ada sesapa yang pernah naik Bukit Broga tak. kecantikan dari atas tu sama tak dengan gambar dua ketul dekat bawah nih?
wehhh, aku dah mengidam nak naik Bukit Broga nih. camno? dah baik punya planning dengan kengkawan yang lain nih. lampu hijau pon dah dapat dari Incik Tunang ni. hope menjadi la aktiviti hujung minggu nih. al-maklom la, minggu ni minggu last aku dekat N9. bila lagi aku nak ushar view dari BB ni kan? alang-alang dah duduk dekat dengan BB ambik kesempatan teruslah terokai kecantikan & keayuan BB ni. hehehehe
|
aku nak bergambar dari view ni jugak :( |
tengok dari gambar kat atas tu pon aku dah eksaited bukan main. kalau dah sampai nanti agaknya dah tak nak turun bawah dah. ayoyoyoyo.
tapi masalah yang aku hadapi sekarang nih, kami minah-minah cun yang nak naik BB nanti belum ada guidance lelaki yang macho2 la. camno nak naik pepagi bebuta kalo tak ada seorang pun lelaki yang join. keselamatan nak kena fikir jugak nih. kalau ada yang nak join tapi tak macho pon kami terima janji dia lelaki sejati oke. tak mau lelaki half-half ni. takut nanti kami pulak yang kena guide depa nih...
ada sesapa kat sini yang nak naik BB tak Ahad nih? jom naik sesama nak? hehe
|
cantikkan? sapa cakap tak cantik aku libas sembilanplohsmbilan kali.. |
jom-jom kita jelajah BB Ahad nih...