skip to main |
skip to sidebar
Pepagi sampai opis terus check email. Dah dua hari tak check. Lepas check cam besa bukak blogspot.com lerrr. Pahtu baru bukak fb. Sekarang nih fb dah jadi medium kedua disebabkan perihal keselamatan. Dekat fb kena hati-hati sikit nak cerita or update apa-apa pun. Ada ramai mata-mata mengusha. Nak approve orang pun dah kena tapiss betul-betul. Yang betul-betul kenal dan agak-agak kenal baru boleh approve. Takut ada stalker diantara mereka.
Blogspot aku nih tak ramai pun kawan-kawan fb aku tahu so, lebih selamat dan privacy ler kott. Tapi kalau depa jadi silent readers tuh tak tahu la. Masa bukak blogspot tadi terus baca entri baru blogger lain. Yang selalu terupdate tuh memang kemain semangat nak membaca. HeHeHe. Yang menarik perhatian aku bila baca entri cegu Zamani84 tuh.
Erkkkk. Agak tersentap sikit. Situasi antara aku dengan bekas tunang [bekas tunang adalah KAWANBAIK sy]. Tapi lepas putus tunang nih aku tak rasa aku dengan dia boleh jadi kawan baik macam dulu-dulu. Selalu watching-watching, lepaking segala bagai.
Raya tahun nih mungkin tiada lagi kunjungan aku kerumah dia. Tapi kalau dia nak berkunjung kerumah aku sila kan. Aku lempar dia dengan lemang plus rendang mak aku. Aku gurau jekkk. Gilerrr kau nak lempar lemang mak aku yang sedap sesuka hati. Ingat senang ke nak masak lemang? Kalau betul-betul dia datang aku akan hidangkan air kosong plus biskut Hup Seng pepagi raya untuk dia. Spesel tau!!! Tapi aku rasa dia takkan datang sebab dia ada cakap lepas nih [bila putus tunang] kalau aku terserempak dengan dia , dia mintakk aku buat-buat tak kenal. Errrr. Boleh ke macam tuh? Dah itu permintaan dia aku ikut je. Janji dia selesa. Kalau aku yang Nampak dia dulu aku akan tegur macam biasa. Tapi kalau dia Nampak aku dulu tapi dia melarikan diri itu aku tak boleh nak tolong. Kalau dia selesa macam tuh aku ikut kehendak dia.
Lepas kes putus tunang nih aku Nampak diri aku makin protective and prejudice. Gerrr. Aku pon tak tahu kenapa. Tapi aku rasa sebab aku tak nak kengkawan dan family aku jadi macam aku kott.
*pause*
Tengok aku dahj merepekk pepanjang gilerrr. Ekceli nak share je apa yang cegu tuh update dekat entri dia semalam…
Disetiap kata dalam tuh dia pernah cakap dekat aku tapi tanpa pengetahuan aku dia dah ada kekasih hati yang lagi umpphhh dari aku. Aku bukan wanita yang tegar merampas kekasih orang lain hanya untuk kepentingan diri dan keluarga. Kalau ye pun pilihan keluarga perlu ke sampai kau nak menipu segala. Kengkonon kau nak tunjuk dekat family kau yang kau tuh baikkkkkkk sangat lah ye? Tapi bila semua dah terbongkar mulalah kau gelabah. Kelakar pulak pikir bila kau yang dalam kategori kasanova tuh gelabah bila aku dapat tahu semuanya. Takk adanya aku nak rogol kau kalau kau gtau awal-awal sebelum bertunang. Cakap terus terang kau dah dah calon bini kan lebih baikk lebih senang. Paling kuat pun aku bomm je kau dengan kereta kau tuh tak pun kerat . Puas hati aku! HaHaHaHa
1 Comment:
Post a Comment