I Penghuni Tegar I
Wednesday, April 22
Labels: 100thousands of love, Craft, Handmade, Manik Bongsai, Wordless Wednesday
Wednesday, April 15
Wednesday, April 8
| abam sado & hafiy sado...ekeke |
Today aii nak kongsi gambar anak aii mandi manda di pantai teluk kemang jekk! saper tahu teluk kemang dekat mana. cepat angkat tangan! kalau betol aii nak bagi cekelet dua kupang. ekeke
yang sebenarnya plan nak bawak hafiy mandi dekat teluk batik je sabtu tu. (04.04.2015) tapiiiiiii memandangkan ada hal yang tak boleh dielakkan maka terbantut dan tergendala la plan tu. bapak hafiy aka laki aii ajak bawak hafiy mandi dekat PD pulak. katanya ayahh pon dahh lama tak pi PD. ololor. kesian pulak aku dengar. maka bini yang patut nih pon anggukkan jela kepala. dalam hati gumbira gendang gendukk suka hati la aii. ekekeke
maka seperti yang dijadualkan, pukul 8 keluar dari rumah menyelusuri lebuh raya utara selatan. zupp zapp zupp zappp maka mendarat la aii sekeluarga di teluk kemang. syokkk wooo sampai pukul 9.30 parking lengan lagi. manusia pon tak ramai. boleh pilih nak port dekat mana.
setelah port dikenal pasti maka mulalah tukarkan baju mandi si hafiy. kang bagi mandi bogel kang terkezut pulak obor-obor dekat situ. ekeke. aii jaga aurat anak aii walaupon dia kicikk lagi.
membebel panjang la pulak aii nihh. hihii. jom-jom tengok gambar anak aii. laki aii pon ada sekali dalam gambar. buat-buat tak nampak jela ye!!!
| bangun tido terus bawak datang sini..ekeke. ambikk mood gamaknya tu |
| haippp!!! ambik gambaq kami saipa? hihiii |
| hafiy takut-takut kena air...ai bapakk, anak tak tgk camera pon you yg posing pulak. pon boleh! |
| kaki hafiy masih mengelak untuk sentuh air..hihiii |
| mandi sambil bawak bekal. nak menyelam sambil mam biskut katanya :) |
| yeyeahhh!!! hafiy dah berani dahh sikit. |
| seronok pulak budak nih kena kambus kaki dia... |
| lihat suamiku...sado kan? hahahaa |
| sayam hafiy... |
| lepas berenang haruslahh makan |
Labels: 100thousands of love, aiifamily, hafiyhafizal, holiday
Tuesday, March 17
Assalamualaikum WBT
Update entri kali nihh hanya untuk upload sekeping gambar budakk comel nihh...
sayang budak comeyy nihh banyak-banyak...
harta aku!
nyawa aku!
Labels: 100thousands of love, hafiyhafizal
Tuesday, March 10
Kepada mereka yang inginkan kulit sekata, mulus gebusTANPA pengelupasan. cubalah set lengkap Nour Ain Skincare hanya dengan RM104
Setiap pembelian disertakan dengan FREE GIFT
OH ya!!! yang best FREE POSTAGE lagiiii

Set Lengkap mengandungi 5 items:
Sabun
Serum
TOner
Krim Siang
Krim Malam
Berminat?
Anda boleh inbox disini
Dapatkan dari pengedar sah sahaja untuk mengelakkan produk tiruan ye!!!
Assalamualaikum WBT
Sekarang diri dalam dilemma. Dilemma seorang surirumah tangga yang sangattttttttt perlukan kerja untuk dapatkan duit bulanan untuk bayar HUTANG PTPTN pinjaman semasa diploma dengan degree. Sampai ke sudahh belum dapat kerja. Permohonan dahh bertimbunn hantar.
Pernah sekali tu aku buat macam niii.
Fotostat segala sijil-sijil yang berkaitan dan comb-binding, disertakan sekali resume yang terbaru.
Plastic depan belakang gitewwww.
Surat permohonan jawatan kosong tidak dilupakan untuk setiap set. Print sekeping dah 50sen dekat situ. 35 keping dahhh rm17.50. 35set aku buat. Dengan setiap set modal lebih kurang RM6++ tidak termasuk setem dah sampul. Korang kira la sendiri berapa yang dikhaskan untuk permohonan secara gempur tu.
Modal laki aku keluarkan…berhabis dahulu katanya.
Pejam sebelah mata tengok dia bayar…
Setakat entri ni ditulis HANYA 2 dari 35 agensi yang aku hantar permohonan jawatan kosong tu bagi respon. Itu pon katanya tiada kekosongan. Jadilaaa…tahu jugak perkembangan dari diam seribu bahasa…susahh nak dapat kerja sekarang. Nak kata memilih tidakkk, bukan sibukk cari jawatan eksekutif je, bawahan pon aku belasahhh. Tapi belum sangkut lagi… sedihhh sangat bila pikir-pikir balikk. Menangis seorang diri tika tiada siapa disisi..hanya Hafiy Hafizal je yang menemani…
Bila tengok trending zaman sekarang business online makin menjadi. Terasa jugak nak buat dropship ni. Modal tak perlu tapiii mampu ke? Kang seminggu dua je aktif pahtu diam.. ermmm…
Jadi agen or stokis modal kena besar.. dalam kepala dok ada dua tiga jenis barang dahh. Tapi bila tengok modal nak jadi agen ni besaqq jugak mana nak cekau. Laki aku? Akan berbincang dengan dia kemudian…
Mintak-mintak rezeki aku nak dapat kerja dipermudahkan… kalau tak ada hutang tak kerja pon tak apa dahhh… hidup dengan apa yang ada je…
Labels: 100thousands of love
Saturday, February 28
Assalamualaikum semua…
Setelah sekian lama tidak mengupdatekan entri dalam blog picisan ini, maka hari ini terkeluar la satu entri. Bukan tak nak update ke apa. Memandangkan kini aku jadi ibu kepada seorang anak lelaki yang cerdikk pandai, maka tak sempat nak on laptop menulis entri sekeping dua.
Asal nak taip je si hafiy tu dokk menolakk tangan. Sebab tangan ibu dia lindung lampu dok lip lap lip lap. Seronok dia tengok lampu. Hadoiiii. Dapat bukakk kejap je kalau hafiy tak tido.
Sekarang nihh dia di ulit mimpi besttt la ibu dia menaip sepatah dua kata.
Tahun 2015. Harini 28 februari 2015. Sekejap je masa berlalu. Setahun jugak la aku takkk bekerja. Dok umahh main dengan anak, tido makan bangun.
Permohonan kerja dah berlambakk aku hantar tapi setakat ni baru satu syarikat respond. Itupon katanya tiada jawatan kosong buat masa ini. Phewwww T__T
Ok.
Masih ada 34 syarikat yang belom respond. Selagi itu harapan masih disimpan untukk tersangkut dekat mana-mana satu syarikat. Susahh wooo nak dapat kerja sekarang. Kalau la masa boleh di undur, study setakat SPM pon tak apa. Dapatkan kerja yang utama. Dahh kerja baru sambung study. Gerrrr. Apakan daya, masa tidakk boleh diundur dan diputarkan kembali.
Oleh itu terus menunggu dan berusaha apply kerja dekat memana yang ada kerja kosong.
Sekarang nihh bila umur dahh hujung 20an dahh tak memilihh dahh jawatan apa. Kerani pon tak apa. Asal ada kerja ada monthly income cukup, dapat tolong suami, dapat bayar ptptn, dapat hulur duit dekat makabah pond ah kira ok.
Sekarang nihh bila umur dahh hujung 20an dahh tak memilihh dahh jawatan apa. Kerani pon tak apa. Asal ada kerja ada monthly income cukup, dapat tolong suami, dapat bayar ptptn, dapat hulur duit dekat makabah pond ah kira ok.
Dahh setahun dahh bagi duit bulan dekat makabah :(
Bila nakk dapat kerja nihh???????????????????
Anyone nak cari pekerja sila la drop komen ye. Manalah tahu rezeki dating lepas post entri ni..hukhukhuk
Ok. Tu je. Selamat malam

Labels: 100thousands of love





