BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Thursday, April 5



Setengah orang akan cakap “elehh, minah nih benda macam nih pun kau nak buat entri ke?”, “perlu ke ko gitau dalam blog masalah kau”, “tak payah la ko nak bagitahu satu dua problem kau tuh” dan komen-komen yang sewaktu denganya!



 Wehhh, agak-agak korang sentappp urat sarappp tak kalau ada kengkawan cakap macam tuh dekat korang? Kalau aku la, aku akan cakap “nih blog aku suka hati aku la”. “aku pinjam tangan ko ke nak menaip entri aku nih”, tak pun aku akan cakap “errr, kalau ko tak suka ko tak yah la baca ehh. Sambil kelip mata laju-laju”. Kalau dah ini blog aku so, officially-nya apa sahaja yang aku nak tulis tuh terpulanglah dan suka hati aku la. Boleh?



Selagi aku tak mengaibkan orang tak salah kan? Aku menulis blog nih bukan nak famusamus just sekadar nak meluahkan rasa hati je. Nak menulis dalam dairi siyess aku tak minat. Sebab kang salah ayat tak boleh ‘delete’ or ‘backspace’ bagaiiii. Liquid? Tak comel ler kalau ada cacatcela atas helaian dairi tuh! So, online dairi nih lagi senang. Orang lain tak suka tak pa janji empunya diri yang suka. Bukan senang nak puaskan hati orang nih. Ye dakkkk???




Sekian…




0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...