skip to main |
skip to sidebar
Ketika aku remajaSesaat selepas mendengar kisah Adam dan HawaTerbit satu pertanyaan dalam diri kuAku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,Tinggi atau rendah,Kurus atau gempal,Cerah atau gelap,Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,Impikan jejaka rupawan,Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasaDikala sedang menuntut di menaraTimbul semula persoalan itu,Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,Motor atau kereta,3310 atau Iphone,Selipar atau Adidas,Miskin atau kaya,Puas aku mencariImpikan lelaki hartawanPersis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasaDikala sedang berusaha berkerjaBertanyaku sekian kali,Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,Malas atau rajin,Baran atau sabar,Dungu atau pintar,Jahat atau baik,Puas aku berdoaImpikan lelaki budiman,Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?Cukuplah yang sedap di mata,Pentingkah harta?Cukuplah yang mampu menyara,Pentingkah iman?Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,Diriku lemah sekali,Penuh dosa dan layak dicaci,Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,Bertapa hinanya si rusuk kiriPasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,Tuhan masih memberiku peluangAkan ku berusaha membaiki diri,Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.Semoga pemilik tulang rusuk kiri,Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.
0 Comments:
Post a Comment