BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, December 31

Kalau dalam entri lepas lepas aku ada kongsi gambar bunga pahar dari crepe paper yang aku buat , entri terakhir untuk tahun 2012 aku tutup dengan kisah crepe paper jugak . Hasil dari kerjatangan aku sendiri . Simple gila sebab tak dan nak buat . 

Kesemua bekas hantaran adalah sama design . Sepupu aku mintak aku buatkan simple yang mungkin . Dia pun tak nak serabut sangat dan yang paling penting jimat bajet . So , aku pun tunjuk je patern yang mungkin aku buat mengikut perkiraan dia lah . Lepas dia tengok , dia cakap okey ! Terus proceed dengan hiasan seperti di bawah untuk sembilan bekas hantaran .

Pada pandangan mata aku , dulang nih sangat simple dan tak ada yang menarik pun :(

Tapi bila dah letak banyak banyak dulang dulang nih semua nampak ceria je . Kira naik sikit la mood aku nak tunjuk dekat sepupu aku tuh .




Bila dulang dikumpulkan bersama , inilah hasilnya...




Ohh ! Berkenaan dengan HB ni pulak , sebenarnya tak dirancangpun . Ada lebihan bunga yang aku dah buat tup tup sayang nak biarkan . Tangan aku pun cantumlah bunga bunga tuh untuk aku hiaskan di sudut bilik aku nanti . Tapi , bila dah siap cantum tuh , nampak macam cantik pulak . Usha pulak lebihan riben riben tu . Idea datang apa lagi , terus proses potong memotong berlaku dan akhirnya , terhasil satu HB untuk hiasan sudut bilik aku nanti .

Datang sepupu aku malam sebelum nikah tuh , terus dia teingat yang bunga tangan dia untuk nikah nanti belum ada .Kira kira dia nak mintak dekat Bridal dia dah sebelum nih , mungkin dok pot pet pot pet pasal pelamin semau terus dia lupaaaaaaa sampai la dia datang tengok HB sesaja yang aku buat tuh . Terus dia nak guna untuk nikah dia malam esoknya tuh . Aku tak ada hal. Ambik jela . Bukan aku nak guna untuk nikah aku ataupun majlis tunang aku pun .

Sekian . Itu sahaja kisah kewujudan HB aku tuh . Eh ! kewujudan HB sepupu aku laaaaaaa....






Kalau kata aku tahu dari awal dia nak HB , boleh aku sediakan yang lebih proper . Tak apa laaaa , HB ekspress namanya tuh .

Kepada sepupu aku , Nurul Atikah , aku doakan semoga perkahwinan ang dengan Syarul Fizree kekal hingga ke Jannah ....

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...