AMARAN:ENTRI INI PANJANG DAN PENUH DENGAN GAMBAR. JANGAN BAZIRKAN MASA ANDA. CEPAT-CEPATLAH BACA. MUEHEHE
Hari pertama untuk sesi pagi naikk bukit durian kejap jela. Tolong
abah aku kutip durian sikit pastuh teringin nak makan buah dokong. Panjat kejap
sambil berperang dengan semut hitam. Tapi dan lagi aku snap gambar buah dokong
tuh. Hehe. Dah lepas ambikk buah dokong terus balikk umah sebab tengahari tuh
kena jadi pengapit kawan. Lepas baikk dari kenduri kawan tuh petang dalam pukul
5 naikk bukit lagi untuk sesi kedua. Hahaha.
Untuk sesi petang tuh aktiviti dia sama jugak. Kutip durian jugak. Tapi yang paling best masa sesi mandi lata. Air bukit memang sejukk la wehhh. Walaupun dah petang kesejukkan dia tuh masih terasa. Lepas mandi tuh naikk balikk bukit durian sambung kutip durian lagi. Lebih kurang 6 lebih baru balikk umahh. Malam tuh dah belah bahagi darab semua sebab sebahagian besar hati dan perasaan nak lepaking dekat bukit durian lagi. Belum bersedia nak balikk shah alam. Lepas dah buat keputusan terus aku inform akak opis aku.[tipu! Aku tak inform sesapa pun yang Isnin tuh aku tak masukk opis] pandai-pandai la kan. Dah aku tak ada dekat meja aku tuh paham-pahamkan jela. Lagi pun aku bukan pernah ponteng pun without inform sesapa.
*pause*
Ahad pagi mak aku kejut awal ajak pergi bukit durian. Aku mood
nak berangan atas tilam terbantut dek terdengar arahan mak aku tuh. Cecepat aku
cakap dekat mak aku aku menyusul kemudian dengan adik-adik aku nanti. Lepas tuh
mak aku bagi arahan baru. Nanti beli ikan bawak pergi bukit durian. Kita berkelah
sana. Dengar je mak aku cakap macam tuh cecepat aku bangun panggil adik aku
suruh pergi kedai *suka suruh orang lain keluar g kedai o memana* sebab aku
malas nak keluar dari rumah. Hehe. Tapi adik aku tak layan arahan aku. So,
terpaksa la aku ambikk tudung ekspress sarung then terus beli barang untuk
dimasak nanti. Aku beli ikan kembung je. Untuk bakar dan untuk rebus campur
bersama buah dan bunga kantan. Pehhhh. Sedap!
Dah beli ikan balikk umah [kedai depan umah seberang jalan
jek pun >,<’] terus kemas rumah sikit-sikit sebelum meninggalkan rumah. Bila
adik aku dah bangun dah siap bagi makan dekat tok aku dalam bilik tuh. Terus ke
destinasi iaitu bukit durian abah aku. Terbaikk! Dalam pukul 8.30 macam tuh kot
gerakk. Aku pun dah tak ingat. Separuh jalan jumpa abah aku. Dia suruh ambikk
jantung pisang untuk di buat ulam. Berhenti di lokasi terlibat. Dapat 2 bijik
jantung pisang. Sudah cukup untuk kami sekeluarga.
Rempitan masih di teruskan sehingga sampai ke destinasi. Sesudah
sampai terus je aku hidupkan api dapur kayu. Pehhh. Dah lama tak masak guna api
dapur kayu. Nasib ikan aku dah siang masa dekat rumah sementara tunggu adik aku
setelkan kerja dia. Lepas api dah menyala aku rebus jantung pisang. Ulam pucuk
paku dan pucuk salang pun ada jugak. Lepas rebus ulam-ulaman, aku masakk nasi pulakk. Mak
aku tugas dia belah durian busuk or durian dah pecah tuh untuk di buat
tempoyakk. Abah aku macam biasa kutip durian dengan anak sepupu aku yang
seorang tuh. Adik aku yang dua orang tuh sibukkk bakar udang dan sotong. Yang sebenar-benarnya
sorang tuh je mambakarnya oun. Yang seorang lagi tuh tukang menyibukk. Semua
tempat dia nak menyibukk. Hehehe.
Lepas nasi dah masak aku bakar pulakk ikan kembung dan ikan
masin. Bab bakar nih senang je, asalkan ada bara api letakk je tinggalkan jela
ikan tuh, cukup masa kalih-kalihkan je ikan tuh. Dalam pukul 12 lebih cenggitu
semua dah siap. Lepas hiding semua tuh tibalah masa untuk santapan sekeluarga. Makanan
yang simple je. Tapi sedap. Sebab bagi aku kalau masukk hutan or kebun durian
dan seangkatan dengannya tak perlulah nak masak kari gulai bagai. Kalau nak
makan sedap-sedap masa dekat tempat macam tuh baikk korang masak dekat rumah
je. Makan je dekat meja dapur tuh. Kan?
Dah lepas makan rehat kejapp sambil mandi dekat lata tuh
sekali lagi. Lepas rehat semua terus rasa nak lelap. Perut kenyang apa lagi. Terus
bentangkan guni tepi pondok sambil baring-baring. Pehhh feeling macam bersantai
dekat tepi pantai pulakk. Padahal tepi curam. Hahaha
Dalam tengah berehat tuh durian bukkk sana bukkk sini. Memang
happening duduk dekat bukit durian seharian. Kalau tadi dengar durian jatuh
debukkk debukkk kini tiba masa untuk kutip pulakk. Bab nih yang malas. Nak mngutippp
tuh. Bab makan tuh pantang. Pantang ada durian. Muehehe. Merajinkan diri kutip
durian. Dalam 3 trip jugak aku kandar durian dalam guni. 1day tuh aku isi
penuh. Masa nak menangkat tuh azab wehhh. Duri durian cucuk belakang. Tapi relakan
jela. Ada kejadian tuh kasut aku licin tgelincir jugak aku. Guni belakang aku
apa lagi sedap menghempap belakang aku. Pehhh. Terasa duri durian mencucuk
belakang aku. Kaki jangan cakap calar balar. Tahu kaki dan tangan calar balar
bila nak cuci tangan. Peritt kena air. Bila telekkk betul-betul natu perasan
ada ‘seni lorekkan dekat kakitangan’.
Sabtu dua sesi naikk bukit durian. Ahad seharian dekat sana.
Isnin dah lemahh terbaring dekat rumah. Lenguh badan baru terasa. Nak-nak pulak
aku panjat pokok. Bila dah lama tak panjat otot-otot nih jakun sikit. Until now,
sengal-sengal badan masihh terasa. Walaupun penat dan letih aku dapat tapi tak
mematahkan semangat aku untuk balikk lagi semata-mata nak naikk bukit durian
lagi. Hehe. Kali nih nak ajakk kengkawan pulak…
best. balikk la kampung. excercise dkt bukit durian. bpeluhhh :P
mmg best. ikut la sharil balikk kmpung dia. boleh la feel naik bukit durian.hehehe