BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, April 11

hiiiiiiiiiiiii korang² sume. terimalah kasih sb sudi luangkan masa² berharga korang mbca blog aku y sberapa ni. hehe. da tgk title entry aku pon korang da taw kn aku nk share pasal ap. tambah² korang y pakai spec tu mesti xsabar² nk taw cane kn? sama la mcm ak. 1st nmpk info ni terus xcited sb aku tersangat  nk taw cara y betol utk pnjgaan spec²(satu bbingkai & satu tidak bbingkai) aku ni. hehe. ok la. xnak la aku melalut lg. nti korang jgk y naik bosan an? an? hehe. so, selamat membaca kawan²....:D





1
Jangan tanggalkan cermin mata anda dengan satu tangan. Ia akan menyebabkan cermin mata anda rosak atau pecah. Gunakan kedua-dua belah tangan untuk mengelakkan kerosakan ke atas bingkai dan kanta. Perlakuan yang kasar ketika menanggalkan cermin mata akan menyebabkan keretakan pada kanta atau kerosakan pada komponen besi.

[Perlu ubahh la lepass nih. Hadoiiii]


2
Pegang cermin mata anda dengan cermat semasa membersihkan kanta. Pegang bingkai kanta yang sedang dibersihkan dengan kukuh dan gunakan tisu kanta atau bahan-bahan cucian yang bersesuaian untuk membersihkan kanta dan mengelakkan kerosakan.

[Selalu cuci dengan air paipp jekk.]


3
Jangan biarkan cermin mata anda di dalam kereta yang terdedah kepada sinaran matahari.

[tak ada kereta so, tak alaminye punnn]


4
Kualiti dan warna mata mungkin merosot akibat kekerapan penggunaan. Pada hidung dan benang nilon juga akan kotor dan merosot akibat penggunaan. Hantar cermin mata anda untuk pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk mengenal pasti bahagian-bahagian yang perlu dibaiki.

[selagi tak retak, tak rosakk kekdahnya nak antar kedai]


5
Jangan lap cermin mata anda tanpa membilas kanta dengan air kerana kekotoran yang ada mungkin akan mencalarkan cermin mata anda. Cara yang betul untuk membersihkan cermin mata anda adalah mencuci bingkai dan kanta anda sebanyak mungkin dengan menggunakan sabun dan air suam supaya minyak dan debu dapat dibersihkan

[yes! selalu cuci dengan air paip. dengan air suam belum lagi la. lap cermin tanpa bilas pun slalu. aigoo]


6
Jangan cuba membaiki pulih cermin mata anda kerana ini akan merosakkan bingkai dan memerosotkan kualiti bingkai. Bingkai yang dilaraskan secara salah akan memberi beban berlebihan kepada hidung dan telinga anda dan juga mungkin menyebabkan bingkai dan kanta terjatuh.

[tak pernah baiki sendiri. sebab sekali pecah/retakk cermin memang kena antar ke kedai]


7
Cermin mata tanpa bingkai adalah lebih rapuh berbanding cermin mata berbingkai. Oleh itu, jangan cuba membuka kaki cermin tanpa bingkai terlalu luas atau cuba membentuk semula bentuknya untuk mengelakkan kerosakan ke atas kanta atau reka bentuknya.

[masa belajar dekat sri iskandar dulu. pernah buat. siap Terlanding atas spec lagi. lepa tuh bangun dah retak. hihi]



SUMBER: MAJALAH NUR APRIL 2005


kalau da abes bca ni jgn xapply plak dlm hidup korang. wat penat je korang mbca dr awal smpai abes entry dlm blog ak xseberapa ni. ap² tpulang lah kt diri masing² samada nk ikut ke x tips² ni. ak xrugi ap² pon..hehe

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...