BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Monday, April 23



Orang lain mesti dah sibukk mempersiapkan diri dengan persiapan perkahwinan bilamana usia pertunangan mereka sudah menginjak tiga bulan ke atas. Bahagia rasanya bilamana rasa cinta dan sayang yang telah tersemai bersama pasangan sekian lama akan menemui titik akhirnya yakni diakhiri dengan sebuah ikatan pernikahan. Setiap pasangan yang menjejakkan kaki ke alam pertunangan menginginkan pengakhiran dengan ikatan pernikahan. Tetapi haruslah diingat setiap perancangan ang dilakukan akan ditentukan oleh Maha Pencipta. Lumrah kehidupan ‘Kita hanya merancang, Allah yang menentukan’



Mengapa memaksa diri untuk teruskan hubungan dengan orang yang tidak menginginkan diri kita. Lebih baikk mengundurkan diri untuk mengelak diri dari terus terseksa. Sakit! Itu tidak dinafikan tapi bagi aku biarlah kita sakit hari ini jangan sakit dikemudian hari.  Jangan mencipta alasan lagi untuk teruskan perhubungan yang membuatkan hati dan perasaaan kita sendiri terluka. "Tiada orang lain yang dapat membahagiakan diri kita melainkan diri sendiri". Yakinilah tindakan kita dengan melakukan solat isthikarah. InsyaAllah   mudahan Allah akan memberikan kita ketenangan dan kebahagian.



Bilamana ikatan pertunangan yang diharapkan berakhir dengan perpisahan, jangan di tangisi atau diratapi. Ada sebab kenapa Allah menemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemukan kta dengan orang yang selayakknya untuk kita. Teruskan usaha dan jangan berputus asa!



Setiap perpisahan yang berlaku jangan dikesali. Jangan menunding jari. Harus diakui kadangkala bilamana perpisahan terjadi seringkali kita seringkali menunding jari kearah orang lain. Menyenaraikan salah silap dan kekurangan pasangan. Owhh! Banyak kekurangan dan kelemahan diri diungkit. Kenapa masa terjadinya perpisahan itu baru berani nak mengomen itu dan ini. Sungguh anda tidak berani! Sedangkan sebelum ini pelbagai janji yang telah anda hujani. Tapi sebaikknya berlaku perpisahan kemana perginya segala janji yang kononnya ingin dipenuhi??? 





Perpisahan yang terjadi ini aku syukuri kerana ketenangan dan ketabahan yang kurasai harini. Yakini setiap percaturan yang berlaku kini memberikan diriku seribu erti...






footnote: banyak duit tak guna kalau kurang perhatian dan kasih sayang. hepi bila dia jumpa orang yan lebih memahami..

4 Comments:

  1. Unknown said...
    maaf sebok , akak putus tunang ea? tapi betul tu .. perpisahan sedikit sebanyak kasi kekuatan dekat kita .. untuk jadi lebih matang .. saya dah rasa tu . sakit , pedih , kecewa semua ada. tapi mungkin jodoh kami setakat tu je. mungkin Allah nak bagi yang lebih baik .. insyaAllah :)
    nora saniey said...
    oh sedihnyer..be strong mysister..try disccus dlu ke klo leh selamatkn lg relationship ni..
    tp mmg ssh klo dr kwn mnjd kekasih kn..pape pon nora doakn yg terbaek utk akk..der yg lbih baik mnti insyaallah..:)
    Nrsyikin Tahir said...
    @Ini Kisah Tia: HuHu. antara akakk dgn dia dah putus la. cuma blom gtaw family lg. insyaAllah, weekend nih larikk balikk kg nak setelkan cepat2. Alhamdulillah, perpisahan nih memberikan akak ketenangan & akak makin kuat. Jodoh antara akakk dgn dia tak pjg. eh, Tia pun pernah putus tunang ke? Sabar la kita hadapi dugaan nih. InsyaAllah, kita doakanlah y akan dtg tuh lebih memahami & matang dlm perhubungan.
    Nrsyikin Tahir said...
    @Nora Sanie: bpisah lebih baikk skg nih. mmg ssah bila btunang dgn kwn baikk sndiri. tp xjadi mslh pon kalau masing2 be profesional. bukan jodoh akak dgn dia.nti nak kwen gtaw awal2 ye :)

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...