BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

I Penghuni Tegar I

Thursday, May 3





 
Pasangan hidup boleh juga diibaratkan seperti sebuah beg sandang yang sarat dengan barang-barang. Beg sandang, iaitu beg yang kita bawa di belakang kita, yang kita sangkutkan kedua-dua talinya di atas bahu kita, lalu terbeban la beg tu di atas belakang badan kita...


[tak nak beg sandang pon takpa, nak tolak ke, tarik ke, seret ke, mana-mana pon boleh, yang pasti kau yang kena bawak]


Kalo bawak macam-macam barang, berat tak???
Berat,kan??


kau ingat senang nak galas beban/tanggungjawab kalau tak cukup bersedia



And, when you have to walk and carry that bag lama-lama, agak memenatkan diri kita. Kekadang sampai berpeluh ketiak. Ye dak???


Macam tu la pasangan kita, memula mungkin terasa ok, tapi bila terlalu lama, beban tu akan terasa jugak. Penat la bawak berat-beratkan?


Tapi, kalau kita bawa beg yang berisi barang-barang yang berguna, contohnya seperti air, makanan, tikar dan keperluan lain, jadi dapat la kita gunakan untuk menghilangkan segala kepenatan membawa beg [beban] itu tadi. Terasa la berbaloi-baloiiiiiiiii membawa beg tersebut...


Tapi, if you carry the unnecessary things, you just burden yourself..
Get wat i mean??


Maka, if kita membawa beg yang sarat, make sure ianya memberi kebaikkan pada diri kita..


Pilih pasangan yang sama-sama dapat kebaikkan dan manfaat darinya. Kalo takda beg, tak dapat pulak nak bawak macam-macam barang. Jadi pilih la beg yang sesuai yang boleh bawak barang berguna secukupnya...


Ada beg tapi kosong pon tak guna, baik lempar je tak pun tinggalkan aje beg tu...


atau,


Boleh jugak bawak beg tu, pastu dalam perjalanan buang barang yang tak perlu, kutip barang yang lebih perlu...


Maksudnya, yang buruk seerti dengan yang kurang elok kita cuba ubah. Yang baik kita ambik...






notatampal: hari-hari akan bawak beg. beg duit, beg tangan :)

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...