BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, December 31

Kalau dalam entri lepas lepas aku ada kongsi gambar bunga pahar dari crepe paper yang aku buat , entri terakhir untuk tahun 2012 aku tutup dengan kisah crepe paper jugak . Hasil dari kerjatangan aku sendiri . Simple gila sebab tak dan nak buat . 

Kesemua bekas hantaran adalah sama design . Sepupu aku mintak aku buatkan simple yang mungkin . Dia pun tak nak serabut sangat dan yang paling penting jimat bajet . So , aku pun tunjuk je patern yang mungkin aku buat mengikut perkiraan dia lah . Lepas dia tengok , dia cakap okey ! Terus proceed dengan hiasan seperti di bawah untuk sembilan bekas hantaran .

Pada pandangan mata aku , dulang nih sangat simple dan tak ada yang menarik pun :(

Tapi bila dah letak banyak banyak dulang dulang nih semua nampak ceria je . Kira naik sikit la mood aku nak tunjuk dekat sepupu aku tuh .




Bila dulang dikumpulkan bersama , inilah hasilnya...




Ohh ! Berkenaan dengan HB ni pulak , sebenarnya tak dirancangpun . Ada lebihan bunga yang aku dah buat tup tup sayang nak biarkan . Tangan aku pun cantumlah bunga bunga tuh untuk aku hiaskan di sudut bilik aku nanti . Tapi , bila dah siap cantum tuh , nampak macam cantik pulak . Usha pulak lebihan riben riben tu . Idea datang apa lagi , terus proses potong memotong berlaku dan akhirnya , terhasil satu HB untuk hiasan sudut bilik aku nanti .

Datang sepupu aku malam sebelum nikah tuh , terus dia teingat yang bunga tangan dia untuk nikah nanti belum ada .Kira kira dia nak mintak dekat Bridal dia dah sebelum nih , mungkin dok pot pet pot pet pasal pelamin semau terus dia lupaaaaaaa sampai la dia datang tengok HB sesaja yang aku buat tuh . Terus dia nak guna untuk nikah dia malam esoknya tuh . Aku tak ada hal. Ambik jela . Bukan aku nak guna untuk nikah aku ataupun majlis tunang aku pun .

Sekian . Itu sahaja kisah kewujudan HB aku tuh . Eh ! kewujudan HB sepupu aku laaaaaaa....






Kalau kata aku tahu dari awal dia nak HB , boleh aku sediakan yang lebih proper . Tak apa laaaa , HB ekspress namanya tuh .

Kepada sepupu aku , Nurul Atikah , aku doakan semoga perkahwinan ang dengan Syarul Fizree kekal hingga ke Jannah ....



Jadual Bayaran Gaji 2013 dah keluar . Masing masing dahh boleh la planning nak bercuti untuk tahun depan bila ye . Dah boleh bajet da...

Selamat Berplanning ye :)

Hobi aku mengumpul duit syiling .<--- tetiba ada hobi ni O__o . 

Kalau korang nak tahu , dalam purse aku nih takkan ada duit syiling . Asal ada je aku akan campak dalam tabung aku . Tapi time nak duit time sesak sesak tuh aku benarkan jugak syiling syiling aku beranak dalam purse aku . Bukan apa karang aku nak guna bayar parking motor yang berbayar 50sen tu kan susah kalau tak ada syiling . 

Gambar gambar dibawah [ketika diambil] adalah ketika dan masa aku dah nazak sangat . Duit gaji lambat masuk terpaksa la memecah tabung syiling aku tuh . Kira sangat berguna la bila menabung . Sesak sesak boleh korek =p

Hasil dari perkiraan dengan anak anak buah aku , aku berjaya mengumpul syiling sebanyak ???????? 

Cer teka berapa . 





Hasil tabungan aku dari bulan dua [mula kerja UiTM] sampai awalan bulan 12 . Inilah hasilnya .....

Mampu menanggung makan minum aku selama beberapa hari :)

Friday, December 28

Seperti semua sedia maklum , penjaga gawang gol Malaysia Apex telah pun selamat bernikah dengan gadis pujaan hatinya .

Tak nakk tulis banyak banyak . Korang layan je gambar kahwin depa yang super ohsem ke tidak nih . 

Kepada Apex dan Leuniey , selamat menjalani bahtera rumahtangga . Kemudi bahtera dengan bijaksana dan moga bahagia hingga ke Jannah .



gambar nikah leuniey 1 leuniey dan khairul fahmi nikah 28 disember 2012

Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie telah berlangsung di kediaman Nur Eilunie atau Leuniey di Pasir Pekan , Tumpat pada pukul 10 pagi 28 Disember 2012.Alhamdulillah , dengan sekali lafaz Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha sah bergelar suami isteri .













apek dan leuniey


apek dan leuniey


apek dan leuniey


apek dan leuniey


apek dan leuniey



EH , aku ada buat entri pasal apex dengan leuniey jugak dolu dolu . Tidak disangka apa yang aku jangka betul betul terjadi. Sesuai dengan tajuk entri yang aku buat dolu dolu tuh. Surat atau Kebetulan apabila . Moh baca moh !

Cuti minggu lepas aku balik kampung . Bercuti setelah empatbulan tidak ku jejak ke kampung . Sebab ? Konflik dalaman wehhh..

Balik arituh semua adikk beradik aku balikk . Di kesempatan itu kakak sulung aku dengan rajinnya membuat durian crepe untuk santapan keluarga dia . 

Memandangkan mak aku simpan isi durian yang super ohsem , maka jadilah durian crepe yang jugak super ohsem gitewww...

Nak tahu resepi crepe nih ? Baca sampaiiii habisssss O__oY













Kira ini adalah percubaan pertama kakak aku buat crepe . Cantikkan ? Sedap ? Sumpanh aku tak tahu sebab aku tak rasa pun . Lebih prefer makan durian mentah yang super ohsem tu . Tapiiiiiiiiiiiii , dari testimoni  adik adik dan yang lain rasa dia not bad ! 

So , apa tunggu lagi cepat cepat lah buat crepe durian nih . Fenomena jamannn sekarang katanya n___n 


-----------


BAHAN BAHAN

250 gm tepun gandum
1 sudu kecil tepung ubi
2 biji telur
500 ml santan 
1/ 2 sudu kecil garam
1 sudu kecil paste pandan 
1 sudu besar  butter di cairkan 
2 sudu besar gula halus @ castor


CARA CARA

Satukan kesemua bahan dan kacau hingga adunan sebati ~ masukkan santan sedikit sedikit untuk mengelakkan ianya berketol .

Panaskan kuali tidak lekat .

Masukkan sesenduk dan ratakan menggunakan belakang senduk seperti  ini @ lenggangkan kuali .

Masak hingga lempeng masak dan tidak perlu di terbalikkan .

Ulang hingga adunan habis di masak ye kawan kawan . 


FILLING
2OO gm non dairy whipping creme ~ putar hingga kembang . 
Isi durian  secukupnya


FILLING CUSTARD
200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus


Selamat mencuba kawan kawan :)

Thursday, December 27


 Sepanjang tahun 2012 nihh , aku berjaya menghasilkan beberapa bunga pahar untuk pengantin. Adaa yang ditempah dan ada yang aku sedekahkan sebagai hadiah... Jom sama sama review hasil kerja selekeh aku.Hihihi .....


Tema biru : hadiah untuk Sepupu aku .





Tema : Maroon tempahan dari rakan seofis aku .
p/s : unik cara susunan bunga dia ..

 



Tema : peach tempahan dari rakan seofis aku...

warna lari sikit dari warna asal...
warna sebenar benarnya...cantikkan? hihih


Tema : Merah hadiah untuk kawan baikk aku.
p/s : sayang laaa dia tak letak padat. nampak kosong  O__o






 Tema : Hijau hadiah untuk adik sepupu ...






Tema : Putih hitam hadiah untuk adik sepupu untuk ditukarkan kepada pihak perempuan ...
p/s : ini kali pertama buat . Selekehhhhh siotttttttttttttttt





Untuk tahun 2013 nih dah berderet tempahan aku terima . Haiyooo ... Leceh nau nak buat tapi bila dahh siap tersenyum je nanti n_________n

Monday, December 10

Aku ada janji dalam ENTRI ini nak upload gambar giant rose flower yang aku DIY sendiri. Jom tengok hasilnya. Jangan meluat pulak tengok aku sendiri yang posing dengan DIY aku tuh ye =p







Sila skrol ke bawah lagi.....




















Lagi....






















Lagiiii.....


























dan lagi....

























Tadaaaaaaaaaaaaaaaa...................


















Nak tengok yang lain?







*










*









*









*










*









*









*










sila jangan muntah ye!


Cik Penulis dengan muka poyo =p

LYA bergaya dengan bungaku dan Anna dengan jambangan jambangan bunganya...TAHNIAH CHEQ NAA

Itulah hasil dari DIY oleh aku. Orang lain bagi bunga bouquet  aku bagi bunga sekuntum. Masa lau depan guard ada sorang guard tuh tegur 'beli la bunga betul' Aku cakap 'ala, bunga betul kang layu, Kalau bunga tipu sampai bila bila kembang mekar'. Kihkihkih....^__^ 

Walaupun kali pertama aku buat rose tuh aku dah berpuas hati. 8/10 tahap kepuasan aku...Lepas ni nak buat untuk diri sendiri pulak tapiiiiiiiiiiii kena tunggu siap hantaran dan bunga pahar yang sedang-on-going ni n___n

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...