assalamualaikum semua :)
dah lama gila rasa tak TERupdate blog nih. nak kata bz dengan kerja aku ni masih pegang title 'job seekers'. almaklumla, baru habis jadi budak sekolah. sekarang dah bebas. tengah bz hantar resume kengkonon merayu nak mintak kerja sekarang nih. lately nih kepala aku nih serabut sikit dengan masalah diri sendiri, masalah dengan tunang. boleh cakap serabut dengan masalah duniawi la. adoiiiiiiiiiii. tuh mungkin reason sebab & kenapa blog & fb aku dah lama tak berupdate.
memandangkan tempoh menternak lemak selama 2 bulan dah berjaya sepanjang dekat kampung nih, kini telah tiba masanya aku nak melupuskan lemak yang telah aku ternak. aku dah kena walk in interview untuk sebarang kerja yang boleh bagi aku duit. resume dah puas hantar tapi depa tak panggil interview lagi pon. walk in je la. lagi pon tak sedap la, asal kuar dengan kengkawan je depa yang basar makan minum. malu la..
sebut nak keluar cari kerja pon aku dah dalam dilema. nak merantau celah mana pulak kali. kalau belajar dekat Sri Iskandar lepas tuh menapak ke Shah Alam menapak pulak Melaka, then, singgah pulak dekat Seremban. kira dalam tempoh enam tahun nih aku dah merantau ke empat tempat yang aku tak pernah sampai. utara selatan. timur je belom lagi.
dalam kepala destinasi seterusnya mungkin Penang atau ke Shah Alam. tapi berat ke Penang je sekarang nih. usihhh. pening2. sebenarnya aku tak kisah nak menapak dekat mana-mana pon tapi lately nih aku kena pikir banyak kesan & akibat kalau aku merantau ke satu-satu tempat. kalau dulu 'den tak kisah' pon. sebab & akibat tuh biar la aku je yang tahu. kang tulis dalam nih bikin kecoh & gadoh je. banyak stalker2 yang relahati & senang hati nak smpaikan maklumat dekat pihak yang terlibat..:p **duniawi**
**hari ni genap 3 bulan aku bergelar tunangan orang. sangat mencabar bila bertunang dengan kawan baik sendiri & jauh dari tunang. kekalkan hubungan ini?