Pada hari jumaat lepas . aku dengan bakal suami aku buat hiv
test dekat Klinik Kesihatan Bandar Botanic. Kami sampai dalam kul 2.30 pm macam
tuh lah. Konon awal la tuh , tup2 sampai depan pintu kaca tu rupa-rupanya
kaunter tak tutup time lunch . kalau aku tahu aku tak tunggu lepas lunch terus
aku cabukk buat test awal-awal...
Nih, nak kongsi sikit. Masa mula mula dia datang ambikk aku
dekat pulau indah yang indahhhhhhhh la sangat tu, dia diammmmm jekk. Tak banyak
cakap. Kalau tidak boleh tahan jugak dia pot pet pot pet dengan aku. Fine. Dia diam
mungkin dia penat kot. Aku agak jela. Keadaan dia diammm macam tuh sampai laaa
kami dapat result hiv test tu...
Alhamdulillah, kedua dua kami bebas dari hiv. Yang tak
bestnya time doctor explain dekat aku pasal bacaan talasemia tu. Bacaan untuk
darah aku 21 something la. Then doctor cakap bacaan normal 27. Talasemia ad
minor and major bla bla blaaaaaaaaa ..belum sempat doctor nak bagi kuliah dekat
aku terus aku tanya doctor, kalau period bacaan untuk talasemia tuh ada effect
tak? Dap dup dap. Oooo. Awak period ke? A’ah doc, sy period. Normal la tuh
kalau awak period. Tak ada apa la tuh…fuhhh =__=’ aku dah cuak da sebelum tu…
Sempat jugak aku snap gambar dia tengah ambikk darah. Muka macam
takut jarum je…hehe