BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Wednesday, October 26

sekiranya cerita zaman tok nenek kita dulu betul, bertunang tidak semestinya perkara yang menggembirakan, malah mungkin sesuatu yang menyedihkan bagi anak dara dulu-dulu. sebab?

gambar yang tiada kaitan dengan entri ini. sekadar hiasan sebab dia comey macam saya :D *boleh tak


sebabnya, kebanyakan gadis sunti pada zaman depa dulu bertunang - kemudian berkahwin - bukan atas dasar cinta sama cinta, tetapi kerana dipaksa oleh orang tua. tanpa terlebih dahulu berbincang dengan empunya tubuh, tahu-tahu datang rombongan merisik dari pihak lelaki.
setelah rombongan pulang dan selepas makan malam barulah si dara diberitahu "Kamu tau tak yang datang siang tadi ialah rombongan dari Kampung Ulu. depa tu berkenan pada kamu, dan kami dah setuju nak tunangkan kamu dengan Mamat."
Mamat? tentu aje si gadis terkejut badak, silap-silap boleh tersedak lalu pengsan ataupun buat-buat pengsan. sebab, dia tak tahu siapakah jejaka yang dinyatakan itu. tidak pernah kenal, tidak pernah dengar pon cerita mengenai anak teruna Kampung Ulu.
itulah pertama kali dia mendengar nama itu ! dan tentu sekali si dara tidak ada hak untuk bertanya, siapa si Mamat? Adakah dia doktor, saudagar kain sutera atau si dia koperal polis? adakah dia kacak seperti Hang Tuah atau Badang atau mungkinkah kurus melidi seperti cicak kobeng?

tidak kira apa sahaja profession si teruna dan betapa rupa paras dan bentuk tubuhnya, si dara hanya ada satu pilihan iaitu TERIMA ! menolak bererti menderhaka pada orang tua. kalau nasib tidak baik boleh diusir dari rumah dan boleh dinyahkan dari keluarga.
memang ngeri! tanpa kata, tanpa bicara dan tiada langsung peluang membela diri. semuanya ditentukan oleh orang tua. betul-betul macam babak sedih dalam bangsawan. tetapi itulah hakikat yang mesti diterima oleh kebanyakan anak gadis sezaman dengan mak dan tok wan kita dulu.
berbeza betul dengan orang zaman sekarang. bertunang kini bukan keputusan orang tua, sebaliknya hak mutlak individu. pasangan hidup tidak ditentukan oleh ayah dan ibu tetapi dipilh sendiri oleh teruna atau dara. hanya setelah teruna dan dara sepakat barulah orang tua diberitahu untuk masuk meminang.
betol terbalik kot; dulu-dulu orang tua berpakat sama sendiri, masuk meminang dulu baru gadis diberitahu. hari ini teruna dan dara berbincang sesama sendiri, sudah sama-sama rasa 'ngam', baru orang tua diberitahu. dulu-dulu anak gadis takut pilihan orang tua, hari ini orang tua pula berdebar siapa yang dipilih oleh anak gadisnya.

zaman tok nenek anak dulu teruna dan dara sunti tidak kenal antara satu dengan lain ketika ditunangkan. hari ini Uda dan Dara sudah mengenali hati budi masing-masing sebelum bertunang. dunia lebih terbuka, sistem nilai sudah jauhhh berubah dan anak gadis sekarang tidak lagi tertutup minda seperti tok nenek kita. sekarang semua sudah terbuka. semua terbuka.

mereka berkenalan ketika mula masuk kolej atau U. sama-sama ke kafe, berdua-duaan ke perpustakaan, selalu beriringan ke dewan kuliah, lama-lama cinta pon berputik. pada hari konvokensyenn sama-sama menyatakan hasrat hati ayat keramat 'i lap u' 'u lap i?'.

zaman sekarang ibubapa pula tiada pilihan, mesti terima ! kalau tidak terima pilihan anak gadis, bimbang pula tidak laku kahwin. dulu-dulu anak gadis yang tidak mahu menerima pinangan si Mamat akan dinyahkan dari keluarga. sekarang jika ibu bapa tidak setuju dan menolak pinangan si Leman, anak gadis pula akan lari dari rumah.

oleh sebab cinta sudah termetrai sebelum rombongan meminang datang, sekiranya pinangan tidak diterima, si dara mungkin mengambil tindakan nekad: lari bersama kekasih dan kahwin tanpa bertunang. nasi lemak buah bidara, sayang selasih saya lurutkan...demikianlah !

tidak kira anak Tok ketua, anak tok siak atau anak polis pencen, bertunang dulu-dulu hantaranya amat sederhana. setelah mengunyah sireh dan saling berbalas pantun, anak gadis akan menerima cincin pertunangan atau cincin tanda.

sekali cincin belah rotan itu tersarung di jari, si gadis sudah seperti dikunci mati. suka atau tidak, tunggulah si Mamat pada malam pengantin nanti. masa itu untuk berjumpa tunang pon susah sekali. kedua orang tua mengawal ketat teruna dan dara.

kalau hendak jumpa pon tidak boleh secara empat mata, mesti ada pengiring. teruna dan dara selalu diingatkan "Jangan jumpa lama-lama, sebab orang bertunang berdarah manis!"

banyak pula pantang larang sepanjang tempoh pertunangan. Dara tidak boleh keluar rumah, sebab takut timbul fitnah. tidak boleh menjerit dan melalak tidak tentu pasal, takut nanti dikatakan sewel gila hendak kahwin. brjalan pun kena hati-hati takut selaput dara robek. tidur tidak boleh menonggeng, takut perut masuk angin. juga tak boleh terlentang, takut dihempap jin.

orang sekarang tak ada pantang-larang. hanya pantang jumpa je. juga tidak ada masalah langsung untuk berjumpa. bukan sahaja bebas berjumpa secara empat mata, enam dan lapan mata malah boleh pula menonton, makan pizaa menyedut minuman berkongsi gelas dan straw berkelah dan berenang di pantai, menari di parti melompat di disko malah boleh sama-sama berkhemah di dalam hutan.

bagaikan tidak ada siapa yng berkuasa menghalang, pertunangan hari ini dijadikan lesen untuk teruna dan dara keluar ke mana sahaja, bila-bila masa. kalau ada yang cuba menengur, mudah sahaja dijawab "kita orang sudah bertunang, tak kan tidak boleh keluar!"

oleh sebab sukar berjumpa waktu bertunang, pasangan dulu-dulu menunggu malam pngantin penuh debaran. sebaik sahaja diijabkabul, kedua pengantin lelaki dan prempuan berdegup-degap setiap saat. bagaimana hendak membuka kata ketika di kamar tidur nanti? bagaimana rupas si Mamat? aduhai !

arakian, konon ada pengantin perempuan yang menjerit di malam pertama setelah si Mamat berbulu lebat di dada. ada juga kes sepanjang malam mempelai tidak tidur sebab berkejar-kejar keliling katil. puas Mamat merayu, Timah masih tidak bersetuju.

bagaimana pun sekali persetujuan dicapai, dan perkahwinan sebenar termetrai, mereka terus berkongsi hidup tnapa diganggu gugat. walaupun bertemu hanya di malam pengantin, cinta yang tumbuh kemudian itu lebih kekal, tulus lagi mulus.

ada pun yang seudah bercinta sakan sebelum bertunang, dan saling mengenali dan memahami sebbelum kahwin, tidak semestinya kekal. banyal pasangan sekarang tidak lama bertahan. agaknya mereka tidak tulus dan hanya bersifat fulus. sebba itu ada yang bercerai ketika inai masih melekat di jari !



0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...