skip to main |
skip to sidebar
Guru Oh Guru.Berburu ke padang datarDapat rusa belang kakiBerguru kepalang ajarIbarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segalaUntuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetiaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di Ibu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakili seribu buku;Semakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmuPanggilan keramat "cikgu" kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG1979
*pause*
SELAMAT HARI GURU... terutama kpd CHEGU-CHEGU yang pernah mendidik saya di SKKR, SMKJ dan PENSYARAH-PENSYARAH di UiTM Sri Iskandar dan UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Kepada KENGKAWAN yang sudah/bakal bergelar chegu dan KENALAN-KENALAN yang bergelar chegu dan pensyarah serta tidak lupa kepada kenalan blogger..Selamat Hari Guru SEMUA :)
Kak Keen: Selamat Hari Guru Google :)
0 Comments:
Post a Comment