bila sebut pasal pocong, pontianak, toyol, pelesit, segala bagai adik beradik hantu ni mesti ramai seram sejuk. nak nak malam malam macam ni kan? lagi seram kalo malam jumaat. aku nak tahu jugak apa pasal malam jumaat je sesuai sangat kaitkan dengan hantu. apa kaitan hantu dengan malam jumaat tu sampai sekarang ak xtahu. nak jugak aku tahu hubung kait ni.
kisah hantu ni aku dengar dari akak ofis aku pagi tadi. dia cakap 'pocong dekat taman jasmin tu muncul lg'. masuk metro. maksudnya di sini pocong tu memang da jadi penduduk tetap kat situ la kan? cuma dia lama menyepi je. hahaha. kemungkinan pocong tu round dekat taman lain kot? sapa tahu kan? mula mula dengar kisah cerita pocong kat taman jasmin ni ak tak berapa nak ambik port sangat. bukan sebab takut k. lagi pon aku ni bukan la jenis yang terlalu penakut. nak kata terlalu berani tu pon tak jugak. 69% berani 31% penakut. kira berani berani takut la. <-- ada ke? hemtam jela. jangan tanya aku kenapa 69% dan 31% tu k !!
dapat je info dari akak tu aku yang dah lama tak on9 metro ni cepat cepat la bukak. baca punya baca ermm. angpa baca la sendiri. kat
SINI.
*sambung cerita balik k
apa pasal aku tulis entry kali ni pasal hantu kat taman jasmin tu? kalo angpa nak tau, umah aku menyewa sekarang ni tak jauh pon dengan taman pocong tu tinggal. lorong depan kepada depan taman aku ni terus je ke taman jasmin. kalo berjalan tu kira basah jugak la ketiak tu nanti. kalo pocong tu round jauh sikit ikut jalan utama kawasan rumah dia boleh jumpa taman aku duduk ni la. sure dia tak sesat. kalo x aku yang xberapa berani sangat ni jadi berapa berani kuasa dua la. hehehe *mintak mintak la pocong tu tak suka jalan jauh.<--agak agak pocong tu baca tak entry aku pasal dia eh?
|
bukan tiang, bukan pokok bukan orang tapi POCONG ! |
sebelum menyewa kat umah aku sekarang ni aku hampir hampir dah nak menyewa dekat taman jasmin tu. nasib la aku tak jadi menyewa kat situ. lagi pon kat situ kira kawasan 'pelancong' la. pelancong dari indon. muahaha. kalo la umah sewa aku sekarang dekat taman jasmin sekarang ni aku dapat bayangkan reaksi roomate aku yang penakut kuasa duapuluhdua dari aku.
masa aku baca je metro tu 100% pendapat aku cakap gambar tu tipu. yela. nampak sangat kain kapan dia putih bersih <--baru lepas rendam clorox kot. pastu pulak kesan lipatan dekat kain tu nampak sangat macam baru pakai.<-- tak sempat nak iron kot :) tak tahu pulak aku kalo kain pocong memang macam tu. aku ni tak pernah lagi jumpa adik beranak jenis incik n puan antuu ni. aku pon tak nak jumpa depa ni. serammmmmmmm
balik dari ofis aku pon bercerita dekat roomate aku pasal pocong nih. dia cakap ofismate dia yang call press gtaw sal pocong ni. dan ofismate dia cakap memang pocong dalam gambar tu real punya pocong k ! bukan tiang, bukan pokok dan ofkos bukan orang ! haha. padahal semua benda tu aku terpikir. macam tahu tahu je ofismate si liza ni.
apa apa pon semua mahluk di muka bumi ni bernafas kerana Allah S.W.T. depa pon nak hidup jugak, so kita ni tak payah la nak kacau hidup mahluk lain k. pasal gambar tu betol betol pocong atau pon pocong 'buatan' tu sendiri sendiri pikir la k...<3
notakaki; lorong depan umah aku ni ada tangki air. depa cakap kat situ pon ada kisah jugak. apa pasal cerita hantu je selalu kaitkan dengan tangki air, malam jumaat, bau wangi malam malam? cer citer sikit :)