BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, October 17




kebosanan adalah reason utama aku menaip entry nih. sedang elok benor ushar mukabuku keluar pulak status baru dari OH ! Bulan. apa lagi, dah memang aku tengah tak ada kerja cepat je aku klik link kat situ. tajuk dia pon macam best ! "Matsumoto Jun Lelaki Terseksi Di Jepun, Takuya Kimura Hanya Tempat Ke-4!"


siapa mamat tu? aku tak kenal pon dia. tapi mungkin dia kenal aku.*perasaan sekejapan muahaha. jom usha sampai lebam jom. dari yang terseksi sampai yang tak terseksi kita usha sama sama jom...


mula...


x
x
x
x
x
x
x
x
x


tadaaaaa....

1. Matsumoto Jun

2. Yamashita Tomohisa

3. Akanishi Jin

4. Kimura Takuya

5. Ikuta Toma

6. Sakurai Sho

7. Kamenashi Kazuya

8. Okada Junichi

9. Nishikido Ryo

10. Okura Tadayoshi


 habes. kawan kawan angpa ada termasuk dalam list ni tak? kalo ada tu untung la kau ada kawan dengan top ten lelaki terseksi kat Jepunggg nunggg. hahaha.


tapi kalau aku dapat undi aku rasa kedudukan pilihan aku jauh berbeza dengan sumber yang Oh ! Bulan ni dapat. ayoo. yang tak seksi dan seksa pon top 5 aku tengok.


nanti kalau aku rajin aku wat entry baru antara listed atas ni yang mana paling seksi dan seksa aku akan listkan ikut pilihan aku. boleh je kan kalau aku nak buat macam tu kan? hehehe


oke la. dah nak dekat pukul lima. nak kemas barang barang then nak rempit balik umah kemudian bummmm nak tidoq kejap :) hehe





notakaki: nak tunggu top ten lelaki terseksi dan terseksa dekat Malaysia pulak....

Sunday, October 16



hari ni aku da boleh tarik nafas lega taw. nak tahu sebab apa? sebab barang barang untuk majlis pertunangan aku nanti dah pon aku beli. dah lega sikit la walaupon tak semua barang barang dah complete. slow slow la kan. lagi pon banyak lagi masa sebelum majlis tu nanti. 



nak tunggu hari ni pon plan punya lama. dah bertunda bapa lama dah. akhirnya tadi baru tertunai. bz dia kalahkan YB je :P



tadi aku beli 


baju melayu (untuk nikah) *done


anggap je ni kain utk bju melayu incik abang saya. tapi bukan kaler taw!!!...

*gambar ihsan dari incik Google

kasut *done



lebih kurang cenggini la pattern kasut incik abang. tapi kaler hitam bukan cekelat ye !...

*gambar ihsan dari incik Google



perfume *done





saya pilih DKNY ni sebab bau dia soft je. incik abang pon oke je. dia sume oke je...

*gambar ihsan dari incik Google






kain baju melayu, kasut. perfume ! alamakkk baru tiga barang beli. balance tu da beli ke belum? ishh. takut pulak kalau tak cukup bajet. barang banyak lagi tak beli nih. kalau bajet habes tapi barang tak habes beli lagi camno tu? hahahaha. nampak sangat aku ni bukan seorang financal palnner yang baikkkk. muahahaha




kenapa hantaran dari perempuan mesti lebih dari lelaki? kenapa eh adat orang Melayu hantaran dari perempuan mesti lebih dari lelaki. kalau lelaki yang kena bagi lebih dari perempuan alangkah bagusnya ! dasar !! 





memandangkan roomate aku ajak aku g Seremban Parade esok, ada peluang untuk aku cari sejadah, tuala, dan tafsir al-quran nih. ada cash boleh ushar jam terus. hehehe incik abang pon dah bagi lampu hijau kat aku apa design apa brand pon dia oke. aku suka dia pon suka. senang kan?? tapi dia asik cakap oke je tiap kali aku tanya pendapat dia. muahaha. sabor je la dengan dia....huhuhu



kalau esok aku dapat cari sejadah, tuala dan tafsir al-quran kira da setel la bab bab barang barang untuk dia. songkok dia dah cakap biar dia beli kat tempat dia. sebab nak beli songkok kena ukur empunya kepala. nak beli tadi tak tahu tempat. almaklom la tadi g beli dekat Melaka. memang bukan tempat aku pon. mana la aku nak tahu tempat tempat jual songkok nih terselit kat area mana. yang aku tahu Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Uitm Bandar Melaka, Jonker Walk, Melaka Sentral, Kem Terendak, Pantai Puteri pastu Melati Penthouse<--umah sewa dulu. hahaha. tu je tempat yang aku biasa jalan. lain tempat maaaappp ye. aku tak tahu. hehehe.



barang barang lain yang aku kena sediakan dan telah pon disediakan *erti kata lain tajaan oleh  ada lagi dua tiga jenis la. barang barang ni semua aku kena tunggu sehari dua sebelum majlis aku nanti....

  1. potpuri *kak ina aku tolong sediakan nanti...
  2. sireh junjung *hari bertunang nanti baru nak sediakan sebab nak guna fresh flower :)
  3. cupcakes *oder dari akak opis aku.
  4. chocholate *langkawi maliiii maaaa....
  5. cake *sehari sebelum majlis or pagi tu baru nak g beli...hehehe. sempat je kan?



sekian sahaja senarai barangan dan status persiapan untuk majlis pertunangan aku nanti....next entry insyaAllah aku update lagi pasal nih oke ! 








notakaki: sembilan balas sebelas. jenuh jugak fikir nak bagi barang barang nih....




Thursday, October 13



pagi petang siang malam kena makan. tak kisah la makan jajan ke makan asam ke makan hati ke makan jantung ke makan kulit ke makan nasik ke makan lauk ke makan makan ke. semua tu tak jadi hal. tapi jangan 'makan kawan' sudah la ye. ahahahaha


agak merapu starting entry kali ni. almaklom la aku ni bahasa melayu masa spm dulu xdapat A1. kalo tidakk sah sah starting sampai ending baikkkk punya ayat. muahahaha. 


minggu ni hidup aku asyik tak ngam je ngan makanan kat luar. kebiasaan hidup aku makan pagi dengan tengahari dekat opis je. tak gadoh nak makan kt luar. tapi minggu ni 4 kali jugak lunch kat luar. aku ulangi EMPAT KALI k. kira tiap hari dari isnin sampai khamis la tu :)



Isnin. Selasa. Rabu. Khamis.



1st day hari isnin makan KFC dekat nobita Giant Senawang. orang belanja. balun jela. yang junkfood ni tak ada masalah pon. sentiasa sedap dan panas. tapi kadang kadang je saiz dia kecik besar kecik besar ayamnye tu. so, jump terus ke hari kedua k.



2nd day btempat dia tempat yang sama iaitu Giant Senawang tapi lokasi kali ni dekat food court pulak. aku pilih nasi campur je sebab nak cepat. round punya round punya round tak ada satu pon yang memikat selera aku. xpela. aku ni bukan cerewat sangat bab makan. balun jela apa yang ada depan mata. dah tercongok depan kedai tu pikir punya pikir aku pon pilihla lauk seperti dalam gambar di bawah....





nasi campur yang berharga ENAM RINGGIT MALAYSIA tu !


1 ekor ikan goreng berlada *tak rasa lada pon
sayur toge sesedap rasa akak tak cantik tu letak.




angpa tengok la gambar nasi yang menjadi mangsa perut aku ari tu. aku bukan nak berkira bab makan nih tapi kepada peniaga peniaga di luar sana *mention jela walaupon depa tak baca blog aku nih..tolong tolong dan tolong la letak harga makanan tu berpada pada dengan lauk yang customer ambik. jangan ikut sedap je nak letak.



bagi aku tak berbaloi harga makanan tu dengan lauk yang aku ambik. *singh



malas nak panjangkan cerita so, aku jump lagi hari ketiga aku makan dekat luar ni k. kali ni lokasi dekat food court Seremban Parade. aku order sotong masak paprik dengan nasi putih sepinggan. untuk gambar dan keterangan sila teruskan pembacaan anda sehingga tamat k :)




 harga sotong paprik ni EMPAT RINGGIT DAN LIMA PULUH SEN oooo. benci ! benci ! benci !



agak agak angpa la kan bapa ekor sotong yang jadi mangsa tu ehh. aku kira dalam sekor setengah je. sebab aku jmpa kepala dan ekor untuk seekor sotong sahaja. paprik dia pon memang tak ada rasa paprik langsung. saya ulang TAK ADA RASA PAPRIK langsung k !



nak jummp terus ke kisah makanan hari keempat yakni kisah tengahari tadi. kali ni lokasi dekat Taman Warisan Puteri, seremban. kali ni makan dekat luar konon konon untuk meraikan persaraan  Penolong Kanan Pengarah Kastam KPSM oleh jabatan KPSM.



ikuti gambar gambar menarik ni oke !





tak ada seni langsung tulis macam tu. print out ke hape ke oke la sikit. kalo ye pon nak tulis tangan tu tulisan biar ssannntiikk banyak oke !

*benda ni pon aku nak bising kan?
hahaha. lantak aku ler



lokasi kejadian kali ni tempat memang ada star la. design dalam dan luar pon not bad tapi rasa makanan dia ya tak ada kelas. sayang betol tempat dah cantik tapi indah kabar je dari rupa !




lokasi pilihan...*di kaburkan atas keselamatan aku, mereka dan mereka :)



nama restoran yang indah ! rupa pon indah ! layanan TAK indah ! makanan TAK indah ! kebersihan TAK indah. pendek kata banyak TAK indah dari yang indah !




pilihan menu oleh Tuan PKN..



set pilihan oleh salah seorang tajaan. 



dah tengok gambar menu? dah baca menu semua tu? dongar dan baco memang best dan sedap tapi bila dah rasa macam hampeh. bukan hampas kelapa oke ! hampeh di sini menunjukkan satu perasaan yang kuciwa aka kecewa :P




cer angpa tengok betol betol keliling dan dalam cawan tu. macam 'daki'. eeeyyyakkkk !



dengan cawan "berdaki". rasa air ntah apa apa je. jenuh jugak la depa dok berteka teki air apa. nak kata rasa laici tak ada sehiris mahupun serdak serdak buah laici. nak kata air limau biji limau yakni bau limau pon kat air tu. semua menjadi tandatanya.




ikan yang tak ada rasa bean sprout salted fish langsung...



memandangkan khidmat yang diberikan tidak berbaloi baloi dengan bayaran yang dibuat aku dengan geram dan relahati meninggalkan memo konon kononnya menggantikan Borang Maklum Balas dari pihak Restoran tu. muaahaha.




note yang aku tinggalkan untuk depa :D agak agak biadaaaap cara aku tu? sopan  je kan? muahahaha

lepas sampai ofis tu, orang yang bertanggungjawab menguruskan majlis ni telefon la restoran tu bagitahu yang 100% from us sangat TIDAK BERPUAS hati dengan makanan yang dihidangkan tadi. yang buat sakit hati aku boleh pulak orang restoran tu cakap customer sebelum ni tak complain pon. masa kami sampai tadi dah ada satu group datang makan situ. maybe deap punya menu pon lebih kurang je kot ! tapi kalau yea pon customer lain tu tak complain depa tak patut la cakap macam tu. tak berkhemah langsung. macam nak salahkan customer pulak. ayoyo ! ini macam manusia pon ada ka? 



notakaki: dah rezeki aku dan officemate aku dengan hidangan macam ni je. harap esok takkan berulang lagi...



Wednesday, October 12


cikgu syikin ?





Tuesday, October 4



bila sebut pasal pocong, pontianak, toyol, pelesit,  segala bagai adik beradik hantu ni mesti ramai seram sejuk. nak nak malam malam macam ni kan? lagi seram kalo malam jumaat. aku nak tahu jugak apa pasal malam jumaat je sesuai sangat kaitkan dengan hantu. apa kaitan hantu dengan malam jumaat tu sampai sekarang ak xtahu. nak jugak aku tahu hubung kait ni. 


kisah hantu ni aku dengar dari  akak ofis aku pagi tadi. dia cakap 'pocong dekat taman jasmin tu muncul lg'. masuk metro. maksudnya di sini pocong tu memang da jadi penduduk tetap kat situ la kan? cuma dia lama menyepi je. hahaha. kemungkinan pocong tu round dekat taman lain kot? sapa tahu kan? mula mula dengar kisah cerita pocong kat taman jasmin ni ak tak berapa nak ambik port sangat. bukan sebab takut k. lagi pon aku ni bukan la jenis yang terlalu penakut. nak kata terlalu berani tu pon tak jugak. 69% berani 31% penakut. kira berani berani takut la. <-- ada ke? hemtam jela. jangan tanya aku kenapa 69% dan 31% tu k !! 


dapat je info dari akak tu aku yang dah lama tak on9 metro ni cepat cepat la bukak. baca punya baca ermm. angpa baca la sendiri. kat SINI. *sambung cerita balik k


apa pasal aku tulis entry kali ni pasal hantu kat taman jasmin tu? kalo angpa nak tau, umah aku menyewa sekarang ni tak jauh pon dengan taman pocong tu tinggal. lorong depan kepada depan taman aku ni terus je ke taman jasmin. kalo berjalan tu kira basah jugak la ketiak tu nanti. kalo pocong tu round jauh sikit ikut jalan utama kawasan rumah dia boleh jumpa taman aku duduk ni la. sure dia tak sesat.  kalo x aku yang xberapa berani sangat ni jadi berapa berani kuasa dua la. hehehe *mintak mintak la pocong tu tak suka jalan jauh.<--agak agak pocong tu baca tak entry aku pasal dia eh?




bukan tiang, bukan pokok bukan orang tapi POCONG !



sebelum menyewa kat umah aku sekarang ni aku hampir hampir dah nak menyewa dekat taman jasmin tu. nasib la aku tak jadi menyewa kat situ. lagi pon kat situ kira kawasan 'pelancong' la. pelancong dari indon. muahaha. kalo la umah sewa aku sekarang dekat taman jasmin sekarang ni aku dapat bayangkan reaksi roomate aku yang penakut kuasa duapuluhdua dari aku.


masa aku baca je metro tu 100% pendapat aku cakap gambar tu tipu. yela. nampak sangat kain kapan dia putih bersih <--baru lepas rendam clorox kot. pastu pulak kesan lipatan dekat kain tu nampak sangat macam baru pakai.<-- tak sempat nak iron kot :) tak tahu pulak aku kalo kain pocong memang macam tu. aku ni tak pernah lagi jumpa adik beranak jenis incik n puan antuu ni. aku pon tak nak jumpa depa ni. serammmmmmmm

balik dari ofis aku pon bercerita dekat roomate aku pasal pocong nih. dia cakap ofismate dia yang call press gtaw sal pocong ni. dan ofismate dia cakap memang pocong dalam gambar tu real punya pocong k ! bukan tiang, bukan pokok dan ofkos bukan orang ! haha. padahal semua benda tu aku terpikir. macam tahu tahu je ofismate si liza ni.

apa apa pon semua mahluk di muka bumi ni bernafas kerana Allah S.W.T. depa pon nak hidup jugak, so kita ni tak payah la nak kacau hidup mahluk lain k. pasal gambar tu betol betol pocong atau pon pocong 'buatan' tu sendiri sendiri pikir la k...<3





notakaki; lorong depan umah aku ni ada tangki air. depa cakap kat situ pon ada kisah jugak. apa pasal cerita hantu je selalu kaitkan dengan tangki air, malam jumaat, bau wangi malam malam? cer citer sikit :)



Thursday, September 29



“Cinta itu buta dan boleh membutakan".

Bahawasanya kadang-kadang akal dan perasaan bercampur aduk tak tentu arah.
Bahawa saya juga bukan manusia luar biasa.
Bahawa saya juga tidak bisa berlagak pandai sepanjang waktu, setiap hari.

Bahawa saya juga punya kebodohan yang kadang-kadang susah untuk diterima dek akal.
Bahawa dengan segala kekurangan yang ada, saya cuma berani mencintai dia dalam diam.
Bahawa saya bersedia membayar harga dari mencintai seseorang.

Bahawa saya bersedia menanggung rasa sakit yang luar biasa.
Bahawa saya mampu untuk tetap hidup meski rasa perih terus menjalar.

Bahawa saya masih memiliki rasa takut akan kehilangan dalam hidup. Jadi saya biarkan  saja perasaan cinta itu tumbuh mekar tanpa dia mengetahuinya…



"Dan sehingga saat ini saya masih tak mampu membuka pintu hati untuk orang lain kerana saya mencintai dia yang tidak sedar akan hakikat saya mencintainya dalam diam.” 




Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam...


Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya...

Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu...

Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu...
Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya...

Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah...

Karena dalam diammu tersimpan kekuatan, kekuatan harapan...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...

Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??



Dan jika memang ‘Cinta Dalam Diam mu’ itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam...

Jika dia memang bukan milikmu, melalui waktu Allah akan menghapus ‘Cinta Dalam Diammu’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat...

Biarkan ’Cinta Dalam Diammu’ itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan…

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tibaMungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…




Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah...

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah .” (QS. Adz Dzariyat:49)

"Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. ” (QS. An Nuur: 32)

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah…berdo’alah… berpuasalah…

"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ”(Hadist)

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al Israa’ :32)

Cukup cintai ia dalam diam…
Bukan karena membenci hadirnya tapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia. Tapi meraih syurga Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan…
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan…
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

Maka cintailah ia dengan keikhlasan…
karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati. Tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

“…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26)

“Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan kerana tiada yang tahu rencana Tuhan. Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan. Serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.





“Cinta dan Rasa Ingin Memiliki itu berbeza…”

"Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita.
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu. Janji ALLAH pastiku pegang dalam misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik"


Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah…





Wednesday, September 28

hai readers!!!


sekarang ni semakin hari semakin ramai pulak artis-artis femes dengan yang xberapa nak femes nih berhijrah. opkos la berhijrah ke arah yang lebih baik. aminnnn. bagus la macam tu kan !

memandangkan aku malas dan letih nak tekan keyboard. so, angpa layan sendiri la naa....n__n


pelakon dan pelawak. BOB LOKMAN sekarang :)

penyanyi dangdut. IWAN

pelakon. CAT

AMER RUFFEDGE. penyanyi

IRMA HASMI

DIANA AMIR

tadaaaa. da usha mengusha ehh? itu baru sekerat penghijrahan artis-artis kat Malaysia nih. kalo nak masukkan semua memang xdapat la. 

dharapkan penghijrahan depa ni biarla yang abadi. kalo betol-betol nak kekal macam ni. memilih kawan tu sangat penting. tersalah pilih kawan, yang tutup aurat akan tayang aurat, yang dah tak sentuh air kencing syaitan akan sentuh balik. pendek kata pandai-pandai la memilih yang mana baik yang mana buruk !




Friday, September 9


hai readers !

today is friday. yiiihaaa. apsal ak hepi ari friday ni? sb jap lagi ak nak g rembau. nak g umah cc. dia buat makan makan. hehehe. ops ! bukan sebab dapat makan free je k. ada lagi sebab lain. antaranya:...

1) ak nak balik kampung. batu kurau..

2) nak g kenduri kawan baik sabtu ni..

3) sabtu ni jugak ada rombongan merisik ke rumah ak...

hehehe. opkos la y ke3 tu buat ak lebih excited ! xad boypren tuptup ad orang nak merisik...





notakaki: kau bukan y pertama tapi kau akan menjadi y terakhir...:)

Tuesday, August 23




hai readers sume !


da lamaaa nau aku xupdate blog. simptom M sedang melanda diri aku sekarang. M nak g keje, M nak buat thesis. owhh M nyahh kau dari hidup ak. huhuhu.

so, entry kali ini ak just nak share ngn angpa sikit sikit perjalanan hidup ak minggu lepas. xbanyak pon nak bcerita tapi boleh la kalo takat nak update entry ni..gerrr

sekarang bulan Ramadhan kan? perkara wajib tiap bulan mulia ni mesti la aktiviti mengunjungi bazaar ramadhan. *solat tarawih jangan buat buat lupa pulak !. samada bazaar y menjual makanan ato pon bazaar y menjual pakaian. wargghhhh. tiap kali g sana mesti ad TERbekenan so TERbeli la. ni yang ak pantang kalo da TER2 bagai ni.. TERbeli brooch juntai2 konon nak pakai raya nanti. *padahal brooch juntai2 tu da ad dalam 7pcs da. TERbeli buah pulasan. *xpela makanan boleh d maafkan lagi. dan TERmacam2 lagi la. nasib la TERbeli y murah murah je. kalo TERbeli baju y TERharga RM100++ camno?

mentang mentang la bazaar senawang tu dua kangkang kera je dari umah, bukan main rajin ak kuar cuci mata situ ehh. hehe. bukan selalu pon. kalo tahun lepas dekat melaka tahun ni dekat senawang pulak. tahun depan x tahu lagi. hehe. banyak banyak bazaar y ak da sampai kt senawang ni la y paliinnnnng meriah mak ngah ! xpcaya ? angpa mai sendiri sini tengok ! baru angpa taw meriah ke x ! kt melaka pon xsemeriah macam kat sini taw :)



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



last week jugak ada sorang student practical kat sini menamatkan latihan dia. jeles ak tengok dia. da habes belajar. xlama lagi dia da nak konvo. umur 22 dia da ad degree ! ak sangat jeles dengan afa. 

sempena meraikan penghabisan dia practical kami ajak la dia bbuka bsama sama. ala, budak budak pempuan je yang join. y bujangan enam orang dan x bujangan sorang je. mak budak ! ehehehe


apa motif kak suria snap gambar gambar ni pon ak xtahu. da depa suruh action ak pon ap lagi. pantang nampak kamera cepat je control cun..gerrr


aksi bebas la kononnye ! dan ad orang tu cakap action sy mcm orang poyo ! damn ! nasib action je mcam poyo tapi kenyataan sy tidak poyo !

gambar gambar kt atas tu ehsan dari kak suria idayu. dia y sukarela snap gambar gambar kami. ad jugak la kenangan dengan si Afa...

gambar gambar kat bawah ni time kami g bbuka sama sama. plan awal nak g makan dekat burger ijan tapi xbukak pulak malam tu. terus lajak pergi kat kedai nasi ayam kak lina. kedai ni dekat dengan stadium paroi. dekat je dua tiga kangkang kera je..hehehe


dekat kedai makan LETAK LETAK HABES. nasi ayam dia not bad la !



kak suria idayu. nama seindah rupa. wahh. ak tetap pgil dia akak even dia muda dari ak...sori ye kak suria :p sy nak perasan muda kejap !


semua licin *pinggan dan cawan ak la. siap ak paw air si liza lagi..gerrr !

so, tu jela ak nak tunjuk dan merepek ! bosan kan blog ak ! hehe

ops ! lupa pulak. minggu ni semua orang last keje kan sebab minggu depan da start cuti, uols jgn marah aii last keje ari khamis ni. malam tu aii da naik bas nak balik kampung. malam tu jugak aii nak bbuka dengan member aii Cheq Anna . aii da tau nak ajak dia bbuka kt mana. tp xleh gtaw dia lagi. biar surpriseee !!!





notakaki: *dah dua ari berturut turut aku beli patin gulai tempoyak ! sedap ! xpuas makan. ni ngidam nak makan ketam masak lomak cili api pulak !


Wednesday, August 17



Thursday, August 11

BERPUASA tetapi tidak menunaikan solat. Mereka sanggup berlapar dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat. Ada yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika Ramadan. 

Kita bimbang nanti puasa dan sedekah tidak bermanfaat kepadanya kerana solat tiang agama. Ada juga kalangan kita menyuruh anak berpuasa tetapi membiarkan mereka tidak solat.

Tidak menjaga batas agama seperti pergaulan lelaki dan wanita serta menutup aurat. Lelaki masih berseluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan ada wanitanya pula tidak bertudung malah memakai baju tidur kelawar semasa mencari juadah.

Ada juga wanita tidak berpuasa kerana uzur syarie (haid dan nifas) pula tidak menghormati Ramadan kerana berani makan di khalayak tanpa segan silu. 

Menghabiskan masa menonton televisyen, video cakera padat (VCD), sedangkan hari dan malam yang datang setahun sekali itu patut digunakan bagi memperbaiki amalan serta mengingati kesalahan lalu. 

Sepatutnya pada bulan ini kita gandakan bacaan al-Quran, cuba menghafal beberapa surah pendek dan sentiasa pasangkan niat berkhidmat kepada insan lebih memerlukan. 

Membazir ketika berbuka puasa disebabkan nafsu membeli tinggi. Semua hendak dibeli tetapi apabila tiba masa berbuka, makanan yang dibeli tidak dihabiskan. Membiarkan anak bermain mercun sehingga mengganggu jemaah yang menunaikan solat tarawih di masjid atau surau berdekatan. Sebaiknya galakkan anak solat tarawih dan tilawah al-Quran bersama. 

Hanya puasa makan dan minum, tetapi tidak menjaga pancaindera seperti mata, lidah dan telinga ketika berpuasa. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum.” 

Tidak mahu bersahur mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasulullah yang bersabda maksudnya: “Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” 

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” 

Semoga kita dapat memperbaiki puasa kali ini dan menjadikannya lebih baik dari tahun lalu.




Wednesday, August 10



hai readers!!!!

gempak x title entry kali ni? gagagaga

sbelum entry ni d tulis ak bz dok bdating dengan incik G. hehe. biasa la incik G ni jela y setia mnemani ak time ak sibuk nak cari apa apa pon. baik gambar, ke lirik lagu ke apa apa jela. kali ni incik G membantu ak mcari design manik untuk ak jahit dekat baju ak. raya kan da dekat, ak nak bagi nafas baru dekat baju lama ak. huhu. almaklomla raya tahun ni xad baju raya so, tpaksa la ak tarik baju lama untuk nak bagi nampak baru. bijak x? gagagaga. ak carik design y simple simple je. senang dan cepat nak jahit :)

dalam dok cari design manik tu tnampak la pulak baju baju y kena ngn taste ak. yela taste ak untuk majlis besar besaran nanti. 

contoh majlis besar besaran? 

yela macam E-day ak nanti ke, nikah n sanding punya majlis..hehe. entah bila la majlis majlis tu nak blangsung. berangan da lebih nih. arghh. peduli apa ak, dari angan angan la ak akan usahakan untuk jadikan kenyataan :) ~wink wink





silalah lihat baju y telah menjadi pilihan hatiku...gagagaga

baju elyana y sangggggaaatt cantik. kaler dye pon mmg kaler peberet aku..gerrr...

baju sariyanti ni pon sannntttiiiiik jgk. tapi aku kalo dapat baju cenggini kt labuci tu ak nak letak kaler lain. turquois, merah ato peach kaler..baru mantop ngn tema ak nanti..gerrr.da ad tema ke????

inipon sangattt cantik oke. cam besa, tang manik tu kaler biar lain. kaler ttp nak kaler turquois, merah ato pon peach..ermmm


yang ni palingggggg aku tpikat...

yang ni pon pakai time nikah pon cantik jugak..


gambar pon da tengok kan, so, readers doa doakan lah moga dapat jodoh cepat...aminnnnnnn


picture credit to incik Google :p




notakaki; makkkkkk nak kawen >,<

Tuesday, August 2

haiii readers!!!!


tika masa entry ini d tulis, aku tengah mnunggu masa dan saat untuk bersiap. bsiap ke mana? bsiap ke BUTIK FIRST LADY hehehe. nak g carik baju raya. semangat kan? posa baru masuk hari kedua da semangat nak carik baju. aku ni nak carik awal awal sebab bajet dah dapat so xnak la simpan lama lama. karang da tpakai mana aku nak cekau duit untuk baju pulak. lagi pon beli awal awal ni senang nak dapat size. size kecik kecik comey macam aku ni selalu sangat habes stok. so, xnak la jadik macam tahun lepas. baju da ad yang berkenan size pulak da habes :( kali ni Ramadhan yang kedua terus nak g beli. baju kali ni nak carik baju kurung moden putih. waaaa...mesti cantik kalo aku pakai kan? kahkahkah....

okeh la. nak tempek bedak kt muka kejap. nak tutup apa apa y patut kt muka ni....



notakaki; bajet untuk beli tudung xad da tapi tudung y da bkenan tu da jumpa..nganganganga. nak sugarbaby la camni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...