram bagi lelaki. 




Julang tangga 90darjah






Memanjat tali ketinggian 4.9 meter. Buat pengetahuan, tali ni dibahagikan 3 peringkat. Merah, kuning dan biru.Dapat panjat sampai merah – 1 markah, dapat panjat sampai kuning – 3 markah, dapat panjat sampai biru 5 markah.




jangkauan melunjur



Naik tangga setinggi 4 tingkat bangunan.
Bagi menguji tahap keyakinan seseorang dengan ketinggian.


sekian sahaja info yang aku nak share dengan angpa semua. agak-agaknya aku lepas tak semua ujian tuh eh?

♥ untuk ADAM.. andai mahu mencari HAWA..

1. JGN DILIHAT PADA PURDAH MAHUPUN TUDUNG SEMATA-MATA..
kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. JGN DILIHAT PADA BAJU LABUH MAHUPUN JUBAHNYA SEMATA-MATA..
lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. JGN DILIHAT PADA CANTIK AYU WAJAHNYA SEMATA-MATA..
lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..



♥ untuk HAWA.. andai mahu menerima cinta ADAM..

1. JGN DILIHAT PADA KERETA MEWAHNYA SEMATA-MATA..
lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. JGN DILIHAT PADA PAKAIAN BERJENAMA SEMATA-MATA..
lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..**tapi aku orang yang pakai seluar sampai lutut jek nampak 'seksi'. gerrrrr**

3. JGN DILIHAT PADA TAMPAN PARAS SEMATA-MATA..
lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..


sumber: copy paste dari mukabuku :D

Wednesday, December 28

"sukacita dimaklumkan anda dijemput menduduki ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan bagi jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29 pada tarikh yang telah ditetapkan. bla bla bla..." okeh. tuh pesanan yang ak dapat dari 69999 tengahari tadi. lepas siap masak ap semua, ak on9 kejap check pulak dekat spa.gov.my. nak tahu bila ak kena attend ujian tuh. excited kemain ak nak tengok.

klik SINI kot-kot nak tengok detail pasal ujian tu nanti.

lepas ak baca info pasal ujian tuh ada 2 bahagian yang aku tak berapa nak berkenan. part ujian penglihatan & bangun tubi. aigooo. lepas ke aku nih dekat ujian-ujian tuh eh? ujian penglihatan aku risau sebab aku nih ada masalah rabun sikit. nasib tahap rabun tu sikit je. belum cecah power 200++. tapi dalam jarak 20 kaki dari carta nombor bagai tuh boleh nampak ke? makkkkk. nebes bertambah-tambah nih. tak turun-turun lagi. :(

untuk ujian bangun tubi ak rasa aku macam turun tak bangun-bangun kot. chopppp! bangun tubi dengan tekan tubi tuh sama ke lain-lain? gerrrrr. konpius lak nih :(

ok. bab ujian yang lain-lain aku tak risau sebab bab berlari nih memang dah jadi hobi aku. ekeke. harap-harap aku tak ada masalah dalam bab ujian fizikal tuh. keyakinan aku dekat...


  • pemeriksaan ukuran badan **YAKIN 
  • ujian penglihatan **KURANG YAKIN sebab rabun :( 
  • pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan **YAKIN. tapi kalo depa suruh aku jalan gaya catwalk memang aku tunjuk gaya dragonwalk la. hahaha.
  • larian 2.4 km **YAKIN 
  • bangun tubi dalam masa 2min **KURANG YAKIN. 
  • lari ulang alik **YAKIN. lari tak balik-balik boleh tak? hehehe
  • lompat jauh berdiri **YAKIN. aku tak tahu macam mana rupa lompat tuh. yang aku dok besa dengar lompat galah, lompat kijang, lompat jauh. lompat berdiri tak tahu. jakunkan aku ! gerrrrr
pendek kata dari pasal ujian yang aku tak yakin macam mana rupa dia akan aku usahakan  dengan bantuan mr Google. leps tuh boleh praktis. 

harap-harap aku lulus la semua ujian nih. kot-kot dapat jawatan nih boleh la tawen cepat. hehehe

**sesapa ada petua untuk hilangkan rabun dalam masa LAPAN hari? share boleh x? heheheee






Friday, December 23

memandangkan sekarang nih musim orang kahwin, musim orang bertunang. so, entri kali nih khas aku taip pasal 'Batasan Dalam Tempoh Pertunangan'. kira siapa yang dah bertunang (termasuk diri aku) mahupun yang akan bertunang tu info nih sangatlah berguna untuk kita semua ikut. jangan risau la, info yang aku bagi nih semua baik baik taw. bukan ajaran dari ayahpin yakni ibupin mahupon dari upinipin. muehehehe tetapi aku copycat dari majalah NUR edisi JUN2011 jek...

  • pertama - ada atau tidak ada komitmen semasa tempoh pertunangan? jawapannya ada TETAPI amat sedikit. lelaki tidak wajib memberikan nafkah. wanita pula tidak wajib taat setia dan minta izin ke mana-mana daripada tunanganya. (untuk point pertama nih aku rasa ramai je yang langgar. time bercinta pon depa dah mintak izin bagai dari pakwe kalau nak kemana-mana. mungkin bagi sesetengah couple tuh depa nak sentiasa tahu ke mana awek dan pakwek depa pergi dan dengan sapa pasangan depa tuh keluar.) *nasib la aku jenis tak kisah kemana & dengan sapa tunang aku pergi janji dia tahu batas dia sebagai tunangan orang

  • kedua - lelaki tidak wajib menyediakan rumah dan wanita pula tidak wajib mengemas rumah tersebut untuk tunangnya. jika putus tunang, tidak ada 'edah' dan tidak juga pelu untuk pulangkan kembali hadiah pertunangan kecuali mahar untuk perkahwinan yang kadang-kadang diberikan awal. (untuk point nih, aku tak rasa ada tunang yang dah berlagak sebagai seorang surirumah tunang depa. siap jadi tukang kemas rumah tunang. kalau ada pon mungkin dalam novel je kot. muehehehe. kalau sesekali masak untuk tunang tak ada hal kot kan? ermmmm)

  • ketiga - anda harus kuatkan iman semasa tempoh pertunangan. sekiranya ingin berbicara boleh kalau ada sebabnya dan dengan adab-adabnya. ada orang tengah seperti adanya ahli keluarganya sekali. begitu juga berutus 'sms' atau e-mail. dating tidak sama sekali. keluar makan sama-sama juga tidak sama sekali. (pehhhh, point nih aku rasa macam tak logik dek akal dah dengan peredaran zaman sekarang. ada lagi ke orang bertunang yang tiap kali nak kuar dating akan bawak orang tengah? adoiiiiii, sms dengan emailpon nak kena ada orang tengah ker? orang depan ke orang belakang ke boleh tak? ekekeke)

  • keempat - komitmen yang perlu diberikan adalah wanita perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu putus secara rasmi. (point nih aku tersangat setuju. dah bertunang for sure la kena setia dekat tunang kita. jangan sesekali curang wokehhh. tapi kalau jodoh tak panjang tuh boleh la buka hati terima orang lain pulak. biasalah, Allah akan ketemukan kita dengan orang yang salah terlebih dahulu kerana Dia ingin berikan seseorang yang lebih berharga untuk kita. ecece. betul la kan?)

  • kelima - seorang wanita pada tunangnya adalah orang asing. kalau wanita berjumpa ayah lelaki tersebut dalam tempoh pertunangan masih belum boleh mencium tangan ayahnya sebab ayah lelaki itu pun masih lagi orang asing. ( kalau kita salam dan cium tanda hormat sebagai bapak tunang kita boleh dak? gerrr)

sebagai hiasan semata duatigamata..kehkehkeh :)



itulah dia sejibik-sejibik ayat yang aku salin dari majalah NUR tuh. yang mana baik tuh sama-samalah kita ikut untuk kebaikkan diri kita. semoga setiap perhubungan yang terjalin itu berada dibawah rahmat Allah.




Tuesday, December 20

awal-awal pagi cenggini selalu time untuk aku bermimpi indah. tapi sekarang aku tengah berhempas pulas menyiapkan thesis untuk chapter5 aku. setelah sekian lama aku peram thesis aku nih yang kononnya thesis ni akan TERtaip sendirinya. tapi sayang sejuta kali sayang sebab apa yang aku harap tak menjadi. kena jugak aku menaip. heehehe. setelah jejari runcing aku dok menari-nari atas keyboard ni akhirnya hanya tinggal bab conclusion & recommendation aje lagi yang belum siap hehehee *sambil TERsengih-sengih bangga! 

lagi pon sesaja aku hupdate blog nih. tak nak kasi blog aku nih nampak kusam. lagi pulak kepala aku tengah 'panas' sebab baru lepas siapkan chapter4 so, kira hupdate blog nih terapi untuk aku sejukkan balik otak aku ni. 


cover page untuk thesis aku nanti !


chapter1-4 aku dah complete dah cuma tinggal chapter yang aku sebut sat-sat tadi jela. kalau tadi aku layan thesis sambil dengar lagu hindustan now detik ni aku dok melayan lagu-lagu jiwang pulak. perhhh, pepagi layan laju jiwang sensorang memang caralah ! 

dah. kena sambung menaip & memikir untuk ditulis dalam chapter seterusnya! babaiii semua :)

Friday, December 16

Haiiiii..weeee, dah lama gila-gila lama aku rasa aku tak menghapdate blog haku nih. dah nampak anak labah-labah berjogging dalam blog nih. hehehe. semenjak dua menjak nih aku terkena sindrom malas nak mengarang. angpa bayangkan la, dalam rajin mengarang ayat yang kengkononnya power untuk masukkan dalam blog pon tatabahasa malahan peribahasa aku dah tunggang langgang. ni kan pulak masa aku tengah malas kuasa dua. ayat ntah apa-apa la akan terkeluar.

yang ak tulis kali ni pon bukan banyak sangat. coetttt je. sebab aku just nak share dengan angpa semua pasal info atau pon kisah yang aku baca dari mukabuku aku dalam tigaempat hari lepas. copy paste dulu then baru ak hupdate untuk santatapan angpa semua.

mungkin bagi depa yang pernah baca dah sebelum ni mungkin angpa boleh baca lagi duatiga kali kan? lagipon kisah nih aku yakin memang ada berlaku dalam masyarakat sekeliling kita.

dah la. jari runcing aku nih dah lenguh, menaip. (padahal nak sambung karang ayat untuk thesis pulak) angpa baca la kisah kat bawah nih. baca sampai habisssss taw !


*

Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.


Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….

* Inilah lagu yang telah ditujukan isterinya itu. Dengarkan melodinya, hayati senikatanya. Tajuk lagu : NOW & FOREVER (by Richard Marx)


Wednesday, December 7

31 tahun y lampau



Friday, December 2

orang-orang lama (bahasa sopan sikit) cakap melentur buluh biarlah dari rebunnya. kalo kes aku ni sesuai lg x dengan pepatah tu? hehe. kecik-kecik dulu tak nak menabung. dah besar nih baru reti nak menabung. tu pon menabung duit syiling. kalo kecik-kecik dulu duit tak dan nak simpan sebab semedang asik nak beli kopok yang berbagai jenis tu, nak beli eskem ler, nak beli kopok tikam ler. suma nak beli lah. tu sebab duit tak dan nak simpan. hehe. dah besar-besar nih baru ler dapat tahan nafsu menyopping dekat kedai runcit tu. ecece.



ni duit aku. rm120 je..




kau ada? tak de kannnnn?




lepas nih nak kena menabung syiling lagi, tapi kena beli tabung baru sebab tabung lama tu aku dah kopakkan mulut dia bagi  bagi besau..hehehehe


kira ok la kan. even duit syiling je pon aku menabung. atleast aku berusaha jugak untuk menabung. hasil tabungan aku sepanjang aku praktikal aritu. kira start dari bulan julai sampai pertengahan november aritu. hasil tabungan yang aku dapat nih berjumpah RM12+.00 hahaha. lepas aku bundarkan kepada puluh yang terhampir aku dapat RM120. esok-esok nak bawak duit syiling tu g tukar kat kedai yang aku dok tukar sebelum ni. kalo dulu aku tukar dalam RM 30-50 je nanti aku akan tukar RM300 duit syiling. hehe yang lebih tu duit tabung adik aku. kira aku tolong la. tolong tukar dan tolong bagi nampak banyak lagi duit tu. cara tak? ekekeke




ni bukan duit aku. tapi duit adik aku. dia punya lepas dibundarkan kepada puluh terhampir dapat lerr dalam rm180 cenggitu. jeles aku taw..




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




kepada anda diluar sana menabung menjamin kesejahteraan hidup. tak salah menabung syiling sekupang dua pon. sebab lama-lama nanti jadi berkupang-kupang duit tuh. dah banyak nanti boleh tukar. ada la sikit duit poket tu. macam kes aku sekarang nih la...hehe. 


Setiap kata-kata tu doakan? Agaknya depa dok doa untuk aku ler kot tiap kali depa dok cakap kat aku ‘keja cikgu ke? Walaupon orang tu aku tak kenal & tak berapa nak kenal sangat. Kira pertemuan kali pertama gitu! ecece. Yang aku nak cerita kat sini kisah aku minggu ni yang bersangkut paut dengan kerja cikgu ni. Kes hari isnin dan selasa lepas.


aku siapkan scene untuk senang angpa nak baca...ecece. sila la sila la sila la baca ye ! 



Kejadian 1
Tarikh : 28 November 2011 (Isnin)
Tempat : highway Utara-Selatan ( bas Starmart AHS 6666 seat num 24) hambikkk kau. Detail nak mati aku bagi. hahaha

Makcik bas: “Adik ni cikgu ke? Mengajar dekat mana?”.

Aku : “ehh. Tak la makcik. Saya belajar lagi. Baru habis praktikal”.

Makcik bas : ohh. Makcik ingat adik ni cikgu. Gaya macam cikgu je. Adik belajar dekat mana? Ambik aliran apa?

Aku : saya ambik pengurusan sumber manusia makcik. Belajar dekat uitm Bandar Melaka. Ada rezeki saya nanti jadi la cikgu nanti kot. *mood nak beramah tamah tetiba berbunga. ekekekeke

Makcik bas : insyaAllah nak. Kalo dah rezeki tuh jadi la cikgu nanti. Kerja cikgu ni bagus.. bla bla bla…


Kejadian 2 
Tarikh : 28 November 2011 (Isnin)
Tempat : Stesen Bas Kamunting, Perak

Pakcik teksi : “cuti panjang adik eh”.

Aku : (confuse kejap) Macam tau-tau je aku dah bercuti panjang nih.  A’ah pakcik. Lepas nih dah kena cari kerja la plak.
Pakcik teksi : lahhh. Pakcik ingat adik nih kerja. Kerja cikgu. Sebab tu pakcik cakap cuti panjang. (sambil gelak comel). Sekarang kan dah start cuti sekolah….

Aku : (bercakap dalam hati) Dekat kening aku ni ada cop mohor aku jadi cikgu ke? Dah 2 orang cakap aku nih cikgu.  Ishhh. Tak la pakcik. Baru habis praktikal je nih..

Pakcik teksi : ooo. Belajar diploma ke? Bla bla bla…


Kejadian 3
Tarikh : 29 November 2011 (Selasa)
Tempat : Stesen Keretapi Taiping

Brother Keretapi : dah lama motor ni sampai. Lambat ambik kena denda nih dik. duduk mana dik?

Aku: saya duduk  dekat batu kurau bang. Lambat ambik sebab masa depa telipon suruh mai ambik saya dok dekat seremban lagi. Sebab masa saya pos motor tu depa sana cakap paling awal hari khamis atau jumaat motor saya sampai sini. Tuh yang jadi terlambat ambik tuB

Brother keretapi : dok seremban buat apa?

Aku : saya praktikal kat sana bang.

Brother keretapi: ooo. Praktikal cikgu ke? Dah habis la nih?

Aku : (cikgu lagi. Semalam cikgu. Hari ni cikgu) bukan cikgu. Saya praktikal untuk ijazah saya.

Brother  keretapi : ooo. Tak pa. (sambil buat-buat bizi) abang kira lewat 4 hari la. Denda RM24.

Aku : bang, hari sampai takkan nak kira jugak bang.

Brother keretapi : japjap. Abang kira lain. Ok la. Kira 3 hari jela. Bla bla bla….





xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




ada gaya cikgu ke? ekekeke


kalo aku betul-betul jadi cikgu nanti agak-agak la kan, ada lagi tak orang tanya aku macam tu? ni bukan kali pertama atau ke dua atau ketiga depa dok cakap aku kerja cikgu. dah berkali-kali dah. tiap kali depa tanya macam tu firstly aku aminnnnnnnn panjang dalam hati then senyum. rejeki aku lerteww jadi cikgu kot !!!!!



Thursday, November 24

entri kali ni aku nak sambung stori mori pasal ENTRI INI. kira ni part2 pulak la. bukan nak cerita banyak pon. nak tunjuk gambar je banyak. gambar yang aku ada tapi angpa tak dak. kihkihkih *riak disitu oke !



puncak ke 2 sebelum tiba ke puncak yang tertinggi...




jeles je tengok mamat atas batu nun. rasa nak jugak bergambar macam depa... 



mungkin pengsan atopon lelap sekejap akibat keletihan...boleh tahan hensem jugak abang tu..kihkih



cewahhh. photographer dia dah berskill eh bergambor



group kami. yang 1 dan 2 dari kanan awal2 depa dah pancit tapi akhirnya sampai jugak. cayalahhhh



cantikkan view nih?????


cakkkk. ecece. macam main cak cak cak plak aku ye..hehehe


salah satu sudut yang sempat di ambil. cantikkan? kau hado? hehehee


setelah selamat mendarat dekat kedai nyonya nyor. nyonya nyor sebab dia ada jual air nyor aka air kelapa....



kami dah sampai atas. angpa bila nak sampai??? 


sekian sahaja gambar-gambar yang aku boleh tunjukkan untuk pembaca tegar dan penyinggah tegar ke blog sesampah aku nih. sebarang kutukan dan kritikan pedas panas dan sejuk aku terima dengan relahati. hehe. chopppp! itu baru gambar naik BB. aktiviti lepas naik BB aku nak tunjuk jugak. *gila camera kan? gagaga

lepas dari naik BB aritu terus ajak member mandi Ulu Bendul. yela, dah nak chawww dari senawang da tapi belum jejak kaki ke situ lagi. so, lepas balik umah, ambik segala bagai keperluan dan persalinan yang akan diguna pakai nanti terus je naik cj7 pinky ke tempat yang di tuju...

so, silakanlah scroll sampai ke bawah untuk menatap gambar-gambar yang aku snap...



pelompat berjaya nih. bukan sekali dua lompat menjadi. boleh kata tiap kali dia lompat je menjadi kalo ambik gambar. jeles plak aku tengok



yang ni pon sama jugak. jeles dowh aku tengok depa lompat comel je gaya...



kan aku dah cakap aku tak teror nak lompat bagai nih. gambar depa ok. aku plak yang tak ok. merosakkan pemandangan ye tak?



air yang tak berapa nak dalam. tapi ok la untuk cuci badan yang dah melekit sebab lepas naik BB..

jengjengjeng..dah habes..hehe. tak boleh letak banyak-banyak gambar lain sebab sensor..kihkikhikih..next time sambung tulis lagi. jari dah naik lenguh. tadaaaaaaaaaaaaaa. lebiu kepada sesapa yang view blog nih. lagi bertambah sayang kalo ada orang sudi klik iklan yang ad kat blog nih..heheheheh :)




Wednesday, November 23

special for you and your wife



khas untuk yang dulu kekasih hatiku yang kini sudah menjadi kawan ku. semoga pernikahan dia dengan pilihan hatinya terus kekal bahagia sehingga hujung nyawa...



di hari persandingan di rumah isterinya 20112011...*sorry TERsave dari fb...huhu




Sunday, November 20

aku pernah buat entri pasal nak naik BB kan? belom baca lagi? tak pe. klik kat SINI je. tapi rugi la sapa yang baru baca. aku saip offer kot sapa yang nak join. hehe. tak pa. next time kita naik lain :) <--ayat memujuk

perghhhh. kali pertama bersua muka, dapat 'sentuh' terus rasa jatuh hati. ko pernah? ngehgehgeh. serius wehhhh. bukan indah khabar dari rupa. tapi indah khabar memang indah dengan rupa. tak percaya? 'jumpa' la sendiri. nanti baru percaya. Bukit Broga. i miss u la :P

haha. sebenarnya aku sudah jatuh hati dengan BB nih. tergedik-gedik nak naik akhirnya berjaya ku tawan jam 7.00am tadi. awat? ingat badan kecik macam aku tak daya nak buat aktiviti cenggini ke? woi, see the leg la wehhh. ecece. tetiba nak emo an? *emosi tak stabil mengenangkan hal tunang nih *sigh

dari Senawang pukul 5.30 pagi. terlambat 15min dari perancangan sebab sibuk dok buat bekal nak naik BB. agaga. sebenarnya kami berempat ni tak tahu satu habuk pon jalan ke sana. main redah je. lagi pun apa guna pergi sekolah kalau tak reti nak ikut signboard kan? perjalanan yang bergantung harap pada signboard jela tadi. cuak jugak sepanjang jalan nak kesana pepagi tadi. SERAM bak kata kawan aku. mahu tak seram. kiri kanan pokok tinggi-tinggi. mahu kepala hotak ni tak memikir macam-macam. aku pulak asik tengok jam je. pukul bapa nak sampai nih. sempat ke nak tengok matahari terbit nih? betul ke jalan yang kami ikut nih? tak apa la. jalan je lagi. bila dah nampak nama-nama Broga tu baru yakin sikit. ada sekali tu kami stop tanya dekat uncle apek dengan untie nyonya nih arah mana nak ke BB. nasib dia cakap depan tu je. excited ! excited dan excited lagi aku..hehe  

dalam pukul 6.30 pagi dah sampai dekat kawasan bawah. boleh cakap kawasan kaki bukit BB la. memandangkan time tu golap lagi, mata yang rabun ni ganda-ganda rabun jadiknya sebab tak ada bantuan pencahayaan. so, decide beli torch light yang tak sebesar tapi rege dia sebesar RM10 jugak. ayoyo. keperluan punya pasal tak po la. seploh hinggit pon seploh hinggit la melayang. janji aku nampak jalan..*1st time buat aktiviti macam ni. zero pengalaman. sebab tu tak taw apa keperluan dan kemahuan yang perlu disediakan.. 

dah lepas kawasan ladang kelapa sawit tu. excited tu ganda-ganda sebab time tu dah ramai  orang. misi depa pon sama macam aku dan kawan-kawan aku. nak tawan BB. hehe. depa pon mungkin firstime naik BB sama cam aku dengan kengkawan aku agaknya. mungkin jugak kedua kali, ketiga kali mungkin berkali-kali dah naik BB ni :)

dengan lafaz bismillah aku pon mendaki BB. perghhh. best dia jangan cakap lerrrr. so, aku hidangkan dekat angpa gambar-gambar aku kat sana. sila la usha dengan perasaan kagum dengan kencantikan & keindahan orang dalam gambar pemandangan yang terhidang depan mata aku tadi...


masa jejak kaki terus snap gambar ni. dalam pukul 7 macam tu la.  cantik kan? jeles x? hehe


berpeluh wa cakap sama lu. semput sekejap. tapi dah sampai atas terus hilang semput segala bagai nih :)


haha. muka penat tapi nak jugak bergambar tu!


kebesaran Tuhan..


memasing muka penat. check point pertama kami. ..


macam-macam manusia usaha nak tawan BB ni..


peace yo ! baru aku pasan. setiap gambar aku ada je  peace tu kan? haha

kan aku cakap. peace lagi..hahahaha


credit to photographer kami..ngehngeh


elele. hepi ler gamaknya tu...


sama senget macam lalang..huhu


terus mendaki...


pendaki termuda tadi. Iskandar Zulkarnain umur 5 tahun. energy kalah liza dengan zam yang pancit bapa kali..hehe.


steady je abang nih. siap bancuh air teh tuh. bawak payung bagai...



tetiba je ada gambar Dato' SM kan?....




tengok buaian depa naik tuh?


usha pokok, tempat & buaian tu k..
  

SEBABNYA...
-




-




-




-




-




-





-





-




-





-





-





hehe. ni la tempat depa shoot utk pre-wed depa dulu....

kan? tempat sama tu. excited bila jumpa buaian yang Dato' SM guna utk pre-wed dia :)


motif depa lempar kasut kat sini tak tahu la. maybe sebagai kenangan depa kot. kot aku lempar jugak  aku  nak turun tak pakai kasut? gerrrr

tak puas tengok eh? huhu. next time aku upload lagi dakisakibaki gambar yang cantik untuk tatapan angpa na. hehe. kalau angpa memang dah plan nak naik aku usulkan sila teruskan planning anda sebab anda akan berpuas hati bila dah sampai kat atas..hehe

next time insyaAllah dapat join aktiviti dari group abang baju merah ni. aktiviti & group yang aku tunggu-tunggu sekian lama. yeeehaaa.




lebiu  semua dari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...