skip to main |
skip to sidebar
Rakyat Malaysia memang gemar membeli belah. Mungkin atas sebab itu ada banyak pusat membeli belah di Malaysia. Dan bukan calang-calang juga besarnya pusat membeli belah di Malaysia ini. Kalau kita pusing satu Mid Valley misalnya, sehari pun tak habis. Mungkin tak ramai dari kita menyedari yang terdapat empat pusat membeli-belah terbesar di dunia di Malaysia. Menurut Yahoo!, terdapat tiga lagi di Filipina, dua di China, manakala masing-masing satu di Iran, Thailand, Turki, Banglades, Emiriyah Arab Bersatu dan Kanada.
1. New South China Mall, Dongguan, China
Luas kawasan boleh guna kasar : 659,612 kaki persegi
2. Golden Resources Mall, Beijing, China
Luas kawasan boleh guna kasar: 557,419 kaki persegi
3. SM City North EDSA, Quezon City, FilipinaLuas kawasan boleh guna kasar: 482,878 kaki persegi
4. 1 Utama, Petaling Jaya, MalaysiaLuas kawasan boleh guna kasar: 465,000 kaki persegi
5. Central World, Bangkok, Thailand
Luas kawasan boleh guna kasar: 429,500 kaki persegi
6. Persian Gulf Complex, Shiraz, Iran
Luas kawasan boleh guna kasar: 420,000 kaki persegi
7. Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, Malaysia
Luas kawasan boleh guna kasar: 420,000 kaki persegi
8. Cehavir Mall, Istanbul, Turki
Luas kawasan boleh guna kasar: 420,000 kaki persegi
9. Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Luas kawasan boleh guna kasar: 396,000 kaki persegi
10. Mall of Asia, Pasay, Filipina
Luas kawasan boleh guna kasar: 390,193 kaki persegi 11. Jamuna Future Park, Dhaka, Bangladesh
Luas kawasan boleh guna kasar: 380,000 kaki persegi 12. The Dubai Mall, Dubai, Emiriyah Arab Bersatu
Luas kawasan boleh guna kasar: 350,000 kaki persegi
13. West Edmonton Mall, Edmonton, Alberta, CanadaLuas kawasan boleh guna kasar: 350,000 kaki persegi
14. SM Megamall, Mandaluyong, Filipina
Luas kawasan boleh guna kasar: 350,000 kaki persegi
15. Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia
Luas kawasan boleh guna kasar: 320,000 kaki persegi Empat daripada pusat membeli membelah tuh baru dua tempat aku jejak kaki. Iaitu Mid dan Sunway. Kedua-dua tempat tuh baru dua kali aku pergi. Muahaha. Jakunkan aku. Selalu aku membeli membelah dekat Mydin, Giant, The Store, Tesco je. Tak percaya? Bagus! Aku tipu je. Jarang la aku pergi mall besar-besar cenggitu. Selalu aku pergi JJ je. Tuh pun dah sesak & besar dah bagi aku...HiHiHi
0 Comments:
Post a Comment