I Penghuni Tegar I
Thursday, February 16
Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina
Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….
Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.
“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi.
Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal. Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya.
“Apa yang boleh saya bantu encik?”
Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.
“Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.”
“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas.
Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu.
“Awak pernah pukul ular ke?”
Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.
Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya.
Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.
Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap.
“Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.
Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula.
Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.
“Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.
“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi.
Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk.
Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.
Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.
sumber copypaste dari fb )
Labels: 100thousands of love
hehe. entri lagi sekali sebab la ni time lunch ai tak keluar lunch. almaklom la tempat baru kawan baru masih belom biasa lagi. esok baru nak keluar lunch. memandangkan belom dapat keja yang berat lagi boleh la on9 bagai nih. usha Mr Google & Mdm YouTube....:D
sebenar-benarnya aku nih dalam dilema dalam membuat keputusan untuk beli motor. ermm.. dalam hati & minat nak beli Ego LC. smart jugak motor ni. dok pikir nak kaler merah atau putih je. merah sebab nampak segar dan putih sebab nampak bersih. *kena habuk nanti hilang la putih tuh ye dak???*
hah, tengok dalam gambar pon dah smart maut belom ushar dari depan mata. *actually dah tengok da pon sebab tuh falling in luv dengan Ego LC nih**
![]() |
| Ego S versi putih |
![]() |
| Ego S versi merah punya.. |
Ego LC lagi smart dari Ego S. ai dah confius nih. pelissssss. Ego S sesuai untuk PMT sebab motor tuh nampak baikkk. hehe. boleh ke? Ego LC sesuai untuk semua ladies. egege *PMT aka Perempuan Melayu Terakhir*. last-last nanti aku suruh je abang ipar aku je survey & beli. senang & mudah keja aku. hulur RM je kan? hehe
Labels: 100thousands of love
hollllaaa :) *tersengih macam kerang busuk**
hai ni hepi lebih sikit sebab dapat updated blog tak semenggah nih. nak tahu on9 dari mana? jeng jeng jeng !!!! ai on9 dari opis taw :) Hah? opis? bila keje? dekat mana? gaji bapa? position ap? kan??? ai taw soalan-soalan tuh semua uols nak taw. ye dakkk? ekeke. nak surpisekan uols so, semua soalan dari ai tuh ai akan jawabkan kemudian hari taw. hehehehe. yes! hujung bulan dah dapat gaji. boleh simpan duit nak beli menda alah nih :)
kan? smart kot menda alah nih. dah lama idamkan menda ni. since tengok dalam iklan terus terpikat. pahtu pulak jumpa member minggu lepas dia dah pakai menda ni. makkkkk jeles ai taw. dan-dan nak simpan duit gaji untuk beli. huhuhu.
p/s: konvo bulan 5 nih pon kena kuarkan duit jugak. kena bijak menabung nih..
p/s: konvo bulan 5 nih pon kena kuarkan duit jugak. kena bijak menabung nih..
Labels: 100thousands of love
Tuesday, February 7
assalamualaikum semua :)
dah lama gila rasa tak TERupdate blog nih. nak kata bz dengan kerja aku ni masih pegang title 'job seekers'. almaklumla, baru habis jadi budak sekolah. sekarang dah bebas. tengah bz hantar resume kengkonon merayu nak mintak kerja sekarang nih. lately nih kepala aku nih serabut sikit dengan masalah diri sendiri, masalah dengan tunang. boleh cakap serabut dengan masalah duniawi la. adoiiiiiiiiiii. tuh mungkin reason sebab & kenapa blog & fb aku dah lama tak berupdate.
memandangkan tempoh menternak lemak selama 2 bulan dah berjaya sepanjang dekat kampung nih, kini telah tiba masanya aku nak melupuskan lemak yang telah aku ternak. aku dah kena walk in interview untuk sebarang kerja yang boleh bagi aku duit. resume dah puas hantar tapi depa tak panggil interview lagi pon. walk in je la. lagi pon tak sedap la, asal kuar dengan kengkawan je depa yang basar makan minum. malu la..
sebut nak keluar cari kerja pon aku dah dalam dilema. nak merantau celah mana pulak kali. kalau belajar dekat Sri Iskandar lepas tuh menapak ke Shah Alam menapak pulak Melaka, then, singgah pulak dekat Seremban. kira dalam tempoh enam tahun nih aku dah merantau ke empat tempat yang aku tak pernah sampai. utara selatan. timur je belom lagi.
dalam kepala destinasi seterusnya mungkin Penang atau ke Shah Alam. tapi berat ke Penang je sekarang nih. usihhh. pening2. sebenarnya aku tak kisah nak menapak dekat mana-mana pon tapi lately nih aku kena pikir banyak kesan & akibat kalau aku merantau ke satu-satu tempat. kalau dulu 'den tak kisah' pon. sebab & akibat tuh biar la aku je yang tahu. kang tulis dalam nih bikin kecoh & gadoh je. banyak stalker2 yang relahati & senang hati nak smpaikan maklumat dekat pihak yang terlibat..:p **duniawi**
**hari ni genap 3 bulan aku bergelar tunangan orang. sangat mencabar bila bertunang dengan kawan baik sendiri & jauh dari tunang. kekalkan hubungan ini?
Labels: 100thousands of love
Saturday, January 7
membawa diri ke Melaka Bandar Bersejarah untuk kali ini dengan tujuan menghadirkan diri bagi pembentangan hasil kerja selepas praktikal. kekeke. datang sini sebagai menghabiskan detik-detik bergelar PELAJAR. lepas ni kalo datang mungkin sebagai pelancong pulak.. **pelancong ke pelencong** hehehe
semalam sampai Melaka Sentral **orang sini depa panggil MC** dah petang. lepas Cik LYA & Incik Zul datang ambik kami terus antar beg aku balik umah. lepas tuh kuar makan dekat belakang Maybank.**perut aku lapar dah tak hingat** lepas makan+borak-borak aku dengan senang hati ajak depa g jalan Jonker Walk pulak...
![]() |
| rupa pintu masuk utama JW |
![]() |
| macam Gerbang Malam la rupanya... |
hahh, dah tengok rupa JW? kat situ banyak jual barang cenderahati. memang sesuai sangat untuk depa yang datang Melaka pastuh nak cari cenderahati untuk family ke kawan-kawan ke semua sesuai. kira JW nih macam Gerbang Malam dekat Ipoh tuh. tapi JW ni lagi best kot...hehe
aku ajak depa datang sini semalam ada motif taw. nak beli sandal. wedges yang aku pakai tuh tak sesuai untuk buat pakai harian. sayang kottttt. nih semua gara-gara malas nak bawak banyak barang. hentam bawak wedges untuk pizen nanti jek. hambikk kau kan dah sakit kaki+tak sesuai nak buat pakai g kedai..hehehe. tak pela. kes tuh pon dah selamat diselesaikan dengan beli sandal yang berharga soploh hinggit je. **nak kena jimat duit sepanjang duduk sini T_T**
dah habis cerita. tepuk tangan. nanti sambung potpet lagi. nak makan biskut cicah milo pulak..hehehe
Labels: 100thousands of love
Thursday, January 5
"kalau ada rezeki tak kemana" pepatah tuh sangat tidak sesuai dengan situasi aku sekarang nih. sebab tadi aku GAGAL untuk ujian pemeriksaan fizikal & kecergasan. okey. aku story kisah interview aku dekat balai bomba ipoh tadi dari awal sampai habis taw! jangan baca separuh pulak ye :)
aku sampai depan balai tuh tepat 8.00am. sampai je terus aku cuak. mak aiii awat depa semua pakai baju sukan siap. aku je kot yang sopan ayu dengan baju kurung..wuaawuaaa T__T **segan siotttt**
dengan buat muka cool & comel aku daftar diri dulu. apa-apahal belakang kira. gagaga. dah siap daftar aku tukar baju sukan pulak. dah siap semua aku dengan budak-budak lain dengar penerangan dari penguasa bomba tuh. **boleh tahan kehenseman dia**. tettttttt. dah dengar tuh aku kena isi borang & check maklumat semua betul ke tidak. semua dah setel.
budak-budak lelaki kena check BMI semua dulu. dalam 30 orang je budak lelaki yang interview tadi. pempuan pulak 3 orang je termasuk aku. first, timbang berat (48kg). nasib baik lepas. sebab berat minimum 46kg. lepas tuh ukur tinggi (154cm) nasib cukup-cukup makan. minimum tinggi 153cm. bila berat+tinggi lepas paras minimum BIM otomatik akan ok. hehe. **part nih pon dah ramai yang tak lepas**
sapa-sapa yang lepas BMI tuh kena beratur untuk check mata. sorang-sorang kena tengok atas sambil depa suluh mata dengan torchlight kicik. dah lepas tuh tunggu pulak giliran untuk baca huruf-huruf yang secoet je dok tertampal dekat dinding tuh. nasib lepas.
dah setel bab tuh depa check pulak kot-kot kita nih ada juling itik ke juling ayam ke. depa gerakkan pen sebatang mata kita je yang kena ikut arah pen tuh gerak. yang tuh pun aku lepas. kira aku nih tak juling la ye!
dah setel bab tuh depa check pulak kot-kot kita nih ada juling itik ke juling ayam ke. depa gerakkan pen sebatang mata kita je yang kena ikut arah pen tuh gerak. yang tuh pun aku lepas. kira aku nih tak juling la ye!
dah lepas tuh kena baca tulisan dalam buku. ala macam kita nak ambik ujian komputer masa ambik lesen je. motif ujian tuh nak tengok kita nih buta warna ke tak. itu pon aku lepas. pehhhh. lega. masa stage ni budak lelaki tinggal 8 orang je dari 30 orang tadi. pempuan maintain 3 orang jugak :)
untuk ujian seterusnya yang pempuan masuk dalam bilik. lelaki depan-depan padang kawad tuh jugak depa check. FINE. masuk bilik sorang-sorang. nasib aku orang last. sempat jugak aku tanya dekat budak yang 1st tuh. terkejut jugak aku dengar. kena bukak baju wehhh. mak aiii. malu sioooot. tak pe. be profesional. lepas depa dah check dari kepala turun ke bawah tuh. tup-tup ada ayat yang buat aku give-up. wuaaawuaaa. depa cakap tulang bahu aku panjang! tak lepas untuk masuk bomba :( dengar je ayat tuh aku pon cakap "saya tak berpeluang untuk ujian seterusnya la nih ye?". depa cakap YE!. cooolllll syikin cooolllll. thinks positive. maybe bomba nih bukan rezeki aku. tak pela. bila aku fail kat situ otomatik depa pon stop situ jugak. **mungkin tulang tuh timbul sebab aku kurus kot**
aku keluar dengan muka mungkin muka lima sen kot. depa tak dan nak tanya apa-apa pon aku dah cakap awal-awal "saya tak lepas sebab tulang bahu panjang" :( **macam mana rupa tulang bahu panjang tuh?**
lepas say gud luck kat depa dua orang tuh aku pon balikkkk. tipu kalo aku cakap aku tak sedih. sedikit sebanyak aku sedih jugak sebab tak sempat nak buat ujian panjat tali semua tuh. apa yang aku training dekat bomba taiping tuh tak sempat aku nak apply tadi :(
Labels: 100thousands of love
Monday, January 2
haiii. bertemu lagi kita di entri kali ini. ecece dah macam gaya pengacara NONANONI da..heheee. entri kali ni just nak share dengan pembaca semua pasal training yang aku buat dekat balai bomba taiping jek. kan aku ada tulis entri pasal training tuh semalam. belum baca lagi? tak pe tak pe aku tak marah. itu pun kalau angpa klik ENTRI NI la..huhuhuuuu
ok. dalam pukul 7.00am aku dah get ready nak jogging. dah siap pakai baju sukan bagai dah. tunggu punya tunggu punya tunggu tunggu punya tunggu punya tunggu tunggu punya tunggu punya tunggu kawan aku tuh, dalam 7.30am baru siap *konon nak gerak kul 7 la :(
dalam kul 8.00am sampai dekat taman tasik taiping (TTT). time tuh pun ramai lagi manusia-manusia dok jogging kat situ. aku ingat dah lambat dah. lepas dapat seround pusing TTT tuh. decide nak ke bomba pulak. takut gerak lambat karang balik pun lambat jugak. dalam 9.30am dah pusing-pusing keliling balai bomba tuh. tak tahu nak masuk pintu mana. rasa semua pintu tulis emergency. kang redah masuk pintu tuh kang tak pasal kena halau.
masuk second round pusing balai tuh sampai pakcik-pakcik bomba tuh siap lambai limbai bagai baru ler terhegeh-hegeh masuk. tuh pun terjengok-jengok. hahahaaaa. kelakar pulak rasa :p
dah pot-pet pot-pet dengan pakcik-pakcik kat situ pasal tujuan datang sini depa tak cakap banyak terus bawak aku masuk gim. depa suruh aku excercise dulu. *padahal aku baru lepas jogging. nak kena excercise lagi ke? tak pela. aku pun excercise la naik beskal yang tak bergerak-gerak tuh dulu. kayuh punya kayuh sampai 20min lebih kurang 25km/h pakcik tuh cakap "ok. dah. kamu ada kederat nih".
lepas tuh dia suruh aku bina otot tangan dengan bahu. pehhhhh. (lepas nih naik muscle la lengan aku) untuk latihan tuh aku just start dengan angkat berat yang 4.5kg tuh je. campur kiri kanan jadi la 9kg. pehhhhh kena buat lima round. satu round dalam 24kali kena angkat. makk aiii. boleh tercabut tangan den nih. dah buat dalam 2 round tuh aku stop. berani stop sebab encik yang suruh aku buat tuh dia keluar ganti dengan orang lain. aku pun ngelat la. hahahahahahaha *gelak jahat
dengan encik yang baru tuh dia sporting. tukar dari berat 4.5kg ke 2.5kg je. hahahaha. lagi aku suka. dah buat kejap tuh. stop lagi. terus angkat berat yang 20kg. beria aku ingat berat. sekali angkat aku dah boleh bayangkan untuk 46kg nanti aku boleh buat.
bila aku yakin angkat berat aku lepas aku takut pulak dekat panjat tali sebab depa kat situ cakap mostly orang yang datang buat ujian (merujuk kepada pemohon wanita) nih akan sangkut salah satuh. kalau panjat tali lepas angkat berat mesti tak lepas. kalau angkat berat lepas tali mesti tak lepas. ayoyoyoyoooo. mintak-mintak la aku nanti semua aku lepas & lulus (ayat nak sedapkan hati)
dah warm up semua dah. aku pon balik. depa suruh datang petang pulak tapi aku dah surrender. penat siot. tangan aku lenguh. nasib balik member aku yang bawak motor. sampai umah aku terus debommmmmm *tido.
esok pepagi nak turun sana lagi. nak panjat tali & angkat berat untuk pagi. petang buat tegakkan tangga dan naikturun tangga..heheee
wish me luck k :) lubiuuuuu :p
Labels: 100thousands of love
Sunday, January 1
...hati bdebar hamboiiii, hahahaha. hati berdebar bukan sebab panahan cinta ok. tapi dapdipdup sebab khamis nih nak kena attend ujian dekat ipoh. adoiii. bermacam-macam rasa sekarang nig. eksaited ada, cuak ada, takut pun ada. banyak takut dari cool :(
untuk hilangkan bermacam-macam rasa tuh dah prektis sikit-sikit untuk ujian tuh. jogging untuk kekalkan stamina dah pon aku mula buat kemarin. esok pepagi nak jogging lagi. kalo kemarin aku jogging dekat sawah padi dekat kampung aku jek, esok aku nak terbang jauh sikit. jogging dekat taman tasik taiping. hambik kauuu. jauh kot. dalam 20minit naik motor dari umah aku ke sana.
aku pilih tempat tuh pun sebab ada niat lain (bukan nak curang ok) tapi nak melencong terus ke balai bomba taiping. dengar cerita kita boleh mintak tolong depa tunjukkan & kita boleh cuba buat ujian-ujian tuh dulu. latihan FREE jek dekat situ. kihkikhikih. kira aku pergi ujian kat ipoh tuh nanti tak ada la badan-badan aku nih terkejut beruk sangat nak buat ujian-ujian tuh nanti kan. kot-kot esok depa bagitaw teknik-teknik yang boleh kita lepas ujian tuh sapa tahu kan? heheee. peluang tuh :p
so, angpa doakan untuk aku kejayaan aku. apa-apa nanti aku hupdate kat blog sesampah aku nih ye!
makasih sebab sudi singgah & baca entri nih. lubiuuu lah :))
Labels: 100thousands of love
Thursday, December 29
memandangkan aku baru dapat panggilan untuk hadiri ujian untuk satu jawatan dalam sektor kerajaan, aku dengan serajinnya telah mencari info serba banyak untuk membantu aku time ujian tuh nanti. banyak jugak istilah yang aku tak tahu. mungkin aku tahu tapi buat-buat tak tahu. atopon aku tahu tapi depa guna istilah lain boleh jadi jugak aku memang betol-betol tak tahu. ahahahahaaaa. pilih la yang mana angpa suka naaa :p
puas jugak mintak tolong MrGoogle tadi. kira kalau MrGoogle ni lelaki dan dia jugak manusia mahunya aku ajak dia kuar dating kejap. kengkonon untuk balas budi sebab tolong cari info yang aku nak kena tahu. tak adala aku jakun sangat nanti kan? tapi kalo MrGoogle sebenarnya MissGoogle memang aku ucap terima kasih jela. nak ajak dating tuh tak kot. hehehe **unsur bias disitu**
mengikut dalam surat yang aku print dari spa.gov tuh ada empat ujian yang pemohon kena lalui **itu pon kalo ujian yang sebelum-sebelum ni anda lepas.** kalau anda tak lepas jangan harap lerr depa nak bagi cuba. kalau nak try jugak balik umah buat sendiri. hahahahaaaa...
antara ujian yang menanti pemohon adalahhh.......jengjengjengggggggggggggggg
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
![]() |
| 4x10meter (lari ulang alik) lelaki - 11 saat wanita - 13 saat |
![]() |
| bangun tubi dalam masa 2 min lelaki - 30kali wanita 28kali |
![]() |
| larian 2.4km lelaki - 14min wanita - 17min |
| lompat jauh berdiri lelaki - 215cm wanita - 162cm |
yang gambar-gambar tuh termasuk dalam list yang aku kena buat nanti. gambar yang akan menyusul nanti ujian dekat tempat lain kot! entah la. layan jela ehh...
![]() |
| Angkat berat 46 kilogram bagi wanita, 54 kilogram bagi lelaki. |
![]() |
| Julang tangga 90darjah |
| Memanjat tali ketinggian 4.9 meter. Buat pengetahuan, tali ni dibahagikan 3 peringkat. Merah, kuning dan biru.Dapat panjat sampai merah – 1 markah, dapat panjat sampai kuning – 3 markah, dapat panjat sampai biru 5 markah. |
![]() |
| jangkauan melunjur |
| Naik tangga setinggi 4 tingkat bangunan. | Bagi menguji tahap keyakinan seseorang dengan ketinggian. |
sekian sahaja info yang aku nak share dengan angpa semua. agak-agaknya aku lepas tak semua ujian tuh eh?
Labels: 100thousands of love
♥ untuk ADAM.. andai mahu mencari HAWA..
1. JGN DILIHAT PADA PURDAH MAHUPUN TUDUNG SEMATA-MATA..
kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..
2. JGN DILIHAT PADA BAJU LABUH MAHUPUN JUBAHNYA SEMATA-MATA..
lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..
3. JGN DILIHAT PADA CANTIK AYU WAJAHNYA SEMATA-MATA..
lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..
♥ untuk HAWA.. andai mahu menerima cinta ADAM..
1. JGN DILIHAT PADA KERETA MEWAHNYA SEMATA-MATA..
lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..
2. JGN DILIHAT PADA PAKAIAN BERJENAMA SEMATA-MATA..
lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..**tapi aku orang yang pakai seluar sampai lutut jek nampak 'seksi'. gerrrrr**
3. JGN DILIHAT PADA TAMPAN PARAS SEMATA-MATA..
lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..
sumber: copy paste dari mukabuku :D
Labels: 100thousands of love
Wednesday, December 28
"sukacita dimaklumkan anda dijemput menduduki ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan bagi jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29 pada tarikh yang telah ditetapkan. bla bla bla..." okeh. tuh pesanan yang ak dapat dari 69999 tengahari tadi. lepas siap masak ap semua, ak on9 kejap check pulak dekat spa.gov.my. nak tahu bila ak kena attend ujian tuh. excited kemain ak nak tengok.
klik SINI kot-kot nak tengok detail pasal ujian tu nanti.
klik SINI kot-kot nak tengok detail pasal ujian tu nanti.
lepas ak baca info pasal ujian tuh ada 2 bahagian yang aku tak berapa nak berkenan. part ujian penglihatan & bangun tubi. aigooo. lepas ke aku nih dekat ujian-ujian tuh eh? ujian penglihatan aku risau sebab aku nih ada masalah rabun sikit. nasib tahap rabun tu sikit je. belum cecah power 200++. tapi dalam jarak 20 kaki dari carta nombor bagai tuh boleh nampak ke? makkkkk. nebes bertambah-tambah nih. tak turun-turun lagi. :(
untuk ujian bangun tubi ak rasa aku macam turun tak bangun-bangun kot. chopppp! bangun tubi dengan tekan tubi tuh sama ke lain-lain? gerrrrr. konpius lak nih :(
ok. bab ujian yang lain-lain aku tak risau sebab bab berlari nih memang dah jadi hobi aku. ekeke. harap-harap aku tak ada masalah dalam bab ujian fizikal tuh. keyakinan aku dekat...
- pemeriksaan ukuran badan **YAKIN
- ujian penglihatan **KURANG YAKIN sebab rabun :(
- pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan **YAKIN. tapi kalo depa suruh aku jalan gaya catwalk memang aku tunjuk gaya dragonwalk la. hahaha.
- larian 2.4 km **YAKIN
- bangun tubi dalam masa 2min **KURANG YAKIN.
- lari ulang alik **YAKIN. lari tak balik-balik boleh tak? hehehe
- lompat jauh berdiri **YAKIN. aku tak tahu macam mana rupa lompat tuh. yang aku dok besa dengar lompat galah, lompat kijang, lompat jauh. lompat berdiri tak tahu. jakunkan aku ! gerrrrr
pendek kata dari pasal ujian yang aku tak yakin macam mana rupa dia akan aku usahakan dengan bantuan mr Google. leps tuh boleh praktis.
harap-harap aku lulus la semua ujian nih. kot-kot dapat jawatan nih boleh la tawen cepat. hehehe
**sesapa ada petua untuk hilangkan rabun dalam masa LAPAN hari? share boleh x? heheheee
**sesapa ada petua untuk hilangkan rabun dalam masa LAPAN hari? share boleh x? heheheee
Labels: 100thousands of love
Friday, December 23
memandangkan sekarang nih musim orang kahwin, musim orang bertunang. so, entri kali nih khas aku taip pasal 'Batasan Dalam Tempoh Pertunangan'. kira siapa yang dah bertunang (termasuk diri aku) mahupun yang akan bertunang tu info nih sangatlah berguna untuk kita semua ikut. jangan risau la, info yang aku bagi nih semua baik baik taw. bukan ajaran dari ayahpin yakni ibupin mahupon dari upinipin. muehehehe tetapi aku copycat dari majalah NUR edisi JUN2011 jek...
- pertama - ada atau tidak ada komitmen semasa tempoh pertunangan? jawapannya ada TETAPI amat sedikit. lelaki tidak wajib memberikan nafkah. wanita pula tidak wajib taat setia dan minta izin ke mana-mana daripada tunanganya. (untuk point pertama nih aku rasa ramai je yang langgar. time bercinta pon depa dah mintak izin bagai dari pakwe kalau nak kemana-mana. mungkin bagi sesetengah couple tuh depa nak sentiasa tahu ke mana awek dan pakwek depa pergi dan dengan sapa pasangan depa tuh keluar.) *nasib la aku jenis tak kisah kemana & dengan sapa tunang aku pergi janji dia tahu batas dia sebagai tunangan orang
- kedua - lelaki tidak wajib menyediakan rumah dan wanita pula tidak wajib mengemas rumah tersebut untuk tunangnya. jika putus tunang, tidak ada 'edah' dan tidak juga pelu untuk pulangkan kembali hadiah pertunangan kecuali mahar untuk perkahwinan yang kadang-kadang diberikan awal. (untuk point nih, aku tak rasa ada tunang yang dah berlagak sebagai seorang surirumah tunang depa. siap jadi tukang kemas rumah tunang. kalau ada pon mungkin dalam novel je kot. muehehehe. kalau sesekali masak untuk tunang tak ada hal kot kan? ermmmm)
- ketiga - anda harus kuatkan iman semasa tempoh pertunangan. sekiranya ingin berbicara boleh kalau ada sebabnya dan dengan adab-adabnya. ada orang tengah seperti adanya ahli keluarganya sekali. begitu juga berutus 'sms' atau e-mail. dating tidak sama sekali. keluar makan sama-sama juga tidak sama sekali. (pehhhh, point nih aku rasa macam tak logik dek akal dah dengan peredaran zaman sekarang. ada lagi ke orang bertunang yang tiap kali nak kuar dating akan bawak orang tengah? adoiiiiii, sms dengan emailpon nak kena ada orang tengah ker? orang depan ke orang belakang ke boleh tak? ekekeke)
- keempat - komitmen yang perlu diberikan adalah wanita perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu putus secara rasmi. (point nih aku tersangat setuju. dah bertunang for sure la kena setia dekat tunang kita. jangan sesekali curang wokehhh. tapi kalau jodoh tak panjang tuh boleh la buka hati terima orang lain pulak. biasalah, Allah akan ketemukan kita dengan orang yang salah terlebih dahulu kerana Dia ingin berikan seseorang yang lebih berharga untuk kita. ecece. betul la kan?)
- kelima - seorang wanita pada tunangnya adalah orang asing. kalau wanita berjumpa ayah lelaki tersebut dalam tempoh pertunangan masih belum boleh mencium tangan ayahnya sebab ayah lelaki itu pun masih lagi orang asing. ( kalau kita salam dan cium tanda hormat sebagai bapak tunang kita boleh dak? gerrr)
![]() |
| sebagai hiasan semata duatigamata..kehkehkeh :) |
itulah dia sejibik-sejibik ayat yang aku salin dari majalah NUR tuh. yang mana baik tuh sama-samalah kita ikut untuk kebaikkan diri kita. semoga setiap perhubungan yang terjalin itu berada dibawah rahmat Allah.
Labels: 100thousands of love
Tuesday, December 20
awal-awal pagi cenggini selalu time untuk aku bermimpi indah. tapi sekarang aku tengah berhempas pulas menyiapkan thesis untuk chapter5 aku. setelah sekian lama aku peram thesis aku nih yang kononnya thesis ni akan TERtaip sendirinya. tapi sayang sejuta kali sayang sebab apa yang aku harap tak menjadi. kena jugak aku menaip. heehehe. setelah jejari runcing aku dok menari-nari atas keyboard ni akhirnya hanya tinggal bab conclusion & recommendation aje lagi yang belum siap hehehee *sambil TERsengih-sengih bangga!
lagi pon sesaja aku hupdate blog nih. tak nak kasi blog aku nih nampak kusam. lagi pulak kepala aku tengah 'panas' sebab baru lepas siapkan chapter4 so, kira hupdate blog nih terapi untuk aku sejukkan balik otak aku ni.
![]() |
| cover page untuk thesis aku nanti ! |
chapter1-4 aku dah complete dah cuma tinggal chapter yang aku sebut sat-sat tadi jela. kalau tadi aku layan thesis sambil dengar lagu hindustan now detik ni aku dok melayan lagu-lagu jiwang pulak. perhhh, pepagi layan laju jiwang sensorang memang caralah !
dah. kena sambung menaip & memikir untuk ditulis dalam chapter seterusnya! babaiii semua :)
Labels: 100thousands of love
Friday, December 16
yang ak tulis kali ni pon bukan banyak sangat. coetttt je. sebab aku just nak share dengan angpa semua pasal info atau pon kisah yang aku baca dari mukabuku aku dalam tigaempat hari lepas. copy paste dulu then baru ak hupdate untuk santatapan angpa semua.
mungkin bagi depa yang pernah baca dah sebelum ni mungkin angpa boleh baca lagi duatiga kali kan? lagipon kisah nih aku yakin memang ada berlaku dalam masyarakat sekeliling kita.
dah la. jari runcing aku nih dah lenguh, menaip. (padahal nak sambung karang ayat untuk thesis pulak) angpa baca la kisah kat bawah nih. baca sampai habisssss taw !
*
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
* Inilah lagu yang telah ditujukan isterinya itu. Dengarkan melodinya, hayati senikatanya. Tajuk lagu : NOW & FOREVER (by Richard Marx)
Labels: 100thousands of love
Wednesday, December 7
Friday, December 2
orang-orang lama (bahasa sopan sikit) cakap melentur buluh biarlah dari rebunnya. kalo kes aku ni sesuai lg x dengan pepatah tu? hehe. kecik-kecik dulu tak nak menabung. dah besar nih baru reti nak menabung. tu pon menabung duit syiling. kalo kecik-kecik dulu duit tak dan nak simpan sebab semedang asik nak beli kopok yang berbagai jenis tu, nak beli eskem ler, nak beli kopok tikam ler. suma nak beli lah. tu sebab duit tak dan nak simpan. hehe. dah besar-besar nih baru ler dapat tahan nafsu menyopping dekat kedai runcit tu. ecece.
![]() |
| ni duit aku. rm120 je.. |
kau ada? tak de kannnnn?
![]() |
| lepas nih nak kena menabung syiling lagi, tapi kena beli tabung baru sebab tabung lama tu aku dah kopakkan mulut dia bagi bagi besau..hehehehe |
kira ok la kan. even duit syiling je pon aku menabung. atleast aku berusaha jugak untuk menabung. hasil tabungan aku sepanjang aku praktikal aritu. kira start dari bulan julai sampai pertengahan november aritu. hasil tabungan yang aku dapat nih berjumpah RM12+.00 hahaha. lepas aku bundarkan kepada puluh yang terhampir aku dapat RM120. esok-esok nak bawak duit syiling tu g tukar kat kedai yang aku dok tukar sebelum ni. kalo dulu aku tukar dalam RM 30-50 je nanti aku akan tukar RM300 duit syiling. hehe yang lebih tu duit tabung adik aku. kira aku tolong la. tolong tukar dan tolong bagi nampak banyak lagi duit tu. cara tak? ekekeke
![]() |
| ni bukan duit aku. tapi duit adik aku. dia punya lepas dibundarkan kepada puluh terhampir dapat lerr dalam rm180 cenggitu. jeles aku taw.. |
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
kepada anda diluar sana menabung menjamin kesejahteraan hidup. tak salah menabung syiling sekupang dua pon. sebab lama-lama nanti jadi berkupang-kupang duit tuh. dah banyak nanti boleh tukar. ada la sikit duit poket tu. macam kes aku sekarang nih la...hehe.
Labels: 100thousands of love
Setiap kata-kata tu doakan? Agaknya depa dok doa untuk aku ler kot tiap kali depa dok cakap kat aku ‘keja cikgu ke? Walaupon orang tu aku tak kenal & tak berapa nak kenal sangat. Kira pertemuan kali pertama gitu! ecece. Yang aku nak cerita kat sini kisah aku minggu ni yang bersangkut paut dengan kerja cikgu ni. Kes hari isnin dan selasa lepas.
aku siapkan scene untuk senang angpa nak baca...ecece. sila la sila la sila la baca ye !
Kejadian 1
Tarikh : 28 November 2011 (Isnin)
Tempat : highway Utara-Selatan ( bas Starmart AHS 6666 seat num 24) hambikkk kau. Detail nak mati aku bagi. hahaha
Makcik bas: “Adik ni cikgu ke? Mengajar dekat mana?”.
Aku : “ehh. Tak la makcik. Saya belajar lagi. Baru habis praktikal”.
Makcik bas : ohh. Makcik ingat adik ni cikgu. Gaya macam cikgu je. Adik belajar dekat mana? Ambik aliran apa?
Aku : saya ambik pengurusan sumber manusia makcik. Belajar dekat uitm Bandar Melaka. Ada rezeki saya nanti jadi la cikgu nanti kot. *mood nak beramah tamah tetiba berbunga. ekekekeke
Makcik bas : insyaAllah nak. Kalo dah rezeki tuh jadi la cikgu nanti. Kerja cikgu ni bagus.. bla bla bla…
Kejadian 2
Tarikh : 28 November 2011 (Isnin)
Tempat : Stesen Bas Kamunting, Perak
Pakcik teksi : “cuti panjang adik eh”.
Aku : (confuse kejap) Macam tau-tau je aku dah bercuti panjang nih. A’ah pakcik. Lepas nih dah kena cari kerja la plak.
Pakcik teksi : lahhh. Pakcik ingat adik nih kerja. Kerja cikgu. Sebab tu pakcik cakap cuti panjang. (sambil gelak comel). Sekarang kan dah start cuti sekolah….
Aku : (bercakap dalam hati) Dekat kening aku ni ada cop mohor aku jadi cikgu ke? Dah 2 orang cakap aku nih cikgu. Ishhh. Tak la pakcik. Baru habis praktikal je nih..
Pakcik teksi : ooo. Belajar diploma ke? Bla bla bla…
Kejadian 3
Tarikh : 29 November 2011 (Selasa)
Tempat : Stesen Keretapi Taiping
Brother Keretapi : dah lama motor ni sampai. Lambat ambik kena denda nih dik. duduk mana dik?
Aku: saya duduk dekat batu kurau bang. Lambat ambik sebab masa depa telipon suruh mai ambik saya dok dekat seremban lagi. Sebab masa saya pos motor tu depa sana cakap paling awal hari khamis atau jumaat motor saya sampai sini. Tuh yang jadi terlambat ambik tuB
Brother keretapi : dok seremban buat apa?
Aku : saya praktikal kat sana bang.
Brother keretapi: ooo. Praktikal cikgu ke? Dah habis la nih?
Aku : (cikgu lagi. Semalam cikgu. Hari ni cikgu) bukan cikgu. Saya praktikal untuk ijazah saya.
Brother keretapi : ooo. Tak pa. (sambil buat-buat bizi) abang kira lewat 4 hari la. Denda RM24.
Aku : bang, hari sampai takkan nak kira jugak bang.
Brother keretapi : japjap. Abang kira lain. Ok la. Kira 3 hari jela. Bla bla bla….
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
![]() |
| ada gaya cikgu ke? ekekeke |
kalo aku betul-betul jadi cikgu nanti agak-agak la kan, ada lagi tak orang tanya aku macam tu? ni bukan kali pertama atau ke dua atau ketiga depa dok cakap aku kerja cikgu. dah berkali-kali dah. tiap kali depa tanya macam tu firstly aku aminnnnnnnn panjang dalam hati then senyum. rejeki aku lerteww jadi cikgu kot !!!!!
Labels: 100thousands of love




.jpg)
























