BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Friday, December 2

Setiap kata-kata tu doakan? Agaknya depa dok doa untuk aku ler kot tiap kali depa dok cakap kat aku ‘keja cikgu ke? Walaupon orang tu aku tak kenal & tak berapa nak kenal sangat. Kira pertemuan kali pertama gitu! ecece. Yang aku nak cerita kat sini kisah aku minggu ni yang bersangkut paut dengan kerja cikgu ni. Kes hari isnin dan selasa lepas.


aku siapkan scene untuk senang angpa nak baca...ecece. sila la sila la sila la baca ye ! 



Kejadian 1
Tarikh : 28 November 2011 (Isnin)
Tempat : highway Utara-Selatan ( bas Starmart AHS 6666 seat num 24) hambikkk kau. Detail nak mati aku bagi. hahaha

Makcik bas: “Adik ni cikgu ke? Mengajar dekat mana?”.

Aku : “ehh. Tak la makcik. Saya belajar lagi. Baru habis praktikal”.

Makcik bas : ohh. Makcik ingat adik ni cikgu. Gaya macam cikgu je. Adik belajar dekat mana? Ambik aliran apa?

Aku : saya ambik pengurusan sumber manusia makcik. Belajar dekat uitm Bandar Melaka. Ada rezeki saya nanti jadi la cikgu nanti kot. *mood nak beramah tamah tetiba berbunga. ekekekeke

Makcik bas : insyaAllah nak. Kalo dah rezeki tuh jadi la cikgu nanti. Kerja cikgu ni bagus.. bla bla bla…


Kejadian 2 
Tarikh : 28 November 2011 (Isnin)
Tempat : Stesen Bas Kamunting, Perak

Pakcik teksi : “cuti panjang adik eh”.

Aku : (confuse kejap) Macam tau-tau je aku dah bercuti panjang nih.  A’ah pakcik. Lepas nih dah kena cari kerja la plak.
Pakcik teksi : lahhh. Pakcik ingat adik nih kerja. Kerja cikgu. Sebab tu pakcik cakap cuti panjang. (sambil gelak comel). Sekarang kan dah start cuti sekolah….

Aku : (bercakap dalam hati) Dekat kening aku ni ada cop mohor aku jadi cikgu ke? Dah 2 orang cakap aku nih cikgu.  Ishhh. Tak la pakcik. Baru habis praktikal je nih..

Pakcik teksi : ooo. Belajar diploma ke? Bla bla bla…


Kejadian 3
Tarikh : 29 November 2011 (Selasa)
Tempat : Stesen Keretapi Taiping

Brother Keretapi : dah lama motor ni sampai. Lambat ambik kena denda nih dik. duduk mana dik?

Aku: saya duduk  dekat batu kurau bang. Lambat ambik sebab masa depa telipon suruh mai ambik saya dok dekat seremban lagi. Sebab masa saya pos motor tu depa sana cakap paling awal hari khamis atau jumaat motor saya sampai sini. Tuh yang jadi terlambat ambik tuB

Brother keretapi : dok seremban buat apa?

Aku : saya praktikal kat sana bang.

Brother keretapi: ooo. Praktikal cikgu ke? Dah habis la nih?

Aku : (cikgu lagi. Semalam cikgu. Hari ni cikgu) bukan cikgu. Saya praktikal untuk ijazah saya.

Brother  keretapi : ooo. Tak pa. (sambil buat-buat bizi) abang kira lewat 4 hari la. Denda RM24.

Aku : bang, hari sampai takkan nak kira jugak bang.

Brother keretapi : japjap. Abang kira lain. Ok la. Kira 3 hari jela. Bla bla bla….





xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




ada gaya cikgu ke? ekekeke


kalo aku betul-betul jadi cikgu nanti agak-agak la kan, ada lagi tak orang tanya aku macam tu? ni bukan kali pertama atau ke dua atau ketiga depa dok cakap aku kerja cikgu. dah berkali-kali dah. tiap kali depa tanya macam tu firstly aku aminnnnnnnn panjang dalam hati then senyum. rejeki aku lerteww jadi cikgu kot !!!!!



0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...