I Penghuni Tegar I
Wednesday, October 1
Assalamualaikum wbt
Aku yakin korang semua dah sedia maklum tentang kematian
bayi di taska. Kejadian ini hebat di perkatakan di media sosial, media cetak
buat masa ini. Aku sebagai ibu kepada seorang anak yang berusia 4 bulan lebih
(6.10 nti baru genap 5 bulan) menitis wehh air mata bila baca kisah nih. Sayu
je tengok gambar arwah atas buai enjut (istilah aku guna) yang terkulai
je. Nauzubillah.
Semenjak dua menjak ni banyak pulak dokk dengar kes bayi,
kanak kanak kena dera. Naik seriau aku nak antaq anak dkt taska atau pengasuh.
Nasib ler aku tak keja lagi. Gamaknya inilahh hikmah bila aku belom keja. Boleh
besarkan anak sendiri. Syokkk wooo tengok anak membesar dengan sihat depan mata
:) kalau dah keja kompem anak kena hantar pengasuh. Aisehhhhh.
Camno kalau dapat keja dalam masa sebulan dua nih? Ok! Akan
difikirkan sekiranya kerja itu adalah kerja kerajaan. Kihkihkih. Bukan senang
wehh nak masuk keja gov sekarang nihhh.
Dannnnnnnnnnnn dalam masa terdekat nih insyaallah aku akan
attend satu interview di jabatan kerajaan.
Jawatan apa?
Bahagian apa?
Sabaqqqq naaaa. Dah lulus interview (iv) tuhhh nanti aku
buat entri. Bolehhh? Selagi tak dapat iv nih malas nak hebohhhh kang xlepas
malu jekkkk
Opss!!!!!!!! Terbabas dari tajuk entri...
Salam takziah jugak buat ex-coursemates di uitm kbm raha yang kehilangan suaminya. Korang
klik LINK INI untuk berita selanjutnyaa..
Yng membuatkan aku sedih raha nihh baru je kahwin 23 ogos
lepas. Inai dekat jari pon merah lagi...
Raha & arwah Sairul Shaiful... |
Kenangan arwah |
Sabar ye raha. Semoga arwah sairu saiful ditempatkan
dikalangan orang-orang beriman
Labels: 100thousands of love
Sunday, September 28
Assalamualaikum WBT...
woittttt. dah bersarang blogspot aku nih. lamaaaa sanggatttt tak update entri. asal bukak blogspot jadi stalker ja. kikiki... bizi dengan anak wehhhh. tok laki dokk jauh tak la bizi dengan dia. lau tidak bizi dengan anak bizi dengan tok laki sekali. ecehhhhh.
update kali nih just nak share gambar pengarang jantung buah hati aku ja. dahh nak masuk lima bulan dahhh ponnnnggg...
ini budak demam sebab jangkit dari makkk dia..sorry sayang :) |
sekarang ni hafiy pon suka sangat ketawa. suka kebam bibir bawah dia. budak nih kalau naik dukung kemain seronok asyik nak bersembang ja. agaknya dia seronok kita dukung dia gamaknya ye!
stop!!!!!!!!!!!
dah tengok anak aku kan? comel tak? hihi. next time kalau aku rajin aku update lagi ye. pasal anak aku lagi boleh???
Labels: 100thousands of love, mohamadhafiy
Friday, April 11
Assalamualaikum WBT
Alhamdulillah. ini hari kandungan genap 35w. gerrrr. perasaan makin berdebar-debar. sekarang baru terasa berat baby. ekeke
alhamdulillah. aku pernah berjanji dengan si suami yang aku nak hadiahkan kasut bola dekat dia time bday dia aritu (16.2) memandangkan dalam tempoh tuh dia tak ada game so hold dulu hadiah tu.
memandangkan besok dia ada game office dia dekat padang uitm merbok, maka aku tunaikan janji aku dekat dia. aku tak teman pon dia p beli. tak larat nak berjalan. bagi bajet maka dengan sendirinya pandai-pandai ler dia beli. tak cukup tambah sendirilahh ye...
pada jam 6.00pm tadi dia balik hulurkan beg plastik al-ikhsan. dah tau la apa isi dalam cuma brand dan design je belom ketahuan.
maka dengan gelojohnya sang bini membuka plastik yang dihulurkan...
tada....
ginilah design kasut yang dipilih oleh suami aku. nak bagi pendapat aka komeng aku tak tahu pasal bola. dia yang nak pakai maka dia yang lebih tahu. aku asal dia suka aku pon suka...
game esok main elok-elok ye sayang...ekeke
Labels: 100thousands of love
Thursday, April 10
Assalamualaikum WBT :)
Sejak malam tadi, aku dah start mengoogle untuk cari set berpantang yang terbaik untuk aku guna pakai lepas bersalin nanti. Google punya goolge banyak yang aku dapat respond yang positif mengenai satu set bersalin nih. Kalau nak ikutkan melambak je produk set bersalin nih terpulang atas individu tuh sendiri nak guna yang mana.
Kalau ikutkan fenomena zaman sekarang, set shaklee lah yang meletop kebabooommmm. Tetapi memandangkan aku dah pernah try set kehamilan dan aku rasa kurang berkesan ke atas antibodi diriku ini, makan dengan ini aku dah decide untuk tidak mengambil shaklee dah. Kini dah habiskan stok shaklee (vitalea, vita C, b complex) yang berbaki sedikit sebanyak itu...
Puas google punya google, terjumpa satu blog nih mempromosikan set bersalin nih dengan harga yang murah dari yang lain...
Fb dia Kak Engku Bidan Bersalin
Set bersalin Nona Roguy ini mengandungi:
1.Phytonatal (90 Tablets) - Untuk kegunaan dalaman
2.Akar Herbanika (10 Paket) - Untuk kegunaan dalaman
3.Herbanika Barut Krim (60 gm) - Untuk kegunaan luar
4.Uncang Cuci Herbanika (10 Paket) - Untuk kegunaan luar
5.Herbanika Lulur (100 gm) - Untuk kegunaan luar
6.Minyak Herbanika (100 ml) - Untuk kegunaan luar
2.Akar Herbanika (10 Paket) - Untuk kegunaan dalaman
3.Herbanika Barut Krim (60 gm) - Untuk kegunaan luar
4.Uncang Cuci Herbanika (10 Paket) - Untuk kegunaan luar
5.Herbanika Lulur (100 gm) - Untuk kegunaan luar
6.Minyak Herbanika (100 ml) - Untuk kegunaan luar
Set bersalin Nona Roguy ini terbukti (hasil daripada pengalaman org lain dan pembacaan daripada blog2 dll..) berkesan memelihara kesihatan, mengekalkan kecantikan badan dan wajah serta mengatasi angin meroyan dan tekanan emosi. Keselamatan, kebersihan dan keasliannya adalah dijamin.
Di sini juga ada keterangan dan cara penggunaan bagi set bersalin Nona Roguy:
Phytonatal - Untuk Dimakan
90 tablets (30 hari) - RM140.00 / 180 tablets (44 hari) - RM205.00
Khasiat
•Membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan
•Menyegarkan fungsi rahim
•Mengeluarkan susu yang segar
•menambahkan daya tenaga semasa pantang
•Mengimbangkan kembali sistem badan
•Memperbaiki perjalanan darah
•Meringankan dan mengencangkan badan
•Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin meroyan, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil
•Memelihara kesihatan dan kecantikan
•Menyegarkan fungsi rahim
•Mengeluarkan susu yang segar
•menambahkan daya tenaga semasa pantang
•Mengimbangkan kembali sistem badan
•Memperbaiki perjalanan darah
•Meringankan dan mengencangkan badan
•Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin meroyan, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil
•Memelihara kesihatan dan kecantikan
Cara pemakanan
Bersalin Normal
- Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 4 selepas bersalin
Bersalin Pembedahan
- Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 7 selepas bersalin (bergantung pada kesihatan ibu bersalin)
Dosej Kapsul
• Untuk kelawasan biasa harian (3-5 biji sebelum sarapan)
• bagi yang sembelit harian (3-5 biji pagi / 3-5 biji tengahari / 3-5 biji petang / 3-5 biji malam)
Dosej Paket
• Untuk kelawasan biasa harian (1-2 pkt herbanika rempah bersalin - sebelum sarapan)
• Bagi yang sembelit harian (2 pkt herbanika rempah bersalin - sebelum sarapan)
Sepanjang tempoh berpantang
• Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis normal - amalkan 2-3 tablet phytonatal 1 x sehari bermula hari ke 4 atau seminggu selepas melahirkan dan diteruskan pengambilannya sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika
• Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sembelit - amalkan 5-10 tablet Phytonatal 1 x sehari sebagai amalan harian atau 5 tablet waktu pagi dan 5 tablet lagi sebelum tidur. Diamalkan selepas melahirkan atau dari hari ke 4 dan diteruskan pengambilannya sehingga 30-100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika
Akar Herbanika - Untuk Diminum
15 t-bag RM70.00 / 30 t-bag RM100.00
Khasiat
•Menyegarkan urat saraf
•Membantu mengeluarkan susu segar dan pekat
•Mengurangkan air yang berlebihan dalam badan
•Melawaskan pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak yang degil dan mengurangkan keletihan serta sakit-sakit sendi
•Mengawal bau badan
•Mempercepatkan penyembuhan luka dalaman
#Dinasihatkan mengamalkan meminum air Resipi Halia seperti berikut:
◦Resipi Halia 1-2 sudu teh Madu Arab
◦1 sudu teh Air Gamat
◦1 sudu teh Pati Halia
#Campur bahan-bahan di atas di dalam cawan dan di tambah dengan air suam secukupnya
Khasiat Bagi lelaki
•Untuk penyuburan benih dan menghindarkan angin pasang
•Ambil 1 pt Akar Herbanika di campurkan dengan 1 cawan air panas. Jika terlalu pekat bolehlah ditambah air sehingga ia menjadi cair. Boleh dicampur dengan gula batu atau madu lebah jika perlu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas sebagai ganti minuman biasa. Sehari 3-4 cawan
Cara pemakanan
Bersalin secara Normal
- pengambilan setiap pagi selama seminggu bermula dari selepas bersalin
Bersalin secara pembedahan
- pengambilan setiap pagi selama 2 minggu bermula dari selepas bersalin.
- Selepas tamat tempoh pantang bersalin. Setiap kali selepas bersama suami, perlu membersihkan tempat sulit dan sapu Minyak Mustajab ke dalam saluran faraj serta luarannya untuk memelihara kebersihan dan kesegarannya.
- Selalu menggunakan Mustajab harmonis untuk kesegaran saluran faraj.
Cara mengamal dan menggunakan semasa dalam tempoh berpantang:
Amalan Minggu Pertama
•Minum 3-5 mug Akar Herbanika setiap hari
•Merebus 5 paket uncang Akar Herbanika bersama 1 liter air
•Tuangkan ke dalam flask atau termos untuk mengekalkan kepanasannya
•Tambah 1 sudu teh madu lebah asli setiap kali hendak minum
•Minum suam panas
Minyak Herbanika - Untuk kegunaan luar
130 ml - RM68.00 / 260 ml - RM105.00
Khasiat
•Membantu melembut dan mengencangkan kembali kulit perut
•Membantu melembut dan mengencangkan kembali kulit perut
•Melembutkan dan mengencangkan kembali perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur
•Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah, kulit-kulit badan dan payudara yang kendur
•Melicinkan peredaran darah
•Mengeluarkan angin kotoran melalui liang-liang roma badan
Cara kegunaan
•Sangat mujarab digunakan untuk urut
•Di belakang pinggang, bahagian atas perut, bawahan perut, sekitar perut, bekas jahitan, bahagian ari-ari, peha, celahan dalam peha dan kaki dengan urutan lembut
•Sapukan 2-3 x sehari
•Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa
Perhatian
•Guna Minyak Herbanika sebelum menggunakan Herbanika Ramping Perut
Bagi yang bersalin secara pembedahan.
Cara kegunaan:
•Selama sebulan:
Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut
Penjagaan harian peribadi:
•Bersihkan terlebih dahulu bahagian sulit dengan air suam
•Tuangkan 1-2 titil Barra Gel ke bahagian kawasan sulit
•Bersihkan dan lakukan cucian secara keseluruhannya dengan air suam
•Kesat kering
•Tuang basahkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita / pad sebelum memakainya dengan selesa
Herba Pembersih harian tubuh:
•Semasa menjalani tempoh berpantang 30-40 hari - membantu memberikan kesegaran pada tubuh, gunakan Barra Gel sebagai pembersih bahagian kulit tubuh dan juga dikawasan payudara, lakukan gosokan lembut
•mandi dengan air suam panas
•Cuci rambut dengan air paip dan kesat kering
•Mencegah kepanasan dan pening kepala
Pemeliharaan payudara:•Urut kebahagian sekitar payudara dengan Minyak Herbanika dan picit perlahan-lahan bahagian puting untuk mengalakkan lagi pengeluaran susu
•Sekiranya berlaku pembengkakkan, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan lekapkan perlahan-lahan kebahagian payudara yang mengalami pembengkakkan
•Ulangi prosedur diatas sehingga pembengkakkan surut
•Kesat kering
•Sapu dan lumurkan pula Minyak Herbanika sekali lagi kebahagian payudara
•Sekiranya hendak menyusui bayi, pastikan terlebih dahulu membersihkan bahagian puting dari kesan minyak
Krim Herbanika Barut
60 gm - RM55.00
Khasiat
•Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim
•Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan
•Parut dan jalur pecahan pada perut
•Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
Cara penggunaan
•Diamalkan bermula hari ke 4-40
•Digunakan 2 x sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur)
•Sapu Herbanika barut krim ke seluruh perut dan pinggang
•Lumurkan minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika barut Krim ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari
•Pakailah bengkung
•Dilakukan 2 x sehari iaitu pada waktu pagi dan petang
•Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih
•Pakai sepanjang malam. Seeloknya memakai Serbuk Herbanika Barut pada sebelah pagi dan Herbanika Barut krim pada sebelah petang atau memilih salah satu
Untuk kegunaan luar
•Khasiat untuk ibu-ibu yang perutnya membesar selepas bersalin
•Dapat mengatasi perut yang lembik, kembang, kendur dan buncit
•Dapat menghilangkan parut-parut dan jaluran pecah-pecah di kulit perut
•Membantu melicinkan perjalanan darah dan mengeluarkan darah-darah busuk dari saluran rahim
•Dapat merampingkan pinggang dan mengempiskan perut
Serbuk Herbanika Barut
150 gm - RM60.00
Khasiat
•Mengecutkan rahim, mengelaurkan darah nifas dan kotoran dari rahim
•Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan
•parut dan jalur pecahan pada perut
•Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
Cara penggunaan
•1-2 sudu besar Herbanika barut di masak dengan 4 sudu besar Asam Jawa di dalam periuk tanah, masukkan air secukupnya
•Seelok-eloknya biarlah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat
•Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika
•Setelah masak, biarkan ia agak suam, baru lumurkan ke seluruh pinggang, perut dan bahagian ari-ari
•Sebelum menggunakan Herbanika barut, lurmurkan minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari-ari, pinggang dan peha
•Lepas itu barulah ikat kain barut dengan kejab
•Lakukan 2 x sehari
•Pagi (selepas mandi)
•petang (7 mlm) - bukakan ikatan barut dan cuci bahagian perut dan pinggang dengan Minyak Herbanika, kemudian ulangi menggunakan Herbanika Ramping Perut suam-suam panas dan ikat semula barut. Biarkan berbarut sehingga pagi
Perhatian
•Bagi bersalin secara pembedahan gunakan Herbanika Ramping Perut selepas 1 bulan bersalin
Cara penggunaan
◦Selepas sebulan
◦Gunakan Herbanika Ramping Perut di bahagian atas dan abwah abdomen, di bekas jahitan, belakang dan pinggul seperti cara-cara yang diberi untuk penggunaan bersalin secara normal
◦Memakai barut atau bengkung dengan ketat dan kejab yang selesa supaya:
■Dapat mengencangkan dan mengempiskan abdomen
■Dapat melangsingkan pinggang
■Dapat mengurangkan atau menghilangkan bekas parut kulit
Uncang Cuci Herbanika
Khasiat
Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan selepas bersalin, membantu mengawal berbagai penyakit, penyakit kulit yang berair, kering, berkuping, berdarah dan bernanah. Mempercepatkan kesembuhan bagi luka berkudis, luka pembedahan, luka dan kudis penyakit kencing manis dan infeksi di bahagian sulit (lelaki / perempuan)
Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan selepas bersalin, membantu mengawal berbagai penyakit, penyakit kulit yang berair, kering, berkuping, berdarah dan bernanah. Mempercepatkan kesembuhan bagi luka berkudis, luka pembedahan, luka dan kudis penyakit kencing manis dan infeksi di bahagian sulit (lelaki / perempuan)
Cara penggunaan•Ambil 1/2 pkt Herbanika Uncang Cuci campur : liter air panas mendidih
•Biarkan warna menukar kekuningan herba, guna airnya yang masih panas yang tidak melecurkan
•Gunakan kapas untuk mencuci bahagian sulit selepas buang air kecil
•Untuk kegunaan lain, boleh diamalkan menggunakan kapas, membersihkan tempat-tempat yang berpenyakit, sebelum sapu ubat-ubat sakit kulit
•Boleh diamalkan 2-3 x sehari iaitu (pagi dan malam) atau (pagi, petang dan malam) sehingga ia tidak mengeluarkan warna herba lagi
•Gunakan Herbanika Uncang Cuci untuk membersihkan dan mencebok bahagian tempat sulit semasa dalam pantang untuk menjaga kebersihan dan kesegaran tempat sulit
•Setiap kali selepas membersihkan tempat sulit : sapukan Minyak Mustajab di bahagian tempat sulit dan tuangkan Minyak Mustajab ke atas Tuala Wanita
•Jika ada luka atau luka yang belum sembuh, ambil 1 pkt Mustajab Muda Mesra (Permbersih dalaman) di campur dengan Minyak Mustajab dan buat seperti Krim Herba. sapu di bahagian yang luka itu, setiap kali bahagian itu di bersihkan. Jika luka sudah sembh, sapu Minyak Mustajab sahaja di bahagian tempat sulit sehingga habis pantang bersalin
Herbanika Lulur - Untuk kegunaan luar
Khasiat
•Membantu menegangkan payudara yang kendur
•Membantu menegangkan payudara yang kendur
•Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan
•Pembersih antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi penyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau
•Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di sendi, peluh yang berbau dan urat-urat timbul
•Membantu sebagai penyegar dan peyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat
Cara penggunaan
•Selepas mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut
◦1/2 sudu besar Herbanika Lulur di campur dengan air panas suam serta sedikit air florida (jika perlu). Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang
•Guna air florida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek
•Sapu kaki dan tapak kaki dengan air floroda dan pakai stokin yang tipis
Inilah panduan yang aku dapatkan dari bidan bersalin kak engku untuk dikongsi bersama. Selamat menjalani berpantang bagi ibu-ibu yang baru bersalin dan akan bersalin...(termasuk diriku ini)
Labels: 100thousands of love
Tuesday, April 8
Assalamualaikum WBT....
sekadar hiasan |
Alhamdulillah. Pagi tadi pergi checkup. Macam biasa checkup dekat klinik kesihatan penaga. Yang tigaempat kangkang kera dari umah my MIL :)
Kali nih checkup agak lama. Mungkin sebab ini hari ramai orang sebab time kena checkup kul 9 pagi. Sebelum ni kul 8. Cepat je dapat jumpa misi. Jumpa doctor macam biasa la kena tunggu lama sikit. Sikit jela ye !
2minggu lepas checkup tak check hb pun sbb awal bulan tiga tu dah check. Bacaan 11.8. Kira ok la. Masih dalam graf normal jika nak dibandingkan dengan memula dulu 9.1. Kan jauh bebenor bezanya tu. Bacaan hari ni? Cer teka. Cer teka. Ekeke
Untuk bacaan hb hari ni alhamdulillah mencacak naik jadi 13. Iye. Aku tak memain tak tipu. Berdosa tipu tau. Aku sendiri tak percaya dari 11.8 naik 13 untuk tempoh kirakira sebulan.
Ambik supplement? Ubat klinik?
Ubat klinik macam biasalah obimin, iron, vita-c dengan b complex. Iron tu tiap pagi ler ak ambik. Bangun pagi terus telan yang tu sebijik. Ubat lain tu kekadang tu terskip terus seharian. Kekadang rajin baru ambik walaupun dah petang. Kalau malam tu tak rajin ler pulak nak ambik :D
Pendapat dan firasat aku la kan. Hb aku makin hari makin cantik bacaan berkemungkinan sebab aku duk minum air zamzam setiap hari. Boleh kata dalam sehari tu dalam 3 gelas aku minum. Minum pulak bukan seteguk dua. Berteguk-teguk. Kira macam minum air kosong. Lepas tu pulak ak duk minum susu campur dengan madu lebah asli. Kurma dalam 2-3 biji sehari. Kalau ada stok kismis ak balun kismis dalam 7-14 biji. Masa telan semua tu dalam hati selawat dan niat yang baikbaik.
Supplement? Ada jugak ambik shaklee. Vita-c, b complex, vitalea. Memula dulu makan tak ada kesan sangat dekat aku. Mungkin tak berapa nak serasi kot. Now, kekadang je (seminggu sekali) aku ambik suppliment dari shaklee.
Ohya! Sebelum nih memula sekali ak naikkan hb dari 9.1 ke 9.8 dengan minum liquid chlorophyll plus dari cosway. Memang ada kesan la minum benda alah tuh. Tapi ak tak teruskan sangat pon sebab malas nak membancuh plus rasa dia macam minum air rumput tanpa gula. Gerrrr.
Walaubagaimanapun jasa liquid chlorophyll plus tuh tidak kulupakan. Makasih ya :)
Kalau dulu tiap kali checkup risau dengan hb now aku dah boleh senyum ^__^
Kalau dulu tiap kali checkup risau dengan hb now aku dah boleh senyum ^__^
Kepada mummy2 yang terbaca entri nih kalau korang pon ada masalah hb rendah try makan dan minum apa yang aku cakap tadi. Kot-kot berkesan jugak dengan korang. Tak salah mencubakan? Untuk kesihatan dan keselamatan baby dalam kandungan jugak untuk ibu mengandung. Ecece. Nasihat dari orang yang berpengelaman hb serendah 9.1 hingga mencanak naik ke bacaan 13....alhamdulillah ....
Labels: 100thousands of love
Tuesday, April 1
assalamualaikum WBT...
pejam celik pejam celik dah masuk bulan 4. harini 1 april 2014 bersamaan 1 jamadilakhir 1435H. tak lama lagi masuk bulan 5. gerrrr. bulan 5 aka my due date for my 1st child :)
semoga selamat semuanya. akceli aku tak tahu nak update pasal apa walaupun sekarang nih masa aku banyak sangat terluang untuk mengupdate blog nih. almaklum la dah jadi surirumah tangga sepenuh masa mahu tak melimpah ruah masa untuk berehat. ekeke
ohya! untuk makluman pembaca entri ini, pada Jumaat lepas (28 Mac 2014) aku baru sahaja kehilangan seorang nenek (belah abah aku). arwah menghembuskan nafasnya pada jam 3.10pagi di pagi Jumaat yang mulia. alhamdulillah, arwah pergi dihari yang mulia. arwah pergi tika usia 97 tahun (ikut IC ler) kalau nak kata umur sebenar dah lebih 100tahun dah. kini, abah aku dahh jadi anak yatim. tiada mak tiada bapak! akceli, arwah nenek aku tuh duduk dengan abah aku. maklumlah, abah aku anak bongsu dan rumah yang abah aku duduki sekarang ni (rumah aku membesar) dikira rumah pusaka la walaupun hanya sebaris dinding asal je yang tinggal. yang lain tu semua dah ditukar baru (renovate kata omputih)
tiap kali balik kampung mesti akan dengar bebelan dah leteran dari mulut nenek aku. lepas nihh agak terasa sunyi la bila dah tak ada orang nak potpet potpet. errrmmmmm T__T
akhir kata (habis modal) semoga arwah nenek aku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. nama nenek aku JEBUN binti jahaya. klasik kan?
Labels: 100thousands of love
Tuesday, March 18
Assalamualaikum semua :)
dah lama sangat aih tinggal blog nii. dah tak tahu nak update pasal apa. memandangkan sekarang aku dalam katagori 'Mak Buyung' maka dengan ini, entri kali nih update pasal aku dan kandungan aku jelahh ye. ekekeke
minggu ni dah 30 minggu 4 hari my baby ada dalam tummy. perasaan bakal ibu yang tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. nak-nak pulak time baby dok guek (gerak) dalam perut. terasi geli pon ada jugak. risau pon ada jugak. mahu tak risau kot la dia dok guek aktif sangat terbelit tali pusat ke apa tak ke naya. tapi mintak-mintak benda tuh semua jauh dari jauh la...
pagi tadi aku pergi checkup. bila dah masuk trimester ketiga ni maka setiap dua minggu sekali wajib ler menghadirkan diri untuk dicheckupkan. sekarang aku checkup dekat klinik kesihatan Penaga. sekangkang kera je dari umah my mertua. Kihkih. kira kentut pon boleh dengar. apatah lagi boleh bau...
bp aku ok. hb aku pon ok. yang tak ok sebab memula aku checkup (sebab transfer dari Klinik Kesihatan Pulau Indah, Klang ke Klinik Kesihatan Penaga) aku ada buat ujian darah untuk sahkan aku bebas dari talasemia yang berpunca dari permulaan hb aku yang sangat low 9.1..dari hasil ujian darah depa takut aku ni ada Delta Beta Thalasemia. Hadoiiiiiiiii. aku sendiri pening nak tau apa tuh DBT.. so, pagi tadi depa mintak aku wat ujian darah lagi sekali untuk DNA test. Result kena tunggu sebulan baru keluar. Hope aku bukan penghidap ataupon pembawa itu jenis penyakit. Doa-doakan ye!
Labels: 100thousands of love
Thursday, January 2
New Year 2014. tak tahu la nak cakap hidup aku ni makin happy atau tidak. bermula harini (02.01.2014 kehidupan suami-isteri yang aku jalani selama 4bulan 2minggu 1hari telah bertukar status. kalau dulu suami disisi masuk tahun baru suami dah pindah balik penang T__T
sedih tuh jangan cakap laa. depan suami semalam tunjuk muka tabah je. tapi masa salam tuh keluar jugak air mata. sang suami pon muka je nampak tabah tapi masa dah gerak tuh nampak la kesedihan diwajah hensemnye tuh..
bila pikir punya pikir kalau orang lain pon boleh PJJ kenapa aku tak boleh? mungkin keadaan aku yang berbadan dua (4bulan hamil) membuatkan aku agak sedih bila terpaksa berjauhan dengan suami.
mintak pertukaran kerja ke penang? alah, setakat pegawai kontrak mana la depa nak layan sangat. so, buat masa ni aku dan suami redha jela. jalani kehidupan dengan hati yang tabah.
aku bersyukur jugak sebab sepanjang tempoh aku hamil ni (sehingga ke hari ini, aku tak mengalami alahan. salah satu sebab kenapa aku boleh berjauhan dengan suami. kalau kata aku alah bagai mungkin aku akan pikir duatiga kali jugak nak PJJ nih.
so, diharapkan pengorbanan yang aku dan suami lakukan ini akan memberikan sesuatu yang lebih bermakna buat kami sekeluarga.
InsyaAllah, perancangan Allah adalah yang terbaik buat umatNya...
Labels: 100thousands of love