BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Tuesday, July 10





Anakku,
Kau baru saja di ijab kabulkan.
Kini kau telah menjadi isteri kepada suamimu,
Terlepas satu beban yang berat pernah ayah tanggung.
Kini tanggungjawab ayah telah berpindah kepadanya.


Anakku,
Ingatlah pesan ayah,
Kau akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan,
kepada tempat tidur yang engkau tidak kenal,
rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.
Dialah suamimu, teman hidup yang akan bersamamu ketika susah dan senang.
Jagalah akhlak dan peribadimu.
Ingatlah adab-adab yang pernah ayah ajarkan kepadamu.
Janganlah kau bebankan suamimu dengan dosa-dosa yang kau cipta sendiri.
Bila keluar rumah jagalah auratmu, jangan berhias untuk orang lain.
Jagalah akhlakmu dan mintalah izin suamimu sebelum melangah keluar rumah.
Ketika dirumah, jagalah telinga, mata dan hidungnya...
Jangalah kau membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik,
janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik,
dan janganlah membiarkan dia mencium sesuatu daripadamu melainkan yang harum belaka.


Anakku,
Jadilah engkau wanita solehah yang akan menjadi perhiasan dunia yang terbaik.
Jika kau jaga empat perkara kau berpeluang memasuki mana-mana pintu syurga yang kau kehendaki.
Jagalah solatmu, puasamu, akhlakmu dan mentaati suamimu.


Anakku,
Sentiasalah kau menjaga iman dan takwamu dan membuangkan segala sifat-sifat keji yang ada di dalam hatimu.
Ingatlah bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan di akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.
Sentiasalah kau jaga dirimu dari perbuatan keji dan hina.
Berhati-hatilah di dalam percakapan dan pergaulanmu supaya terhindar daripada kemurkaan Allah.
Jagalah lidahmu daripada mengumpat, memfitnah dan berkata dusta.
Banyakkan bersabar jika berlaku perselisihan di dalam keluargamu.
Sentiasalah kau melakukan ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya dan bersedia menjadi isteri dan ibu solehah.


Anakku,
Allah tak pandang pada rupa zahirmu,
tetapi Allah pandang apa yang ada pada hatimu.
Kecantikan yang hakiki adalah terletak dihati, jiwa, akhlak dan akalmu.
Cantik pada hatimu bila hatimu reda dan berbaik sangka kepada Allah dan tidak tamakkan harta dunia.
Cantik pada jiwamu bila jiwamu kasih pada suamimu, anak-anakmu, anak yatim dan orang miskin.
Cantik pada akhlakmu bila sentiasa menutup aurat dan menjaga pergaulan sesama muslim.
Cantik pada akalmu bila akalmu suka menuntut ilmu dan mengutamakan matlamat ukhrawi lebih daripada matlamat duniawi.


Anakku,
Janganlah kau bebankan suamimu dengan perkara yang dia tidak mampu.
Bersyukurlah di atas rezeki yang dibawa pulang oleh suamimu, berpada-padalah apa yang ada.
Jauhkan dirimu daripada bermewah-mewah dan membazir kerana sesungguhnya membazir adalah saudara syaitan.


Ingat wahai anakku,
Syurga anak lelaki di bawah telapak kaki ibunya sedangkan syurga isteri di bawah telapak kaki suaminya.
Ramai wanita di neraka kerana mereka derhaka dan tidak bersyukur di atas rezeki suaminya.
Di hari yang berbahagia ini ayah doakan agar kau berbahagia bersama suamimu hingga bertemu di syurga.
Mendapat zuriat keturunan dan anak-anak yang soleh dan solehah, berbahagia di dunia dan akhirat.
Ayah teringat doa Nabi SAW dihari perkahwinan anak perempuannya Fatimah Azzahra dengan Saidina Ali bin Abi Talib:
“Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat“

Akhirkata ayah minta maaf padamu jika selama ayah mendidik dan membesarkanmu ayah melakukan kesalahan dan kesilapan dan tidak memberikan sepenuh kasih sayang padamu.
Diharap kau tidak menuntut diakhirat nanti kerana kelemahan ini.
Ayah tetap mendoakan kesejahteraanmu sekeluarga setiap kali lepas ayah mengerjakan solat insya Allah....



TERHARU & TERSENTUH DENGAN LUAHAN HATI SEORANG AYAH!




SUMBER


Semalam balikk kerja dalam hujan yang romantika gitu. Pertengahan jalan hujan dah tak romantikk dah. Bertukar ganas dan kejam. Siapp pakej kilat lagi. Aku ni kalau merempit dalam hujan romantika tuh tak apa lagi. Tapi kalau ada selingan kilat takk pun hujan dengan angin kuat memang tak sanggup aku nak meredah hujan tuhh. Sanggup aku berhenti dekat memana bustop dulu. 

Tapi kes semalam lain. Perjalanan yang kusangkakan tenang rupanya keruh di tengah highway. Erkkk! Kalau dekat highway LKSA tuh camno den nak stop kan? Tetengah highway tuhh mano ado bustop kekdahnya. Nak tak nak kau kena redah jugakk la. So, masa merempit tuh selingan dekat pancaran kilat yang menakutkan aku dah nak menangis dah sambil memecut. Dekat mulut dah macam-macam doa ayat yang aku hafal aku luahkan. 

Time-time macam tuh terasa pulak nak carikk kekasihh hati yang boleh pinjamkan bumbung kereta dia untuk lindungi aku time hujan macam tuh. Muehehe. Sempat lagi aku bermonolog dalam hujan semalam. Sampai je dekat rumah aku dah menggigil dah. Lenjun. Rasa nak demam pun ada jugak. 



Kesan daripada berhujan semalam tidur malam aku semalam di temani oleh bersin yang berpanjangan dan pagi nih hidung aku dah perit. Terasa macam akan selesema [kepala pun dah berat nihh!]. Ohh tidak! Jangan kau deman atau selesema ye Kak Keen. Nanti tak boleh join Family Day D9 pulak weekend ni!  Sepanjang 21 minggu aku kerja nih tuh lah kali pertama aku meredahh hujan yang romantic pada mulanya dan kejam pada akhirnya. 

Wednesday, July 4



AMARAN:ENTRI INI PANJANG DAN PENUH DENGAN GAMBAR. JANGAN BAZIRKAN MASA ANDA. CEPAT-CEPATLAH BACA. MUEHEHE


Hari pertama untuk sesi pagi naikk bukit durian kejap jela. Tolong abah aku kutip durian sikit pastuh teringin nak makan buah dokong. Panjat kejap sambil berperang dengan semut hitam. Tapi dan lagi aku snap gambar buah dokong tuh. Hehe. Dah lepas ambikk buah dokong terus balikk umah sebab tengahari tuh kena jadi pengapit kawan. Lepas baikk dari kenduri kawan tuh petang dalam pukul 5 naikk bukit lagi untuk sesi kedua. Hahaha. 








































Untuk sesi petang tuh aktiviti dia sama jugak. Kutip durian jugak. Tapi yang paling best masa sesi mandi lata. Air bukit memang sejukk la wehhh. Walaupun dah petang kesejukkan dia tuh masih terasa. Lepas mandi tuh naikk balikk bukit durian sambung kutip durian lagi. Lebih kurang 6 lebih baru balikk umahh. Malam tuh dah belah bahagi darab semua sebab sebahagian besar hati dan perasaan nak lepaking dekat bukit durian lagi. Belum bersedia nak balikk shah alam. Lepas dah buat keputusan terus aku inform akak opis aku.[tipu! Aku tak inform sesapa pun yang Isnin tuh aku tak masukk opis] pandai-pandai la kan. Dah aku tak ada dekat meja aku tuh paham-pahamkan jela. Lagi pun aku bukan pernah ponteng pun without inform sesapa.





















*pause*


Ahad pagi mak aku kejut awal ajak pergi bukit durian. Aku mood nak berangan atas tilam terbantut dek terdengar arahan mak aku tuh. Cecepat aku cakap dekat mak aku aku menyusul kemudian dengan adik-adik aku nanti. Lepas tuh mak aku bagi arahan baru. Nanti beli ikan bawak pergi bukit durian. Kita berkelah sana. Dengar je mak aku cakap macam tuh cecepat aku bangun panggil adik aku suruh pergi kedai *suka suruh orang lain keluar g kedai o memana* sebab aku malas nak keluar dari rumah. Hehe. Tapi adik aku tak layan arahan aku. So, terpaksa la aku ambikk tudung ekspress sarung then terus beli barang untuk dimasak nanti. Aku beli ikan kembung je. Untuk bakar dan untuk rebus campur bersama buah dan bunga kantan. Pehhhh. Sedap!


Dah beli ikan balikk umah [kedai depan umah seberang jalan jek pun >,<’] terus kemas rumah sikit-sikit sebelum meninggalkan rumah. Bila adik aku dah bangun dah siap bagi makan dekat tok aku dalam bilik tuh. Terus ke destinasi iaitu bukit durian abah aku. Terbaikk! Dalam pukul 8.30 macam tuh kot gerakk. Aku pun dah tak ingat. Separuh jalan jumpa abah aku. Dia suruh ambikk jantung pisang untuk di buat ulam. Berhenti di lokasi terlibat. Dapat 2 bijik jantung pisang. Sudah cukup untuk kami sekeluarga.


Rempitan masih di teruskan sehingga sampai ke destinasi. Sesudah sampai terus je aku hidupkan api dapur kayu. Pehhh. Dah lama tak masak guna api dapur kayu. Nasib ikan aku dah siang masa dekat rumah sementara tunggu adik aku setelkan kerja dia. Lepas api dah menyala aku rebus jantung pisang. Ulam pucuk paku dan pucuk salang pun ada jugak. Lepas  rebus ulam-ulaman, aku masakk nasi pulakk. Mak aku tugas dia belah durian busuk or durian dah pecah tuh untuk di buat tempoyakk. Abah aku macam biasa kutip durian dengan anak sepupu aku yang seorang tuh. Adik aku yang dua orang tuh sibukkk bakar udang dan sotong. Yang sebenar-benarnya sorang tuh je mambakarnya oun. Yang seorang lagi tuh tukang menyibukk. Semua tempat dia nak menyibukk. Hehehe.








Lepas nasi dah masak aku bakar pulakk ikan kembung dan ikan masin. Bab bakar nih senang je, asalkan ada bara api letakk je tinggalkan jela ikan tuh, cukup masa kalih-kalihkan je ikan tuh. Dalam pukul 12 lebih cenggitu semua dah siap. Lepas hiding semua tuh tibalah masa untuk santapan sekeluarga. Makanan yang simple je. Tapi sedap. Sebab bagi aku kalau masukk hutan or kebun durian dan seangkatan dengannya tak perlulah nak masak kari gulai bagai. Kalau nak makan sedap-sedap masa dekat tempat macam tuh baikk korang masak dekat rumah je. Makan je dekat meja dapur tuh. Kan?










Dah lepas makan rehat kejapp sambil mandi dekat lata tuh sekali lagi. Lepas rehat semua terus rasa nak lelap. Perut kenyang apa lagi. Terus bentangkan guni tepi pondok sambil baring-baring. Pehhh feeling macam bersantai dekat tepi pantai pulakk. Padahal tepi curam. Hahaha





Dalam tengah berehat tuh durian bukkk sana bukkk sini. Memang happening duduk dekat bukit durian seharian. Kalau tadi dengar durian jatuh debukkk debukkk kini tiba masa untuk kutip pulakk. Bab nih yang malas. Nak mngutippp tuh. Bab makan tuh pantang. Pantang ada durian. Muehehe. Merajinkan diri kutip durian. Dalam 3 trip jugak aku kandar durian dalam guni. 1day tuh aku isi penuh. Masa nak menangkat tuh azab wehhh. Duri durian cucuk belakang. Tapi relakan jela. Ada kejadian tuh kasut aku licin tgelincir jugak aku. Guni belakang aku apa lagi sedap menghempap belakang aku. Pehhh. Terasa duri durian mencucuk belakang aku. Kaki jangan cakap calar balar. Tahu kaki dan tangan calar balar bila nak cuci tangan. Peritt kena air. Bila telekkk betul-betul natu perasan ada  ‘seni lorekkan dekat kakitangan’.


Sabtu dua sesi naikk bukit durian. Ahad seharian dekat sana. Isnin dah lemahh terbaring dekat rumah. Lenguh badan baru terasa. Nak-nak pulak aku panjat pokok. Bila dah lama tak panjat otot-otot nih jakun sikit. Until now, sengal-sengal badan masihh terasa. Walaupun penat dan letih aku dapat tapi tak mematahkan semangat aku untuk balikk lagi semata-mata nak naikk bukit durian lagi. Hehe. Kali nih nak ajakk kengkawan pulak…

Tuesday, July 3


29 Jun hingga 2 Julai aku berada di kampong aku. Motif balikk kampong aku dah story dalam ENTRI INI. Planning nak stay dekat kampong sampai ari Ahad je sebab Isnin kena kerja. Tetapi sebab kehebatan dan keseronokkan berada di bukit durian abah aku pada sesi pagi dan petang tuh menjadikan aku terus tak nak balikk shah alam. Muehehe [padahal hati rasa sayu bila berada di UiTM tuh]. Sabtu malam tuh terus mesej bff aku Tanya available lagi tak offer dia nak tumpangkan aku balikk isnin tuh. Bila dia cakap ‘no hal’ senyum jelaaa. Yes! Boleh lupakan kejapp mood kerja ari isnin tuh :P



29 Jun 2012 [Jumaat]

OK.  Nak story aktiviti menarikk minggu aku balikk tuh. Jumaat lepas semayang jumaat gerakk balikk. Sampai umahhh ngam-ngam azan maghrib. Lepas mandi rehat-rehatkan badan semua terus bersiap ke umah kawan aku yang nak kenduri esokknya tuhh. Dalam 8.45 pm aku sampai. Sampai-sampai aku cari makann dulu. Kebetulan time aku sampai tuh depa dah makann. Timing yang cantikk. Perut kenyang naikk jumpa pengantin. Pot-pet pot-pet kejap. Cukup masa dia turun untuk majlis khatam quran. 


Dah selesai khatam quran semua, aku tunggu nak inaikan jari-jemari dia pulakkk. Inai aku import dari shah alam. Setel pakaikan inai dia lebih kurang pukul 1.30 cenggitu. Kena pulakk pakaikan inai untuk anak buah dia yang sorang tuhhh. Lepas tuh giliran jari kanan aku pulakk. Motipp aku pakai inai sebab tangan aku dah comot time pakaikan inai dekat kawan aku tuhh…


Memandangkan dah lewat aku pun terus ZzzZZZzzz dekat umah dia. Beradu di bilik pengantin opkoss. Tapi bukan atas katil pangantinn hokeyyy! Atas lantai jekkk :P




30 Jun 2012 [Sabtu]

Bangun pepagi subuh terus balikk umahh. Dalam pukul 7 tuh sibukk tengokk dekat dapur. Ketong ketiang bunyi akak aku menyibukkan diri dekat dapur [setakat jengahh tunjuk muka jela]. Tengokk jam awal lagi terus ajakk adik aku pergi bukit durian. Semangat kemain pepagi nak naikk bukit durian. Pehh kena angin bukit pepagi sejukk je. Nak-nak badan kecikk cam aku. Terus menusuk ke tulang angin tuh. Haha... 


dah bersedia nak keluarkan peluhhh nih. tengok! siap pakai boot lagiii



Sampai-sampai tolongg abah kutip durian. Terletakk nunnnnnnnnnnnn di puncak bukit. Jadi mangsa adikk aku bila dia suruh aku naikk ke kawasan tuh. Dia naikk dekat bukit yang curaman dia sikit rendah dari aku. Cehhh. Dah sampai bawahh baru adikk aku gelakk. Aku nih dah temengah-mengah kembang kempis hidung tahan penat. The next day aku pulak yang decide area mana aku kena kutip area mana dia kena kutip. Muehehe. Baru fair cara aku. Memasing dapat kawasan bukitt :P


kalau masukk hutan/bukit tak sahh kalau tak ada dua ekor benda alah nih...yaitu, nyamukk dan pacat...


puncakkk bukitt durian...


model durian 2012 :p hahahaha


abah aku sedang memasukkan durian ke dalam bakul besi dia :)


kasikkk fokus sikit durian umphhh tuh...


Lepas kutip durian teringin nak makan dokong. Kena panjat sendiri. Sensorang turun ke paya bukit nak panjat pokok. Sedang elok lepaking atas pokok bunyi pulak incoming call. Kawan yang nak bersanding tuh tipon pulakk. Mintak aku jadi pengapit dia jugak. Aku cakap la 'wehh, aku atas pokok lgi nih. cari la sesapa yang nak jadi pengapit mu tuh. Hah, suruh kak bibah [sepupu dia] jadi pengapit mu. Kalau dia tak bolehh baru mesej aku'. Hehe. Dia pun cakap 'okey. Aku tipon bibah dulu. Kalau dia tak boleh aku nak mu jugak jadi pengapit aku'. Erkkk. Dalam hati dok berdoa mintak-mintak la bibah nak jadi pengapit dia. 


Dalam 5 min lepas tuh bunyikk pulak mesej ‘u have a new mesej bla bla bla’. 

Semangat bukak mesej…


Ogey: dia x dak la keen. Dia keja aku rasa. Call x angkat. Wei, cepat la tolong aku. Xdak sapa nih

Aku: yela. Tp baju xmatch lgsg la. Baju kale cekelet. Yela2. Aku balikk skg…;(


Termenung kejap atas pokok sambil berdoa moga tak terjumpa dengan orang yang aku tak nak jumpa. Perlahan-lahan turun dari pokok...

 
gambar dari atas pokok. hehehehe

Nih la buah dokong santapan selepas penat daki bukittt. Menurut abah aku pertengahan puasa dah bolehh ambikk jual buah dokong nihh. Dan yang menarikknya dijangkakan buah dokong kali nih boleh dapat dalam 10tan. Ermmm. Banyakkk tuh. rezeki abah aku tahun nih. EH! silapppp. Rezeki kami sekeluarga tahun nihh. Nak makan dokong silalah ke rumah aku raya nanti :)


Balikk umah terus iron baju then dalam 12.30 terus ke umah kawan aku tuhh. Sampai-sampai dia tengah make-up…



[Nanti aku sambung untuk sesi petang dan Ahad tuh. Penat nak menaip…..]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...