BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Wednesday, July 25


 
[1] Pembunuhan Datuk Mazlan Idris
Kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris hampir 20 tahun lalu disifatkan jenayah paling ngeri dalam sejarah negara dan memeranjatkan ramai pihak.



Penemuan mayat Mazlan yang dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam di dalam sebuah lubang sebelum disimen membawa kepada penahanan pasangan bomoh, Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Husin.




Mazlan dibunuh pada 2 Julai 1993 di bilik air sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang dengan kapak selepas mengadakan pertemuan dengan pasangan bomoh itu.


Mona Fandey




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx





[2] Kes Bunuh Along Spoon @ Sabi’ul Malik
Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafiee, ialah penyanyi kumpulan Pop Rock, Spoon. Beliau yang ketika itu berusia 19 tahun, telah ditemui mati dalam sebuah guni di sebuah gaung, bertempat di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 6 Januari 2000.



Sebelum itu, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999, Along dipercayai telah dibunuh di sebuah tempat lain sebelum mayatnya dibuang di dalam gaung tersebut.

Ibu dan bapa Along, bagaimanapun enggan menerima keputusan DNA yang mengesahkan mayat tersebut sebagai Along, dan masih berharap Along akan ditemui semula dalam keadaan hidup.


Pada 19 Januari 2000, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dihadapkan ke mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.

Mohamed Ya’cob kemudiannya pada 10 April 2002 didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja pada pukul 1 pagi, 26 Disember 2000.
Pada 2 November 2010 Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Mohamed Ya’cob.




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




[3] Kes Rogol dan Bunuh Noor Suzaily Mokhtar
Pada 7 Oktober 2000, Noor Suzaily Mokhtar, seorang jurutera komputer telah menaiki sebuah bas awam ke tempat kerjanya. Namun sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku, di mana Suzaily telah dirogol, liwat dan dibunuh oleh pemandu bas tersebut.


Pemandu bas dikatakan telah menurunkan kesemua penumpang bas kecuali Suzaily, sebelum mengambil laluan jalan yang berbeza dan melakukan jenayah tersebut di sebuah tempat. Pemandu bas kemudian bergerak semula di atas jalan raya di mana Noor Suzaily dilihat mengetuk pintu bas dan meminta tolong oleh seorang saksi utama yang merupakan seorang remaja lelaki. Itulah kali terakhir dia dilihat masih hidup.


Pesalah, seorang lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak, Hanafi Mat Hassan didapati bersalah dan dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 April 2002 kerana membunuh Noor Suzaily, 24, di antara Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan tapak pembinaan projek perumahan di Taman Bukit Tinggi, Klang di antara jam 8.50 pagi hingga 9.15 pagi pada 7 Oktober 2000.

Tertuduh yang pernah berkahwin empat kali, juga dipenjara 20 tahun dan 12 sebatan atas tuduhan merogol mangsa.

Hukuman penjara yang dikenakan itu adalah maksimum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Hanafi telah menjalani hukuman gantung sampai mati pada tahun 2008.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


[4] Kes Rogol dan Bunuh Canny Ong
Canny Ong diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003. Plot tragis pembunuhan itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau. Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.




Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu. Mayatnya tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak kereta BSC. 


Suspek yang juga seorang pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol Canny.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




[5] Kes Bunuh Noritta Samsudin
Norrita Samsudin, seorang eksekutif pemasaran dan model sambilan ditemui mati di unit No. D71, Kondominum Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur oleh rakan serumahnya, Nor Azora Hamid pada pukul 4.00 pagi Jumaat, 5 Disember 2003. Dia dipercayai dibunuh di antara pukul 12.30 tengahari hari sebelumnya hingga 4.00 pagi dia ditemui.


Jenazahnya di bawa ke rumah keluarganya di Kampung Surau, Utan Aji, Perlis. Pada 7 Disember 2003.

Polis kemudiannya menahan Nor Azora Hamid, 25 dan teman lelakinya Kenneth Michael Yap Teik Huat, 38, untuk membantu siasatan.

Seramai lapan suspek termasuk dua yang dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu telah ditangkap. Hasil ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA) mendapati salah seorang suspek tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.
22 Disember 2003, Hanif Basree Abdul Rahman di hadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh dan kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Kes perbicaraan Hanif Basree bermula pada 5 Mei 2004 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati.


Bagaimanapun, Jurutera Hanif Basree Abdul Rahman yang dituduh membunuh eksekutif pembangunan perniagaan Noritta Samsudin dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini 1 Julai 2005.

Hakim Datuk Abdull Hamid Embong berkata, pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti yang cukup untuk mewujudkan kes prima facie terhadap jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam itu.
Mahkamah Persekutuan pada 28 Mac 2008 kemudiannya mengekalkan keputusan yang melepas dan membebaskan Haniff Basree.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi yang mengetuai panel lima hakim memutuskan demikian dengan sebulat suara semasa menolak rayuan pihak pendakwaan bagi mengetepikan keputusan mahkamah rayuan yang mengekalkan keputusan membebaskan Hanif Basree yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sebuah akhbar melaporkan bapa Noritta sebagai berkata:
Saya lebih suka membaca laporan akhbar mengenai kes Norrita di kebun saya kerana suasana di sana sunyi dan menyegarkan. Yang penting, di situ saya boleh menangis sepuas-puasnya.
Menurut satu sumber, ibu dan bapa Allahyarham Noritta telah bercerai selepas kejadian itu, dan bapa Noritta telah meninggal dunia beberapa tahun selepas kes itu berlaku manakala ibunya telah berkahwin semula.



akan bersambung...al-fatihah kepada arwah..

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...