BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Friday, April 29

Bersama hari-hari semalam yang penuh luka, kulalui hidup ini walaupun penuh derita dan sengsara.. Ya, hari semalam telah mengenalkanku akan erti sebuah derita percintaan. Percintaan yang pada mulanya mengajar aku erti kebahagiaan mencintai dan dicintai, akhirnya memaksa aku menelan pahit getirnya perpisahan yang tak terduga. 

Bukan kupinta pertemuan jika akhirnya perpisahan yang mendatang. Bukan kurayu untuk diriku dicintai jika akhirnya aku ditinggalkan. Benarkah kata janji itu hanya manis di mulut tetapi menjadi racun berbisa jika ia tidak dikotakan. Ataukah aku yang terlalu berharap untuk memiliki hatimu sedangkan engkau hanya ingin memainkan perasaanku? Butakah cintaku atau bersalahkah diriku yang terlalu mengharapkanmu untuk mengisi bunga-bunga cinta disegenap ruang hatiku. 
 
Kutahu cinta bukannya paksaan dan paksaan dalam bercinta hanya membuat hati merana tapi cinta kita bukannya paksaan. Kita saling cinta mencintai namun hatiku merana jua.Benarlah kata-kata orang tua, cinta yang tidak disirami dengan bunga-bunga keikhlasan dan kejujuran akan menemui kegagalan. Apakah aku saja yang penuh ikhlas dan jujur mencintai dirimu sedangkan kau dengan sewenang-wenangnya  membunuh segala keikhlasan dan kejujuran dalam bercinta. Jika sesungguhnya dihatimu benar ada cinta untukku tetapi mengapa hatiku dilukai? Sedarkah kau bahawa luka yang engkau tinggalkan terlalu dalam dan amat sukar untuk aku membalutnya kembali. Aku tak tahu adakah aku mampu untuk menyembuhkan luka yang amat dalam itu. 
 
Jika dihatimu hanya ada dendam untuk menyakiti hati perempuan seperti aku, padamkanlah ia kerana kelak ia akan membakar dirimu jua. Siramilah api dendammu dengan kesejukan cinta seorang wanita. Mungkin kau pernah mengalami betapa deritanya sebuah cinta yang tak kesampaian. Tetapi mengapa kau melakukannya pada sebuah hati suci yang amat mencintaimu? Sedarlah engkau sebelum engkau dilukai buat kali kedua kerana kepedihan dari kelukaan amat seksa sekali untuk engkau menanggungnya. Cukuplah sekali hati dilukai kerana luka untuk kedua kali hanya membuat diri serik untuk bercinta. 
 
Cinta dicipta dan dianugerahkan kepada setiap hati insan bukan untuk dimungkiri kemudian ditinggalkan begitu saja. Cinta perlu dibelai dan dibaja dengan kemesraan dan kasih sayang. Tetapi jika hati telah tertutup untuk bercinta lagi, jangan sakiti dan lukai hati orang yang mencintaimu. Kelukaan yang engkau tinggalkan buatku, sesungguhnya telah mendewasakanku. 
 
Terima kasih atas kelukaan itu, akan kurawat ia walaupun amat sukar untuk aku melakukannya.. Doaku semoga akan terbuka hatimu untuk mencintai seseorang dengan keikhlasan dan kejujuran yang hakiki.. Walaupun kelak gadis itu bukannya aku… Terima Kasih atas segala-galanya…

Thursday, April 28

mengubat luka di hati

Hati yang sudah terluka amat payah untuk sembuh semula… 

Tiada ubat yang dapat merawatnya, carilah dimana2 pasti tidak akan berjumpa...

Pergilah ke klinik… pergilah ke hospital, pasti hampa jua... 

Ubat yang dicari pasti tidak akan ditemui, walau sampai ke hujung dunia...

Seperti juga luka atau cedera di badan, tahap kesakitan luka di hati juga berbeza.. Cedera di hati kadang2 kurang menyakitkan, ada masa pulak amat menyiksakan. Semuanya bergantung kepada apa yang telah menyebabkan kesakitan itu. Boleh jadi kerana terlanjur bahasa, tersilap pilih perkataan atau mungkin kerana tersilap perbuatan. 

Luka di hati kerana kata2 dan perbuatan ada masa mudah dimaafkan Namun kadangkala boleh jadi dendam yang tidak berkesudahan… Dan sesungguhnya tidak dapat dinafikan, Cedera di hati kerana cinta lah yang paling parah dan amat menyiksakan… Kerana cinta dikhianati atau juga kerana cinta yang tidak lagi dihargai.. Kesakitannya bagai sembilu menghiris hati.. 

Cuma yang pasti, walau sebagaimana parah luka di hati, Tiada siapa yang akan ketahui kecuali kalau ingin dikongsi dengan teman2 sejati kerana sesungguhnya merekalah yang lebih mengerti.. Hanya masa sebenarnya yang dapat merawat luka… Dengan berlalunya masa, luka semakin sembuh tapi parutnya tetap ada… Kerana parut itu, kelukaan yang sudah jadi sejarah tidak mungkin dapat dilupa.

Tuesday, April 19

td ak keluar makan ngn housemate ak dan kengkawan dia. kami g makan dekat kedai kelantan. xsilap ak kebanyakkan kedai makan kt area melaka ni owner dia semua orang kelantan. so, semua kedai tu ak akn panggil kedai kelantan. hehehe. kali ni kedai kelantan tu tletak dekat dgn kampung lapan area petronas pump kesidang. 

sapa y xtahu tu buat² je mcm tahu. paham? (kalo paham jatuhkan kapla) tak d nafikan masakan depa ni sedap la jgk. tp sedap² masakan depa ni tetap x boley lawan masakan y mak ak y tercinta masak. hehe.

mcm biasa ak kalo makan dkt kedai org kelantan, ak suka order nasi putih dgn tomyam + telur dadar. tp td ak xorder telur dadar pon sb nk jimat duit. tahu jela da hujung² sem ni masalah duit akan mlanda mereka² y bgelar pelajar. 

tgh syok² ak hirup kuah tomyam tu tup² ak tnampak seakan² halia. bila ak ambik dan bau sikit  bukan seakan² da tp mmg betol itu halia. ermmm. pelik ak. masak tomyam bubuh halia ke? setahu ak xperlu halia kn??? ak masak tomyam pon xpernah ak letak halia. lain la masak singgang. mmg bahan wajib halia. mungkin itu cara tokeh kedai tu masak tomyam. letak halia dalam tomyam. ke depa tsalah campak masa masak td. xpon depa nk buat hiasan kot??? lantak kome le. janji awok da kenyang mkan nasi td. 

bg ak tomyam dia not bad la. menepati citarasa ak. cukup pedas, ckup masam masin da sedap bg ak. sb ak ni bukan jenis y cerewet bab makanan. 

hari ni duit poket ak y da sengket btambah² sengket sb da d belanjakan kt kedai makan td. withdraw RM 7.70 bayor utk nasi putih, tomyam ayam, air teh ais & otak² 2 ketol. aushhh. esok kena makan nasi putih dgn ikan masin je<-- ikan masin tggl sekor je dlm kabinet dapur tu.   
  

                              *******************************


sekarang ni ak tgh study week. bila sebut stdy week msti la orang dok pikir bebudak mcm ak ni (pelajar) myibukkan diri dgn nota² & buku utk ulang kaji kn?  org lain mgkin tgh sibuk study tp ak plak sibuk dok belek blog² org lain. kdg tu gelak sorang² sb bc blog y kelakar. tu la habit ak skg. ak ni mcm da addicted utk bblogging. xupdate blog pon xpa kot asalkan ak mhadap lappy compaq usang ak ni smabil bca blog org lain. ak y da rabun ni makin rabun sb da suka mbaca.....i love cikgu zack<---sapa cikgu zack??? ad la....(>,<)

mcm² jenis blog y ak jmp. ad y asik dok kutuk org tu kutuk org ni. ad jgk y humble je. nk bblogging ni xperlu la smpai nk kondem² org lain. awok tahu le itu blog kome, kome ad hak nk tulis ap pon kt blog kome. tp cuba kome pikior kalo kawan kome buat mcm itu dekat kome ap kome rasa??? 

renung²kan selamat bblogging utk kome semua.
 

9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa…..dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la….[?]


Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya…

Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi “dagu” org first kena.

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg…. Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak…mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk. Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda…

Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak….taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.

Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la… Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!

Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi “dagu” plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah!

Bile buka mate jek, antu tu bebetol “eye to eye” ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk “bile ms plak kitorg tgk dvd ni?”. Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol…..kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp….smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar. Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu…Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi.

Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni…ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah.

Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak…Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni “keras”.ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss……

Aku demam 3 hari. Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang. Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi.

Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt……Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila…al- fatihah

Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last kitorg kt umah tu, si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani la…nokia 3310

Rumah di Seksyen 2 Shah Alam yang dikatakan berhantu…

***********************************************************************
Entry ni datang dari email, AlFatihah untuk Naim dan Salleh. untuk penulis cerita ini sendiri, terima kasih kerna menceritakan situasi.

Kebenarannya tidak diketahui, mungkin ada yang leh clarify.

Aku dah letak tajuk Jangan Baca, yang hangpa pi baca jugak napa??? anw, umah ni sewa katanya 50inggit, kalau aku, memang takde ler, dah tau dah mmg ada yang tak betul gamaknya…but tu lah jiran sebelah tuh tak nampak hapa2 ke hek? ada yang kata smlm depa pi tengok carik rumah nih, memang betul ada, pokok tu dah masuk ke dalam rumah lagik.

Notes: kisah benar

Monday, April 18

hi semua!!! pukul 4.11 am <-- tgh syok jiran² ak dbuai mimpi ak plak bsengkang mata mhadap THT aka take home test utk subject 'compensation'. huhu. sempat lg ak bbloging ni. kn??? kihkihkih. biasa la wehh, otak jammed sb cri jwpan dlm buku teks xjmp so take 5 dulu ~wink.  

compen!compen!compen!compen!compen!compen!compen!compen!


ni antara soalan² y mmerlukan ak mcari jawapan y sememangnya tdpt dlm buku teks tetapi belum ad dlm kepala otak ak ni lg. kihkihkih. maap ye en helmi y comel sy belum stdy lg subject ni (mcm la subject lain ak da stdy. hukhukhuk) 

Question 1
The are a number of factors that affecting  employer preference in determining desirable components of  benefit package. Discuss. (18 mark)

Question 2
How can you determine the factors that account for organization success and fairness in compensation system of different countries. (16 mark)

Question 3
As a manager of a large company you were asked by the top management to give advice on controlling labor costs. How can your employer control labor cost? (15 mark)

Question 4
Discuss four (4) strategies that can be use for better understanding and measuring job performance.     (12 mark)

Question 5
What purposes do the objectives in the pay model serve? What are the four (4) policy issues in the pay model serve? (8 mark)
 

alamak next 2 week da start final exam tp ak belum stdy ap² lg nihhh...adushhh!!!!!!!!! korang pray for me oke!!! ad lg satu lg THT iaitu subject "Strategic Management". soalan² dia pon boleh tahan. agak mcabar minda. tghari nti bru dpt buat SM....huhuhu

Sunday, April 17

Ya Allah...Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin.

Saturday, April 16

selamat malam semua. hehe. kt melaka skg ni hujan turun dgn lebat renyai²nya seperti peribahasa ak belajar masa sekolah dulu². time² macam ni mmg best utk mlelapkan mata. tambah pulak angin dr selat melaka y sejuk & nyaman ..wuuuuuuuu mmg best...weeeee. oke! 

utk entry kali ni korang jgn excited sgt. (macam la blog ko tu best sgt--akan ad silent reader, my follower bkata bgitu. suka hati korang la. blog ak. ak punya suka la nk tulis ap pon. korng nk myampah??? ak x kesah la wehhh) xad ap y spesel pon. just nk tunjuk korang pic² ak dgn course-mate ak spjg degree ni. ni semua kami keluar dgn tujuan utk celebrate kononnya sb kuliah da habes. mgkin juga ak boleh ckp utk gahtering kami y terakhir. almaklum la ni sem terakhir kami utk bsama. lepas ni masing² akan wat latikan praktikal kt tmpt masing². bila plak nk to-get-her mcm ni lg kn? so, mandangkan aritu adalah hari y tersangat sesuai maka kami semua stuju la utk kuar ramai². lg 2minggu kami semua akan mghadapi peperiksaan  terakhir kami sbgai pelajar Degree in Human Resource Management. peperiksaan terakhir ak sbgai pelajar mungkin! sb ak da malas nk blajar..huhu. tp akan dtg ak xtaw plak kot² ak akan further stdy ak dlm MBA kn??? mana la tahu, hati manusia kn boleh berubah. sama mcm ak..hehehe. 

oke la. ak da malas nk menaip. ni ak attch pic² ak keluar semalam. mmg terbaik la korang semua. 

part1...makan time
gmbar² ni masa kami semua (xtmasuk ak sb ak order air je. masih kekenyangan time tuuuuu) mjamu selera kt kedai asam pedas claypot dekat area taman kota laksamana. korang tgk la aksi² course-mate ak makan+bgmbar..

bbhr5a
bbhr5a
bbhr5a
bbhr5a
bbhr5a
bbhr5a
part2...bowling time
ni pulak gambar² time kami (9 orang je. ak pon xmain jgk. jimat duit akhir sem wooo) main bowling. y mdukacitakan adalah tgh syok bg semangat kt pmain tu ad plak y  soratktjerit² mgalahkan pontianak.  ehh pontianak menjerit ke mngilai? konpius. tp nyaringnye tu lebih kurang la. kalo kata org tu g ujibakat utk suara pontianak, ak rasa dia mmg la calon y tersangat sesuai. eee....siyes shit ak betol² malu dgn org y bperagai mcm tu. xboleh bwk g majlis besar lgsung kalo da peragai mcm tu. gelak gedik kuasa duapuluhdua. agak² r weh kalo ko betol² seronok sorak pon tp cover² la cara ko sorak tu. orang boleh nilai la sorak y betol² sorak ataupon sorak gedikssss...eeeee. da la. malas ak nk sentuh pasal suara nyaring kegedikan menyorak mlm tu...

bbhr5a
bbhr5a
macam kembar ke???haha
bbhr5a
bbhr5a
part3...karok time
time to'sumbangkan' lagu..hahaha.ak xnyanyi pon sb takut hujan y lebat kt luar tu b+ lebat..hehehe

bbhr5a
ilwanizan dgn  lagu hajat-Haida..calon peserta af10????
keluarga besar bbhr5a
bbhr5a

oke. tu je ak nk tunjuk. b4 tu gambar² kt bwh ni adalah ragam kami semasa pergi dan balik dr event kami tu..hehe.mengalahkan budak² peragai kami semua. padahal masing² umur da 22yr - 26yr. xpe.muda hanya sekali....<3

kami b4

-

ini lah sebahagian aksi² kami. lepas ni xtaw lg bila pulak dpt outing mcm ni. lau dpt pon myb nti masing² status single tu da btukar jd tunangan orang, isteri &suami orang da..huhuhu.semoga kenangan ni akan sentiasa bersemadi dalam ingatan group BBHR5A (December-May 2011)

Wednesday, April 13

entry kali macam² rasa ad, rasa sedih, rasa xsabar, rasa hepi lg la bganda². sb hari² y telah ak nantikan akhirnya akan memunculkan diri xlama lg. iaitu HABES BELAJAR. sekarang ak tahun akhir kt Uitm Kampus Bandaraya Melaka. da hampir 2tahun setengah ak bmastautin kt negeri bersejarah ni. semua kenangan² manis, pahit maung spjg ak stdy kt sini akan sentiasa tpahat jauh d lubuk hati ak. hehe. pasni ak da boleh kerja. boleh kumpul duit, kumpul aset, kumpul boyfriend. opss!! gurau je. 

now, umur ak bukan masa y sesuai lg utk berbopren² bagai ni. da kena cri y steady. chewahhh. hehehe. tp betol la kan ap y ak ckp tu. tp sebelum ak completed my degree ni, ak kena praktikal selama 5bulan mulai dr 1 Ogos (awal puasa tu) sehingga la 16 Disember 2011. now, pasal tmpt praktikal tu ak da xrisau sb akhirnya KDRM aka Kastam Diraja Malaysia, Negeri Sembilan sudi terima ak utk mjalani latihan industri di situ. sebelum ni asyik risau sb xdpt tmpt tp skg da boleh senyum smpai telinga da. ehh. over plak..hehehe. sorry. tp ak xdpt elaun pon prktikal nti. kecian :(

pastu ak nk story sikit pasal aktiviti ak smalam. lepas mkan kt kedai mak cik kt taman rempah kami plan nk g mandi air panas gadek kt alor gajah. tp bila ajak kwn y sorang ni dia xnak join. huhu. terus tbantut semangat y bkobar² tu. taman rempah kt mana??? alaaa y dekat dengan jeti Melaka River Cruise tu. hah, tula tmpt org panggil taman rempah. kenapa org panggil taman rempah? nak kata ad rempah kt situ, x tnampak la pulak. so, smpai sekarang ak pon masih misteri kaitan nama taman rempah dengan tempat y xad rempah tu. hehehehe. 

back to the point oke!!! da malam² kuar pakai sluar tido jela. da malam wat ap nk melaram malam² bagai kn??? xpela. xjd g air panas gadek so, plan  nk round² bandar melaka je. so, lepaking kt dataran MBMB kt ayer keroh. kira smlm tu 1st time  la ak jalan² kt dataran tu. tgh syok² bborak², bgelak ketawa bagai dtg la guard tu suruh kami keluar sb dia ckp masa utk lepak² kt sini da habes. weeee, kan da malu. hehe. almaklum la kami ni suma bukan org melaka dan xtahu pulak ad masa² ttentu je boleh lepak situ. xpela pakcik guard, kami cari tmpt lain la. pastu plan nk lepak kt padang dekat dgn zoo melaka tu tp port macam xbest je. mcm bahaya je. orang pon xramai situ. ermmm. pjalanan dteruskan smpai jmpa mCd. so, lepak je situ. order fries, nugget n air coke je. cukup! niat nk dduk² je bukan nk makan², so wat ap nk order byk. 

masa kami smpai tu tmpt ad lg y ksong. tgh rancak² bborak ni kejap je pusing suma tmpt da penuh sb ad bola mlm tu. MU vs CHEL. mana la kami tahu tmpt tu mmg port mamat² giler bola melepak. so, bila da rmai² tu nk gelak² kena la kontrol sikit kn? malu la kalau pompuan gelak kalahkan pontianak mgilaikn??? ngehngehngeh. oleh kerana gelak kena control, sakit perut tu korang tahu jela. rasa buah pinggang tsepit pon ad jgk. hahahaha. mmg gile la. da sampai tahap kena lepaskan gelak besar, maka dengan itu kami pon undur la diri dr kelompok mamat gile bola tu. 

sasaran seterusnya pantai 1 Malaysia aka pantai Klebang. mmg besttt. org xramai, pasir pon tsgt halus. bestt woooo lepaking kt pantai ni. kena angin pantai malam² mmg best. sejukkkk & nyaman je rasa. wahhh, kalau dtg dating dgn bf time tu smalam mmg lg best..hahahahaha. over plak..hikhikhik. so, kt sna mmg boleh gelak tnpa ad halangan. agak² bantal kt umah tu da panggil bru la terasa nk blik...hehe.selamat smpai umah dlm pkul 5.00am. pasni xtau bila lg nk hang out mcm smlm sb lpas ni masing² da ad tggjawab masing². i will miss that time...

kiri-victim, tgh-planner, kanan-driver
angin malam klebang :0
peace no war :p
again n again :D
cer teka kaki sape ni???

td punya kelas celita pulak. td ad scary presentation BEL422. huhu. group ak num 2. td jgk presentation terakhir ak spjg ak degree ni. pasni xad da presentation dpn lect, depan kwn² suma. huhu. dan ESOK adalah hari  KHAMIS, 14 April 2011 bersamaan 10 Jamadilawal 1432H adalah kuliah terakhir utk semua pelajar semester ni dan terakhir untuk ak spjg ak bgelar pelajar Ijazah Sarjana Muda Jurusan Pengurusan Sumber Manusia kt Uitm Kampus Bandaraya Melaka. huhu. 

so, esok kami bebudak BBHR 5A & B akan pakai baju y sma warna. hehe. budak² kelas ak mmg sempoi. senang d ajak bbincang tp kdg² agak tegar dgn kputusan masing². hope esok akan mninggalkan kenangan y terindah dlm hidup ak spjg ak kt Melaka ni...hehehe. pas ni say gud bye Melaka.....SOBSOBSOB

Monday, April 11

hiiiiiiiiiiiii korang² sume. terimalah kasih sb sudi luangkan masa² berharga korang mbca blog aku y sberapa ni. hehe. da tgk title entry aku pon korang da taw kn aku nk share pasal ap. tambah² korang y pakai spec tu mesti xsabar² nk taw cane kn? sama la mcm ak. 1st nmpk info ni terus xcited sb aku tersangat  nk taw cara y betol utk pnjgaan spec²(satu bbingkai & satu tidak bbingkai) aku ni. hehe. ok la. xnak la aku melalut lg. nti korang jgk y naik bosan an? an? hehe. so, selamat membaca kawan²....:D





1
Jangan tanggalkan cermin mata anda dengan satu tangan. Ia akan menyebabkan cermin mata anda rosak atau pecah. Gunakan kedua-dua belah tangan untuk mengelakkan kerosakan ke atas bingkai dan kanta. Perlakuan yang kasar ketika menanggalkan cermin mata akan menyebabkan keretakan pada kanta atau kerosakan pada komponen besi.

[Perlu ubahh la lepass nih. Hadoiiii]


2
Pegang cermin mata anda dengan cermat semasa membersihkan kanta. Pegang bingkai kanta yang sedang dibersihkan dengan kukuh dan gunakan tisu kanta atau bahan-bahan cucian yang bersesuaian untuk membersihkan kanta dan mengelakkan kerosakan.

[Selalu cuci dengan air paipp jekk.]


3
Jangan biarkan cermin mata anda di dalam kereta yang terdedah kepada sinaran matahari.

[tak ada kereta so, tak alaminye punnn]


4
Kualiti dan warna mata mungkin merosot akibat kekerapan penggunaan. Pada hidung dan benang nilon juga akan kotor dan merosot akibat penggunaan. Hantar cermin mata anda untuk pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk mengenal pasti bahagian-bahagian yang perlu dibaiki.

[selagi tak retak, tak rosakk kekdahnya nak antar kedai]


5
Jangan lap cermin mata anda tanpa membilas kanta dengan air kerana kekotoran yang ada mungkin akan mencalarkan cermin mata anda. Cara yang betul untuk membersihkan cermin mata anda adalah mencuci bingkai dan kanta anda sebanyak mungkin dengan menggunakan sabun dan air suam supaya minyak dan debu dapat dibersihkan

[yes! selalu cuci dengan air paip. dengan air suam belum lagi la. lap cermin tanpa bilas pun slalu. aigoo]


6
Jangan cuba membaiki pulih cermin mata anda kerana ini akan merosakkan bingkai dan memerosotkan kualiti bingkai. Bingkai yang dilaraskan secara salah akan memberi beban berlebihan kepada hidung dan telinga anda dan juga mungkin menyebabkan bingkai dan kanta terjatuh.

[tak pernah baiki sendiri. sebab sekali pecah/retakk cermin memang kena antar ke kedai]


7
Cermin mata tanpa bingkai adalah lebih rapuh berbanding cermin mata berbingkai. Oleh itu, jangan cuba membuka kaki cermin tanpa bingkai terlalu luas atau cuba membentuk semula bentuknya untuk mengelakkan kerosakan ke atas kanta atau reka bentuknya.

[masa belajar dekat sri iskandar dulu. pernah buat. siap Terlanding atas spec lagi. lepa tuh bangun dah retak. hihi]



SUMBER: MAJALAH NUR APRIL 2005


kalau da abes bca ni jgn xapply plak dlm hidup korang. wat penat je korang mbca dr awal smpai abes entry dlm blog ak xseberapa ni. ap² tpulang lah kt diri masing² samada nk ikut ke x tips² ni. ak xrugi ap² pon..hehe

Monday, April 4

salam suma =) 

hehe. minggu ni minggu y paling seronok bg ak, sb ak dpt bkumpul suma adik-beradik y seramai 6 orang tu. ramai ke? boley la jgk. da agak lama ak kami sekeluarga xbkumpul mcm ari tu. dkat2 2thun jgk la. huhu. ak nk citer aktiviti y ak buat time cuti ari tu. sanggup ni skip hi-tea pre-grad semata2 nk blik kg. mmg bbaloi la pgorbanan ak tuuu ;p

view1
view2
ok ak nk cerita aktiviti ak pd hari sabtu. mmandangkan ak tiba dgn selamatnya kt umah ak pd ari sbtu pkul 4.00am so, aktiviti pd ari sabtu bjalan agak lmbat. bukan ad aktiviti riadah bsama kluarga pon, just ak spend masa ak mlawat kebun rambutan & dokong abah ak y tletak d sebelah umah spupu ak merangkap jiran kiri ak. haha. dpt byangkan x????

d'antara adik beradik perempuan, ak ni ak la y kira agak lasak sikit. myb sb ak d dedahkan dgn psekitaran mcm ni msa kecik2 dulu. antara mereka jgk ak la y pling 'teror' panjat pokok. (teror ke) xkira pokok rambutan ke, pkok dokong ke, pokok langsat ke. pokok manggis ke. haha. alaaaa, tkat pokok y byk ranting ngn dahan suma org boley panjat. tp panjat utk dapatkan buahnya y kt hujung dahan hujung pokok tu korang berani ke???haha. itu la ak.

kecik2 dulu ak slalu ikut mak abah ak g bukit. al-maklum la orang kampung y besarkan dgn hasil bbakti pada tanah. tanam pisang, amik petai segala bagai aktiviti y sewaktu dengannya la. tu la aktivit abah ak. ak kagum dengan abah ak. kerja kuat untuk menyara kluarga. insyaAllah, ak akan balas segala jasa dan penat lelah mu itu.huhu. ttibe melalut plak.

rambutan dr kebun abah aku :D

ok, back the point. ak g kebun rambutan utk kait buah y da masak (mmg la buah y da masak kita kait xkan nk kait y muda) syg rezeki utk mkan buah moktan(panggilan org kg) xad sb sepokok ja y bbuah. ak pun kait la tp syg galah xsmpai pulak nk kait. pokok pulak ad kerangga. huhu. so,ak decide utk cantas dahan y ad buah, nti naik dahan baru y lg rendah, lg sihat.

nmpk x org atas pokok tu????

hehe. mak ak angguk je ak pon panjat sikit la kt dahan y xad kerangga utk cri port baik nk landing. ingt main tangakp muat je ke kt panjat. da selamat pokok rambutan abah ak  cantas. hehehe. nasib la pokok, sb y lain suma xbbuah, ko je y baik hati, os ko y la mjdi mangsa kerakusan ak..huahua. tp kn, nasib pokok tepi umah tu ad jgk bbuah w/pun sikit. ni la untungnya dduk kg, kiri kanan dkeliling pokok buah2. selain hati tenang, perut pon kenyang..hehe


keretapi melintas
adik & kazen ak :)
ok, part aktiviti  pg ak ngn mak ak da setel. blik umah melayan pulak karenah anak2 buah ak. riuh umah. bila bkumpul rmai2 mcm sempit plak umah. lau xad org rasa mcm besar sgt umah. huhu. nti nk suruh abah tmbah bilik ngn bilik air. huhu. tp kena tunggu ak keja dulu la...=)..

belah petang tu pulak ak ajak mak ak g bukit durian abah ak. da lama sgt x g. dekat 3thun jgk la. rindu nk tgk pemandangan dr atas bukit. g sana ikut jalan bukit y lori balak guna. byangkan kecerunan & kebecakkan jalan. pergggghhhh..mmg mencabar, nasib mak ak y bwk motor. hehe. ak nk bawak tp mak ak xharap ak bwk dia..erm..so, ak dduk la diam2 kt belakang tuuuu. 

licin & becak=mencabar
y kecik tu mak ak kna jalan sb xlepas naik bukit

habes motor

kan ak ckp jalan becak
jalan balak
haha. pjalan g agak mcabar sb ad incident motor tsangkut kt becak, ak jgk y kena turun tolak motor. haha. naik bukit xlepas, ak jgk y kena tolak motor y mak ak bawak ngn adik ak bwk. huhs, mmg penat tp bestttt sgt. niat d hati nk g amik buah dokong & langsat tp syg buah dokong xbapa nk masak sgt. so, g saja2 jela ptg tu. da abes suma round2 kebun jmpa plak buah durian baru gugur. segar dr ladang.


durian segar dr kebun :)
semangat ak ni

adik2 ak..siti(y kecik) wa(y besar)

masuk ari ke2 ak pergi lg bukit durian. hehe. kali ni ak, adik2 ak, wa ngn siti, akak sulung ak ngn abg ipar ak pulak y g. panjat pokok dokong, lokasi kali ni agak kt puncak bukit. tpksa mendaki bukit. ak pimpin tangan anak buah ak, adam. mama dia xlarat nk bwk. hahaha. sb nk bwk diri pon semput dia ckp. nasib la ak ni xkesah..ak sayang kt anak2 buah ak.

well, bab panjat pokok mmg ak suka. mula2 abg ipar ak y panjat tp dia fail. xberani katanya. so, ak la y amik alih tugas dia. hehe. dia da ikut abah ak cri buah durian. then, masa syok2 amik buah tu adam boley pulak ckp ''mak teh, mak teh jgn bunuh diri, adik takut tgk mak teh panjat tinggi sangat.''..mmg kelaka la adam ni.

lg satu dia boleh pulak panggil 'pacat' tu ulat hantu..haha. sb pacat kan hisap darah, konon mcm hantu la y hisab darah..haha. masing2 da penat kt bukit tiba la masa utk balik umahhhhh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...