BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, November 14


warga KPSM yang sangat best & sporting. sayang nak tinggalkan depa semua ni ;((

saat entri ini ditulis perasaan aku terasa berat sangat nak tinggalkan tempat ni. tempat yang aku datang dan pergi dalam tempoh selama doploh minggu. kini tiba saat aku untuk undurkan diri. huhu. biarpon hati aku sebak & sedih suka atau tak aku kena jugak melangkah pergi. seperti pepatah "setiap pertemuan ada perpisahan". empat julai adalah tarikh pertemuan kita bersama dan hari ini empatblas novembar adalah hari perpisahan kita semua.

kepada semua warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan, khususnya Jabatan Kewangan Dan Pengurusan Sumber Manusia, saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih tidak terhingga di atas layanan dan teguran dan persahabatan yang terjalin antara kita. susah untuk saya ucapkan dengan kata-kata perasaan saya tika dan saat ini. apa yang saya boleh cakapkan sepanjang saya berada di sini saya sangat sangat dan sangat enjoy dan happy dengan akak-akak dan pegawai-pegawai di sini.... 

terima kasih sekali lagi untuk warga KPSM atas makan pagi kita setiap hari dekat pantry belakang tu. setiap hari tak pernah miss untuk makan-makan dengan warga KPSM ni. rezeki saya dekat KPSM murah je. tiap minggu boleh cakap ada je makan free. walaupon dapat makan free hari-hari badan saya ni tak jugak besar-besar kan? hehe *lepas ni akan rindu nak makan nasi goreng yang kak sham masak. air nescafe yang akak-akak bancuh, roti canai taman mawar suma tuh ;(

entah bila lagi kita dapat bertemu kan? tak pe, saya kawen nanti saya jemput depa ni semua. hope ada jugak wakil dari KPSM datang kenduri saya nanti. kihkih.

*stop typing sambil lap air mata

air mata perpisahan :((


walaupon depa tak baca blog aku ni tapi aku nak jugak luahkan perasaan aku kat depa. sungguh aku cakap, saat-saat yang aku dapat dekat sini takkan aku dapat lalui pada masa depan. bermasam muka, gelak ketawa dengan depa semua kat sini aku akan ingat selagi aku belum nyanyuk ;((

sebak hati aku sekarang ni taw. huhu. tak moh tulis panjang-panjang sebab airmata aku pon panjang jugak kalo menaip nih...huaaaaahuaaaa

akhir kata aku doakan agar depa semua dekat KPSM ni akan terus berjaya dan berjaya....

cenderahati yang saya bagi tu tak dapat saya nak bayar dengan layanan mesra selama saya di sini. huhu

lebih kurang cenggini la aku bagi kat depa.
ni google je


*kenangan semusim seabad terasa....




kakak-kakak semua jangan sedih ye dengar lagu macam ni. biar saya sorang je yang sedih. saya sedih sorang-sorang tak ada orang taw, kalo akak-akak semua sedih nanti kpsm suram pulak ;D

lagu ini saya abadikan untuk warga KPSM JKDM NS :))



Wednesday, November 9

mana slogan Tegas, Adil dan Berkhemah???

Saturday, November 5

hahahaha. sebelom aku mulakan entri nih aku gelak dulu sebab bagi aku benda nih memang kelakar...

alkisah bermula.....

jeng..jengjengggggggggggggggg...

dalam pukul sembilansetengah tadi aku bawak mak aku g umah tok aku. tak jauh sangat pon atas sikit je dari kampung aku. tapi kalo jalan kaki tu sejamdua jugak la..

g umah tok aku tadi tu ada sebab. atas alasan mak aku nak bagi beras pulut & nyor (kelapa)*orang utara punya sleng untuk tok aku buat lemang esok pagi. esok kan dah nak raya. mak aku tak berkesempatan nak buat kali ni sebab dia nak uruskan hal kenduri kendara. kira mak aku jadi runner la untuk majlis nanti. hehe. assistant mak aku opkos la abah aku. dia jadi drebar mak aku. hehehe

aku sambung balik cerita pasal tadi. nak dijadikan cerita, aku g umah tok aku tu naik motor LC. tahu jela raga motor LC camno rupa dia. halus, slim bebenor. nak letak barang tu kedekut ruang nak mati. aku yang memang buat-buat tak reti & buat-buat tak paham tu dengan selamber je g letak buah nyor enam ekor dalam raga motor tu. ni nyor yang dah kupas la. bukan sedebuk dengan sabut segala tu oke !

sepanjang perjalanan tu oke je la nyor aku tu beradu dalam raga motor tup-tup elok da dekat nak sampai umah tok aku ada sekor nyor dalam raga tu boleh pulak melompat keluar dari raga. tindakan spontan aku bila tengok nyor tu keluar, kaki aku ni otomatik aku angkat bagi laluan dekat nyor tu. haha. melurut cantik je ikut kaki aku. konon jatuh nanti tak ada la pecah kan. paling kuat pon retak...

aku dengan penuh yakinnya pusing la balik untuk kutip balik nyor tu dengan harapan boleh diselamatkan lagi. aikk, pusing je aku tengok tak ada pon bayang dan rupa benda alah tu. tak pe. aku pusing lagi sekali tup-tup mak aku cakap "tu kin, dah tinggal separuh je. yang lain tak nampak pon." aku pon dengan selamber je cakap. "tak ada rezeki nyor tu nak buat lemang." perjalanan aku pon diteruskan dengan kelajuan dikurangkan dan pemanduan yang selamat & berkhemah kali ni untuk mengelak kejadian yang sama berulang lagi...


gini la rupa nyor yang aku bawak tadi tu. masuk enam ekor sampai destinasi dia tinggal 5.terkorban sebelum dikorbankan


elok dah sampai umah tok aku tu mak aku pon serah la beras pulut untuk buat lemang besok. mak ndak aku pon tanya la ''beras pulut kelantan ke apa nih?''. aku pon tolong la jawab bagi pihak mak aku "ntah la mak ndak, abah yang beli nih. beras pulut biasa ke luar biasa nih tak pasti pulak". sambil tu aku pon bukak la plastik beg tu nak bagi mak ndak aku tengok. tup-tup bukan beras pulut yang aku nampak tapi gula dalam plastik tu. ak pon cakap kat mak aku "mak, beras pulut dah bertukar jadi gula la." aku pon melepaskan hilai tawa aku. kahkahkah. apa lagi satu rumah bantai gelak. dari sejuk kena angin malam terus hilang sebab beras pulut jadi gula. hahaha

rupa beras pulut yang sebenar..


rupa "beras pulut" jadian mak aku tadi..hahaha

tak apa la. esok pepagi aku tolong hantarkan beras pulut yang sebenar-benarnya beras pulut ke rumah tok aku. hehehehe.

lepas tuh aku pon cakap dekat mak aku lain kali nak ambik barang tengok dulu isi kandungan dalam tu. jangan main rembat je macam tadi. pesanan ni pon untuk anda, anda dan anda jugak k....

sekian.. terima kasih kepada semua pembaca senyap & pengikut blog anakabah86.blogspot.com ni. lebiu ganda-ganda lah..hehehe



Thursday, November 3

alamakkk. dah dap dip dup dah jantung aku nih. tinggal bapa hari je lagi aku berstatus single ni. lepas dari tujuh haribulan ni aku dah jadi tunangan orang pulak. 

so far, persiapan baru 70%. tema pilihan aku sure la feberet kaler aku. BIRU. tapi bukan biru laut ye, bukan biru nila, dan juga bukan biru tuamuda tapi biru turqouise cum white. macam mana rupa biru turqouise? cer mintak tolong incik google tengok !

simple je aku buat hantaran aku tuh. nanti aku upload k. nak buat gempak tak sesuai pulak dengan status kewangan aku sekarang nih. almaklom lah, aku ni pelajar sekolah 16 tingkat dekat Melaka tu lagi. kang buat gempak bagai kang tak cukup ongkos pulak. ni pon dah terasa macam dah rabak dah nih. kang balik Seremban karang aku kena kokak dinding kalau lapar. habis duit punya pasal. huhuhu

hehe. ok lah. sesaja menyibuk tulis entri ni padahal keje kat luar tuh dah lama menanti untuk disiapkan. nantikan entri pasal E-Day aku okeh. lepas nih myb blog aku ni tak berupdate untuk beberapa hari di atas kesulitan & kegawatan yang dialami. ececece. sulit & gawat la sangat kan? hehehe

doakan majlis aku Isnin nanti berjalan dengan lancar & sempurna ok. 

lebiuuu sesangat pengikut & pembaca senyap blog Mizs Nrsyikin ni. sebelum aku lupa HEPI RAYA KORBAN :)...lalalala nak sambung buat buah strawberi pulak...




Monday, October 31

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam




sumber dari facebook then copy and paste :)

31-10-2011. tujuh hari dari tarikh ni akan berlangsungnya E-day aku. ye ! e-day aku. mesti angpa tak percaya kan? yela, aku yang tak ada boypren nih tap tip tup nak bertunang kn? mungkin betol la. ini yang di namakan jodoh. jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. kita hanya merancang, tetapi Dia yang menentukan. nak kenal gerangan bakal si tunang aku? hehe. wait n see k. kalo aku rajin nanti & kemudian hari, nanti aku wat entri pasal e-day aku tu tuh...

31-10-2011. duabelas hari dari tarikh ni umur aku akan mencapai 25tahun. ye ! 25 tahun. nape? tak percaya ye? kihkih. haha. bagi kebanyakan orang yang nampak aku macam umur 20-22 tahun tu anda semua tertipu dengan wajah ak babyphase ni..muahahaha...

31-10-2011. empatbelas hari dari tarikh ni aku akan mengakhiri status aku sebagai Pelajar Praktikal di Wisma Kastam Negeri Sembilan. ermm. selama hampir lima bulan aku praktikal situ banyak kenangan manis & pahit. haruslah kenangan manis lagi banyakkkk dari kenangan pahit. mengenali akak-akak kat situ yang kebanyakan memang 'sengal' membuatkan aku berat hati nak tamatkan praktikal ni :( akan ku merindui kalian semua taw :P

kesimpulan dari penerangan di atas, adalah dengan ini menunjukkan bahawa pada bulan sebelasTAHUNduaribusebelas, banyak perkara-perkara penting yang berlaku dalam hidup aku. harapan aku jugak harap-harap tahun bertuah ni jugak aku akan dapat keje. bukan keje partime ok tapi keje kerajaan. excited aku nak join sebagai pekerja di jabatan kerajaan terutamanya dalam badan beruniform :)

tu je aku nak merepek pada jam & ketika ini. sekian :) 


Thursday, October 27

………(¯`v´¯)
………..`•.¸.•´ ~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ”COUPLE” ♥ ~
………(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
……… /█\ ♥/█\
…❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*° •✫❤

(`’•.¸ “Habis nnt macam mana nak cari isteri?”
bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~

(`’•.¸ “Bukan kita kena USAHA ke?”
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`’•.¸ “Nanti kena REJECT macam mana?”
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`’•.¸ “Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?”
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`’•.¸ “Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk.”
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.
Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal~
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang~ I have DONE my job~
nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`’•.¸ “Mak & ayah restu lah.”
Memanglah mak & ayah restu~
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri~
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`’•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengukut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`’•.¸ fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
fikir-fikirkan lah~



copy paste dari mukabuku je ♥

❝ If u are a LADY ,

Take care of your BODY, 

Don't ever make a BABY, 

Without a DADDY ❞

Wednesday, October 26




fokus hanya pada Step 4. Select the color and the background color. masa dekat step ni korang just betolkan dekat bahagian yang bertanda tu je. nak tahu seterusnya korang baca sampai habes k...


rupa asal korang akan nampak masa sampai STEP 4.


korang tengok dekat Click to change the background color ada #FFFFFF tu kan? korang double click ke triple click kat situ sampai korang dapat macam yang saya da merahkan tu macam gambar bawah ni..


setelah korang betolkan dengan jayanya beginilah ghupernye nanti..hehe


tadi ada #FFFFFF kan? sekarang dah tak ada #FFFFFF dah kan? kalo dah xada tu kira menjadi la signature korang nanti tu. hehehe.

kira lepas korang da generate segala bagai code tu macam dalam gambar kat bawah ni...




korang follow pulak step ni...

korang copy code yang telah diberi

pergi ke blog korang

pergi ke dashboard---> setting---> formatting
scroll sampai bawah. agak-agak da tak boleh scroll tu korang usha kat bawah tu ada ruang Post Template

paste code tadi tu dekat situ. before tu korang clearkan dulu. kalau kat situ ada apa-apa laaa..

lepas tu save setting.

selamat mencuba untuk korang ye :)

kalau ada yang belum dapat lagi just tinggalkan link dekat shoutmix dekat blog sy. nanti sy akan follow up terus ke blog anda ! *sorry la ayat saya agak kucar kacir sepertimana hidup MizsNrsyikin sendiri yang kucar kacir..hehehehe




sekiranya cerita zaman tok nenek kita dulu betul, bertunang tidak semestinya perkara yang menggembirakan, malah mungkin sesuatu yang menyedihkan bagi anak dara dulu-dulu. sebab?

gambar yang tiada kaitan dengan entri ini. sekadar hiasan sebab dia comey macam saya :D *boleh tak


sebabnya, kebanyakan gadis sunti pada zaman depa dulu bertunang - kemudian berkahwin - bukan atas dasar cinta sama cinta, tetapi kerana dipaksa oleh orang tua. tanpa terlebih dahulu berbincang dengan empunya tubuh, tahu-tahu datang rombongan merisik dari pihak lelaki.
setelah rombongan pulang dan selepas makan malam barulah si dara diberitahu "Kamu tau tak yang datang siang tadi ialah rombongan dari Kampung Ulu. depa tu berkenan pada kamu, dan kami dah setuju nak tunangkan kamu dengan Mamat."
Mamat? tentu aje si gadis terkejut badak, silap-silap boleh tersedak lalu pengsan ataupun buat-buat pengsan. sebab, dia tak tahu siapakah jejaka yang dinyatakan itu. tidak pernah kenal, tidak pernah dengar pon cerita mengenai anak teruna Kampung Ulu.
itulah pertama kali dia mendengar nama itu ! dan tentu sekali si dara tidak ada hak untuk bertanya, siapa si Mamat? Adakah dia doktor, saudagar kain sutera atau si dia koperal polis? adakah dia kacak seperti Hang Tuah atau Badang atau mungkinkah kurus melidi seperti cicak kobeng?

tidak kira apa sahaja profession si teruna dan betapa rupa paras dan bentuk tubuhnya, si dara hanya ada satu pilihan iaitu TERIMA ! menolak bererti menderhaka pada orang tua. kalau nasib tidak baik boleh diusir dari rumah dan boleh dinyahkan dari keluarga.
memang ngeri! tanpa kata, tanpa bicara dan tiada langsung peluang membela diri. semuanya ditentukan oleh orang tua. betul-betul macam babak sedih dalam bangsawan. tetapi itulah hakikat yang mesti diterima oleh kebanyakan anak gadis sezaman dengan mak dan tok wan kita dulu.
berbeza betul dengan orang zaman sekarang. bertunang kini bukan keputusan orang tua, sebaliknya hak mutlak individu. pasangan hidup tidak ditentukan oleh ayah dan ibu tetapi dipilh sendiri oleh teruna atau dara. hanya setelah teruna dan dara sepakat barulah orang tua diberitahu untuk masuk meminang.
betol terbalik kot; dulu-dulu orang tua berpakat sama sendiri, masuk meminang dulu baru gadis diberitahu. hari ini teruna dan dara berbincang sesama sendiri, sudah sama-sama rasa 'ngam', baru orang tua diberitahu. dulu-dulu anak gadis takut pilihan orang tua, hari ini orang tua pula berdebar siapa yang dipilih oleh anak gadisnya.

zaman tok nenek anak dulu teruna dan dara sunti tidak kenal antara satu dengan lain ketika ditunangkan. hari ini Uda dan Dara sudah mengenali hati budi masing-masing sebelum bertunang. dunia lebih terbuka, sistem nilai sudah jauhhh berubah dan anak gadis sekarang tidak lagi tertutup minda seperti tok nenek kita. sekarang semua sudah terbuka. semua terbuka.

mereka berkenalan ketika mula masuk kolej atau U. sama-sama ke kafe, berdua-duaan ke perpustakaan, selalu beriringan ke dewan kuliah, lama-lama cinta pon berputik. pada hari konvokensyenn sama-sama menyatakan hasrat hati ayat keramat 'i lap u' 'u lap i?'.

zaman sekarang ibubapa pula tiada pilihan, mesti terima ! kalau tidak terima pilihan anak gadis, bimbang pula tidak laku kahwin. dulu-dulu anak gadis yang tidak mahu menerima pinangan si Mamat akan dinyahkan dari keluarga. sekarang jika ibu bapa tidak setuju dan menolak pinangan si Leman, anak gadis pula akan lari dari rumah.

oleh sebab cinta sudah termetrai sebelum rombongan meminang datang, sekiranya pinangan tidak diterima, si dara mungkin mengambil tindakan nekad: lari bersama kekasih dan kahwin tanpa bertunang. nasi lemak buah bidara, sayang selasih saya lurutkan...demikianlah !

tidak kira anak Tok ketua, anak tok siak atau anak polis pencen, bertunang dulu-dulu hantaranya amat sederhana. setelah mengunyah sireh dan saling berbalas pantun, anak gadis akan menerima cincin pertunangan atau cincin tanda.

sekali cincin belah rotan itu tersarung di jari, si gadis sudah seperti dikunci mati. suka atau tidak, tunggulah si Mamat pada malam pengantin nanti. masa itu untuk berjumpa tunang pon susah sekali. kedua orang tua mengawal ketat teruna dan dara.

kalau hendak jumpa pon tidak boleh secara empat mata, mesti ada pengiring. teruna dan dara selalu diingatkan "Jangan jumpa lama-lama, sebab orang bertunang berdarah manis!"

banyak pula pantang larang sepanjang tempoh pertunangan. Dara tidak boleh keluar rumah, sebab takut timbul fitnah. tidak boleh menjerit dan melalak tidak tentu pasal, takut nanti dikatakan sewel gila hendak kahwin. brjalan pun kena hati-hati takut selaput dara robek. tidur tidak boleh menonggeng, takut perut masuk angin. juga tak boleh terlentang, takut dihempap jin.

orang sekarang tak ada pantang-larang. hanya pantang jumpa je. juga tidak ada masalah langsung untuk berjumpa. bukan sahaja bebas berjumpa secara empat mata, enam dan lapan mata malah boleh pula menonton, makan pizaa menyedut minuman berkongsi gelas dan straw berkelah dan berenang di pantai, menari di parti melompat di disko malah boleh sama-sama berkhemah di dalam hutan.

bagaikan tidak ada siapa yng berkuasa menghalang, pertunangan hari ini dijadikan lesen untuk teruna dan dara keluar ke mana sahaja, bila-bila masa. kalau ada yang cuba menengur, mudah sahaja dijawab "kita orang sudah bertunang, tak kan tidak boleh keluar!"

oleh sebab sukar berjumpa waktu bertunang, pasangan dulu-dulu menunggu malam pngantin penuh debaran. sebaik sahaja diijabkabul, kedua pengantin lelaki dan prempuan berdegup-degap setiap saat. bagaimana hendak membuka kata ketika di kamar tidur nanti? bagaimana rupas si Mamat? aduhai !

arakian, konon ada pengantin perempuan yang menjerit di malam pertama setelah si Mamat berbulu lebat di dada. ada juga kes sepanjang malam mempelai tidak tidur sebab berkejar-kejar keliling katil. puas Mamat merayu, Timah masih tidak bersetuju.

bagaimana pun sekali persetujuan dicapai, dan perkahwinan sebenar termetrai, mereka terus berkongsi hidup tnapa diganggu gugat. walaupun bertemu hanya di malam pengantin, cinta yang tumbuh kemudian itu lebih kekal, tulus lagi mulus.

ada pun yang seudah bercinta sakan sebelum bertunang, dan saling mengenali dan memahami sebbelum kahwin, tidak semestinya kekal. banyal pasangan sekarang tidak lama bertahan. agaknya mereka tidak tulus dan hanya bersifat fulus. sebba itu ada yang bercerai ketika inai masih melekat di jari !



Tuesday, October 25


Saat tubuh segar bugar,
Dihiasi busana berkilauan,
Jejaka menatap, bergetar keimanan,
Walau gaya potongan menidakkan suruhan TUHAN,
Dek mengikut tema dan kesesuaian zaman,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Saat mata melihat,tidak buta,
Dipandang, memandang kecantikan ‘taman larangan’,
Putih gebu, hitam manis, melonjak keghairahan,
‘Si ikan ada didepan si kucing jantan’,
Peluang keemasan, jangan disiakan,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Saat telinga mendengar, tidak tuli,
Suara manja menggoncang iman,’ halwa’ pendengaran,
Berita sensasi, gossip terkini,
Alunan cinta nafsu, membuai keasyikan,
Sekadar berhibur penawar kepenatan,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Saat mulut berbicara, tidak bisu,
Patah kata umpat-umpatan,
Bicara kesat, membuak kemarahan,
Biar luahan sangat melukakan,
Asal diri puas menuturkan,
Tercapai hasrat, maksud dan tujuan,
Konon perbincangan berpaksi kebenaran,
Sedangkan semua itu hanya alasan!

Beringatlah wahai tubuh yang segar bugar,
Beringatlah mata yang tidak buta,
Beringatlah telinga yang tidak tuli,
Beringatlah mulut yang tidak bisu,
ALLAH SWT tidak pernah lalai menyaksikan,
Malaikat di kiri kanan setia mencatat amalan,
Bertaubatlah, pohon keampunan.

Jangan menunggu mata rapat terpejam,
Telinga pekak, tidak mampu mendengar,
Mulut terkatup rapat, tidak sepatah terluah,
Tubuh segar, kaku di pembaringan,
Ketika itu, tiada guna penyesalan,
Kelak 'alasan' makan tuan!





Wednesday, October 19


tadi aku dah nak tido konon nak kurangkan sakit kepala aku ni. tup tup masa last view facebook tadi ada satu wall picture ni yang menarik minat aku. aku pon ignore jela denyutan dekat kepala aku ni semata mata nak kongsi info dengan pembaca blog aku. kalo aku tido pon confirm tak lelap lagi. baik aku update blog aku. hehehe....


aku rasa angpa suma mesti ada tengok video yang budak dua tahun kena gilis dengan lori tu kan? hah? time tengok tu mesti kita pelik apapasal la depa ni tak reti nak g tolong budak tu. suma  yang lalu kat situ semua buat tak tahu je. aku sendiri tengok aku siap maki maki depa tu. kejadahnya depa tuh. budak kena langgar depan mata pasal apa depa tak tolong. buta ke hapa?

antara respond orang Malaysia yang tengok video tu. masih ada nilai moral rakyat Malaysia...


bagi depa yang tak tengok la video pasal budak tu kena langgar ini pulak video dia...






Chinese child got hit by car twice in China. 18 people ignoring it!...

WHY?


WHY?


WHY?


JOM KITA BACA JOM !!!


"Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.


Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, sila jangan tolong..

Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...

Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh... Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya... Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu..

Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?

Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu
dengan harapan budak tu akan mati.

Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...



Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni...

JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri... Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku...


Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.


"Copy n Paste From Blog"









notakaki: apabila manusia semakin hilang sifat moral dalam diri masing masing



kepala berdenyut denyut. sakit kepala tahap nak tarik rambut konon untuk kurangkan sakit tu. tapi berkesan ke cara tu? kang tarik rambut bagai ni, sakit kepala tak hilang tapi rambut pulak yang hilang. itu dah jadi kes lain. 


sakit kepala aku dah dua hari menyerang. semalam okey lagi. tapi hari makin terasa sangat. kepala sebelah kanan yang buat hal sekarang nih. kadang kadang sakit tu diam je tapi kadang kadang dia 'tangkap' urat dekat kepala nih. time tu sabor jela. aku pon tak tahu apa kes dengan kepala aku ni. sapa yang pernah sakit kepala macam aku ni depa tahu la apa rasa dia..


untuk menghilangkan tandatanya tu aku pon google la tadi. banyak info yang aku dapat dari hasil google aku nih. tapi aku nak share yang satu ni. silalah baca ye !


Rasa sakit kepala boleh dialami oleh sesiapa saja tanpa mengira usia ataupun waktu. Kadangkala, anda sendiri tak pasti apakah punca sebenarnya. Alih-alih jer kepala ni terasa pening. Nak kata lapar, tak jugak. Baru jer lepas menjamu selera tadi. :)

gambar penghidap sakit kepala
Gambar penghidap sakit kepala - www.healthplusclinics.com


Menurut apa yang saya faham, sakit kepala ni berpunca dari sel-sel saraf dalam badan anda. Kepala anda terasa sakit apabila sel saraf ini dibangkitkan dan berlaku kerosakan pada tisu. Rasa sakit akan bertambah teruk jika semakin banyak tisu yang rosak.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan sakit kepala anda perlulah menghindari 7 punca utamanya seperti berikut:

1. Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.

2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.

3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.

4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.

5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.

6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.

7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.

Akhir sekali, sekiranya terlalu kerap mengalami sakit kepala kemungkinan besar ia adalah tanda anda mengalami barah otak. Pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sebelum terlambat.


sumber: petuasejagat.blogspot.com



dari info di atas aku merumuskan sakit kepala aku ni mungkin berpunca dari nombor tiga tu. ini adalah kerana minggu lepas aku ada check mata then power yang terbaru tu tinggi dari power spec aku sekarang nih. yang menguatkan lagi firasat aku adalah kerana sedang elok aku pakai spec ada tika dan masanya penglihatan aku kabur. haha. so, dari situ wujud relationship yang menguatkan lagi hujah aku nih. hehe. betul x?


erm..ni mesti nak suruh aku buat cermin baru ler teww kan ! awal bulan sembilan aritu aku baru je tukar cermin taw. takkan nak tukar lagi. rabak la duit aku nih. waaaa :(


apa apa pon aku dah nekad maybe next week aku nak check up. yela. takut jugak asik sangat sakit kepala nih. aku ni pon mengikut saranan sumber petuasejagat tu. jumpa doktor sebelum terlambat. hope everything will be okey. please pray for me ya..






notakaki: ataupon sakit kepala yang disebabkan terlebih tido.muahahaha




Monday, October 17




kebosanan adalah reason utama aku menaip entry nih. sedang elok benor ushar mukabuku keluar pulak status baru dari OH ! Bulan. apa lagi, dah memang aku tengah tak ada kerja cepat je aku klik link kat situ. tajuk dia pon macam best ! "Matsumoto Jun Lelaki Terseksi Di Jepun, Takuya Kimura Hanya Tempat Ke-4!"


siapa mamat tu? aku tak kenal pon dia. tapi mungkin dia kenal aku.*perasaan sekejapan muahaha. jom usha sampai lebam jom. dari yang terseksi sampai yang tak terseksi kita usha sama sama jom...


mula...


x
x
x
x
x
x
x
x
x


tadaaaaa....

1. Matsumoto Jun

2. Yamashita Tomohisa

3. Akanishi Jin

4. Kimura Takuya

5. Ikuta Toma

6. Sakurai Sho

7. Kamenashi Kazuya

8. Okada Junichi

9. Nishikido Ryo

10. Okura Tadayoshi


 habes. kawan kawan angpa ada termasuk dalam list ni tak? kalo ada tu untung la kau ada kawan dengan top ten lelaki terseksi kat Jepunggg nunggg. hahaha.


tapi kalau aku dapat undi aku rasa kedudukan pilihan aku jauh berbeza dengan sumber yang Oh ! Bulan ni dapat. ayoo. yang tak seksi dan seksa pon top 5 aku tengok.


nanti kalau aku rajin aku wat entry baru antara listed atas ni yang mana paling seksi dan seksa aku akan listkan ikut pilihan aku. boleh je kan kalau aku nak buat macam tu kan? hehehe


oke la. dah nak dekat pukul lima. nak kemas barang barang then nak rempit balik umah kemudian bummmm nak tidoq kejap :) hehe





notakaki: nak tunggu top ten lelaki terseksi dan terseksa dekat Malaysia pulak....

Sunday, October 16



hari ni aku da boleh tarik nafas lega taw. nak tahu sebab apa? sebab barang barang untuk majlis pertunangan aku nanti dah pon aku beli. dah lega sikit la walaupon tak semua barang barang dah complete. slow slow la kan. lagi pon banyak lagi masa sebelum majlis tu nanti. 



nak tunggu hari ni pon plan punya lama. dah bertunda bapa lama dah. akhirnya tadi baru tertunai. bz dia kalahkan YB je :P



tadi aku beli 


baju melayu (untuk nikah) *done


anggap je ni kain utk bju melayu incik abang saya. tapi bukan kaler taw!!!...

*gambar ihsan dari incik Google

kasut *done



lebih kurang cenggini la pattern kasut incik abang. tapi kaler hitam bukan cekelat ye !...

*gambar ihsan dari incik Google



perfume *done





saya pilih DKNY ni sebab bau dia soft je. incik abang pon oke je. dia sume oke je...

*gambar ihsan dari incik Google






kain baju melayu, kasut. perfume ! alamakkk baru tiga barang beli. balance tu da beli ke belum? ishh. takut pulak kalau tak cukup bajet. barang banyak lagi tak beli nih. kalau bajet habes tapi barang tak habes beli lagi camno tu? hahahaha. nampak sangat aku ni bukan seorang financal palnner yang baikkkk. muahahaha




kenapa hantaran dari perempuan mesti lebih dari lelaki? kenapa eh adat orang Melayu hantaran dari perempuan mesti lebih dari lelaki. kalau lelaki yang kena bagi lebih dari perempuan alangkah bagusnya ! dasar !! 





memandangkan roomate aku ajak aku g Seremban Parade esok, ada peluang untuk aku cari sejadah, tuala, dan tafsir al-quran nih. ada cash boleh ushar jam terus. hehehe incik abang pon dah bagi lampu hijau kat aku apa design apa brand pon dia oke. aku suka dia pon suka. senang kan?? tapi dia asik cakap oke je tiap kali aku tanya pendapat dia. muahaha. sabor je la dengan dia....huhuhu



kalau esok aku dapat cari sejadah, tuala dan tafsir al-quran kira da setel la bab bab barang barang untuk dia. songkok dia dah cakap biar dia beli kat tempat dia. sebab nak beli songkok kena ukur empunya kepala. nak beli tadi tak tahu tempat. almaklom la tadi g beli dekat Melaka. memang bukan tempat aku pon. mana la aku nak tahu tempat tempat jual songkok nih terselit kat area mana. yang aku tahu Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Uitm Bandar Melaka, Jonker Walk, Melaka Sentral, Kem Terendak, Pantai Puteri pastu Melati Penthouse<--umah sewa dulu. hahaha. tu je tempat yang aku biasa jalan. lain tempat maaaappp ye. aku tak tahu. hehehe.



barang barang lain yang aku kena sediakan dan telah pon disediakan *erti kata lain tajaan oleh  ada lagi dua tiga jenis la. barang barang ni semua aku kena tunggu sehari dua sebelum majlis aku nanti....

  1. potpuri *kak ina aku tolong sediakan nanti...
  2. sireh junjung *hari bertunang nanti baru nak sediakan sebab nak guna fresh flower :)
  3. cupcakes *oder dari akak opis aku.
  4. chocholate *langkawi maliiii maaaa....
  5. cake *sehari sebelum majlis or pagi tu baru nak g beli...hehehe. sempat je kan?



sekian sahaja senarai barangan dan status persiapan untuk majlis pertunangan aku nanti....next entry insyaAllah aku update lagi pasal nih oke ! 








notakaki: sembilan balas sebelas. jenuh jugak fikir nak bagi barang barang nih....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...