BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, February 27


kepada sesapa yang pernah tengok dengan biji-mata mereka sendiri maka saya yakin mereka akan dapat membezakan yang mana original dan yang mana fake!


ASLI BELAKA!!!!!


gaya kelapasawit landing dekat 'rumah' asli dia...;)




buah relai.**cantikkan?**





kasi fokus dekat punya!



TAK ASLI BELAKA!!!!!



nampak macam ori kan? korang tak nampak? **peduli hape aku**




mesti korang nak tahu ini buah apakan? 





macam mana boleh ada buah kepalakelapasawit tipu nih? meh yang jauh kita erat-eratkan, yang jauh kita dekat-dekatkan. ecececece...begini kisahnya bermula.........





korang penah tengok buah merah nih? apa nama buah asal dia aku tak pasti la pulak. aku dok panggil buah merah jela. asal sebut buah merah aku teringat buah nih ! paham ?








dari asal buah merah yang lonjong tuh **lonjong ke?** yang tak berapa nak kilat tuh kena la pulak balut dengan  wrapping plastic. tak tahu apa warpping plastic tuh? dun wori ! aku kasi tempekkkk gambar dia. tengok dekat bawah nih pulak !






yang biasa kita dok guna tutup makanan tuh!



balut punya balut punya balut buah merah tuh, cucuk la pulak pencungkil gigi dekat 'buntut' buah ni. hehe. kengkonon jadikan tangkai dia la gamaknya dak !!!




lepas balut dengan wrapping & cucuk buntut dia dengan pencungkil gigi. gini la jadi rupanya!!!




dah bagi buah nih pakai palstic tuh jadilah kilat-kilat sikit. jadikan?. time nak ikat tuh kalau boleh tarik plastic tuh kasi tegang sikit sebab baru buah tuh nampak berkilat-kilat sepeti dalam gambar yang aku buat nih! tak nak tarik pun suka hati kau la...hahahaha




lepas dah siap korang balut buah tuh, agak-agak dah cukup untuk satu tandan korang cucuk la pulak buah tuh dekat span bunga **aku biasa guna 2 paket buah merah nih untuk satu tandan** kalau korang nak cucuk atas benda lain pon ikut la. aku dulu pernah guna buah betik yang masih budak sekolah. tak besar tak kecik sangat. 





span tuh korang kena potong bentuk macam jantung pisang.




span hijau yang aku guna...




lebih kurang bentuk sebeginilah span tuh kena potong...



lepas dah cucuk keseluruhan buah dekat sapan tuh akan jadi macam nih lah.  nak lagi cantik korang campur adukkan buah merah saiz kecik dengan yang saiz besar. baru nampak macam real. ehehehe 




buah kelapa sawit setandan. nampak macam realkan? hehe


dah susun setandan buah tuh, nak kasi real lagi korang lekat la pulak tampuk dia tuh. nak ambik mana tampuk dia? korang ambik dari buah yang real la. baru mencabar orang lain tengok. ekeke



baru tempek tampuk separuh...



setelah menempek tampuk dengan sabar dan jayanya telah siaplah satu tandan kelapa sawit palsu. haha.  tadaaaaaaaaaaaaaa





x









x








x









x









x









x









x









setandan kelapa sawit...




gambar selepas siap masukkan dalam kotak bagai tak sempat nak snap. alasan: kelam kelibut ;) boleh ?










atas; kelapa sawit sebenar. sumber Mr Gugel
bawah; kelapa sawit tipuuuu. sumber koleksi sendirik laaaa :p







itu je entri untuk kali nih. next time nak story pasal menda lain pulak.**bajet ada orang nak baca la**

Friday, February 24


kepada sesapa yang TERLIBAT untuk Konvokesyen Kali Ke-76 MEI 2012 sila UPDATEkan maklumat yang anda perlu updatekan. 






sy dah update! anda pula bagaimana? ekekeke 










tak tahu macam mana nak update? sonang jo. ekau klik SINI. ikut je arahan tuh.... 






pelajar baikkkk nih sebab BERSIH dari saman :p kau ado?


dah siap? senang je kan? hehehehe. dah tahu kan? so, jangan lupa hebahhhkan kepada rakan-rakan yang lain. **yang terlibat jela**






note: tengah pikir nak buat baju konvo kaler ap T.T



tulus ikhlas,

Wednesday, February 22






tetiba aku nak tulis entri pasal sopping mopping on9. mungkin sebab pengaruh rakan perjuangan yang dok usaha business on9 kot. nak kata aku kaki shopping nih idok juge. baru 2kali aku order barang on9. 


1st aku order VCO dekat SINI




2nd aku order lens dekat SINI




3rd...coming soooonn dekat SINI<--dah jatuh-hati-luruh-jantung-gugur-buah-pinggang nengok dia  punya  MAxi Skirt & PALAZZO Maxi Pants dia...



bukan tuh je tempat aku cucimata aku. dekat SINI pon aku cucicuci jugak.  yang nih baru usahawan dia tuh member aku. kira aku pon pernah ngusha dan termelekat dengan 2-3 barang kat sini...hehe **SILA LA ADD SI GADIS MANIS** ini. tak rugi kalo korang shopping sini taw....












Tuesday, February 21

korang pernah tengok  rancangan realiti TV ON AIR tak? alaaaa, yang PakNil jadi Ketua Juri pahtu pulak Suhaimi Sulaiman jadi juri tetap. juri jemputan pulak bertukar-tukar. kalau dekat Penang dulu Datin Normala, dekat Terenganu Wan Zaleha Razdi yang ambilalih. juri jemputan kontroversi pulak time dekat Johor, memang vassss da boooOOmmmm!. sape juri tuh? hahaha. jeng jeng jengggggggggg. tungguuuuu! hahahaha. jurijemputan semp0i Sarimah Ibrahim dekat Sarawak aritu....



yang nak dijadikan cerita, aku sebenarnya nak share luahan hati penonton pasal komen jurijemputan kontroversi ON AIR yang dia bajettttt 2012 dia SANTIKKK dengan BOTOKSSSS tuh. sapa lagi kalau bukan empunya gambar di bawah. nih...







cantikkan empunya diri nih. TAPI gambar nih LAMAAAAA punya cilita woooo. sebab yang terbaru dia dah tak cantikkkkk dah :( reason-sebab-alasan adalah kerana B.O.T.O.K.S. tak tahulah kalau dia tak nak ngaku dia suntik menda-alah tuh. orang bodohsombong pon dapat bezakan dia suntik atau x. tak percaya? korang tengok gambar nih pulak..




BEZA?



mungkin reason-sebab-alasan yang dia akan bagi. bibir dia kena sengat dek lebah kot. opss!!!




MEMANG BERBEZA :p



sesapa yang ikut rancangan ON AIR tuh akan tahu la kelancangan mulut-dan-bibir si Dang ni mengkritik. nak tahu lebih jelas, korang mintaklah bantuan Puan Youtube. lebih jelas & nyata gitu. dijamin bersih dan dengarlah tanpa waswassssss....:D



dek kritikan & kutukan si D tuh, adalah penonton tuh mengemailkan suratpujian sebagai tanda tidak berpuashati kepada beautifulnara.com. 




Hi abg nara,
Td saya tgk satu audition realiti show dkt astro ria, nama show dia on air. Show ni utk cari pemangkin hos yg kononnya nak gantikan aznil. So, judge show ni ada 3org; aznil,sorg tak tahu ape nama and dang suria.
Yang saya tak tahannya dang suria ni sumpah biadap! Ada sorg contestant lelaki ni pnyalah dah smgt audition, dang suria ni direct je bg comment ‘jujurla,saya rasa awak ni tak handsome lgsg, so awak tak lyk utk show ni’. Mcm tu la lebih kurg ayat dia. Sah2la lelaki tu bengang gila.
Then ada satu part tu, tunjuk part dang suria comment lg lelaki tu kt tmpt lain. Ayat dia lebih kurg mcm “mmg bdk tu tak handsome lgsg,saya rse penonton akan tukar channel sbb benci tgk muka bdk tu tak handsome, sorryla dia mmg tak lyk”. Confident je dia ckp mcm tu ei. Biadap gila la!
And then ada pulak part yg tunjuk sorg bdk pmpn dtg audition. Bdk pmpn ni gemokla.
And then dang suria selamba je comment “adik balik, dah kuruskan bdn, pinggang dah ramping baru dtg blk audition, dtg kl nak audition jd hos dgn bdn mcm ni tak payahla”. Lebih kurang mcm tu la ayat dia. Sah2la budak tu bergenang air mata satu baldi.
Saya bkn apala kan, saya tak boleh la tgk org yg pemikiran dia shallow gila mcm dang suria ni. nak bagi kritikan, bagila yang membina bkn menjatuhkan. Dia buta ke rabun, saya tak tahu la kan. Adibah nor ok je jd hos? survive je?oprah winfrey tu kurus sgt ke?cantik sgt ke? Billionaire lagi.
Saya ckp direct la kt dang suria, awak memalukan diri awak je dgn bagi comment2 mcm org tak habis sekolah. Bg kritikan itu perkara yg bagus, tp biarlah kritikan membina. Ini kutuk fizikal org, dah memalukan and mcm menghina org lain da.
Ayah saya pun geleng kepala dgr comment dang suria. Tak perlu biadap sgt. Rasanya nak mencari yg terbaik tak perlulah sampai nak menjatuhkan org lain.
Lainlah audition beauty peagent ke, jejaka paling kacak malaysia ke apa ke. Saya fhmla jgk. Duh..
And lagi satu, kalau rupa tu penting sgt. Asal judge lagi sorg yg saya tak tahu nama tu boleh jd hos? Tak handsome pun? Siap boleh jd judge lg. Ok je? Saya pernah la tgk dia kt tv jd hos, tp tak tahu nama apa. Okla, sbb dia ade input utk di kongsi kan tp biasa2 je la.
Then kenapa tiba2 rupa tu penting sgt smpi nak direct maki fizikal org lain? Igt, yg gemok, yg hodoh tu ciptaan Tuhan jgk ye.
P/s: dang suria, sorry to sayla, kalau awak tu cantik sgt tak perlu la cucuk botox kat bibir smpi nmpk mcm kena sengat tebuan kan? Opps.



dah tengok dalam Puan Youtube baru korang komen taw. karang tak jitu-dan-padu pulak pendapat korang pasal cara Dang nih mengkritik... adiossssss

Monday, February 20

bilamana orang dok sibukkkkkkk bertanya bila nak kawin dengan jawapan COPYPASTE ler aku bagi 'tunggu jela kad sampai'. padahal bila majlis tuh aku tak sure. aku sekarang BARU mula kerja. baru nak menapak setapak-dua-tiga langkah. terbantut terus la kalau depa asik suruh kawin awal. 


motif aku tak nak pikir pasal kawin nih adalah kerana...jeng jeng jeng






x





x





x






x





x





x





x





x





x





x






1) NAK KUMPUL DUIT BELI GALAXY NOTE







2) BALAS JASA MAKABAH DULU
seumur hidup aku akan laksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.







3) NAK HIDUP SEBAGAI WANITA BUJANG YANG BERKEJAYA SELAMA DUATIGA TAHUN





4) NAK BELI KETA DULU :)





5) NAK ENJOYYYYYYY





OK. dah itu je aku gediksss nak listedkan reason -alasan-sebab kenapa aku tak terasa nak kawin awal walaupun aku dah bertunang. agak-agak tunang aku kisah tak kalau aku tak nak kawin dalam masa terdekat nih ? erm....kalau dia taknak tunggu selagi aku tak bersedia apa aku nak buat? **dalam kepala aku dah ada keputusan yang aku akan bagi bilamasa-bilamana dia nak jugak kawin tahun nih**




Friday, February 17

Jika Allah tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang mengimpikanmu...

Bila Allah tidak memberimu seseorang yang kamu rindu, semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindumu...

Bila Allah tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang mendambakanmu...

Jika Allah tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu...

Yang bukan hanya kerana apa yang ada padamu TETAPI apa adanya dirimu, tiada sepertimu...



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx





thinking; tetiba aku terasa TERsangat menyesal yang dengan keputusan penting yang telah aku buat. mampukan aku mengundurkan diri dari keputusan dulu **pertunangan BUKAN kepastian tetapi tempoh perkenalan. ermmm ye dakkkk?**

Thursday, February 16


minggu ni 3orang dalam family aku warded dalam sepital. 1stly anak kak ina aku si Mimi. dia dikuarantin selama 5hari sebab Influenza B. apa jadahnya penyakit nih aku pon tak tahu. korang mintak la bantuan Mr Google tuh ye. dia masuk ward Hospital Pantai Ipoh sabtu lepas time aku dah otw datang KL. tadi aku dapat tahu dia dah dibenarkan keluar. alhamdulillah. Mimi dah sihat. ibu dia dah boleh berehat..


Kecian Mimi. time dia dia betol2 tak sihat kata ibu dia..



nih time Mimi dah sihat sikit kata ibu dia lagi....


dalam pukul 9 lebih tadi mak aku call bagitau ibu si Mimi ni yakni tak lain tak bukan kakak aku ler. dia pulak masuk ward sebab bleeding. YaAllah. dugaan betul kakak aku nih. ekceli dia tengah pregnant 7bulan anak kedua. mungkin sebab kepenatan sebab jaga anak dekat sepital kot dia boleh bleeding. aku harap akak aku & baby dalam kandungan dia sihat-sihat jek...aminnnnnnnnnnnnn 

lepas dapat tahu akak aku warded aku call adik aku yang study dekat PUO mintak tolong tengok-tengokkan akak aku tuh. mintak tolong temankan dia dekat ward malam esok. yelah, ward perempuan si abang ipar aku yakni husband akak aku mesti tak boleh nak tido kat situ kan. kalo adik aku tuh yang tolong jaga malam kira akak aku tuh dapat la lebih sikit perhatian. nak harapkan nurse depa pon banyak keja. nak tuh pulak kot dekat ward tu ramai pesakit. susah jugak nak harapkan nurse aje. ye dakkk?

kalau tadi anak buah aku si Mimi masuk ward hari sabtu anak buah aku si Adib pulak warded dekat KPJ Shah Alam hari ahad. mula-mula dia demam je. lepas tuh akak aku gtaw dia ada jangkitan kuman dekat jantung pulak. tup-tup petang semalam kaki, tangan & mulut dia ada bintik-bintik merah. doctor dah ambik darah dah si Adib nih. nak tahu sakit apa la pulak. tadi aku tengok si Adib tu dekat ward. mak aiiii lincah kemain budak tuh. tak macam orang sakit pun. kejap-kejap "makteh, nak upin ipin", ''makteh, nak dukung". mungkin tuh tandanya Adib dah sihat..hoorrreyyyyy. harap-harap esok lusa dia dah boleh kuar la...**makteh sayang Mimi & Adib**


si Adib...
ekceli gambar dia dalam ward tadi aku ada ambik tapi nak bluetooth ke laptop akak aku nih aku tak tahu. kalo laptop aku tahu ler aku. nak meng'on' laptop aku tuh agak malas sebab hari dah  jauh malam. huhu.

walauapapon yang terjadi harap anak2buah aku tuh sihat-sihat dan buas-buas macam biasa & moga kak ina aku & baby dalam kandungan sihat & selamat semuanya...


noted: kecian mak aku call tadi suara serak mungkin lepas teriak kot. sabar mak ye...



Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….
Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.



“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi.
Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal. Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya.
“Apa yang boleh saya bantu encik?”
Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.
“Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.”
“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas.
Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu.
“Awak pernah pukul ular ke?”
Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya.
Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap.
“Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula.
Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.
“Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi.
Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.

“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk.
Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.



sumber copypaste dari fb )


hehe. entri lagi sekali sebab la ni time lunch ai tak keluar lunch. almaklom la tempat baru kawan baru masih belom biasa lagi. esok baru nak keluar lunch. memandangkan belom dapat keja yang berat lagi boleh la on9 bagai nih. usha Mr Google & Mdm YouTube....:D

sebenar-benarnya aku nih dalam dilema dalam membuat keputusan untuk beli motor. ermm.. dalam hati & minat nak beli Ego LC. smart jugak motor ni. dok pikir nak kaler merah atau putih je. merah sebab nampak segar dan putih sebab nampak bersih. *kena habuk nanti hilang la putih tuh ye dak???*






hah, tengok dalam gambar pon dah smart maut belom ushar dari depan mata. *actually dah tengok da pon sebab tuh falling in luv dengan Ego LC nih**

Ego S versi putih

Ego S versi merah punya..


Ego LC lagi smart dari Ego S. ai dah confius nih. pelissssss. Ego S sesuai untuk PMT sebab motor tuh nampak baikkk. hehe. boleh ke? Ego LC sesuai untuk semua ladies. egege *PMT aka Perempuan Melayu Terakhir*. last-last nanti aku suruh je abang ipar aku je survey & beli. senang & mudah keja aku. hulur RM je kan? hehe


hollllaaa :) *tersengih macam kerang busuk**

hai ni hepi lebih sikit sebab dapat updated blog tak semenggah nih. nak tahu on9 dari mana? jeng jeng jeng !!!! ai on9 dari opis taw :) Hah? opis? bila keje? dekat mana? gaji bapa? position ap? kan??? ai taw soalan-soalan tuh semua uols nak taw. ye dakkk? ekeke. nak surpisekan uols so, semua soalan dari ai tuh ai akan jawabkan kemudian hari taw. hehehehe. yes! hujung bulan dah dapat gaji. boleh simpan duit nak beli menda alah nih :)





kan? smart kot menda alah nih. dah lama idamkan menda ni. since tengok dalam iklan terus terpikat. pahtu pulak jumpa member minggu lepas dia dah pakai menda ni. makkkkk jeles ai taw. dan-dan nak simpan duit gaji untuk beli. huhuhu.



p/s: konvo bulan 5 nih pon kena kuarkan duit jugak. kena bijak menabung nih..



Tuesday, February 7

assalamualaikum semua :)

dah lama gila rasa tak TERupdate blog nih. nak kata bz dengan kerja aku ni masih pegang title 'job seekers'. almaklumla, baru habis jadi budak sekolah. sekarang dah bebas. tengah bz hantar resume kengkonon merayu nak mintak kerja sekarang nih. lately nih kepala aku nih serabut sikit dengan masalah diri sendiri, masalah dengan tunang. boleh cakap serabut dengan masalah duniawi la. adoiiiiiiiiiii. tuh mungkin reason sebab & kenapa blog & fb aku dah lama tak berupdate.

memandangkan tempoh menternak lemak selama 2 bulan dah berjaya sepanjang dekat kampung nih, kini telah tiba masanya aku nak melupuskan lemak yang telah aku ternak. aku dah kena walk in interview untuk sebarang kerja yang boleh bagi aku duit. resume dah puas hantar tapi depa tak panggil interview lagi pon. walk in je la. lagi pon tak sedap la, asal kuar dengan kengkawan je depa yang basar makan minum. malu la..

sebut nak keluar cari kerja pon aku dah dalam dilema. nak merantau celah mana pulak kali. kalau belajar dekat Sri Iskandar lepas tuh menapak ke Shah Alam menapak pulak Melaka, then, singgah pulak dekat Seremban. kira dalam tempoh enam tahun nih aku dah merantau ke empat tempat yang aku tak pernah sampai. utara selatan. timur je belom lagi.




dalam kepala destinasi seterusnya mungkin Penang atau ke Shah Alam. tapi berat ke Penang je sekarang nih. usihhh. pening2. sebenarnya aku tak kisah nak menapak dekat mana-mana pon tapi lately nih aku kena pikir banyak kesan & akibat kalau aku merantau ke satu-satu tempat. kalau dulu 'den tak kisah' pon. sebab & akibat tuh biar la aku je yang tahu. kang tulis dalam nih bikin kecoh & gadoh je. banyak stalker2 yang relahati  & senang hati nak smpaikan maklumat dekat pihak yang terlibat..:p **duniawi**



**hari ni genap 3 bulan aku bergelar tunangan orang. sangat mencabar bila bertunang dengan kawan baik sendiri & jauh dari tunang. kekalkan hubungan ini?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...