BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Saturday, April 16

selamat malam semua. hehe. kt melaka skg ni hujan turun dgn lebat renyai²nya seperti peribahasa ak belajar masa sekolah dulu². time² macam ni mmg best utk mlelapkan mata. tambah pulak angin dr selat melaka y sejuk & nyaman ..wuuuuuuuu mmg best...weeeee. oke! 

utk entry kali ni korang jgn excited sgt. (macam la blog ko tu best sgt--akan ad silent reader, my follower bkata bgitu. suka hati korang la. blog ak. ak punya suka la nk tulis ap pon. korng nk myampah??? ak x kesah la wehhh) xad ap y spesel pon. just nk tunjuk korang pic² ak dgn course-mate ak spjg degree ni. ni semua kami keluar dgn tujuan utk celebrate kononnya sb kuliah da habes. mgkin juga ak boleh ckp utk gahtering kami y terakhir. almaklum la ni sem terakhir kami utk bsama. lepas ni masing² akan wat latikan praktikal kt tmpt masing². bila plak nk to-get-her mcm ni lg kn? so, mandangkan aritu adalah hari y tersangat sesuai maka kami semua stuju la utk kuar ramai². lg 2minggu kami semua akan mghadapi peperiksaan  terakhir kami sbgai pelajar Degree in Human Resource Management. peperiksaan terakhir ak sbgai pelajar mungkin! sb ak da malas nk blajar..huhu. tp akan dtg ak xtaw plak kot² ak akan further stdy ak dlm MBA kn??? mana la tahu, hati manusia kn boleh berubah. sama mcm ak..hehehe. 

oke la. ak da malas nk menaip. ni ak attch pic² ak keluar semalam. mmg terbaik la korang semua. 

part1...makan time
gmbar² ni masa kami semua (xtmasuk ak sb ak order air je. masih kekenyangan time tuuuuu) mjamu selera kt kedai asam pedas claypot dekat area taman kota laksamana. korang tgk la aksi² course-mate ak makan+bgmbar..

bbhr5a
bbhr5a
bbhr5a
bbhr5a
bbhr5a
bbhr5a
part2...bowling time
ni pulak gambar² time kami (9 orang je. ak pon xmain jgk. jimat duit akhir sem wooo) main bowling. y mdukacitakan adalah tgh syok bg semangat kt pmain tu ad plak y  soratktjerit² mgalahkan pontianak.  ehh pontianak menjerit ke mngilai? konpius. tp nyaringnye tu lebih kurang la. kalo kata org tu g ujibakat utk suara pontianak, ak rasa dia mmg la calon y tersangat sesuai. eee....siyes shit ak betol² malu dgn org y bperagai mcm tu. xboleh bwk g majlis besar lgsung kalo da peragai mcm tu. gelak gedik kuasa duapuluhdua. agak² r weh kalo ko betol² seronok sorak pon tp cover² la cara ko sorak tu. orang boleh nilai la sorak y betol² sorak ataupon sorak gedikssss...eeeee. da la. malas ak nk sentuh pasal suara nyaring kegedikan menyorak mlm tu...

bbhr5a
bbhr5a
macam kembar ke???haha
bbhr5a
bbhr5a
part3...karok time
time to'sumbangkan' lagu..hahaha.ak xnyanyi pon sb takut hujan y lebat kt luar tu b+ lebat..hehehe

bbhr5a
ilwanizan dgn  lagu hajat-Haida..calon peserta af10????
keluarga besar bbhr5a
bbhr5a

oke. tu je ak nk tunjuk. b4 tu gambar² kt bwh ni adalah ragam kami semasa pergi dan balik dr event kami tu..hehe.mengalahkan budak² peragai kami semua. padahal masing² umur da 22yr - 26yr. xpe.muda hanya sekali....<3

kami b4

-

ini lah sebahagian aksi² kami. lepas ni xtaw lg bila pulak dpt outing mcm ni. lau dpt pon myb nti masing² status single tu da btukar jd tunangan orang, isteri &suami orang da..huhuhu.semoga kenangan ni akan sentiasa bersemadi dalam ingatan group BBHR5A (December-May 2011)

Wednesday, April 13

entry kali macam² rasa ad, rasa sedih, rasa xsabar, rasa hepi lg la bganda². sb hari² y telah ak nantikan akhirnya akan memunculkan diri xlama lg. iaitu HABES BELAJAR. sekarang ak tahun akhir kt Uitm Kampus Bandaraya Melaka. da hampir 2tahun setengah ak bmastautin kt negeri bersejarah ni. semua kenangan² manis, pahit maung spjg ak stdy kt sini akan sentiasa tpahat jauh d lubuk hati ak. hehe. pasni ak da boleh kerja. boleh kumpul duit, kumpul aset, kumpul boyfriend. opss!! gurau je. 

now, umur ak bukan masa y sesuai lg utk berbopren² bagai ni. da kena cri y steady. chewahhh. hehehe. tp betol la kan ap y ak ckp tu. tp sebelum ak completed my degree ni, ak kena praktikal selama 5bulan mulai dr 1 Ogos (awal puasa tu) sehingga la 16 Disember 2011. now, pasal tmpt praktikal tu ak da xrisau sb akhirnya KDRM aka Kastam Diraja Malaysia, Negeri Sembilan sudi terima ak utk mjalani latihan industri di situ. sebelum ni asyik risau sb xdpt tmpt tp skg da boleh senyum smpai telinga da. ehh. over plak..hehehe. sorry. tp ak xdpt elaun pon prktikal nti. kecian :(

pastu ak nk story sikit pasal aktiviti ak smalam. lepas mkan kt kedai mak cik kt taman rempah kami plan nk g mandi air panas gadek kt alor gajah. tp bila ajak kwn y sorang ni dia xnak join. huhu. terus tbantut semangat y bkobar² tu. taman rempah kt mana??? alaaa y dekat dengan jeti Melaka River Cruise tu. hah, tula tmpt org panggil taman rempah. kenapa org panggil taman rempah? nak kata ad rempah kt situ, x tnampak la pulak. so, smpai sekarang ak pon masih misteri kaitan nama taman rempah dengan tempat y xad rempah tu. hehehehe. 

back to the point oke!!! da malam² kuar pakai sluar tido jela. da malam wat ap nk melaram malam² bagai kn??? xpela. xjd g air panas gadek so, plan  nk round² bandar melaka je. so, lepaking kt dataran MBMB kt ayer keroh. kira smlm tu 1st time  la ak jalan² kt dataran tu. tgh syok² bborak², bgelak ketawa bagai dtg la guard tu suruh kami keluar sb dia ckp masa utk lepak² kt sini da habes. weeee, kan da malu. hehe. almaklum la kami ni suma bukan org melaka dan xtahu pulak ad masa² ttentu je boleh lepak situ. xpela pakcik guard, kami cari tmpt lain la. pastu plan nk lepak kt padang dekat dgn zoo melaka tu tp port macam xbest je. mcm bahaya je. orang pon xramai situ. ermmm. pjalanan dteruskan smpai jmpa mCd. so, lepak je situ. order fries, nugget n air coke je. cukup! niat nk dduk² je bukan nk makan², so wat ap nk order byk. 

masa kami smpai tu tmpt ad lg y ksong. tgh rancak² bborak ni kejap je pusing suma tmpt da penuh sb ad bola mlm tu. MU vs CHEL. mana la kami tahu tmpt tu mmg port mamat² giler bola melepak. so, bila da rmai² tu nk gelak² kena la kontrol sikit kn? malu la kalau pompuan gelak kalahkan pontianak mgilaikn??? ngehngehngeh. oleh kerana gelak kena control, sakit perut tu korang tahu jela. rasa buah pinggang tsepit pon ad jgk. hahahaha. mmg gile la. da sampai tahap kena lepaskan gelak besar, maka dengan itu kami pon undur la diri dr kelompok mamat gile bola tu. 

sasaran seterusnya pantai 1 Malaysia aka pantai Klebang. mmg besttt. org xramai, pasir pon tsgt halus. bestt woooo lepaking kt pantai ni. kena angin pantai malam² mmg best. sejukkkk & nyaman je rasa. wahhh, kalau dtg dating dgn bf time tu smalam mmg lg best..hahahahaha. over plak..hikhikhik. so, kt sna mmg boleh gelak tnpa ad halangan. agak² bantal kt umah tu da panggil bru la terasa nk blik...hehe.selamat smpai umah dlm pkul 5.00am. pasni xtau bila lg nk hang out mcm smlm sb lpas ni masing² da ad tggjawab masing². i will miss that time...

kiri-victim, tgh-planner, kanan-driver
angin malam klebang :0
peace no war :p
again n again :D
cer teka kaki sape ni???

td punya kelas celita pulak. td ad scary presentation BEL422. huhu. group ak num 2. td jgk presentation terakhir ak spjg ak degree ni. pasni xad da presentation dpn lect, depan kwn² suma. huhu. dan ESOK adalah hari  KHAMIS, 14 April 2011 bersamaan 10 Jamadilawal 1432H adalah kuliah terakhir utk semua pelajar semester ni dan terakhir untuk ak spjg ak bgelar pelajar Ijazah Sarjana Muda Jurusan Pengurusan Sumber Manusia kt Uitm Kampus Bandaraya Melaka. huhu. 

so, esok kami bebudak BBHR 5A & B akan pakai baju y sma warna. hehe. budak² kelas ak mmg sempoi. senang d ajak bbincang tp kdg² agak tegar dgn kputusan masing². hope esok akan mninggalkan kenangan y terindah dlm hidup ak spjg ak kt Melaka ni...hehehe. pas ni say gud bye Melaka.....SOBSOBSOB

Monday, April 11

hiiiiiiiiiiiii korang² sume. terimalah kasih sb sudi luangkan masa² berharga korang mbca blog aku y sberapa ni. hehe. da tgk title entry aku pon korang da taw kn aku nk share pasal ap. tambah² korang y pakai spec tu mesti xsabar² nk taw cane kn? sama la mcm ak. 1st nmpk info ni terus xcited sb aku tersangat  nk taw cara y betol utk pnjgaan spec²(satu bbingkai & satu tidak bbingkai) aku ni. hehe. ok la. xnak la aku melalut lg. nti korang jgk y naik bosan an? an? hehe. so, selamat membaca kawan²....:D





1
Jangan tanggalkan cermin mata anda dengan satu tangan. Ia akan menyebabkan cermin mata anda rosak atau pecah. Gunakan kedua-dua belah tangan untuk mengelakkan kerosakan ke atas bingkai dan kanta. Perlakuan yang kasar ketika menanggalkan cermin mata akan menyebabkan keretakan pada kanta atau kerosakan pada komponen besi.

[Perlu ubahh la lepass nih. Hadoiiii]


2
Pegang cermin mata anda dengan cermat semasa membersihkan kanta. Pegang bingkai kanta yang sedang dibersihkan dengan kukuh dan gunakan tisu kanta atau bahan-bahan cucian yang bersesuaian untuk membersihkan kanta dan mengelakkan kerosakan.

[Selalu cuci dengan air paipp jekk.]


3
Jangan biarkan cermin mata anda di dalam kereta yang terdedah kepada sinaran matahari.

[tak ada kereta so, tak alaminye punnn]


4
Kualiti dan warna mata mungkin merosot akibat kekerapan penggunaan. Pada hidung dan benang nilon juga akan kotor dan merosot akibat penggunaan. Hantar cermin mata anda untuk pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk mengenal pasti bahagian-bahagian yang perlu dibaiki.

[selagi tak retak, tak rosakk kekdahnya nak antar kedai]


5
Jangan lap cermin mata anda tanpa membilas kanta dengan air kerana kekotoran yang ada mungkin akan mencalarkan cermin mata anda. Cara yang betul untuk membersihkan cermin mata anda adalah mencuci bingkai dan kanta anda sebanyak mungkin dengan menggunakan sabun dan air suam supaya minyak dan debu dapat dibersihkan

[yes! selalu cuci dengan air paip. dengan air suam belum lagi la. lap cermin tanpa bilas pun slalu. aigoo]


6
Jangan cuba membaiki pulih cermin mata anda kerana ini akan merosakkan bingkai dan memerosotkan kualiti bingkai. Bingkai yang dilaraskan secara salah akan memberi beban berlebihan kepada hidung dan telinga anda dan juga mungkin menyebabkan bingkai dan kanta terjatuh.

[tak pernah baiki sendiri. sebab sekali pecah/retakk cermin memang kena antar ke kedai]


7
Cermin mata tanpa bingkai adalah lebih rapuh berbanding cermin mata berbingkai. Oleh itu, jangan cuba membuka kaki cermin tanpa bingkai terlalu luas atau cuba membentuk semula bentuknya untuk mengelakkan kerosakan ke atas kanta atau reka bentuknya.

[masa belajar dekat sri iskandar dulu. pernah buat. siap Terlanding atas spec lagi. lepa tuh bangun dah retak. hihi]



SUMBER: MAJALAH NUR APRIL 2005


kalau da abes bca ni jgn xapply plak dlm hidup korang. wat penat je korang mbca dr awal smpai abes entry dlm blog ak xseberapa ni. ap² tpulang lah kt diri masing² samada nk ikut ke x tips² ni. ak xrugi ap² pon..hehe

Monday, April 4

salam suma =) 

hehe. minggu ni minggu y paling seronok bg ak, sb ak dpt bkumpul suma adik-beradik y seramai 6 orang tu. ramai ke? boley la jgk. da agak lama ak kami sekeluarga xbkumpul mcm ari tu. dkat2 2thun jgk la. huhu. ak nk citer aktiviti y ak buat time cuti ari tu. sanggup ni skip hi-tea pre-grad semata2 nk blik kg. mmg bbaloi la pgorbanan ak tuuu ;p

view1
view2
ok ak nk cerita aktiviti ak pd hari sabtu. mmandangkan ak tiba dgn selamatnya kt umah ak pd ari sbtu pkul 4.00am so, aktiviti pd ari sabtu bjalan agak lmbat. bukan ad aktiviti riadah bsama kluarga pon, just ak spend masa ak mlawat kebun rambutan & dokong abah ak y tletak d sebelah umah spupu ak merangkap jiran kiri ak. haha. dpt byangkan x????

d'antara adik beradik perempuan, ak ni ak la y kira agak lasak sikit. myb sb ak d dedahkan dgn psekitaran mcm ni msa kecik2 dulu. antara mereka jgk ak la y pling 'teror' panjat pokok. (teror ke) xkira pokok rambutan ke, pkok dokong ke, pokok langsat ke. pokok manggis ke. haha. alaaaa, tkat pokok y byk ranting ngn dahan suma org boley panjat. tp panjat utk dapatkan buahnya y kt hujung dahan hujung pokok tu korang berani ke???haha. itu la ak.

kecik2 dulu ak slalu ikut mak abah ak g bukit. al-maklum la orang kampung y besarkan dgn hasil bbakti pada tanah. tanam pisang, amik petai segala bagai aktiviti y sewaktu dengannya la. tu la aktivit abah ak. ak kagum dengan abah ak. kerja kuat untuk menyara kluarga. insyaAllah, ak akan balas segala jasa dan penat lelah mu itu.huhu. ttibe melalut plak.

rambutan dr kebun abah aku :D

ok, back the point. ak g kebun rambutan utk kait buah y da masak (mmg la buah y da masak kita kait xkan nk kait y muda) syg rezeki utk mkan buah moktan(panggilan org kg) xad sb sepokok ja y bbuah. ak pun kait la tp syg galah xsmpai pulak nk kait. pokok pulak ad kerangga. huhu. so,ak decide utk cantas dahan y ad buah, nti naik dahan baru y lg rendah, lg sihat.

nmpk x org atas pokok tu????

hehe. mak ak angguk je ak pon panjat sikit la kt dahan y xad kerangga utk cri port baik nk landing. ingt main tangakp muat je ke kt panjat. da selamat pokok rambutan abah ak  cantas. hehehe. nasib la pokok, sb y lain suma xbbuah, ko je y baik hati, os ko y la mjdi mangsa kerakusan ak..huahua. tp kn, nasib pokok tepi umah tu ad jgk bbuah w/pun sikit. ni la untungnya dduk kg, kiri kanan dkeliling pokok buah2. selain hati tenang, perut pon kenyang..hehe


keretapi melintas
adik & kazen ak :)
ok, part aktiviti  pg ak ngn mak ak da setel. blik umah melayan pulak karenah anak2 buah ak. riuh umah. bila bkumpul rmai2 mcm sempit plak umah. lau xad org rasa mcm besar sgt umah. huhu. nti nk suruh abah tmbah bilik ngn bilik air. huhu. tp kena tunggu ak keja dulu la...=)..

belah petang tu pulak ak ajak mak ak g bukit durian abah ak. da lama sgt x g. dekat 3thun jgk la. rindu nk tgk pemandangan dr atas bukit. g sana ikut jalan bukit y lori balak guna. byangkan kecerunan & kebecakkan jalan. pergggghhhh..mmg mencabar, nasib mak ak y bwk motor. hehe. ak nk bawak tp mak ak xharap ak bwk dia..erm..so, ak dduk la diam2 kt belakang tuuuu. 

licin & becak=mencabar
y kecik tu mak ak kna jalan sb xlepas naik bukit

habes motor

kan ak ckp jalan becak
jalan balak
haha. pjalan g agak mcabar sb ad incident motor tsangkut kt becak, ak jgk y kena turun tolak motor. haha. naik bukit xlepas, ak jgk y kena tolak motor y mak ak bawak ngn adik ak bwk. huhs, mmg penat tp bestttt sgt. niat d hati nk g amik buah dokong & langsat tp syg buah dokong xbapa nk masak sgt. so, g saja2 jela ptg tu. da abes suma round2 kebun jmpa plak buah durian baru gugur. segar dr ladang.


durian segar dr kebun :)
semangat ak ni

adik2 ak..siti(y kecik) wa(y besar)

masuk ari ke2 ak pergi lg bukit durian. hehe. kali ni ak, adik2 ak, wa ngn siti, akak sulung ak ngn abg ipar ak pulak y g. panjat pokok dokong, lokasi kali ni agak kt puncak bukit. tpksa mendaki bukit. ak pimpin tangan anak buah ak, adam. mama dia xlarat nk bwk. hahaha. sb nk bwk diri pon semput dia ckp. nasib la ak ni xkesah..ak sayang kt anak2 buah ak.

well, bab panjat pokok mmg ak suka. mula2 abg ipar ak y panjat tp dia fail. xberani katanya. so, ak la y amik alih tugas dia. hehe. dia da ikut abah ak cri buah durian. then, masa syok2 amik buah tu adam boley pulak ckp ''mak teh, mak teh jgn bunuh diri, adik takut tgk mak teh panjat tinggi sangat.''..mmg kelaka la adam ni.

lg satu dia boleh pulak panggil 'pacat' tu ulat hantu..haha. sb pacat kan hisap darah, konon mcm hantu la y hisab darah..haha. masing2 da penat kt bukit tiba la masa utk balik umahhhhh...

Friday, April 1


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


Thursday, March 31






perghhh syaitan nirrajim sungguh lah dia ni. aku rasa ni bukan muka dia kot. kalau betul pon muka dia, tak tahu lah kan. serious macam haram. tah pape lah dia fikir agaknya.aku tengok dia punya komen dah macam Malaysian VS Indonesians dah. takyah lah nak salahkan Indonesians. dia ni je yang mereng sikit. orang lain tak ada hal pon. tapi agak kwanghajar jugak ah dia ni. suka hati up status macam tu. even dia bukan Islam pon, respect lah sikit


sumber; http://cikepal06.blogspot.com

malu itu perisai orang beriman :)
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda, 
"Terdapat 99 bahagian tarikan wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadith Riwayat Bauhaqi)
Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita kerana mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk wanita. Tetapi kalau tidak malu? Pedulikan apa orang kata, orang tengok, tak kisah kalau laki yang kacau atau usik, bahkan mereka merasa senang, seronok apabila dalam keadaan sebegitu.
Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari, Rasullulah s.a.w telah bersabda, "Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu." Ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu ini adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji.

Tetapi, kebanyakkan wanita hari ini sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Ini maknanya, kuranglah iman di dada mereka. Jelas, mereka tak takut kepada Allah, tak gerun pada Neraka, tak cintakan syurga Allah. Langsung tak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka nanti. Apabila kurang iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Lihatlah sekeliling. Huraikannya sendiri.

Wanita sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, tetapi, menjadi serendah-rendahnya sebab sifat malu tak berfungsi sepenuhnya. Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Akan terhindarlah gejala buruk yang selalu menimpa kaum wanita. 

Dari filem Aku Masih Dara :-
"Seorang wanita mempunyai 9 darjah keaiban iaitu malu. Bila kesemuanya darjah keaiban itu hilang dalam diri seorang wanita maka rosaklah akhlaknya. Berlakunya maksiat dan perzinaan dan itu semua adalah dosa-dosa besar. Bila adanya dosa-dosa besar, susah untuk kita mendapat ketenangan dalam diri. Sementara lelaki pula mempunyai 1 darjah keaiban. Sebab itulah lelaki ini suka mendesak, merayu, menzalimi wanita dan mempergunakan wanita"
 
Bagaimanakah manusia sesat dari Manhaj Islamiyah? Mereka tak faham asas kaedah untuk memahami Quran dan Sunnah. Berpegang kepada Quran dan Sunnah pun tak cukup untuk kembali kepada Islam yang asal kecuali dengan kaedah kefahaman Quran dan Sunnah seperti yang difahami dan diamal oleh Rasulullah, Sahabat dan para Ummah Salafus Soleh. Mereka dijamin Salafnya oleh Allah dan Rasulullah s.a.w. Namun berapakah yang ikut?

Tuesday, March 29

50% lelaki kat Mesia ni da bkahwin/bakal bkahwin sb mereka mgkin da btunang/bpunya. lg 30% gay, dan y lg 10% tu hampeh..x boley djadikan suami. maknanya kita orang y masih single ni tpaksa bsaing & berebut utk dptkan lelaki y 10% tu aje. hai, kenapa la lelaki skg ni rmai sgt y da jd gay & pondan. nk cari y 10% tu sikit punya susah, mcm nk cri emas tau x?...antara dialoq² y menarik dlm novel y bru abes d baca..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...